You are on page 1of 5

TEKS UCAPAN

TALENTA 2022

UCAPAN ALU-ALUAN
MAJLIS TALENTA EMAS
PROGRAM PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR 2022
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN
OLEH TUAN TIMBALAN PPD
SEKTOR PERANCANGAN DASAR PPD HULU SELANGOR

MAJLIS TALENTA EMAS


PERTANDINGAN PROGRAM ADAB DAN NILAI (PPADNI)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR TAHUN 2022

Bismillahirrahmnirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berbahagia
Tuan Mahmud Bin Karim,
Pengarah Urusan Permai Unggul Enterprise.

Yang Berusaha
Encik Abdullah Bin Ramli
Ketua Penolong Pengarah
Unit Perancangan Pembangunan Pendidikan Islam,
Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Puan Noriha Binti Nordin


Pengetua Smk Bukit Sentosa 2
Merangkap Pengerusi Pengelola Sekolah Menengah PPADNI KPM
Daerah Hulu Selangor Tahun 2022

Encik Zaini Bin Mad Lazim


Guru Besar Sk Taman Bunga Raya 2,
Merangkap Pengerusi Pengelola Sekolah Rendah PPADNI KPM
Daerah Hulu Selangor Tahun 2022

1
Barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Talenta Emas Ppadni 2022
Merupakan Ahli Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah ( Pekdis )
Sekretariat Hulu Selangor ,

Barisan Pengetua Dan Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan Sekolah


Sekolah Daerah Hulu Selangor.

Barisan Jurulatih Sekolah Dan Daerah, Serta Murid-Murid Yang Meraih


Kejayaan Dalam Ppadni 2022 Pada Hari Ini.

Alhamdulilah, marilah kita panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah


SWT,atas keizinan dan limpah rahmat-Nya, Pertandingan Program
Pembangunan Adab dan Nilai Sekolah-Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah Hulu Selangor Tahun 2022
dapat dilaksanakan dengan jaya dan sempurna.

Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutama kepada


Ahli Jawatankuasa Pelaksana, walaupun pelbagai cabaran dan
halangan diterima, namun pertandingan ini tetap diteruskan dan berjaya
dilaksanakan dengan mematuhi SOP langkah pencegahan covid 19.

Tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin sekalian

Pertandingan Program Adab dan Nilai bukanlah sesuatu yang baharu


atau asing bagi kita semua. Setiap tahun pertandingan ini diadakan
dengan penyertaan yang sangat menggalakkan sama ada di peringkat
sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

2
Antara objektif utama penganjuran Pertandingan Program Adab dan
Nilai ini adalah untuk memperkukuhkan kemenjadian murid secara
holistik dalam bentuk aktiviti yang boleh menambah pengetahuan,
pengalaman dan motivasi agar menjadi insan yang seimbang dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI).

Di samping itu, penganjuran program ini adalah untuk memberi galakan


kepada semua murid agar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
secara aktif seterusnya mampu memupuk nilai-nilai murni dalam diri
mereka berteraskan pegangan agama Islam yang sebenar.

Tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin sekalian

 Untuk akhirnya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih kepada semua guru yang telah berusaha melatih dan
menyediakan peserta untuk menyertai program tahunan ini. Syabas dan
tahniah kepada semua pemenang bagi ke semua 55 acara yang
dipertandingkan untuk peringkat sekolah rendah dan menengah.

Tidak lupa ucapan tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa


Pelaksana iaitu Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor dan Ahli
Jawatankuasa Pekdis Sekretariat Hulu Selangor yang bertindak selaku
urusetia program atas kesungguhan dan komitmen yang tinggi untuk
menjayakan program ini.

3
Semoga segala usaha murni memperkembang bakat dan potensi murid
dapat diteruskan pada masa akan datang.
Sekian,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan PPD Sektor Perancangan Dasar


Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor

You might also like