You are on page 1of 2

KATA ALU-ALUAN

TUAN HAJI AZHAR BIN A KADIR


PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA LANGAT

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan


salam sejahtera. Salam PPD Kuala Langat; Muafakat, Tangkas, Cemerlang.
Salam JPn Selangor; TERBILANG, dan Salam MALAYSIA MADANI.

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya kita


dapat merealisasikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022, Pejabat
Pendidikan Daerah Kuala Langat penuh Muafakat, Tangkas Cemerlang. Terlebih
dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa
Majlis APC pada tahun kerana telah berusaha dengan gigihnya untuk
menjawyakan majlis ini.

Saya merakamkan ucapan tahniah kepada warga pendidikan di Daerah Kuala


Langat yang telah mendapat penghargaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
bagi tahun 2022 kerana telah menunjukkan mutu kerja yang cemerlang
sepanjang tahun 2022 yang lepas. Sebenarnya, kita kini berada dalam era
tranformasi. Transformasi Pendidikan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Langat
2021-2025 diwujudkan bagi meletakkan pencapaian sekolah di PPD Kuala
Langat pada kedudukan kelompok 5 terbaik pada tahun 2025 di negeri
Selangor dalam aspek kemenjadian murid (akademik dan kokurikulum/sukan.

Justeru , sebagai penjawat awam atau warga pendidik di daerah ini haruslah
berganding bahu bersama-sama menjayakan tranformasi ini agar benar-benar
menjadi realiti. Dalam konteks bidang pendidikan yang kita lalui sekarang ini
kita telah berada di akhir dalam gelombang 2, Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) yang telah bermula pada 2013 yang lalu. Justeru saya
menyeru agar warga pendidikan supaya peka serta perihatin terhadap
perkembangan-perkembangan yang berlaku dan bakal berlaku. Dinamika
bidang pendidikan menuntut agar warga pendidikan mesti bergerak jauh ke
hahadapan serta mengamalkan 3K (Komunikasi,kolaboratif dan kreatif).

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen dan
pengorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga pendidik daerah Kuala
Langat. Keikhlasan dan kesabaran semua pihak sama ada dalam situasi biasa
atau situasi sukar, perlu diteruskan dan diharapkan akan memperoleh ganjaran
yang setimpal daripada Yang Maha Esa. Marilah kita berdoa semoga
pembinaan generasi baharu yang cemerlang dapat dihasilkan melalui kecintaan
terhadap ilmu, disamping beroleh kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Sekian, Wabillahitaufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Terima kasih.

AZHAR A KADIR,
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA LANGAT

You might also like