You are on page 1of 5

Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Lahir

2022
Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Lahir
2022

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JAWA, KLANG

TEKS UCAPAN
PUAN NORAINI BINTI SAHARI
GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JAWA

PROGRAM
HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH 2022

LOKASI / TARIKH / MASA


DEWAN CEMERLANG / 21 OKTOBER 2022 / JUMAAT / 7.20 PAGI

Bismillahir Rahmanir Rahim


Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam
Keluarga Malaysia

Terima kasih pengacara majlis.

Yang dihormati Encik Suharto bin Mat Nasir (Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru)
Yang berusaha Puan Shaheeza Azwa binti Abdul Razak (Penolong Kanan Pentadbiran),
Puan Noor Suzaina binti Ismail (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid),
Puan Raihan binti (Penolong Kanan Kokurikulum),
Puan Siti Zaleha binti Hj. Solomon@ (Penolong Kanan Petang),
guru-guru,
Serta murid-murid yang diraikan sekalian.

[ PENDAHULUAN ]

(1) Alhamdulillah, setinggi -tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-
Nya jua, saya dikurniakan kekuatan, kesihatan dan kesempatan untuk bersama-sama dengan
anak-anak KELUARGA MALAYSIA pada pagi yang berbahagia ini di Dewan Cemerlang, bagi
meraikan SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH 2022.

(2) Sesungguhnya pertemuan ini merupakan pertemuan yang cukup istimewa. Setelah
sekian lama sambutan acara secara fizikal tidak dapat dilaksanakan berikutan Perintah
Kawalan Pergerakan dalam memerangi pandemik COVID-19, Alhamdulillah pada kali ini
Sambutan Hari Kanak-Kanak 2022, dapat diadakan secara bersemuka.
Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Lahir
2022
[ LATAR BELAKANG HARI KANAK –KANAK ]

(3) Mengimbau sejarah sambutan Hari Kanak-kanak, di Malaysia Sambutan Hari Kanak-
Kanak Sedunia disambut sejak tahun 1959 pada mana-mana hari Sabtu bulan Oktober. Majlis
Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia pada waktu itu bertanggungjawab menganjurkan perayaan
ini dari tahun 1960 hingga 1994.

(4) Bermula pada tahun 1995, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah


dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan untuk mengelolakan sambutan Hari Kanak-Kanak
peringkat kebangsaan, sejajar dengan fungsi dan peranan yang diamanahkan kepada JKM
untuk menjaga hal ehwal kebajikan komuniti termasuk kanak-kanak.

[ TEMA HARI KANAK-KANAK]

Keluarga SKKJ yang dikasihi,

(5) Pada tahun ini, tema Hari Kanak-kanak Sedunia yang ditetapkan oleh UNICEF adalah
“a positive message of equality and inclusion for every child”.

(6) Tema ini merupakan suatu manifestasi tanggungjawab semua dan seluruh
Keluarga Malaysia untuk bersama-sama berganding bahu dalam memperjuangkan mesej
positif kesaksamaan dan keterangkuman untuk setiap kanak-kanak pada hari ini dan pada
masa hadapan.

(7) Sejajar dengan hasrat YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaacob semasa
Pra Pelancaran Keluarga Malaysia pada 8 Oktober 2021 yang lalu bahawa dalam usaha
memulihkan negara ini daripada COVID-19, yang mana kanak-kanak juga adalah
golongan yang terjejas, akan tercapai dengan terus memupuk, menyemai dan
mempertahankan ciri-ciri 'Keterangkuman’, 'Kebersamaan' dan 'Kesyukuran' yang kita
miliki.

(8) Di samping itu, besar juga harapan saya agar Hari Kanak-Kanak 2022 ini dapat
mendorong anak-anak kita untuk lebih yakin dalam mendepani suasana pendidikan baharu
yang kian mencabar, lebih-lebih lagi trend pengajaran dan pembelajaran dalam norma
baharu memerlukan mereka untuk lebih peka terhadap literasi digital meskipun kita telah
belajar secara bersemuka.

(9) Cabaran sedemikian akan memotivasikan anak-anak yang dikasihi untuk menjadi
lebih berdaya saing dan matang. Cikgu percaya, jika kematangan itu dapat digilap menerusi
tumpuan dan bimbingan terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, keterampilan
murid-murid sebagai ‘leader of the future’ akan berjaya dibentuk.

(10) Berbeza sewaktu cikgu kecil dahulu, kanak-kanak hari ini jauh lebih berani untuk
menonjolkan keupayaan serta kepintaran mereka, khususnya dalam perihal teknologi digital.
Cikgu pasti bahawa sekiranya murid-murid diberi ruang dan kepercayaan untuk
mencurahkan idea dan kepintaran, sudah tentu yang kita rencanakan bersama ini akan
berjaya direalisasikan.
Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Lahir
2022
Anak-anak SKKJ yang saya
muliakan,

(11) Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah pada hari ini bukan sekadar satu
sambutan semata-mata, tetapi juga merupakan manifestasi dalam menzahirkan
penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak bahawa kanak-kanak adalah aset
kepemimpinan negara.

(12) Menyedari anak-anak adalah modal insan yang tidak ternilai harganya, asuhan
serta didikan perlu diberikan di usia rebung lagi. Oleh yang demikian, pihak sekolah dibawah
unit disiplin komited berusaha menangani isu-isu keselamatan dan disiplin murid-murid
SKKJ, melalui kempen-kempen kecil yang disisipkan dalam seti ap program yang
dianjurkan.Ini merupakan langkah pencegahan dan memberi kesedaran kepada semua
agar dapat bersama-sama untuk melindungi kanak-kanak daripada pengaruh pihak atau
individu yang tidak bertanggungjawab.

Anak-anak SKKJ dan sidang hadirin yang


budiman,

(13) Saya percaya bahawa murid-murid SKKJ adalah anak-anak yang memiliki kehebatan
luar biasa dan para guru sangat menghargai kehebatan bakat ini.

(14) Ini terbukti dengan kejayaan Adik Nurina Tihami dan Adik Fateh Najmi yang
telah berjaya terpilih menyertai kem Bina Juara Program JQAF bagi sekolah-sekolah dalam
negeri Selangor. Ini adalah hasil daripada kejayaan dalam pertandingan peringkat daerah
Klang.

(15) Sekolah juga amat menghargai usaha gigih Kontigen kompang Selawat SKKJ yang
disertai seramai 30 orang murid pada 15 Oktober yang lalu.

(16) Sebagai Guru Besar SKKJ, pastinya saya harapkan kejayaan dan keberanian anak-
anak bertuah ini bukan sekadar didengari dan dirai, tetapi akan menjadi contoh kepada
murid-murid SKKJ yang lain. Mari Kita buktikan bahawa murid-murid SKKJ, bakatnya luar
biasa!

(17) Pastinya, acara kemuncak yang dinanti-nantikan sempena Sambutan Hari Kanak-
kanak pada setiap tahun adalah penyampaian Anugerah Kanak-Kanak. Anugerah ini
diberikan kepada kepada murid yang telah menunjukkan sifat keberanian, berkeperibadian
terpuji serta penglibatan yang istimewa dan luar biasa dalam pelbagai bidang lapangan.
Namun pada tahun ini Anugerah ini tidak dapat diadakan atas beberapa kekangan akibat
dari pandemik Covid-19.

(18) Walau bagaimanapun, saya berharap Sambutan Hari Kanak-Kanak kali ini, tetap
disambut dengan penuh kemeriahan.
Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Lahir
2022

[ PENUTUP ]

Para hadirin yang saya kasihi sekalian,

(19) Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini, saya mengambil kesempatan ini
mengucapkan sekali lagi syabas dan tahniah kepada para urus setia majlis yang bertungkus
lumus menjayakan Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah pada tahun ini.

(20) Ucapan Syabas dan tahniah juga buat anak-anak yang gigih berlatih untuk
membuat persembahan sebentar nanti.

KAIN SONGKET CANTIK DI MATA,


TENUNANNYA KEMAS NAMPAK BERSIH;
ANAK-ANAK MASA DEPAN KITA,
SEMOGA TERCORAK SEPENUH KASIH,

Sekian, Wabillahitaufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

NORAINI BINTI SAHARI


GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JAWA
21 OKTOBER 2022

You might also like