You are on page 1of 7

TEKS UCAPAN

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

HARI TERBUKA PPD PORT DICKSON


BERSAMA
SMK DATO’ HAJI ABDUL SAMAD

23 SEPTEMBER 2023 (SABTU)


Terima kasih kepada Pengacara Majlis,

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Malaysia MADANI

Salam ABC - Anak yang Baik lagi Cerdik

Salam PD WIN 2.0

Muafakat Sejahtera

#7K

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin Wassalatu Wassalamu ‘ala


asyrafil anbiai walmursalin wa ‘ala Alihi Wa-sahbihi ajmain.

SALUTASI
Tuan-tuan dan puan-puan saya hormati,

Ucapan Tahniah dan Penghargaan


Saya mewakili warga PPD Port Dickson merakamkan
ucapan TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada Warga
SMK Dato’ Haji Abdul Samad kerana bersama-sama
menjayakan Hari Terbuka PPD

Saya juga mengucapkan PENGHARGAAN dan


TERIMA KASIH atas kesudian YAB Dato’ Seri Haji
Aminuddin bin Harun atas kesudian untuk hadir
merasmikan Hari Terbuka PPD Port Dickson bersama SMK
Dato’ Haji Abdul Samad, Sekolah Nukleus TS25 dan Hari
Keushawanan SDASA

Untuk makluman YAB Dato Seri, semua PPD


dikehendaki melaksanakan Hari Terbuka Pejabat
Pendidikan Daerah Tahun 2023 minimum selama sehari
sepanjang bulan Ogos hingga Oktober.
Hadirin sekalian, objektif pelaksanaan Hari Terbuka
PPD adalah untuk:

• Menyampaikan maklumat tentang terkini dasar, inisiatif


dan perkhidmatan baharu pendidikan kepada
pemegang taruh (Stakeholder), ibu bapa, komuniti,
agensi awam, pihak swasta & NGO. (kolaboratif)
• Mempamerkan inovasi dan pencapaian hasil PPD
keberhasilan dari aspek kualiti sekolah dan kemenjadian
murid khususnya 13 sekolah nuklues Port Dickson
termasuk SMK Dato’ Haji Abdul Samad
• Membentuk kerjasama yang erat dengan penglibatan
Majlis Pengetua Daerah dan Persatuan Guru Besar
Daerah dalam pelaksanaan hari terbuka. Serta
permuafakatan SJK -PD WIN muafakat sejahtera

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian


Untuk makluman semua, Hari Terbuka ini dijayakan bersama
SMK Dato’ Haji Abdul Samad kerana sekolah ini merupakan
sekolah terakhir yang menganjurkan Hari terbuka TS25 di
daerah Port Dickson dan kedudukan sekolah yang sangat sesuai
dan strategik berbanding kedudukan PPD Port Dickson yang
kurang sesuai dan kurang strategik khasnya ruang tempat
parkir untuk pengunjung
Sempena hari terbuka PPD ini, terdapat pelbagai pameran dari
setiap kluster yang terlibat antaranya ialah Kluster
Perkhidmatan Digital, Kluster Sekolah, Kluster HEM, Kluster
Pembelajaran dan Kluster Sukan. Selain itu, banyak
pertandingan yang akan dijalankan seperti yang dipromosikan
serta gerai-gerai jualan melalui aktiviti keusahawan SDASA.
Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan.

Penutup

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua warga


pendidikan di PPD Port Dickson, khususnya Pengetua dan
warga SMK Dato’ Haji Abdul Samad kerana menjadi tuan rumah
untuk Hari Terbuka PPD kali ini dan sijil penghargaan kita
berikan juga kepada 13 sekolah yang telah mengadakan hari
terbuka sekolah nukleus tahun ini sebentar nanti

Sekalung TAHNIAH dan TERIMA KASIH diucapkan kepada


semua Ahli Jawatankuasa Hari Terbuka PPD Port Dickson dan
Warga SMK Dato’ Haji Abdul Samad atas komitmen yang tinggi
dalam menjayakan Hari terbuka tahun ini. Buat warga SMK
Dato’ Haji Abdul Samad, semoga penat lelah anda semua pada
hari ini diberikan balasan sebaik-baiknya dari Allah. Terima
kasih sekali lagi saya ucapkan.
Ucapan TERIMA KASIH sekali lagi kepada YAB Dato’ Seri
Haji Aminuddin bin Harun Menteri Bersar Negeri Sembilan, atas
kesudian hadir ke Hari Terbuka pada hari ini, umpama
memberi suntikan semangat dan motivasi berterusan kepada
warga pendidikan PPD Port Dickson demi mencapai objektif
pendidikan untuk semua dan sekolah dalam komuniti

Saya juga ingin memohon maaf atas sebarang kesilapan


dan kekurangan sepanjang majlis hari terbuka kita
berlangsung. Selepas ini, sama-samalah kita melihat pameran
dan menyertai aktiviti yang telah disediakan sebagai tanda
sokongan penuh, kepada kemenjadian anak kita di Port
Dickson.

Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya sudahi dengan


serangkap pantun.

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahiwabarakatuh.

You might also like