You are on page 1of 1

TEKS UCAPAN SEMPENA HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH

Assalamualaikum wr. wb dan salam sejahtera

Terima kasih Pengacara Majlis,

Yang Berusaha Pn Nor Azizah Binti Mohd LazimGuru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En Abdul Rashid Bin Abdul Wahab Guru Penolong Kanan Kurikulum

En Mohd Aidilfitri Bin RamelanGuru Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Ajk PIBG, Guru-guru, ,dan anak-anak murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana kita dapat bersama-sama mengadakan Sambutan Hari Kanak-
kanak peringkat sekolah bagi tahun 2019. Disamping itu, terima kasih juga kepada pihak sekolah
kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan Sambutan Perayaan Hari Kanak-Kanak pada tahun
ini. Hadirin yang dihormati sekelian.

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak 8 Oktober 1959. Pada
dasarnya , Hari Kanak-kanak sedunia mempunyai dua objektif utama iaitu merupakan
penghormatan dan pengiktirafan masyarakat terhadapkanak-kanak dan hak mereka. Yang kedua
menyedarkan setiap golongan masyarakat akan tanggungjawab mereka dalam memelihara hak dan
masa depan kanak-kanak. Sambutan Hari kanak-kanak merupakan satu mekanisma atau cara bagi
umat manusia mewujudkan sebuah dunia yang aman dan sejahtera bagi kanak-kanak. Atas
kenyataan itu adalah sangat penting supaya segala keperluan rohani dan jasmani mereka seperti
kesihatan, makanan, belaian kasih sayang, pendidikan, alam sekeliling yang sihat serta perlindungan
daripada segala bentuk bencanadan bahaya dapat disediakan kerana kanak-kanak merupakan aset
amat berharga serta bakal pelapis kepimpinan negara

You might also like