You are on page 1of 5

TEKS UCAPAN PERASMIAN

YANG BERUSAHA
TUAN HAJI ROSLAN BIN ABU HASSAN
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

SEMPENA
PROGRAM SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
PERINGKAT SEKOLAH DALAM HOSPITAL
HOSPITAL TUNKU AZIZAH
KUALA LUMPUR

PADA
24 NOVEMBER 2023

BERTEMPAT DI:
RUANG LEGAR ARAS 2
HOSPITAL TUNKU AZIZAH
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani
Salam anak yang baik lagi cerdik
Salam JPWPKL mercu kegemilangan

Terima kasih diucapkan kepada saudari pengacara majlis, Cikgu


Amalyna binti Khairudin.

Alhamdulillah, saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke


hadrat Ilahi kerana di bawah rahmat dan inayah-Nya, kita dapat
bersama-sama hadir dalam Program Sambutan Hari Kanak-kanak
peringkat Sekolah Dalam Hospital, Hospital Tunku Azizah bagi tahun
2023.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih


kepada pihak Hospital Tunku Azizah atas kesudian membenarkan
pelaksanaan program kita di sini pada pagi ini dan tidak lupa juga
kepada pihak Petronas yang sudi bekerjasama dalam Program
Sambutan Hari Kanak-kanak serta bermurah hati memberi sumbangan
kepada Sekolah Dalam Hospital, Hospital Tunku Azizah. Saya juga ingin
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada anak-
anak Sekolah Dalam Hospital yang turut bersama-sama menjayakan
program pada pagi ini. Sesungguhnya, kejayaan penganjuran program
ini hasil kerjasama daripada pelbagai pihak bak kata pepatah, bulat air
kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Hari Kanak-kanak merupakan acara yang disambut pada setiap
tahun bagi meraikan kebersamaan dan memberikan kesedaran dalam
kalangan kanak-kanak tentang hak-hak mereka, secara tidak langsung
kebajikan kanak-kanak akan sentiasa mendapat perhatian dalam
masyarakat. Kewujudan Sekolah Dalam Hospital memberi peluang
kepada kanak-kanak yang tidak dapat ke sekolah, untuk menyambutnya
bersama-sama rakan-rakan di hospital. Sambutan ini juga merupakan
komitmen untuk merealisasikan hasrat dalam memastikan
kesejahteraan kanak-kanak sentiasa terpelihara secara menyeluruh
walau di mana mereka berada.

Hari Kanak-kanak sebegini seharusnya menjadi titik tolak yang


berkesan dalam membentuk kehidupan kanak-kanak yang lebih
sejahtera. Pelbagai isu seperti pendidikan, kesihatan mental, penderaan
dan sebagainya, akan memberi kesan kepada kanak-kanak dan
sewajarnya mereka lantang bersuara mengenai perkara ini untuk masa
depan yang lebih baik kerana kanak-kanaklah waris dan penentu masa
depan negara. Melalui mereka, kita menaruh harapan, aspirasi, impian
dan kemakmuran Malaysia.

Justeru, golongan kanak-kanak harus dilindungi, dikasihi dan


dijaga dengan penuh kasih sayang. Ibu bapa, penjaga atau orang yang
lebih dewasa perlu memainkan peranan aktif untuk melindungi dan
menjaga kebajikan kanak-kanak di negara ini. Nilai-nilai murni dan adab
susila ketimuran harus kita terapkan untuk mendidik dan membentuk
akhlak kanak-kanak di Malaysia ibarat melentur buluh biarlah daripada
rebungnya. Anak-anak perlu dibentuk dengan acuan yang betul sejak
kecil lagi supaya kita dapat membina Malaysia yang maju, harmoni dan
berdaulat. Hal ini selaras dengan konsep Karamah Insaniah
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang menekankan
pembentukan adab, akhlak dan integriti seseorang murid bagi
mewujudkan suasana yang harmoni. Melalui konsep ini, pelbagai nilai
seperti keberanian, ketabahan, kesabaran, keterampilan berkomunikasi,
kepimpinan, kerjasama, dan kreativiti dapat diterapkan dalam diri anak-
anak. Karamah Insaniah ini secara tidak langsung mengangkat maruah
dan harga diri setiap orang anak didik dalam konteks Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Slogan ABC – Anak Yang Baik Lagi Cerdik
menjadi saksi bahawa KPM bukan sahaja memfokuskan kepada kaedah
untuk melahirkan murid yang cerdik semata-mata, tetapi juga
mempunyai sahsiah diri yang baik, yang mampu menjadi modal insan
berilmu dan berakhlak mulia sebagai pewaris negara pada masa
hadapan..

Oleh itu, saya percaya semua inisiatif yang dilaksanakan untuk


manfaat kanak-kanak pada hari ini merupakan satu pelaburan utama
yang akan memberi impak pada masa hadapan. Usaha yang jitu
melibatkan semua peringkat masyarakat bermula dari ibu bapa,
keluarga, guru dan komuniti diperlukan bagi memaksimumkan potensi
kanak-kanak. Kanak-kanak permata negara yang perlu dilindungi
dengan sebaik-baiknya. Buat anak-anak yang ada di hadapan saya ini,
tempuhilah zaman kanak-kanak anda dengan pengalaman yang indah,
mencuba dan melakukan perkara-perkara yang membawa manfaat
kepada diri dan orang sekeliling. Sentiasa beringat, dapatkanlah nasihat
dan panduan daripada ibu bapa, ahli keluarga dan mereka yang sesuai
jika memerlukannya.
Akhir kalam, dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya
merasmikan Program Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah
Dalam Hospital, Hospital Tunku Azizah bagi tahun 2023.

Saya sudahi dengan Wabillah hi taufik wal hidayah,


wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih.

You might also like