You are on page 1of 6

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

TEKS UCAPAN

YANG BERUSAHA TN. HAJI ABANG MAT ALI BIN ABANG MASAGUS

Timbalan Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Majlis Pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’ Murid Teramai


Membersih Tangan Secara Serentak Dengan Hand Sanitizer

Tarikh:
30 April 2019 (Selasa)

Tempat:
SK Green Road, Kuching

1
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sayangi
Malaysiaku.

Terima Kasih Pengacara Majlis

Yang Berbahagia Dr. Jamilah Hashim,


Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

Yang Berusaha Encik Mortadza Bin Sat,


Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak

Puan Kamariah Binti Said,


Pegawai Pendidikan Daerah Kuching

Tuan Haji Abang Sapali bin Haji Abang Sapawi,


Guru Besar SK Green Road, Kuching

Pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Jabatan


Kesihatan Negeri Sarawak

Wakil-wakil Media yang hadir dan yang sentiasa memberikan sokongan,

Guru-guru SK Green Road, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG), anak-anak murid serta hadirin yang dihormati sekalian.

Salam sejahtera dan selamat pagi kepada semua.

2
1. Pertama sekali, ingin saya mengucapkan syukur kepada Tuhan atas
kurnia dan izin-Nya dapat kita semua berkumpul di SK Green Road,
Kuching pada pagi ini untuk Majlis Pengiktirafan ‘Malaysia Book of
Records’ Murid Teramai Membersih Tangan Secara Serentak Dengan
Hand Sanitizer Peringkat Negeri Sarawak 2019.

2. Saya difahamkan, di peringkat nasional acara yang sama juga


dilangsungkan di SK Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur bersama
YB. Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia dan
juga serentak di sekolah-sekolah rendah seluruh negara.

3. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan


Negeri Sarawak untuk kolaborasi yang sangat bermanfaat seperti ini
dalam usaha pencegahan awal penyakit tangan, kaki dan mulut
(HFMD) yang semakin menular di negara kita. Saya difahamkan juga
bahawa syarikat Melilea (M) Sdn. Bhd. telah bermurah hati menjadi
penaja aktiviti ini di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara.
Sesungguhnya usaha-usaha murni pihak swasta khususnya syarikat
Melilea Sdn. Bhd. dalam menyumbang kepada kesejahteraan serta
kesihatan yang optimum, terutama sekali yang melibatkan kesihatan
dan kebajikan generasi baharu Malaysia amat dihargai dan wajar
dicontohi.

4. Acara yang dianjurkan ini sebenarnya adalah kesinambungan kepada


acara yang telah pun dilancarkan pada tahun lepas iaitu Kempen
Pencegahan HFMD, pengisian aktiviti seperti ceramah dan
demonstrasi mencuci tangan dilaksanakan di sekolah-sekolah yang
bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa, serta guru-guru
tentang bahaya penyakit ini. Selain itu, kempen tersebut juga bertujuan

3
untuk mendidik murid-murid Tahun Satu cara yang betul mencuci
tangan dengan tujuh langkah menggunakan hand sanitizer dan aktiviti
ini dilakukan oleh semua 450,000 murid sekolah rendah Tahun Satu
2019 di seluruh negara. Inisiatif ini juga bakal diiktiraf dan direkodkan
dalam ‘Malaysia Book of Records’ untuk bilangan murid paling ramai
membersihkan tangan menggunakan hand sanitizer secara serentak di
seluruh negara.

Sidang hadirin yang saya hormati,

5. Dari bulan Januari hingga April 2019, seramai 553 orang murid, berusia
antara 6 hingga 12 tahun telah dijangkiti penyakit HFMD di negeri
Sarawak. Dalam tempoh tersebut, sebanyak 4 kelas Tahun 1 dan 9
buah kelas Prasekolah telah diarah supaya ditutup di bawah Akta
Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana
penularan penyakit HFMD. Namun begitu, sepanjang tahun 2018 yang
lalu hingga bulan April 2019, TIADA sekolah di negeri Sarawak yang
dikenakan arahan tutup. (Data Terkini daripada Jabatan Kesihatan
Negeri Sarawak)

Para hadirin sekalian,

6. Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-


kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti tadika dan sekolah.
Kebiasaan jangkitan adalah ringan dengan gejala demam diikuti ruam
pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Hampir keseluruhan pesakit yang
mengidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan dalam masa tujuh (7)
hingga ke sepuluh (10) hari. Walau bagaimanapun, jangkitan yang lebih
teruk boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius. Lebih

4
membimbangkan lagi, tiada ubat atau vaksin yang boleh mencegah
jangkitan penyakit HFMD.

7. Berikutan bilangan kes-kes HFMD yang semakin meningkat di


Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengadakan
beberapa mesyuarat (Town Hall Meeting) bersama dengan Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak serta badan-badan berkanun, agensi-
agensi kerajaan terbabit yang lain, tadika-tadika persendirian dan
swasta untuk membincangkan strategi menangani masalah penyakit
seperti HFMD ini.

8. Antara langkah-langkah yang telah diambil termasuklah pelaksanaan


pemeriksaan saringan di pintu-pintu masuk di sekolah (gate keeping),
dan memastikan murid-murid yang ada gejala HFMD, ibu bapa atau
waris diminta mendapatkan rawatan segera.

9. Pihak kerajaan juga telah membuat saranan agar pihak-pihak yang


berkaitan dapat meningkatkan tahap kebersihan di dalam dan di luar
premis-premis sekolah. Sebagai langkah tambahan, sekolah juga perlu
menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-
kanak di bawah jagaan mereka seperti yang disarankan dalam ‘Garis
Panduan Pengendalian Kanak-Kanak Di Taska dan Prasekolah’ serta
‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal HFMD’.

10. Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan


pencegahan yang diambil, ingin saya mengingatkan bahawa langkah
pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri dan
persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan
amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di
tempat sesak serta kualiti kebersihan yang rendah. Maka dengan itu,

5
objektif acara pada pagi ini amatlah tepat sekali dan pihak jabatan amat
berharap agar mesej serta pengisian yang telah pun dirancang bukan
sahaja berakhir di sini malah ia dapat disebarkan kepada semua rakyat
Malaysia.

11. Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan dan ucapan
terima kasih atas inisiatif yang di ambil oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia dalam memberi kesedaran pentingnya penjagaan kebersihan
bagi menjamin kualiti hidup yang sempurna. Syabas dan tahniah
kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Syarikat Melilea (M)
Sdn. Bhd. atas kerjasama dalam menganjurkan majlis pada pagi ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Guru
Besar dan guru-guru di 1,265 buah sekolah rendah di negeri Sarawak
yang telah sama-sama menjayakan acara Percubaan Rekod 7 Langkah
Membersihkan Tangan 450,000 Murid-Murid Tahun Satu Serentak di
seluruh negara pada pagi ini.

12. Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya


merasmikan merasmikan Majlis Pengiktirafan ‘Malaysia Book of
Records’ Murid Teramai Membersihkan Tangan Secara Serentak
Dengan Hand Sanitizer Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2019.

Sekian, Terima kasih

You might also like