You are on page 1of 1

Asalamualaikum

Salam malaysia madani


Terimkasih kepada pengacara majlis
Yang di hormati gpk
Penyelaras hari kanak-kanak
AJK PIBG
Kanak-kanak ABC SKPL yang dikasihi.

Tema sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan (HKK) pada tahun ini adalah “Hak
Kami, Masa Depan Kami” yang memfokuskan kepada perkembangan bakat dalam
kalangan generasi pelapis negara.

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia (World Children’s Day) ini merupakan acara
tahunan badan bukan kerajaan UNICEF (The United Nations Children's Fund, asalnya
dikenali dengan the United Nations International Children's Emergency Fund).

setiap kanak-kanak mempunyai bakat serta keistimewaan tersendiri. Kelebihan itu


perlu digilap dalam usia yang muda bagi menjamin masa depan yang cerah serta
membentuk mereka menjadi insan yang mempunyai jati diri apabila meningkat
dewasa.

Kanak-kanak adalah aset negara yang amat berharga dalam menentukan hala tuju
dan masa depan Malaysia, sehubungan itu mereka hendaklah dibentuk ketika usia
muda. Setiap kanak-kanak mempunyai keunikan, bakat, kemahiran, kecerdasan,
perkembangan dan pertumbuhan yang pelbagai dan berbeza.

Kanak-kanak ibarat permata yang perlu digilap dan merupakan aset penting dalam
mencorakkan masa depan negara. Kanak-kanak perlu diraikan dan dicorakkan
dengan sebaik-baiknya supaya mereka menjadi golongan dewasa yang mampu
menyumbang kepada negara dalam pelbagai bidang.

Bertepatan dengan tema, ia menjadi manifestasi untuk memperaku, mempromosi dan


meraikan hak kanak-kanak yang perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan berkesan
dan akhirnya menjadi paksi untuk kehidupan kanak-kanak yang lebih sejahtera.

Tema ini menekankan kepentingan menyediakan kanak-kanak dengan alat dan


sumber yang diperlukan untuk mencapai potensi diri bagi membolehkan mereka
menjadi anggota masyarakat yang produktif dan bertanggungjawab.

Ia juga menekankan kepentingan mewujudkan persekitaran yang selamat dan terjamin


untuk kanak-kanak membesar dan berkembang. Kanak-kanak mempunyai hak untuk
dilayan dengan maruah, hormat dan kasih sayang. Sambutan HKK juga bertujuan
memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dengan meraikan hak
mereka selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

Selamat menyambut Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah Kebangsaan Parit Latiff


Sekolah kluster Kecemerlangan untuk tahun 2023 untuk semua kanak-kanak di
seluruh dunia.

Al fatihah buat anak-anak syurga Palestin.

Sekian wasallamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

You might also like