You are on page 1of 2

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang adil lagi bijaksana,

warga pendidik seterusnya hadirin yang dikasihi. Salam sejahtera buat semua.
Tajuk cerita saya pada hari in ialah “Sekolah Impian Semua”.

Sekolah merupakan tempat yang menyediakan ruang untuk murid menimba


ilmu pengetahuan. Dalam pengetahuan saya, sekolah diibarat sebagai rumah
kedua kepada murid-murid. Sebagai rumah kedua, sewajarnya sekolah
mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian dengan Konsep Sekolahku Sejahtera
seperti yang dikemuakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
memberikan keselesaan kepada para murid.

Saya yakin semua murid ingin belajar di sekolah yang seronok. Bagi
memastikan setiap murid memperoleh ilmu pengetahuan dengan optimum, kita
memerlukan guru yang bertanggungjawab, teliti, kreatif dan komited terhadap
tugas menyampaikan ilmu pengetahuan. Guru-guru yang mencurahkan kasih
sayang dan prihatin kepada anak didiknya membolehkan anak murid berasa
selamat dan seronok untuk belajar. Secara tidak langsung, kita sebagai murid
akan cinta akan sekolah dan suka hadir ke sekolah. Semua murid mesti
berharap suasana pembejaran di sekolah amat menggembirakan dengan
adanya banyak aktiviti yang melibatkan murid, memberi peluang hands-on dan
bersifat penerokaan. Dengan ini, murid pasti dapat belajar dengan tekun dan
bersungguh-sungguh di sekolah kerana kita mempunyai impian dan hala tuju
yang jelas.

Selain itu, sekolah yang selamat juga menjadi salah satu syarat kepada
sekolah impian semua. Semua murid berhasrat hadir ke sekolah yang aman,
tenteram serta terpelihara daripada ancaman bahaya. Di sini, saya berasa amat
bangga kerana sekolah saya terdiri daripda murid, guru dan pekerja yang
berbilang kaum. Kami saling menghormati dan memahami. Kami meraihkan
perayaan Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri dan lain-lain bersama-sama.
Warga sekolah saya telah mengamalkan sikap yang berbudi bahasa dan
bersopan santun pada setiap masa tanpa prejudis. Secara praktisnya, sekolah
saya memang layak menjadi sekolah impian semua kerana Persatuan
Mencegah Jenayah dan pihak sekolah memainkan peranan yang signifikan.
Pihak berkenaan telah menyemaikan konsep “mencegah lebih baik daripada
mengubati” dalam usaha menwujudkan sekolah yang selamat dan harmoni.

Selaras dengan aspirasi pendidikan yang digagaskan oleh Kementerian


Pendidikan Malaysia, sekolah pasti boleh memberikan pakej pendidikan yang
seimbang kepada murid. Tumpuan yang diberikan tidaklah sekadar tertumpu
kepada pembelajaran dalam bilik darjah semata-mata tetapi turut memberikan
fokus dalam penguasaan bidang Ko-Kurikulum. Pembelajaran Ko-Kurikulum
diwujudkan bagi melengkapi keperluan dan persediaan diri para murid bukan
sahaja dari aspek perkembangan fizikal malah dalam meningkatkan sahsiah,
nilai kepimpinan, potensi dan kredibiliti. Sekolah impian murid akan sentiasa
menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti Ko-Kurikulum
bagi melahirkan tonggak negara yang berketerampilan. Yang penting, pelbagai
cabang pilihan aktiviti dapat dipilih mengikut minat dan kecenderungan serta
kemahuan diri kita. 

Kesimpulannya, sekolah merupakan sebahagian besar daripada kehidupan


kita. Hanya dengan adanya sekolah yang merangsangkan pembelajaran murid
baru dapat mencapai matlamat melahirkan generasi muda yang hebat serta
mampu bersaing di peringkat dunia.

Sekian, terima kasih.

You might also like