You are on page 1of 2

UCAPAN KETUA MURID

SEMPENA HARI KANAK-KANAK SK KANTAN PERMAI 2022

Terima kasih tuan pengerusi majlis…..

Yang berusaha Encik Ahmad Bukhari bin A. Latib, YDP PIBG SK Kantan Permai,
Yang berusaha Puan Hjh. Siti Hajar binti Saad, Guru Besar SK Kantan Permai,
Yang Dihormati barisan kepimpinan pentadbir sekolah:
Datin Norli binti Ahmad, Penolong Kanak Pentadbiran,
Puan Nur Razida binti Bohari, Penolong Kanan Hem,
Encik Abdul Moies bin Abdul Shukor Penolong Kanan Kokurikulum,
Encik Mohd Hairol bin Rabu, Penolong Kanan Petang,
Yang disayangi lagi dikasihi guru-guru dan seterusnya rakan sekalian….

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sebelum kata bersusun bicara, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan
terima kasih kepada pihak jawatankuasa kerana telah memberi peluang kepada
saya selaku wakil murid untuk berucap mewakili rakan-rakan dalam majlis
sambutan Hari Kanak-kanak ini.

Guru-guru dan rakan sekalian


Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah ini diadakan dengan tujuan
memberi penghormatan, pengiktirafan, penghargaan dan meraikan kanak-kanak
yang terdiri daripada murid-murid sekolah ini.
Kerjaya pula dipilih sebagai tema pada tahun ini untuk peringkat sekolah.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kerjaya merujuk kepada profesion
atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah hidup. Jika ditelusuri
realiti masa kini, manusia boleh memilih kerjaya pilihan mereka atau mencipta
sendiri kerjaya mereka. Oleh itu, tema ini dipilih oleh jawatankuasa untuk
memberi peluang kepada kanak-kanak merasai sendiri kerjaya pilihan mereka dan
membangkitkan semangat untuk terus cemerlang dan mengejar cita-cita
tersebut.

Guru-guru yang disayangi


Hari kanak-kanak amat besar besar maknanya kepada saya dan rakan-
rakan. Hal ini kerana alam kanak-kanak merupakan alam pertama bagi kami
sebelum menempuh alam remaja dan dewasa. Oleh itu, kita sebagai kanak-kanak,
seharusnya berbangga kerana menjadi warga sekolah ini dan diraikan dalam
majlis seperti ini.
Kami memohon kepada guru-guru agar menjadikan kami sebagai kanak-
kanak yang berjaya sama ada dalam pelajaran mahu pun kehidupan. Guru-guru
didiklah kami dengan kasih sayang dan sekiranya kami melakukan kesilapan,
tegurlah kami seperti menegur anak sendiri.

Guru sekalian,
Pada kesempatan ini, saya mewakili rakan-rakan berjanji untuk menjadi
anak murid yang baik dan berhemah tinggi. Segala teguran dan nasihat cikgu akan
kami sematkan di dada.
Saya juga menyeru kepada rakan-rakan, marilah kita berazam untuk
menjadi kanak-kanak dan murid yang lebih bertanggungjawab, berdisiplin dan
berdaya saing untuk maju dalam akademik, Kokurikulum, sahsiah diri dan
mengharumkan nama sekolah. Kita ialah generasi pewaris bangsa, penerus tradisi
budaya dan tunggak Kecemerlangan negara.

Sebelum berlabuh tirai bicara, sekali lagi saya mewakili rakan-rakan


mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah mengajar dan
membimbing kami. Terima kasih daun keladi kerana sudi meraikan kami pada hari
ini.

Akhir kata saya ucapkan “selamat menyambut Hari Kanak-kanak 2022”


Sekian, terima kasih.

You might also like