You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN PERASMIAN

MAJLIS PELANCARAN
PROGRAM MINGGU PSS DAN PEMERKASAAN NILAM
SMK MIHARJA 2023

Terima kasih kepada Pengacara Majlis.

Yang Berusaha, Encik Abd Rashid bin Idris,


Pengetua SMK Miharja,

Puan Hajah Hanim binti Kamari,


Penolong Kanan Tadbir dan Akademik,

Encik Halim bin Ismail,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Encik Nor Azlan bin Mohamed,


Penolong Kanan Kokurikulum,

Puan Kalshom binti Abdul Manan,


Penolong Kanan Pendidikan Khas,

Guru-guru dan murid-murid sekalian.


Selamat pagi dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak


sekolah yang sudi menjemput pihak PIBG pada MAJLIS PELANCARAN NILAM
NAFAS BARU DAN BULAN PUSAT SUMBER peringkat sekolah pada hari ini.
Seperti yang kita sedia maklum, Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang
menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang
diurus secara sistematik. Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan
keperluan bagi memperkukuhkan pengajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta
kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,
gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
Program NILAM pula merupakan program memupuk minat membaca buku yang
dilancarkan di seluruh Negara dan program ini diselia oleh pusat sumber sekolah.
Oleh yang demikian, saya berharap agar semua guru dan murid dapat benar-benar
memahami objektif program ini seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti yang telah dirancang.

Dalam Program Nilam, murid-murid hanya perlu membaca sebanyak mungkin


bahan bacaan dalam sebarang bahasa asalkan menambahkan pengetahuan, sebelum
membuat perekodan di dalam borang rekod NILAM NAFAS BARU. Murid-murid
perlu melengkapkan borang mengikut format yang telah disediakan. Rekod bacaan
ini akan dikumpulkan oleh guru dan statistik data ini akan dihantar ke Pusat
Kegiatan Guru untuk tujuan penyemakan. Murid yang mendapat mata ganjaran yang
tinggi akan diberi penghargaan dan pengiktirafan semasa Majlis Anugerah Nilam
yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti.

Hadirin yang dihormati,

Pada 13 Disember 2018 yang lalu, Menteri Pendidikan Malaysia telah merasmikan
prapelancaran Kempen Dekad Membaca Kebangsaan di Putrajaya. Berslogankan
#MALAYSIAMEMBACA, kempen ini diperluaskan ke semua peringkat khalayak
sasaran termasuk prasekolah, sekolah rendah, menengah, universiti dan masyarakat
umum. Kempen Dekad Membaca Kebangsaan merupakan usaha jitu Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memartabatkan dan mendaulatkan Bahasa Ke-
bangsaan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, kem-
pen ini diyakini mampu untuk memperkukuhkan budaya membaca dan
meningkatkan peratusan rakyat Malaysia membaca untuk merealisasikan hasrat dan
budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Golongan masyarakat yang rajin membaca meletakkan diri mereka pada suatu
martabat yang jauh lebih tinggi berbanding dengan golongan yang malas membaca.
Mereka inilah yang akan menjadi sumber rujukan untuk golongan yang cintakan
ilmu dan kemajuan. Mereka yang sudah menjadikan amalan membaca ini sebagai
suatu budaya akan sentiasa membaca tidak kira bila dan di mana mereka berada.
Inilah suatu amalan yang harus dipuji dalam usaha kita melahirkan modal insan
cemerlang yang akan menjadi aset terpenting negara.

Hadirin Sekalian,

Pihak PIBG akan sentiasa bersama-sama guru-guru SMK Miharja untuk memastikan
murid-murid di sekolah ini mempunyai minat yang tinggi terhadap membaca.
Pelbagai bahan bacaan baru telah disediakan oleh pihak Pusat Sumber Sekolah.
Diharap semua pelajar akan menggunakan peluang ini dengan berkunjung ke Pusat
Sumber Sekolah dan menjadikan amalan membaca ini sebagai suatu budaya tidak
kira di mana anda berada.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi –
tinggi ucapan terima kasih dan tahniah kepada Pusat Sumber Sekolah SMK Miharja
atas kesungguhan mereka menjayakan majlis pada hari ini. Penghargaan juga kepada
seluruh warga sekolah yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini dan
menjemput saya untuk MERASMIKAN PELANCARAN PROGRAM NILAM
NAFAS BARU DAN BULAN PUSAT SUMBER PERINGKAT SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN MIHARJA. Sekian, terima kasih.

You might also like