You are on page 1of 1

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN NILAM PERINGKAT SMK BUYONG ADIL

BISMILLAHIRAHMAANIRAHIM, Assalassalammualaikum WBT


Yang berusaha Puan Masenu Noorashikin Bt Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Haryati Bt Hashim,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Suhaina Risal binti Mohd Kahiri,Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan guru-guru kanan
Guru-guru
Serta anak-anak murid SMKBA yang dikasihi sekalian.
Program galakan membaca yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah
Program ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca atau Program NILAM yang telah mula dilaksanakan
pada tahun 1999. Pelaksanaan Program NILAM ini dimulakan hasil daripada keputusan
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran
Malaysia pada tahun 1998. Program ini dilaksanakan bermula dengan Tahun Satu bagi
sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah dan rekod
pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan.
Di peringkat sekolah,program ini berupaya mengimplimentasikan budaya membaca secara
sistematik.Dalam konteks Ilmu,budaya membaca mampu menjana pengetahuan yang lebih
holistik dalam kalangan generasi muda. Umum mengetahui bahawa SMKBA berhasrat untuk
melahirkan murid yang cemerlang dalam semua aspek terutama bidang akademik justeru
program NILAM turut menjadi pemangkin kepada kecemerlangan.
Sebagai pengetua,saya berharap semua guru dan murid akan berganding bahu bagai aur
dengan tebing untuk menjayakan program NILAM ini.

Dengan lafaz BISMILLAHIRAHMAANIRAHIM saya merasmikan pelancaran NILAM peringkat


SMK Buyong Adil bagi tahun 2023/2024.

You might also like