You are on page 1of 5

Kertas Cadangan

Jamuan Hari Raya Aidilfitri PPKI


1

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19


TAJUK

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri PPKI (RIMUP)


LATAR BELAKANG

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan Integrasi
Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986 lagi dalam usaha mengeratkan hubungan
dan memastikan wujud kesefahaman serta perpaduan antara murid pelbagai kaum di sekolah.
Usaha ini akan menjamin keharmonian dan mewujudkan sikap saling hormat-menghormati
terhadap agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum selain dapat merealisasikan hasrat
kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu.


TUJUAN

Jamuan Hari Raya PPKI merupakan salah satu program yang diadakan untuk menggalakkan
penglibatan murid-murid PPKI pelbagai kaum untuk bergaul mesra dan bekerjasama dalam
kegiatan-kegiatan khas bagi melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan,
memiliki peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran pada
masa hadapan.



OBJEKTIF

Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dengan murid, murid dengan murid dan
guru-murid-ppm serta warga sekolah.
Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan suasana muhibah sesama murid.
Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.
Menggalakkan penyertaan semua pihak dalam kegiatan khas secara bersama.



KUMPULAN SASARAN

Semua murid Pendidikan Khas SMK Seksyen 19, Shah Alam








Kertas Cadangan
Jamuan Hari Raya Aidilfitri PPKI
2



JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn Hjh Putri Roslawati bt Hashim
Pengetua SMK Seksyen 19, Shah Alam

Naib Pengerusi : Pn Sironmany a/p Kanniappan
Penolong Kanan PPKI SMK Seksyen 19

Setiausaha : Pn Jurainy bt Hussain
Penyelaras Program




AJK PELAKSANA

Persiapan Tempat





Hiasan dan Mengemas
Tempat



: Pn Zahariah bt Yusuf
Pn Rosyati bt Ibrahim
Pn Nalleni a/p Kandasamy
En Khairulnaim b Mukhtar (PPM)


: Pn Sopiah Hirwana bt Ambo Mase
Pn Nurul Latifah bt Arifin
Pn Nor Farehah bt Mustafa
Pn Mariam bt Che Yusoff (PPM)
Pn Chung Chiew Ling (PPM)


Jamuan







Dokumentasi
: Cik Noridah bt Osman
Pn Norhafidah bt Misbani
Pn Siti Rashidah bt Rogie
Pn Muhaini bt Mohammad
Pn Siti Zuaidah bt Othman (PPM)
Pn Zalina bt Ibrahim (PPM)


: Pn Siti Suhana bt Abu Bakar
Pn Rabiah bt Che Hassan


Keselamatan & Disiplin : Pn Nurwina bt Abdullah
Pn Jurainy bt Hussain







Kertas Cadangan
Jamuan Hari Raya Aidilfitri PPKI
3


PELAKSANAAN AKTIVITI

Tarikh : 22 Ogos 2014
Hari : Jumaat
Masa : 7.30 pagi 12.00 tengah hari

TENTATIF PROGRAM
7.30 pagi : Murid-murid berkumpul di bilik APD
8.00 pagi : Murid dan guru bergotong-royong menghias tempat
9.30 pagi : Ketibaan tetamu dan guru-guru
: Jamuan
11.30 pagi : Mengemas dan membersihkan tempat
12.00 tengah hari : Bersurai


ANGGARAN PERBELANJAAN

Jamuan (RM 5.00 x 74 orang murid) = RM 370.00
Jumlah = RM 370.00


SUMBER KEWANGAN

Wang Peruntukan Kerajaan Pendidikan Khas


PENUTUP

Menjadi harapan pihak penganjur dan jawatankuasa agar program RIMUP ini dapat mencapai
matlamatnya dan mendapat sokongan serta kerjasama daripada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung. Semoga integrasi antara kaum dapat disepadukan serta
disatukan menjadi sebuah masyarakat Malaysia yang aman dan makmur.
















Disemak oleh:


SIRONMANY A/P KANNIAPPAN
Penolong Kanan PPKI SMK S19,
Shah Alam
Disediakan oleh:


JURAINY BT HUSSAIN
Setiausaha Program PPKI SMK S19,
Shah Alam
Disahkan oleh:


HJH PUTRI ROSLAWATI BT HASHIM
Pengetua SMK Seksyen 19,
Shah Alam

Kertas Cadangan
Jamuan Hari Raya Aidilfitri PPKI
4










































Kanak-kanak pendidikan khas berbeza dengan kanak-kanak biasa. Mereka memiliki satu atau
dua gabungan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan sama ada daripada segi fizikal,
deria, mental, emosi, sosial, kesihatan atau tingkah laku jika dibandingkan dengan
kanak-kanak biasa. Oleh kerana itu, mereka memerlukan satu bentuk pendidikan yang khusus
bagi memenuhi keperluan kanak-kanak ini.

Program pendidikan khas merupakan satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan
perkembangan optima seseorang murid berkeperluan khas ke arah kehidupan yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan

Kertas Cadangan
Jamuan Hari Raya Aidilfitri PPKI
5

kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang
seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, matlamat
ini hanya dapat dicapai melalui Kurikulum Pendidikan Khas yang berteraskan kepada tiga
prinsip utama iaitu pendidikan menyeluruh dan bersepadu, pembelajaran yang
menggembirakan dan bermakna serta pendidikan sepanjang hayat. Model yang bersifat
fleksibel ini diharap dapat membantu murid menjalani kehidupan yang bermakna kepada diri,
keluarga dan bertepatan dengan nilai-nilai yang diterima oleh masyarakat.

You might also like