You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN PELANCARAN PROGRAM NILAM TAHUN 2021

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Nilam adalah akronim daripada “Nadi Ilmu Amalan Membaca”. Program Nilam
merupakan gabungan atau adunan semua aktiviti galakkan membaca yang dijalankan
di skolah seluruh negara.

      Seperti yang kita telah sedia maklum, program NILAM merupakan program
menggalakkan minat membaca buku yang telah dijalankan di semua sekolah di seluruh
negara semenjak tahun 1999. Oleh hal demikian, saya amat berharap semua murid
dapat benar - benar memahami objektif program ini seterusnya melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti yang telah dirancang oleh jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah
Kebangsaan Sentul 2.

      Sebagaimana yang kita semua ketahui juga, pembangunan dan kemajuan sesuatu
bangsa ialah penguasaan ilmu pengetahuan dan pembinaan budaya ilmu yang
cemerlang. Jadi bagaimanakan kita menjana pengetahuan dan menguasai ilmu yang
begitu banyak. Jawapannya adalah melalui pembacaan. Dengan membaca kita dapat
menjana pemikiran yang kritis dan kreatif yang dapat memangkin kemajuan bangsa dan
negara. Justeru , amalan ini perlu ditanamkan dalam diri dan hal inilah yang
menyebabkan Program NILAM dan Nekad Membaca dilancarkan dengan meletakkan
sasaran kepada murid-murid pada tahun ini dengan membaca sekurang-kurangnya
dua buah buku seminggu.

Antara objektif Nilam adalah:


1. Meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid-murid.
2. Menjadikan amalan membaca sebahagian daripada budaya dalam kehidupan.
3. Menampilkan murid-murid yang mengamalkan ciri-ciri pembacaan berkualiti.
4. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk
pembacaan di kawasan sekolah.
      Dalam Program NILAM, murid boleh membaca bahan-bahan  dalam pelbagai
genre, bahasa dan bentuk asalkan menambahkan pengetahuan, sebelum membuat
catatan ringkas di dalam buku rekod yang disediakan. Antara bahan yang boleh dibaca
selain buku-buku termasuklah komik, menonton video, artikel, risalah, brosur, majalah
dan pelbagai lagi bahan. Fokus dan pendekatan  adalah lebih kepada kualiti bahan
bacaan, literasi maklumat dan pembudayaan ilmu. Dalam hal ini

Saya yakin guru pusat sumber dan guru-guru jawatankuasa pusat sumber sekolah telah
menyediakan pelbagai aktiviti dan program untuk memastikan program NILAM berjalan
lancar di peringkat sekolah. Tentu pelbagai ganjaran dan sijil telah disediakan kepada
murid yang banyak membaca.

Di samping itu, Minggu Panitia Pendidikan Moral juga akan diadakan pada
minggu ini bermula 22 Februari sehingga 26 Februari 2021. Terdapat beberapa aktiviti
yang telah dirancang kepada murid-murid Pendidikan Moral seperti membina tanglung,
mereka kad ucapan perayaan dan lain-lain lagi. Dengan aktiviti-aktiviti yang telah
dirancang, diharap dapat mencungkil bakat dan menerapkan nilai-nilai moral di dalam
diri murid.

            Sebelum mengakhiri ucapan saya pada hari ini, saya ingin mengucapkan
tahniah kepada semua warga SK Sentul 2, khususnya kepada puan penyelaras pusat
sumber dan ahli-ahli jawatankuasa yang berjaya menjalankan program pada hari ini
walaupun secara dalam talian. Teruskan keazaman dan usaha untuk membantu anak-
anak Sk. Sentul 2 untuk meningkatkan minat mereka dalam aktiviti membaca.

Saya petik kata-kata seorang sasterawan Arab :


“ Buku itu diam apabila engkau mengehendakinya diam. Berbicara apabila
engkau mengehendakinya berbicara. Ia tidak akan mengganggu kalau engkau
sedang bekerja tetapi apabila engkau berasa kesepian, ia akan menjadi temanmu
yang baik. Engkau tidak perlu marah dan berkecil hati kepadanya. Ia merupakan
teman yang tidak menipu atau bermuka dua.”

Akhir kata, dengan adanya Program NILAM ini saya berharap sedikit sebanyak dapat
menyuntik semangat murid-murid dengan agar teruskan minat membaca hingga akhir
hayat. Pepatah Melayu mengatakan “Membaca Jambatan Ilmu”.

Sekian, terima kasih.

You might also like