You are on page 1of 4

TEKS UCAP UTAMA

TUAN PPD SEREMBAN


SEMPENA
MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI MUSTAFA BIN MAHAT
TIMBALAN PPD PEMBANGUNAN MURID
PADA 29 NOVEMBER 2019

Bismillah-ir Rahman-ir Rahim


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

SALUTASI

1. PENDAHULUAN

Atas kesempatan ini, ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnia-Nya, mengizinkan saya menyampaikan sepatah dua kata
dalam majlis ini. Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga
ditujukan kepada tuan-tuan dan puan-puan di atas kesudian turut serta dalam “Majlis
Lambaian Kasih” sempena persaraan Tuan Haji Mustafa bin Mahat, Timbalan PPD
Pembangunan Murid.

2. TUJUAN MAJLIS

Sidang hadirin sekalian,


Majlis hari ini merupakan wadah untuk melahirkan penghargaan serta ucapan
terima kasih yang tidak terhingga PPD atas segala khidmat bakti penuh dedikasi dan
pengorbanan yang telah diberikan oleh Tuan Haji Mustafa bin Mahat Timbalan
Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban.
Sesungguhnya khidmat bakti beliau selama bertahun lamanya tidak mungkin boleh
dinilai dan diterjemahkan dengan hanya sebuah majlis seperti ini. Namun, majlis ini
merupakan pengiktirafan, tanda ingatan dan kasih sayang kita kepada beliau yang
telah bersama-sama menyemai bakti menjadikan PPD Seremban salah satu PPD
yang disegani. Saya pasti kita semua tidak mungkin dapat menyembunyikan rasa
kesedihan atas perpisahan dan kehilangan beliau, namun sebagai penjawat awam,
BERSARA ITU ADALAH BENAR dan apabila tiba masa yang telah dijanjikan.

1
Sudah pasti rutin seharian beliau akan bertukar secara drastik berbeza dengan apa
yang telah dilalui selama berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Sidang hadirin sekalian,

Saya mewakili seluruh warga PPD Seremban ingin mengambil kesempatan ini untuk
merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak
terhingga kepada beliau. Sesungguhnya, komitmen, kerja keras dan sumbangan
beliau terlalu besar dan tidak mungkin mampu untuk kita balas. Banyak kejayaan
yang kita capai dalam terutamanya bidang kokurikulum di bawah pimpinan beliau. Ini
menjadikan PPD Seremban penyumbang yang besar dalam kejayaan Negeri
Sembilan dalam bidang kokurikulum.

Sungguhpun perpisahan ini merupakan satu kehilangan besar kepada kita semua
namun saya cukup positif, ini bukanlah satu noktah pengakhiran. Sebaliknya,
merupakan satu titik permulaan bagi satu lembaran baharu kerana walau hakikatnya
beliau telah bersara daripada perkhidmatan awam, namun sumbangan beliau tetap
diperlukan dalam konteks khidmat bakti kepada masyarakat yang lebih general
sifatnya. Saya yakin, pengalaman beliau dalam membawa kejayaan kepada PPD
Seremban akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk agama dan bangsa dan
negara.

3. PENGHARGAAN

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi.


Majlis hari ini merupakan majlis yang besar maknanya kepada kita. Majlis untuk
kita melahirkan rasa kasih sayang, penghargaan dan penghormatan kita kepada
Tuan Haji Mustafa bin Mahat sebelum pemergian beliau. Walaupun ada kesedihan
namun kita jadikannya sesuatu yang cukup bermakna dalam kehidupan dan survival
kerjaya kita di masa hadapan. Banyak perkara yang perlu tuan-tuan dan puan-puan
ambil untuk diteladani dari beliau. Cara pengurusan organisasi, kemahiran
berinteraksi, kaedah penyelesaian masalah dan membuat keputusan, saya kira
beliau mempunyai kelebihan dan kekuatan yang boleh dijadikan ikon dan model.

2
Sebagai penjawat awam, kita perlu sedar bahawa detik suka dan duka dalam
kerjaya bukan sahaja ketika mengecapi waktu-waktu manis kejayaan dan
kecemerlangan malah juga masa-masa pahit getir menghadapi kegagalan dan
kekecewaan. Saya yakin, terlalu banyak pengalaman yang dimiliki oleh beliau
yang boleh dijadikan tauladan dan panduan kepada kita untuk dijadikan pembakar
semangat untuk terus bekerja lebih kuat lagi. Walaupun tidak dinafikan, rasa hiba
menghadapi saat perpisahan ini akan menjadi kenangan yang sukar terpadam dari
ingatan kita sampai bila-bila.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi.


Saya secara peribadi tidak dapat menyembunyikan rasa kehilangan yang cukup
signifikan. Beliau yang saya kenali merupakan seorang yang mudah didekati, ketua
yang proaktif dan sangat sensitif dengan kegagalan. Beliau cukup komited dengan
tugas dan sentiasa meletakkan kecemerlangan pendidikan yang seimbang dan
holistik sebagai matlamat yang perlu direalisasikan tanpa kompromi. Beliau sentiasa
serius melalui tindakan-tindakan pantas dan bernas untuk terus memacu
kecemerlangan PPD Seremban agar sentiasa dapat memberikan sumbangan
kepada kejayaan dan kecemerlangan PPDS secara komprehensif terutamanya
dalam bidan pembangunan murid. Walaupun kehilangan beliau pasti berganti,
namun untuk mencari yang serupa terlalu mustahil untuk dizahirkan.

4. PENUTUP

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi.


Sebagai penutup bicara, izinkan saya untuk sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Tuan Haji Mustafa Bin Mahat yang diraikan pada majlis ini di
atas setiap pengorbanan dan jasa bakti yang telah dicurahkan. Saya berdoa agar
segala urusan beliau akan dipermudahkan serta dan diberkati dengan kesihatan
yang berkekalan, iman yang kukuh dan utuh, kehidupan yang bahagia di samping
keluarga tersayang dalam menempuh alam baharu dengan penuh tenang dan
damai.

Akhir kata, saya bagi pihak PPDS sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih
yang tidak terhingga kepada para tetamu yang berkesempatan hadir dalam majlis

3
ini. Pada kesempatan ini juga, seribu kemaafan dipohon atas segala salah dan silap
sewaktu pernah kerja bersama-sama dalam menerajui PPDS. Walaupun terpisah,
namun hakikatnya matlamat kita tetap sama, untuk memastikan anak bangsa kita
terus maju kehadapan menjadi insan berguna kepada agama, bangsa ada negara.

Akhir kata, saya akhiri ucapan ini dengan dua rangkap pantun,

Tidaklah dapat kuikat-ikat,


Kuikat dengan tali benang;
Tidaklah dapat kulihat-lihat,
Hilang dimata hati mengenang.

Sirih pinang di dalam puan,


Puan dibawa di tengah taman;
Takkan hilang jasamu tuan,
Jadi ingatan sepanjang zaman.

Sekian, Wa Billahi Taufiq Wal Hidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh. Terima kasih.

You might also like