You are on page 1of 2

Terima kasih diucapkan kepada pengerusi majlis.

Yang dihormati Puan Nur Syazwani Binti


Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cik Ilam Anak
Hemang. Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Patrick Rudy Sela. Guru-guru pengiring dari
Sekolah Kebangsaan Lubok Tekurok, Sekolah Kebangsaan Telahak dan Sekolah Kebangsaan
Tiga Kampong, guru-guru Sekolah Kebangsaan Meritam , Anggota Kumpulan Pelaksana dan
murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikuum, salam menjulang Bahasa kebangsaan
dan Salam Sarawakku Sayang.
Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-NYA
dan dengan izin-NYA juga kita semua dapat berkumpul pada pagi yang berbahagia ini dalam
satu majlis yang sungguh bermakna pada kita semua. Saya ingin merakamkan ucapan syabas
dan tahniah kepada Panitia Bahasa Melayu kerana telah menganjurkan Citra Kirana Bahasa
pada hari ini.
Dalam hubungannya dengan majlis kita pada hari ini, dasar bahasa Kebangsaan telah
memperlihatkan hasil yang nyata. Dengan adanya bahasa Kebangsaan perpaduan rakyat yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan telah dapat diwujudkan. Bahasa Kebangsaan
telah berperanan sebagai asas pembentukan jatidiri dan citra bangsa Malaysia.
Sambutan Bulan Bahasa ini akan diikuti dengan kempen berbahasa secara betul di adakan
bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek penggunaan bahasa tetapi juga melibatkan
aktiviti yang turut mengembangkan secara meluas dari aspek:-

• Pemupukan bakat seni


• Didik hibur dalam pengajaran dan pemudah caraan
• Kemahiran berfikiran secara kritis dan kreatif
• Membina ketajaman intelak
• Membudayakan ilmu.

Oleh itu, saya berharap agar murid-murid agar terus mengamalkan Bahasa Melayu
dengan baik dalam kehidupan seharian dan lebih-lebih lagi subjek Bahasa Melayu ini
merupakan salah satu subjek utama yang wajib lulus dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR). Dalam konteks Negara amnya, ketinggian budi dan bahasa sangat dituntut. Kita perlu
menjadi warga yang berbudi bahasa dan keperluan ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri
warga negera yang berkualiti. Ketinggian budi bahasa dan adab sopan pula dapat membezakan
antara orang berilmu dengan yang tidak berilmu.
Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini, izinkan saya untuk
menyampaikan dua rangkap pantun :

Bunga mawar baunya harum,


Disunting dara pingitan desa;
Majmuk Malaysia pelbagai kaum,
Bahasa Melayu penyatu bangsa.

Cantik sungguh kebarung biru


Sekali terpandang hati tertambat;
Hidup di zaman Malaysia baharu,
Bahasa Melayu kekal dimartabat.

Dengan lafaz Bismillaahirrahmanirrahim, dengan sukacitanya merasmikan Program Citra


Kirana Bahasa peringkat SK Meritam Limbang 2020. Sekian, Assalamualaikuum W.B.T.

You might also like