You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN PENGETUA SEMPENA MAJLIS

PEMBUGARAN NILAM , DAN VLE-FROG


Terima kasih pengacara majlis.

Yang Berusaha,

EN BUSRAH B MAULAH, GPK PENTADBIRAN

PN HASLINDA BT SABU,GPK HAL EHWAL MURID

PN. NOOR HABIBI BT ALI ,GPK KOKURIKULUM

PN HANANIAH BT YUSOF , GPK PENDIDIKAN KHAS

GURU-GURU KANAN MATA PELAJARAN

BARISAN GURU, PEMBANTU PENGURUSAN MURID, SETERUSNYA


MURID YANG DISAYANGI SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA


Salam sejahtera dan salam # PUJONTOP

Seperti yang kita telah sedia maklum, program NILAM merupakan program
menggalakkan minat membaca buku yang telah dijalankan di semua sekolah di
seluruh negara semenjak tahun 1999. Oleh hal demikian, saya amat berharap
semua murid dapat benar - benar memahami objektif program ini seterusnya
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang telah dirancang oleh guru
perpustakaan dan media serta guru NILAM.

Program Nilam berjaya meningkatkan kadar pembacaan dalam kalangan murid iaitu
daripada 19 buku setahun sejak Nilam diperkenalkan lebih 10 tahun lalu, kini
meningkat kepada 25 buku setahun. Seterusnya penambahbaikan program Nilam
memberi tumpuan kepada kualiti bacaan dengan keutamaan bahan bacaan bukan
fiksyen dan aktiviti penggayaan selepas membaca. Ia seiring dengan perkembangan
corak pembelajaran semasa yang beri fokus kepada pembelajaran abad ke-21
terhadap aspek pembinaan kemahiran berfikir aras tinggi dan kreatif,” katanya.
guru-guru, murid-murid YANG DISAYANGI,

Vle-Frog dilancarkan pada mac 2012 dan dilaksanakan bersama dengan


rangkaian 1BestariNet mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi
seluruh warga sekolah .kemudahan ini dibangunkan berperingkat di sekolah-sekolah
yang boleh diakses dengan baik. Ia merupakan satu sistem kaedah penyelesaian
bersepadu membolehkan pengajaran , pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan
duijalankan dengan teknologi bersistem.

Dengan lafaz Bismillah , saya melancarkan MAJLIS PEMBUGARAN NILAM , VLE –


FROG DAN BULAN AKADEMIK SAINS DAN MATEMATIK.

Sekian, terima kasih.

You might also like