You are on page 1of 2

Teks ucapan GB Program Jom Ke Sekolah 2017

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbth,
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia
Salam Melaka Maju Negeriku Sayang,
Negeri bandar teknologi hijau.
Melaka 755 tahun
Mendidik daripada hati dengan penuh integrity

Yg sy hormati GPK 1 PnRohaya bte Hashim


GPK HEM Tn Hj Marzuki b wAN Yusoff
GPK KOKU En Jefri b Ab Wahab
GPK P Khas Pn Zainab bt Yang Chi

Yg sy hormati Kprl __________________


Dari balai Polis KSB
Seterusnya guru guru, staf sokogan dan anak anak didik yang kasihi
sekelian,

Sy bersyukur ke hadrat Allah kerana kita dapat berhimpum pd pagi ini


untuk mengadakan satu program yg bermakna khususnya kepada anak
anak murid sekolah ini iaitu Pelancaran Jom Pergi ke sekolah.

Saya bagi pihak sekolah ingin mengucapkan sekalung tahniah dan t kasih
kepadaunit HEM dan JK pelancaran JOM Ke Sekolah kerana telah
menyusun atur program ini dengan baik dan terancang. Tkasih juga
ditujukan khas kepada kpl …………………,, yang sudi datang bagi
menceriakan lagi majlis pada pagi ini.

Terlebih dahulu Sy ingin mengambil peluang di sini untuk mengucapkan


selamat datang dan jom ke sekolah kepada semua murid-murid skos
serta warga sekolah ini. Tkasih kepada murid kerana anda hadir pada hari
ini, semoga kehadiran murid ke sekolah pada hari ini dan hari seterusnya
akan memberi sinar baru dlm pembelajaran serta mendapat ilmu yang
sangat berguna yg telah guru-guru curahkan kpd murid-murid.

Program JOM Ke Sekolah ini merupakan program kolaboratif antara


Kementerian Pendidikan dan Polis diraja Malaysia dlm usaha menangani
permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dam
kawasan sekolah adalah melalui pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).
Komitmen kedua pihak ini membuktikan keberkesanan dalam usaha
penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah lau dalam
kalangan murid. Jalinan mantap ini dapat memastikan risiko salah laku
dikalangan murid semakin menurun selaras dgn konsep sekolah selamat
dan amalan guru penyayang. Program Jom Ke Sekolah diharapkan akan
menjadi medan kea rah membentuk sahsiah diri murid yang positif

Objektif program ini antara laian ialah


- Mengujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap
di antara sekolah dan pihak Pegawai Perhubungan Sekolah.
- Membantu mencegah slah laku disiplin murid sekolah daripada
terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi
undang-undang yg tidak bermoral .
- Membugarkan kembali penggunaan Peti Uduan Murid spt yg telah
diarahkan dlm SPI Bilangan 8 2010.

Diharapkan kehadiran pihak polis pada awal musim persekolahan ini akan
dapat meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dengan PPS.
Secara tidak langsung
akan dapat mempertingkatkan usaha kea rah pembentukan sahsiah diri
murid yang lebih positif serta meningkatkan kemenjadian murid.

Akhir sekali mulai saat dan hari ini merupakan titik tolak kepada murid-
murid untuk suka dan rajin datang ke sekolah untuk menimba ilmu
pengetahuan. Jika anak anak murid selalu ponting ke sekolah akan
merugikan kita sendiri.

Akhir sekali lagi sy ingin mengucapkan tahnah terima kasih kepada


semua pihak yang telah menjayakan program Jom Ke Sekolah dengan
jayanya.

Sekian.
Wabillahitaufikwalhidayah
wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

You might also like