You are on page 1of 9

TERHAD

Persatuan Lumba Basikal ATM (PLB ATM)


d/a Cawangan Pembangunan Sumber Manusia
Markas Tentera Laut
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR

Tel: 03 - 40160114
Emel: bsm_smpemb@navy.mil.my

Okt 22

PLB/ATM/TAD/22 – ( )

Majlis Sukan Angkatan Tentera


Markas Angkatan Tentera Malaysia
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Pegawai Staf 1 MSAT)

LAPORAN KEJOHANAN LUMBA BASIKAL ANJURAN MAJLIS KEBAJIKAN DAN


SUKAN ANGGOTA KERAJAAN (MAKSAK) BAGI TAHUN 2022

AM

1. Kejohanan Lumba Basikal Anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan
(MAKSAK) 2022 merupakan kejohanan yang julung kali diadakan di peringkat MAKSAK.
Kejohanan ini telah berlangsung di Kompleks Pentadbiran Bandar Baru Kuala Nerus,
Kuala Terengganu pada 21-22 Okt 2022. Persatuan Lumba Basikal ATM (PLB ATM)
telah menghantar wakil seramai 27 orang termasuk tim pengurusan dan atlet bagi
menyertai kejohanan tersebut. Penglibatan pelumba bagi kejohanan ini dipilih melalui
penganjuran Kejohanan Lumba Basikal Antara Perkhidmatan ATM pada 25 hingga 27
Sep 22 yang lalu. Pelumba

TUJUAN

2. Tujuan laporan ini adalah untuk membentangkan pelaksanaan Kejohanan Lumba


Basikal Anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) yang telah
dilaksanakan pada 21 hingga 22 Okt 22.

PELAKSANAAN

3. Pengelola. Majlis Sukan Negeri Terengganu dan MAKSAK


dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan Kejohanan Lumba Basikal Anjuran Majlis
Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) 2022. Sepangjang kejohanan ini
dilaksanakan, penganjur telah melaksanakan penugasan yang diamanahkan dengan
lancar dan tiada masalah yang timbul. Trek pelumbaan bagi semua acara diadakan di
Kompleks Pentadbiran Bandar Baru Kuala Nerus, Kuala Terengganu. Kesemua acara
dipertandingkan dengan semangat kesukanan yang tinggi dari awal hingga akhir.

TERHAD
TERHAD

Persekutuan Lumba Basikal Kebangsaan (PKBM) dilantik sebagai Komisar sepanjang


kejohanan berlangsung.

4. Jenis Acara yang Dipertandingkan.

a. Kriterium Terbuka Lelaki - 34 km.

b. Kriterium Terbuka Wanita - 17 km.

c. Kriterium Lelaki Veteran - 21 km.

d. Ujian Masa Berpasukan (Campuran) - 17 km.

e. Ujian Masa Perseorangan Lelaki Veteran - 17 km.

f. Ujian Masa Perseorangan Lelaki Terbuka - 17 km.

g. Ujian Masa Perseorangan Wanita - 17 km.

5. Penyertaan. PLB ATM telah menghantar seramai seorang pengurus, 27 pelumba


utama dan seorang jurulatih di dalam kejohanan ini. Senarai nama pelumba yang
menyertai kejohanan mengikut perkhidmatan adalah seperti di Kembaran A.

6. Peruntukan. Peruntukan yang diperolehi dari MSAT adalah sebanyak RM


12,000.00. Pecahan perbelanjaan adalah seperti di Kembaran B.

7. Atur Cara Pertandingan. Seperti di Kembaran C.

8. Keputusan Acara-Acara. Seperti di Kembaran D.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

9. Secara keseluruhannya, penganjuran pada kali ini tidak menghadapi sebarang


masalah yang besar dan segala keperluan pertandingan serta koordinasi dapat
dilaksanakan dengan lancar. Penganjur mempunyai prasarana yang mencukupi
terutama dari segi persediaan trek perlumbaan dan keselamatan sepanjang kejohanan
berlangsung. Namun terdapat beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan bagi
menambahbaik penganjuran pertandingan yang akan datang. Cadangan adalah seperti
berikut:

a. Hadiah Berbentuk Wang Tunai. Tambahan pemberian hadiah berbentuk


wang tunai wajar dipertimbangkan selain pemberian pingat kepada pelumba-
pelumba yang memenangi kejohanan.

b. Penglibatan Pelumba Profesional. Pelumba-pelumba profesional


yang telah sedia mewakili mana-mana tim profesional dan telah menyertai
pertandingan di peringkat negara tidak wajar menyertai kerana tujuan
pertandingan ini adalah untuk memberi peluang dan menghargai hari sukan
kakitangan kerajaan disamping mencungkil bakat-bakar baru dalam sukan lumba
basikal. Ini kerana terdapat jurang perbezaan yang sangat tinggi bagi atlet amatur

TERHAD
TERHAD

dan juga professional jika dipertandingkan di dalam kategori yang sama.


Penyertaan atlet professional perlu dihadkan bagi setiap penyertaan.

c. Komposisi Pelumba Setiap Kategori. Komposisi pelumba bagi setiap


kategori yang dipertandingkan amat terhad. PLB ATM ingin mencadangkan bagi
kategori terbuka, penyertaan lebih ramai amat perlu bagi memastikan memberikan
peluang kepada kakitangan kerajaan untuk turut beraksi dan bersaing secara
sihat.

c. Peruntukan Kewangan Kepada Tim PLB ATM. Peruntukan kewangan


yang diterima dari MSAT perlu diteliti semula kerana terdapat beberapa keperluan
tambahan lain seperti bayaran sewaan homestay kepada atlet dan memberi
peralatan kelengkapan berbasikal dan juga alat ganti. Peruntukan yang diterima
sebanyak RM 12,241.00 adalah tidak mencukupi bagi menampung keperluan
logistik atlet. Penambahan dana diperlukan bagi menampung keperluan alat ganti
berbasikal semasa perlumbaan seperti tiub tayar, tayar spare, minyak rantai, dan
juga feeding semasa perlumbaan.

d. Pencarian Bakat-Bakat Baharu. Pemilihan atlet bagi kategori veteran


amat terhad dan perlu dilaksanakan lebih awal supaya pemilihan atlet tidak hanya
tertumpu kepada Kejohanan Lumba Basikal Antara Perkhidmatan (ISG) sahaja.
PLB ATM akan mengenalpasti beberapa atlet berpotensi yang bergiat aktif di
dalam sukan lumba basikal. Memandangkan aktiviti sukan berbasikal merupakan
trend bagi rakyat Malaysia, pemilihan atlet yang berpotensi ini dapat diusahakan
dalam masa terdepat dan ianya perlu dikenalpasti di peringkat akar umbi.

e. Latihan Pusat. Latihan pusat perlu dilaksanakan sekurang-kurangya 14


hari dari tarikh kejohanan bagi mencari keserasian sebagai satu pasukan
terutamanya bagi kategori Ujian Masa Berpasukan. Selain itu, latihan pusat juga
bertujuan untuk menenalpasti prestasi dalam kalangan atlet bagi membuat
persediaan atau penukaran atlet di saat akhir.

HAL-HAL LAIN

10. Kenderaan. Kenderaan sepanjang kejohanan adalah menggunakan Van


Persatuan Lumba Basikal TLDM (PLB TLDM) dan juga kenderaan utiliti jenis Proton Saga
BLM. Penggunaan van dilihat tidak praktikal untuk membawa atlet kerana pada masa
yang sama van tersebut digunakan untuk membawa basikal dalam jumlah yang banyak.
Persatuan ingin mencadangkan van tersebut hanya digunakan untuk membawa basikal,
peralatan membaiki basikal dan juga keperluan logistik yang lain. Penggunaan bas amat
signifikan bagi pergerakan membawa atlet dan secara tidak langsung memberikan
keselesaan sepanjang perjalanan.

11. Kecederaan Sepanjang Pertandingan. Sepanjang kejohanan dilaksanakan


tiada kecederaan dan kemalangan yang berlaku bagi pelumba.

TERHAD
TERHAD

PENUTUP

12. Secara keseluruhanya PLB ATM telah mendapat tempat kedua keseluruhan
manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara Malaysia masing-masing
di tempat pertama dan ketiga. PLB ATM akan memperbaiki serta membuat persiapan
yang lebih rapi bagi menghadapi Kejohanan MAKSAK akan datang. Pemilihan serta
latihan atlet juga akan dibuat secara berterusan agar atlet yang terpilih benar-benar
bersedia dari segi mental dan fizikal.

AHMAD HEZRY BIN AB MAJID


Kdr TLDM
Setiausaha Persatuan Lumba Basikal ATM

Kembaran:

A. Senarai Peserta Kejohanan.


B. Peruntukan Kewangan.
C. Atur Cara Kejohanan Lumba Basikal Anjuran MAKSAK.
D. Keputusan Acara - acara Yang Dipertandingkan.

TERHAD
KEMBARAN A KEPADA
PLB/ATM/TAD/22 – ( )
BERTARIKH OKT 22

SENARAI PESERTA KEJOHANAN

BIL NO TEN PKT NAMA UNIT KATEGORI


(a) (b) (c) (d) (e) (f)
1 N/402448 KEPT TLDM ISMAIL BIN OTHMAN Mk TL (SM-PEMB)
2 N/403364 KDR TLDM MOHD ZAIMI BIN MUHAMED Mk TL (PP)
3 N/403329 KDR TLDM Ir. MUSA BIN OTHMAN TLDM Mk PL
4 N/404191 LT KDR TLDM NIK SUHARTO BIN NIK HUSIN Mk AB
5 N/404819 LT KDR TLDM ABU AMAR BIN DARUS PUSPAHANAS
6 N/405134 LT TLDM TS. CHAN JUN SHEN TLDM Mk Udara
7 N/405408 LT TLDM KAMARUL ABIDIN BIN SARUDIN DPLB
8 374050 KAPT TUDM ROSLI BIN AHMAD PU KUANTAN
9 N/405772 LT DYA TLDM PUTERI SHAZWANI BINTI MEGAT AHMAD SHARIMAN DPBLWL 1
10 NV/8708110 PKK PSSTLDM SITI FARAH ELIZA BINTI ZAINUDDIN KD SRI KLANG
11 831449 BM PAP AMIROL AMIRSYAM BIN ALIF KD KASTURI
12 835665 LK PAP SAIFUL KHOHAR BIN ABDUL HALIM KD KASTURI
13 836297 BM JJM SHAHRUL AFIZA BIN FAUIZAN PSTL SETIU
14 836263 BM PRL MOHD FADHLI ANWAR BIN MOHD FAUZI PSTL SETIU
15 5501300 LK TNL AZNURLIDA BINTI NOR AZMI KDP
16 837617 LK JJM IRWANDI BIN LAKASEK PSTL SETIU
17 843553 LK TNL MOHD HARRIF BIN SALEH PSTL SETIU
18 843554 LK TNL MOHD AFIQ HUZNIE BIN OTHMAN PSTL SETIU
19 837051 LK I PAP MOHD ZAMRI BIN SALEH PSTL SETIU
20 837052 LK PNK MOHD NOR RIZUAN BIN ZAINAL KD SRI MANJUNG
21 841204 LK I PAP MOHD SYAZLY BIN MAT ZEN KD MALAYA
22 841941 LK I PAP HAYKAL AIMAN BIN MUHAMMAD HAMINUDIN KD MALAYA
23 800991 LK I TNL MUHAMMAD ZAWAWI BIN AZMAN KD SRI KLANG
24 843532 LK II TNL MUHAMMAD AIMAN BIN BAJURI KDP

A-1

TERHAD
(a) (b) (c) (d) (e) (f)
25 1198677 LKPL MUHAMMAD ZAHIN BIN WAHHI 8 RRD (PARA)
26 1204714 PBT ZULADRI AMIN BIN ZULKARNAIN 25 RAMD
27 5502224 LK II TNL ARNI BINTI SANUDDIN KDP

A-2

TERHAD
KEMBARAN B KEPADA
PLB/ATM/TAD/22 – ( )
BERTARIKH OKT 22

PERUNTUKAN KEWANGAN

Siri Perkara Perbelanjaan Catatan


(a) (b) (c) (d)
1. Elaun Kejohanan (RM 16.20 x 15 orang x 3 729.00
hari)
2. Elaun Latihan (RM 6.50 x 15 orang x 14 hari) 1,365.00
3. Elaun Sajian (RM 20.00 x 17 orang x 4 hari) 1,360.00
4. Elaun Penginapan (RM 30.00 x 17 orang x 3 1,530.00
hari)
5. Elaun Perbatuan (RM 0.30 x 15 orang x 446 2,007.00
km)
6. Jersi Lumba Basikal (RM 350.00 x 15 orang) 5,250.00
JUMLAH 12,241.00

B-1

TERHAD
KEMBARAN C KEPADA
PLB/ATM/TAD/22 – ( )
BERTARIKH OKT 22

ATUR CARA KEJOHANAN LUMBA BASIKAL ANJURAN MAKSAK

Masa Acara Catatan


(a) (b) (c)
20 OKTOBER 2022 (KHAMIS)
1400H Taklimat Pengurus Pasukan
21 OKTOBER 2022 (JUMAAT)
1700H Kriterium Individu Wanita
22 OKTOBER 2022 (SABTU)
0800H Ujian Masa Berpasukan
1400H Ujian Masa Individu
2000H Kriterium Individu – Lelaki Terbuka
2100H Kriterium Lelaki Veteran
2230H Penyampaian Hadiah

C-1

TERHAD
KEMBARAN D KEPADA
PLB/ATM/TAD/22 – ( )
BERTARIKH OKT 22

KEPUTUSAN ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

1. Kriterium Wanita - 7/10.

2. Ujian Masa Berpasukan - 2/11.

3. Ujian Masa Wanita Terbuka - 3/10.

3. Ujian Masa Lelaki Veteran - 10/11.

4. Ujian Masa Lelaki Terbuka - 2/12.

5. Kriterium Lelaki Terbuka - 1/10.

6. Kriterium Lelaki Veteran - 6/11.

D-1

TERHAD

You might also like