You are on page 1of 32

SEJARAH SEKOLAH

Nur Yusra binti Ab Rahim 110013 2 Amanah Puan Rohani Ibrahim

PENGHARGAAN Setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada guru matapelajaran sejarah, Puan Rohani binti Ibrahim yang telah membantu menyiapkan kerja kursus ini. Dengan bimbingan, panduan, tunjuk ajar serta nasihat daripada beliau dapatlah saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Penghargaan ini juga saya panjangkan kepada kedua-dua ibubapa saya, Puan Rokiah binti Ahmad dan Encik Ab. Rahim bin Bakar, kerana turut membantu dalam aspek keewangan dan nasihat kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Khalil bin Ab. Rahman, ayahanda pengetua Maktab Rendah Sains Mara Kuantan, guruguru serta semua pihak yang telah membantu saya menyiapkan kerja kursus ini.

OBJEKTIF KAJIAN 1. Kerja kursus ini bertujuan untuk menghayati sejarah penubuhan lambanglambang, moto dan pentadbiran 2. Melahirkan semangat cinta akan sekolah 3. Mengeali dan menghargai sumbangan warga sekolah

KAEDAH KAJIAN 1. Kaedah rujukan 2. Kaedah temuramah 3. Kaedah pemerhatian

HASIL KAJIAN 1.0 LATAR BELAKANG SEKOLAH

Maktab Rendah Sains MARA Kuantan telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil.20 Tahun 1996 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. Maktab ini didirikan untuk memberi kemudahan pelajaran peringkat menengah dalam bidang sains dan matematik, kepada pelajar -pelajar yang mempunyai kebolehan mental yang tinggi terutama sekali mereka yang berminat dalam bidang sains dan matematik disamping membiasakan pelajar-pelajar dengan pendidikan yang berasakan sains dari awal-awal lagi bukan sahaja memupuk perkembangan sains sebagai satu aspek kebudayaan Malaysia tetapi juga untuk mewujudkan daya pemikiran yang kritis, kreatif, terbuka , sihat , luas dan mendalam. Maktab Rendah Sains MARA mengamalkan satu falsafah yang bertujuan untuk memupuk kecenderungan terhadap proses-proses saintifik di kalangan pelajar-pelajar. Pengajian sains di MRSM tidak dipandang semata-mata sebagai usaha-usaha mengumpul kenyataan sahaaja tetapi dibentuk sebagai satu pengalaman dalam makmal berkaitan dengan konsep-konsep saintifik adalah menjadi tema utama dan pengajian melalui penyelidikan di kalangan pelajar-pelajar adlah prinsip yang penting dalam MRSM. Selain dari usaha-usaha untuk mengeluarkan pelajar-pelajar yang berkelulusan baik dalam mata pelajaran sains bagi memenuhi keperluan negara, falasafah MRSM adalah juga bertujan untuk mengeluarkan individu-individu dinamik yang bebas dalam pemikirannya dan bertanggungjawab dalam tindakannya. Program akademik dan aktiviti-aktiviti luar darjah disusun untuk membentuk sifat-sifat kesedaran atas diri sendiri, perhubungan baik antara manusia, kecekapan dalam aktiviti ekonomi dan tangunggjawab kepada masyarakat di kalangan pelajar-pelajar. Dengan tersedianya kemudahan-kemudahan ini akan dapatlah dikeluarkan bukan sahaja bakal ahli-ahli sains tetapi juga individu yang boleh berdikari dan mempunyai kesedaran serta bersedia untuk memberi sumbangan yang penuh dan bermakna untuk membasmikan kemiskinan dan jurang perbezaan antara kaum sejajar dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru. MRSM Kuantan telah memulakan sesi pengajian pada 09.03.1974 dengan pelajar seramai 142 orang sahaja sehinggalah ke hari ini MRSM kuantan telah mempunyai 625 orang pelajar yang terdiri dari pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima. Pelajar-pelajar perintis ini telah mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Lower Certificate Education (LCE) pada tahun 1976 dengan mencapai kejayaan 100% Kelulusan. MRSM Kuantan telah dirasmikan pada 3 Julai 1978 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Mua'dzam Shah.

2.0 NAMA DAN LAMBANG- LAMBANG KEMEGAHAN SEKOLAH 2.1 LOGO MRSM

Logo Rasmi Maktab Rendah Sains MARA MOTO MRSM : BERDISPLIN BERILMU BERAMAL HURAIAN LOGO MRSM Roda Bergigi Setiap gigi mewakili negeri dalam Malaysia dimana MARA memberi perkhidmatannya secara terus dan juga jaringan aktiviti keusahawanan yang diterokai oleh Bumiputera.Mewakili 14 buah negeri di Malaysia. Teleskop dan alatan sains Melambangkan sains dan teknologi masa kini. Slogan Berdisplin Berilmu dan Beramal Pada logo tersebut mewakili sahsiah terpuji yang diterapkan pada pelajar.Konsep utama MRSM iaitu pendidikan sains dan teknologi diketengahkan, ketakwaan dijana dan keusahawanan disemai.Pelajar-pelajar MRSM ini seterusnya dicanai agar menjadi pelajar serba boleh, berjiwa patriotik, kental dan mampu bersaing pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada Warna Hitam Sebagai lambang keutuhan dan kekukuhan semangat untuk membantu secara berterusan golongan Bumiputera. Warna Merah Melambangkan keberanian untuk mara kehadapan menerokai peluang- peluang baru.

2.2 FALSAFAH PENDIDIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN MRSM Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, kami percaya bahawa pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti kepada diri sendiri, masyarakat, Negara dan Tuhan. Kami juga yakin bahawa maktab yang berkualiti dan cemerlang sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan dan pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti. Sesungguhnya setiap pelajar adalah unik, istimewa dan berpontensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan.

2.3 MOTO DAN LAGU

Moto MRSM Kuantan : " Excellent by Design "

Lagu Rasmi Maktab Rendah Sains MARA : Wahai putera-puteri bangsaku Ayuh segera menuju Mengikut gerak langkah maju Bersatu mencari ilmu Di zaman sains dan teknologi Negara perlukan jasamu Janganlah rasa malas lagi Bersama memegang teraju Di Maktab Rendah Sains MARA Tuntut ilmu jangan jemu Ikrar taat setia pada guru Berdisplin selalu Hari ini hari mulanya Hari esok berjaya Lengkapkan segala yang ada Ke kuliah kita segera

2.4 VISI DAN MISI

VISI Menjadikan sebuah institusi pendidikan bertaraf dunia untuk melahirkan genarasi pelajar yang global, cemerlang dan kompetitif. MISI Menyediakan pelajar bumiputera yang berpontensi tinggi dalam semua bidang terutama dalam bidang sains dan teknologi. Membentuk pelajar berpontensi unggul, berwawasan dan berkepimpinan. Memupuk pelajar yang trampil dalam berbahasa, kesenian, kemasyarakatan dan membudayakan keusahawanan.

2.5 OBJEKTIF Mencapai tahap pematuhan laporan Audit MARA dengan memperoleh 100% dalam laporan kewangan 25 Disember pada akhir setiap tahun. Sifar pelanggaran disiplin dalam kategori kesalahan amat berat(yang dirujuk kepada JDB). Meningkatkan pencapaian pelajar dalam eperiksaan PMR 2011 kepada GPS 1.03 dan SPM kepada GPS 1.0. Memastikan agar 100% pelajar tingkatan 3 dan 5 layak graduasi setip tahun mengikut system pendidikan. Memenangi sekurang-kurangnya dua pertandingan bercorak Sains & teknologi di peringkat MRSM Kebangsaan pada tahun 2011. Memenangi sekurang-kurangnya dua kejuaraan dalam kegiatan sukan atau kokurikulum di peringkat MRSM Kebangsaan pada tahun 2011. Setiap orang warga kerja (guru dan kakitangan) berpeluang menghadiri sekurangkurangnya satu kursus peningkatan profesionalisme dalam tahun 2011. Memastikan kerja-kerja pembaikan dapat dilaksanakan dengan sempurna dalam tempoh 7 hari selepas menerima aduan daripada pelanggan. Memastikan pelaksanaan 5S dapat dilaksanakan sepenuhnya. Memperkasakan pelaksanaan Schoolwide Enrichment Model (SEM) sebagai satu kaedah pendidikan terbeza mrsm.

2.6 DASAR DAN PIAGAM

Membentuk dan melahirkan warganegara yang selaras dengan Falsafah Pendidikan MRSM dan Falsafah Pendidikan Negara. Mengurus dan melaksanakan segala tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan secara professional dan cemerlang. Merancang dan mengelola segala akitiviti yang sempurna untuk melahirkan pelajar global, cemerlang dan kompotitif. Memberi perkhidmatan kepada pelajar secara adil dan saksama. Mewujudkan kejelekitan(hubungan) dalam kalangan warga maktab dan masyarakat amnya. Melayani setiap keperluan pelanggan dengan segera, mesra dan penuh tanggungjawab.

3.0 INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN ASAS BLOK AKADEMIK Bangunan Al- Kindi Makmal Biologi Kelas pelajar tingkatan 1

Bangunan Al- Razi Makmal Kimia Kelas Pelajar tingkatan 2 Bilik Tunas Saintis

Bangunan Al- Biruni Makmal Kemahiran Hidup Makmal Reka Cipta Makmal Komputer Reka Cipta Studio Seni Kelas Pelajar Tingkatan 3

Bangunan Al- Idrisi Kelas Pelajar tingkatan 4 dan 5 Dewan Newton Anjung Geografi

Perpustakaan Dato Ridzuan (PSP) Dewan Dato Zahudi

BLOK PENTADBIRAN Pejabat Makmal Sains Makmal Fizik Makmal Komputer Jabatan Sains Sosial Jabatan Sains Jabatan Matematik Jabatan Bahasa Research Developemant and Innovation Center (RNDI) Galeri Maktab Bilik SEEDS broadcast Anjung Karisma Anjung Zaaba Medan Puisi Dewan Ilmu Bilik Kaunseling

BLOK ASRAMA Blok E (Siti Khadijah) Blok F (Tun Fatimah) Blok G (Siti Aisyah) Blok H (Dato Bahaman) Blok I (Tok Gajah) Blok J (Mat Kilau)

KEMUDAHAN LAIN Surau Al Hidayah Padang Taman Herba Taman Nurani Caf Koperasi MRSM Kuantan Berhad Bilik Pembantu Tadbir Asrama Garaj Bas Dewan Selera Cyber Caf Dewan Merdeka Bilik Kawalan Kuaters warden Rumah Ketua Warden

4.0 SENARAI PENGETUA Senarai Pengetua Maktab Rendah Sains Mara Kuantan 1) Encik Ramli bin Ismail 2) Encik Mohd Sharif bin Ab Latif 3) Encik Kho Khiok Boon 4) Encik Mohd Sharif bin Ab Latif 5) Encik Abd Fattah bin Haji Mohd 6) Encik Ab Rashid bin Ali 7) Encik Mohd Hussain bin Ibrahim 8) Hajah Nor Bibi binti Abdullah 9) Encik Md Rahim bin Salim 10) Encik Abdul Halim bin Ariffin 11) Haji Razali bin Mamat 12) Encik Khalil bin Ab Rahman (1 Mac 1974 14 Ogos 1978) (15 Ogos 1978 31 Disember 1979) (1 Januari 1980 31 Disember 1981) (1 Januari 1982 30 September 1984) (1 Oktober 1984 1 Disember 1987) (1 Mac 1988 30 Disember 1993) (1 Julai 1994 31 Mac 1999) (15 Mei 1999 31 Januari 2002) (1 Februari 2002 15 April 2004) (1 Mei 2004 23 Januari 2006) ( 13 Februari 2006 19 Oktober 2007) (1 November 2007 sekarang )

BIODATA PENGETUA Nama Pengetua MRSM Kuantan ialah Tuan Haji Khalil bin Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai ayahanda. Beliau dilahirkan pada 19 Mac 1957 di Kg Chokoh, Serkat, Kukup, Pontian, Johor. Beliau anak bongsu daripada 7 orang adik beradik tetapi 2 orang daripadanya meninggal dunia. Beliau juga telah mendapat pendidikan awal di SK Chokoh daripada darjah 1 hingga 6. Kemudian beliau bersekolah di SMK Seri Kukup selama 3 tahun. Semasa di Tingkatan 4 hingga 6, beliau bersekolah di SM Sains Ismail. Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1978-1981. Beliau pernah menjadi guru Bahasa Melayu di MRSM Muar pada tahun 1982-1986. Pada tahun 1987-1982, beliau telah menjadi Ketua Jabatan Bahasa di MRSM Jasin. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di UTM dalam bidang Sarjana Pendidikan pada Jun 1996 hingga tahun 1998. Beliau pernah berkhidmat di MRSM Muadzam Shah selama 3 bulan sebelum dinaikkan pangkat pada tahun 2001 sebagai Timbalan Pengetua di MRSM Serting. Pada tahun 2002-2006, beliau telah menjadi pengetua di MRSM Kota Kinabalu di MRSM Tun Ghafar Baba pada Julai 2006-2007. Pada tahun November 2007, beliau dinaikkan pangkat menjadi Pengetua Cemerlang di MRSM Kuantan.

5.0 SENARAI GURU JABATAN SAINS 1. Puan Fatimah Bahrin 2. Puan Hashimah Mamat 3. Puan Aini Shakirah Mat Salleh 4. Tuan Mat Daut Md Dewa 5. Tuan Bahri 6. Puan Che Hanisah Ismail 7. Cik Nurul Shaheizli Aqilah Ramli 8. Puan Rohani Hassan 9. Puan Intan Nadira Kadir 10. Puan Latifah Shukri 11. Puan Cik Anin Deris 12. Puan Siti Faridah Jusoh 13. Cik Noorhazilah Abu Bakar.

JABATAN MATEMATIK 1.
2. 3. 4. 5. 6. 7.

Puan Nik Rosmida Ibrahim Puan Zuraini Zakaria Encik Che Harun Mamat Puan Sahazilah Sadin Puan Azizah Daud Puan Noraidah Ali Cik Azimawati Ahmad Encik Zulkefli Awang Puan Norazean Bachok Encik Asmadi Ali Encik Amir Hamzah Abdul Majid Encik Meor Mohd Redzuan

8.
9.

10.
11.

12.

JABATAN BAHASA
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Puan Mona Azurah Hasan Puan Fifita Hendiani Asnam Puan Wan Idayani Wan Mohd Idris Puan Nik Norlaili Nik Mohammad Encik Wan Buanan Wan Hussain Puan Wan Shahriza Wan Abdul Rahman Puan Rohani Mohamed Puan Wani Mazni Mohd Sapuan Encik Muhamad Amin Muhaimin Harun Cik Siti Ali

11. 12. 13.

Puan Rofikah Puan Shazlin Suzanna Abdul Razak Puan Zainol Azlin Zainudin

JABATAN SAINS SOSIAL


1. 2. 3. 4.

Puan Norhayati Daud Puan Ain Syakilah Hanafi Cik Rosmaliza Yusuf Cik Normala Yaacob

5. 6. 7. 8.

Puan Hanis Marini Abdul Hamid Encik Mohd Nor Aidi Zainal Puan Hajah Aminah Awang Puan Norliza Husin Encik Ahmad Zulaifudin Encik Ahmad Nazrin Encik Ismi Zakini Ismail Puan Rosnani Abdul Wahid Hajah Rukiah Ismail Hajah Maimon Ibrahim Ustad Roslan Said Ustad Ahmad Syahmi Syazwan Puan Norshihaton Mohamad Sheh Encik Wan Mohamad Syahmi Puan Hanifah Maosin Puan Edyanie Shafie Encik Ibni

9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.


16. 17. 18. 19. 20.

21.

6.0 BADAN MUAFAKAT Badan Pengurusan dan PIBG atau lebih dikenali sebagai MUAFAKAT ditubuhkan pada tahun 1995. Penubuhan Badan Muafakat adalah untuk memberi peluang kepada ibubapa dan guru berbincang serta merancang program peningkatan serta membaiki pencapaian pelajar dan maktab. Badan MUAFAKAT MRSM Kuantan membolehkan ibubapa dan guru menjalinkan komitmen yang utuh secara kolektif serta bersepadu dalam melaksanakan segala program maktab sebagai usaha meningkatkan prestasi maktab. 6.1 AHLI JWATANKUASA MUAFAKAT 2010/2011 Penasihat > Hj Khalil bin Ab Rahman Yang Di-Pertua> En Zamhuri bin Talib Setiausaha> Puan Norhayati Daud Penolong Setiausaha> Puan Wan Shahriza Wan Ab Rahman Bendahari> Puan Norliza binti Husin Penolong Bendahari> Puan Zuraini Zakaria

Ahli Jawatankuasa> En. Makhtar bin Mohamed Ir.Che Mohd Apandi bin Muhamad En Abd Muzahid bin Abd Samat En Nor Hisham bin Hj Adanan En Rosminahar bin Mohd Amin En Ab Rahim bin Bakar Dato Modh Zahari bin Md Isa Puan Aminah binti Arshad Puan Norizan binti Razali Puan Yusmawati binti Mohd Yusof Puan Norhayati binti Ahmad Puan Cik Anin binti Deris En Roslan bin Said En Ahmad Zulaifuddin bin Mohamed En Mukhzamil bin Abdullah

7.0 TOKOH PELAJAR Roslan Aziz jurutera muzik terkemuka Malaysia pengeluar / dan manusia di sebalik tindakan yang tiada tandingan Malaysia seperti Sheila Majid dan Zainal Abidin, Amir Yusoff, Prema, Zubir Ali, Raja Atilia dan 'Ali (kedua-duanya terdiri daripada Roslan Aziz and Mukhlis Nor). Pengasas bersama Roslan yang terkenal di label Aziz Productions (RAP), label rakaman tempatan yang pertama untuk menjana minat dari luar negara, RAP mengambil industri muzik tempatan satu langkah ke hadapan dengan bukan hanya kacau senario muzik serantau, tetapi juga arena hiburan di Indonesia, Jepun, Eropah dan Selatan America.Commanding kualiti ke atas kuantiti dalam pengeluaran tiap-tiap, rumah muzik berjaya mendapat pengiktirafan yang menggalakkan danpenghormatan di seluruh negara dan seterusnya, untuk bunyi yang unik eklektik dan keaslian. Roslan Aziz dilahirkan Roslan Abdul Aziz Saad Ismail pada Okt-23 1961 di Kuala Lumpur Malaysia.His bapa Abdul Aziz Saad Ismail yang merupakan tukang gunting rambut dan ibu Sharifah Aishah bte Syed Abdul Rahman Al-Attas suri rumah tinggal di Kampung Datok Keramat Kuala Lumpur. Roslan telah berkahwin dengan Shaheila Abd Majid dan mempunyai dua orang anak Wan Nur Khaleda Aziz dan Megat Abdul Majid Aziz.They bercerai pada tahun 2000 dan Roslan kemudian berkahwin Sopphilea Abd Hamid pada tahun 2001 dan mempunyai dua kanak-kanak Megat Ali Aziz dan Megat Zayn-ul Hamza Aziz. Beliau kemudian berkahwin dengan Hana Jamaluddin pada tahun 2002 dan mempunyai seorang anak perempuan Wan Aisha Aziz. Bakat Roslan telah kebangkitan muzik pada usia lima tahun. Melihat semangat beliau, datuknya, Abdul Majid Abdul Ghani, membeli dia drumset pertama. Yg luar biasa kepandaiannya itu ahli biasa 'Kugiran' bapa saudaranya (band) yang dinamakan 'Dukes' dan band ini mendapat perhatian yang besar terutamanya kerana bakat belum pernah terjadi sebelumnya. Roslan melakukan pendidikan rendah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Padang Tembak dan kemudian dihantar ke Maktab Rendah Sains Mara berprestij di Kuantan Pahang. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran aktuari di Universiti Teknologi Mara di Shah Alam, Selangor. Roslan telah terlibat secara aktif dalam bermain muzik membentuk sebuah band dengan rakan-rakan kolej yang dipanggil Encik belakang Asli pada tahun 1974 dan terus bermain muzik, manakala persekolahan. Roslan memulakan kerjaya dalam muzik Showmasters pada tahun 1980 dan mengambil kemudiannya berada di Boys Studio Awek legenda pada tahun 1982 di mana dia seorang jurutera. Sejak debutnya dalam dunia muzik ketika itu jurutera-cum-pengeluar mencatatkan beratus-ratus album termasuk 'Dimensi Baru' album Sheila Majid pecah tanah dan 'Emosi'.

Beliau kemudiannya menubuhkan Roslan Aziz Productions (RAP) dengan lama kawan rapat Datuk Kamarudin Meranun pada tahun 1988 dengan menandatangani Zubir Ali sebagai artis pertama mereka di bawah RAP label. Antara pelbagai anugerah yang mendapat oleh Roslan anugerah Album Terbaik untuk album Gamal daripada AIM pada tahun 1995, album terbaik AIM anugerah ratu (1996) Album Terbaik untuk album Emosi di BASF Awards, Indonesia pada tahun 1987.Beliau juga telah dikurniakan Pengeluar tajuk Harapan di Pengeluar Music Awards 2002 yang diadakan di Amerika Syarikat. Roslan mengambil lompatan iman yang memecahkan diri dari dunia terkenal muzik.Tetapi selepas ketiadaan 5 tahun guru muzik kembali, semua melepaskan dengan semangat yang diperbaharui. Sejak kembali (ke tempat masing-masing), Roslan telah terlibat dalam spektrum projek, tidak menghadkan dirinya hanya menghasilkan Peranan beliau termasuk sebagai salah satu daripada tiga hakim bagi pertandingan bakat realiti, Malaysia Idol musim I dan II, bercakap tentang program-program realiti, dia juga telah diambil ke atas jawatan yang paling didambakan sebagai "Pengetua" bagi ansuran kelima Akademi Fantasia hairan. Dalam kawasan live mengadakan persembahan, Roslan telah berkuat kuasa memandu di belakang kejayaan Konsert Live Dato 'Siti sejarah Nurhaliza di Royal Albert Hall London. Beliau telah juga mengambil peranan yang sebagai Pengarah Muzik untuk pementasan yang luar biasa dijual keluar 'Puteri Gunung Ledang - The Musical', satu peranan beliau telah reprized baik ke dalam musim ketiga itu muzik itu, yang peranan yang sama dia mengambil pada pengeluaran yang sensasi 'P. Ramlee - The Musical'.Roslan juga cuba tangannya bertindak dengan membuat penampilan sulung pada skrin drama web pertama di Malaysia yang dikenali sebagai 'Kerana Karina' yang dihasilkan oleh TV3. Tidak mengabaikan semangat pertama beliau, di kalangan yang album terbaru yang ditandakan oleh silap Roslan di tangan adalah album pertama Raja Atilia, 'sangkar', yang lagu asal 'Biru Haru' yang gambar gerakan, Mawi, album 'qasida', dan yang kompilasi peristiwa RAP Dua puluh Tahun album. Lebih dekat ke jantung, Roslan telah digerakkan banyak usahanya ke arah usaha terbaru beliau, 'ali', yang terdiri daripada itu kuasa-kuasa bersama Roslan dirinya dan lama Mukhlis kolaborator beliau Nor, yang sekaligus pencipta lagu senyap bertanggungjawab untuk Sheila Majid, dan kejayaan pelbagai Zainal Abidin, dan 1 ahli muzik yang diiktiraf sebagai hak sendiri. Sulung The duo sendiri berjudul album yang dikeluarkan dalam talian pada 08-08-08, ciri-ciri bunga henti muzik irama blues dan licin, serta rahmat yang dialami jazz dan pop, ditala kepada tema Perpaduan, Iman dan Hubungan. Trek yang terdapat pada album 'Ali mengandungi kisah-kisah yang tersurat moral yang kaya dengan yang menggalakkan

nilai-nilai yang berakar umbi warisan dan tradisi Malaysia. Serba boleh agak bersifat tartil Roslan dan canggih moden-styling, digabungkan dengan lyrics vokal dan iramaMukhlis, meletakkan 'Ali' di dalam kelas yang tersendiri. Lambang pemain alat musik muzik, 'Ali' terikat di sisi undang-undang untuk merevolusikan arena muzik tempatan yang semakin meningkat ia untuk naik lebih tinggi

8.0 PERISTIWA BERSEJARAH Program Sirih Pulang ke Gagang (SPKG) adalah anjuran Persatuan Bekas Pelajar MRSM Kuantan (KUATAGH) yang bernaung di bawah Persatuan Lepasan Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA). Kuatagh ditubuhkan pada tahun 1988. Acara tahunan ini dijadikan sebagai platform untuk bekas pelajar kembali menabur jasa kepada sekolah yang telah menjadi tempat untuk mendapatkan pendidikan asas dari segi akademik dan kehidupan. Program ini telah berkembang dari segi matlamat dan pengurusan secara rasminya pada tahun 2000. Kepulangan bekas pelajar ke MRSM Kuantan diberi nama Sirih Pulang ke Gagang. Program ini dapat menjalinkan kesinambungan antara pihak MARA serta bekas pelajar MRSM Kuantan.

9.0 KEJAYAAN AKADEMIK Pencapaian MRSM Kuantan dalam SPM 2009 amat memberansangkan berbanding pencapaian 2008. Seramai 32 orang memperoleh semua A(A+, A dan A-) bagi semua subjek. Kedudukan MRSM Kuantan ialah 17/36 barbanding kedudukan kedua bawah pada SPM 2008. Nur Najah binti Mahmood pula di nobatkan sebagai pelajar terbaik MRSM Kuantan dengan memperoleh 9A+ dan 1A.

10.0 10.1

KEJAYAAN KO KURIKULUM PASUKAN RAGBI MAKTAB Kejohanan Ragbi Jemputan SEMSAS Tempat Keempat

Kejohanan Ragbi MSSD Kuantan Tempat Keempat

RUMUSAN Setalah menjalankan kajian ini, saya berasa bangga dan bertuah menjadi pelajar di MRSM Kuantan. Kegemilangan MRSM Kuantan dalam bidang akademik dan kokurikulum seharusnya terus di pertahankan. Saya dapati sifat sabar serta gigih seluruh warga MRSM Kuantan berjaya dalam setiap aspek yang diceburi. Saya merasa cukup puas setelah bertungkus lumus, kerja kursus ini telah berjaya disiapkan mengikut tarikh yang di tetapkan.

LAMPIRAN

Gambar persekitaran MRSM Kuantan

RUJUKAN Internet Laman Web Rasmi MRSM Kuantan www.mrsmkuantan.edu2.com Blog Rasmi Roslan Aziz Planner Maktab 2011 Buletin Muafakat Edisi April 2010 Edisi Julai 2010 Majalah Maktab Sintesis Edisi 23

You might also like