You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN GURU BESAR

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam nadi Ilmu


amalan membaca. Yang Berusaha Pn. Norbaiti binti Ramli Penolong
Kanan Pentadbiran,
Pn. Norazian binti Ab Rahman Penolong Kanan HEM,
En. Che Ramli Bin Tausa Penolong Kanan Kokurikulum,
Pn. Hasni Yusop, Penolong Kanan Petang,
Guru-guru kanan mata pelajaran, Ketua-ketua Panitia, Yang dikasihi
rakan-rakan guru, seterusnya murid-murid yang saya sayangi sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat


Allah SWT kerana atas izin-Nya, kita dapat bersama-sama
menyempurnakan Majlis Pelancaran Hari NILAM 1 Selangor (HAN1S)
dan program Jom Membaca 10 minit.

Hadirin yang saya kasihi sekalian,

Sifat suka membaca ialah satu amalan yang seharusnya dijadikan


budaya seumur hidup kerana “Membaca Jambatan Ilmu”. Ilmu
pengetahuan dan maklumat membolehkan kita mempertingkatkan taraf
hidup, mampu berdaya saing dan bergerak maju dalam dunia yang
semakin mencabar. Rakyat yang suka membaca merupakan aset
kerajaan yang tidak terhingga nilainya kerana kehidupan pada hari
esok banyak bergantung kepada apa yang kita pelajari pada hari ini.
Justeru itu, saya sangat berharap murid-murid dan guru-guru SK
Seksyen 6 Kota Damansara dapat menanamkan minat membaca dalam
diri.

Warga dewan yang saya kasihi sekalian,


Matlamat utama ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca ialah
membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid-
murid. Program ini mempunyai beberapa objektif secara umum iaitu
menjadikan murid aktif membaca dan menggalakkan sekolah terus
menjana idea-idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Maka, semua murid dan guru digalakkan untuk berkunjung ke PSS dan
gunakanlah kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh PSS dengan
sebaik mungkin bagi memenuhi objektif program NILAM.

Tiga Elemen penting dalam Program NILAM ialah rekod


membaca, pengesahan pembacaan dan seterusnya pengiktirafan.
Oleh itu, saya menyeru semua murid untuk merekodkan setiap buku
yang telah dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM. Pengiktirafan
bintang akan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang
dibaca. Untuk pengetahuan semua, hasrat, niat serta matlamat Program
NILAM begitu murni sekali iaitu untuk membudayakan amalan membaca
dalam kalangan murid sekolah yang seterusnya akan melahirkan murid-
murid yang suka membaca dan cintakan ilmu.

Saya juga ingin mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih


kepada semua AJK Majlis Pelancaran Nilam, atas sumbangan masa,
tenaga serta kepakaran dalam menjayakan program ini. Semoga
program seumpama ini dapat diadakan untuk majlis sekolah yang akan
datang.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacita dan


bangganya merasmikan Majlis Pelancaran Hari Nilam 1 Selangor dan
Jom Membaca 10 Minit.

Sekian, terima kasih.

You might also like