You are on page 1of 7

Ciri-Ciri Sekolah Selamat

Isi:
1. Khidmat Pengawai Keselamatan
2. Alat Pemadam Api
3. Papan Tanda Amaran

Contoh Jawapan
Sekolah merupakan satu institusi yang nirmala untuk mendidik anak-anak Malaysia
menjadi seorang rakyat yang berpengetahuan luas dan berguna. Pada bulan Februari 2018, berita
tentang bangunan kayu Sekolah Kebangsaan Sentosa  berlaku kebakaran dan banyak barangan
berharga seperti komputer riba dan fail-fail pentadbiran. Bukan itu sahaja, blok bangunan kayu
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wallace Bay di Pulau Sebatik terbakar ketika murid
sedang menduduki peperiksaan pada 13 Mei 2018. Insiden ini telah memberi kesedaran kita
semua agar mengarusperdanakan isu keselamatan sekolah sedangkan isu ini akan mengugat
keselamatan dan nyawa anak-anak kita. Oleh itu, pihak kerajaan khasnya Kementerian Pelajaran
perlu bergading bahu dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru ibarat aur dengan tebing untuk
merancang, melancarkan dan mematau aktiviti yang berorentasikan ciri-ciri sekolah selamat. Bak
kata pepatah, “ Tepuk dada tanya selera.” Persoalannya, apakah ciri-ciri sekolah selamat?

Antara ciri sekolah selamat ialah sekolah perlu memiliki khidmat pengawai keselamatan
yang bertanggungjawab. Dengan memiliki pengawai keselamatan, mereka akan mengalas
amanah untuk memastikan sesiapa yang memasuki alma mater adalah memiliki tujuan yang baik
sahaja. Bukan itu sahaja, mereka juga akan sentiasa memberi fokus sepenuhnya untuk
memastikan setiap warga sekolah tidak dicedera oleh orang lain. Mereka perlu menampilkan ke
hadapan sekiranya berlaku ibu bapa atau penjaga yang mengamuk dan memukul cikgu atau
murid untuk menjaga keselamatan mereka. Namun begitu, pihak sekolah perlu mendapatkan
pengawai keselamatan yang beramanah dan memiliki sistem keselamatan yang bersepadu agar
situasi seperti harap pagar pagar makan padi dapat dielakkan. Pihak sekolah perlu memasang alat
televisyen litar tutup untuk mengawasi keadaan sekolah dan memastikan setiap orang yang
memasuki sekolah perlu dikesan identitinya. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa
perkhidmatan pengawai keselamatan perlu diwujudkan di setiap sekolah untuk menjaga
keselamatan murid.

Selain itu, alat pemadam api merupakan kemudahan asas yang perlu dimiliki oleh setiap
sekolah. Hal ini demikian kerana kebakaran merupakan salah satu kemalangan yang sering
berlaku di sekolah khasnya di luar bandar. Bak kata, “ Kalau tiada angin, masakan pokok
bergoyang.” Kebanyakan kebakaran yang berlaku di kawasan sekolah adalah disebabkan
bangunan yang usang dan lama tidak diperbaharui, kecuaian ketika melakukan eksperimen di
makmal dan sebagainya. Sebagai langkah preventif, pihak sekolah perlu menyediakan alat
pemadam api di setiap bangunan supaya dapat memberi bantuan kecemasan pada masa yang
paling singkat. Bukan itu sahaja, pihak sekolah perlu bersikap seperti sediakan payung sebelum
hujan dengan memastikan semua pemadam api boleh berfungsi dan sedia digunakan. Tindakan
ini perlu dilaksanakan dengan betul kerana pemadam api tidak dapat digunakan pada masa yang
diperlukan akan menyebabkan lebih banyak kemalangan yang kita tidak dapat jangka. Jadi, ciri-
ciri sekolah yang selamat ialah sekolah perlu mempunyai pemadam api di

Tambahan pula, papan tanda amaran perlu didirikan di setiap pelosok sekolah yang
berisiko. Hal ini dapat membantu warga sekolah berhati-hati semasa melalui tempat tersebut
kerana banyak kemalangan seperti pokok tumbang, kemunculan ular dan lebah, gol tiang
tumbang dan sebagainya mempunyai kemungkinan berlaku di sekitar kawasan persekolahan.
Misalnya, berita berasal dari Astro Awani tentang seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah
Kebangsaan Tengku Indera Petra 2 maut ditimpa tiang gol tumbang pada Julai 2016. Fenomena
ini telah meningkatkan kesedaran dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat sehingga ke
akar umbi rakyat. Oleh sebab itu, kita dapat mengelakkan kemalangan berlaku sekiranya kita
menyatakan papan tanda amaran di kawasan yang berbahaya kerana kata pujangga , “mencegah
lebih baik daripada merawat”. Bukan itu sahaja, pihak sekolah khasnya pekerja sekolah perlu
senantiasa melaporkan kepada pihak pentadbir tentang isu keselamatan kawasan tersebut kalau
mendapati kawasan itu berisiko tinggi akan berlaku kemalangan. Pada masa yang sama, pihak
sekolah juga perlu turun padang untuk menyemak, membaiki dan menukar apa yang sudah usang
atau berkarat. Rentetan itu, kemalangan sebegini tidak akan berlaku lagi di sekolah tersebut
sebagaimana peribahasa berbunyi “ Pisang tidak akan berbuah dua kali.” Jelasnya, papan tanda
amaran perlu didirikan di setiap penjuru sekolah yang berbahaya untuk memberi peringatan
kepada warga sekolah.

Kesimpulannya, ciri-ciri sekolah yang selamat perlu diwujudkan oleh setiap sekolah
dengan kolabrasi bersama-sama pihak ibu bapa, sekolah, masyarakat dan kerajaan ibarat ringan
sama dijinjing , berat sama dijunjung agar keselamatan anak-anak kita dapat terjamin.
Kebaikan Amalan Rumah Terbuka

            Amalan rumah terbuka sudah menjadi lumrah dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Apabila tiba sahaja musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina
dan Hari Krismas, masyarakat Malaysia akan mengambil kesempatan untuk mengunjungi rumah
terbuka yang diadakan oleh jiran tetangga, pihak kerajaan tempatan, mahupun mengunjungi
rumah terbuka yang diadakan di peringkat negara atau peringkat kebangsaan. Bermula pada
tahun 2000, kerajaan Malaysia telah memutuskan bahawa sebanyak enam perayaan kaum utama
di Malaysia dianggap sebagai perayaan utama dan akan disambut sebagai perayaan peringkat
nasional iaitu Sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Perayaan Tahun Baru Cina, Perayaan Hari
Krismas, Perayaan Deepavali, Perayaan Hari Gawai dan juga Perayaan Hari keamatan. Oleh
sebab itu, semenjak tarikh berkenaan perayaan-perayaan kaum utama masyarakat berkenaan
diraikan pada peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri pada
setiap tahun. Sekiranya, amalan menyambut perayaan-perayaan berkenaan berterusan sudah pasti
keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia akan terus mampan.  Menyedari
kesungguhan kerajaan menganjurkan rumah terbuka pada peringkat nasional sudah pasti
sambutan perayaan berkenaan ada kemaslahatannya kepada negara dan masyarakat. Persoalan
yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah kepentingan-kepentingan
amalan rumah terbuka?

            Sebenarnya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan kemaslahatan


terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di
negara kita. Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau
misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa. Selain itu,
amalan rumah terbuka memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai
perpaduan yang harus wujud untuk mengelakkan sebarang unsur prejudis terhadap keharmonian
kaum. Amalan ini juga dilihat sebagai salah satu pertemuan masyarakat yang melupakan
pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti
politik sama ada pembangkang atau kerajaan. Pada sambutan hari perayaan utama berkenaan
semua masyarakat Malysia tidak kira warna kulit, agama, dan kaum akan mengambil
kesempatan Keadaan ini persis peribahasa buang yang keruh, ambil yang jernih. Oleh sebab
itu, setiap kaum seperti Melayu, India, Cina, Kadazan dan sebagainya boleh berkunjung ke
rumah terbuka kaum lain tanpa sebarang kekangan yang perlu dibimbangi. Sekiranya, amalan
murni ini tetap kukuh dalam kalangan masyarakat Malaysia, sudah pasti ukhuwah dalam
kalangan masyarakat Malaysia akan kekal akrab. Kesannya, perasaan muhibah antara satu sama
lain dapat mewujudkan kehidupan masyarakat yang lebih harmoni dan dapat mengelakkan
polemik yang mampu mencentus perbalahan antara kaum. Tegasnya, konsep penyatuan antara
kaum dapat dihidupkan melalui amalan rumah terbuka.

            Dari perspektif yang lain , amalan rumah terbuka dapat membantu rakyat
Malaysia memahami budaya kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama
walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan agama. Amalan ini juga membolehkan
setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain selain didedahkan kepada adat resam dan
pantang larang rakan-rakan mereka sendiri. Maklumlah tak kenal, maka tak cinta. Sebagai
contoh, orang-orang India, Cina, Iban dan Kadazan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri
bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Hal ini dapat membantu mereka
mempelajari budaya kaum lain, malah budaya sihat ini juga dapat diwujudkan dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum di negara kita. Secara tidak langsung semangat toleransi akan
tersemai dalam kalangan generasi sekarang. Sebaliknya, jika amalan rumah terbuka ini pudar,
sudah pasti hubungan antara masyarakat yang terdiri daripada pellbagai kaum akan terhakis.
Impaknya, usaha kerajaan untuk mengekalkan keharmonina masyarakat mungkin terhakis.
Tuntasnya, budaya dan adat resam kaum lain dapat dipelajari melalui amalan murni ini dan
masyarakat Malaysia akan memahami budaya kaum lain melalui amalan kunjung mengunjung
semasa rumah terbuka diadakan peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
           
            Dari kaca mata yang berbeza, penganjuran rumah terbuka juga merupakan daya tarikan
kepada pelancong asing yang melancong di negara kita. Mereka bukan sahaja datang ke
Malaysia untuk melancong dan menikmati keindahan negara tetapi mereka juga dapat
mengalami dan menghayati sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini
semasa menyambut perayaan kaum masing-masing. Keadaan ini bertepatan dengan kata
mutiara jauh perjalanan, luas pemandangan. Dalam konteks ini, kerajaan
melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama kerajaan-
kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia semasa Hari
Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Pesta Keamatan, Hari Gawai, Deepavali dan
Krismas. Pengalaman pelancong asing meraikan perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia
akan menjadikan nama Malaysia sentiasa meniti dari bibir ke bibir mereka sekembalinya mereka
ke negara asal mereka dan sekali gus dapat merancakkan industri pelancongan negara. Sekiranya
situasi ini berlaku, sudah pasti budaya dan keharmonian masyarakat negara akan disanjung oleh
masyarakat global dan akan meningkatkan minat pelancong asing untuk melancong ke negara
kita. Izharnya, konsep rumah terbuka dapat memberikan persembahan yang harmonis di mata
pelancong asing kerana rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup di bawah payung
keharmonian.
           
            Amalan rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan silaturahim dalam
hubungan kekeluargaan. Hal ini dikatakan demikian kerana simboliknya amalan rumah
terbuka merupakan medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh hubungan
silaturahim antara ahli keluarga. Fenomena seperti ini amat dititikberatkan agar sistem
kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan pudar.
Tanpa konsep rumah terbuka, hubungan silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit demi
sedikit dan seterusnya akan lesap dalam kehidupan generasi akan datang yang semakin tidak
mengenali sanak-saudara mereka. Semasa menghadiri rumah terbuka, mereka akan beramah
mesra dan dapat melepaskan kerinduan  di samping mendapat perkembangan terkini antara satu
sama lain. Yang muda pula dapat mengenali mereka yang tua dengan lebih dekat dalam
pertemuan ahli keluarga ini. Situasi ini dapat mencerminkan yang tua dihormati, yang muda
disayangi. Jika amalan rumah terbuka di peringkat keluarga diadakan, sudah pasti setiap unit
keluarga asas dan keluarag terbuka akan terpahat. Hal ini akan mempertautkan hubungan
keluarga daripada pelbagai lapisan generasi. Ringkasnya, hubungan kekeluargaan dapat
diperkukuh dan serinya tidak akan hilang jika amalan rumah terbuka dibudayakan pada hari
perayaan.

Tempias daripada amalan rumah terbuka ini menyebabkan suburnya hubungan


silaturahim dalam masyarakat. Kesibukan bekerja dan mencari nafkah menyebabkan
rapuhnya institusi kejiranan yang dahulunya kukuh. Namun ikatan hubungan ini dapat kembali
disuburkan melalui amalan rumah terbuka. Rumah terbuka menyediakan ruang serta peluang
bagi masyarakat untuk mengenali jiran tetangga. Ghalibnya, masyarakat setempat akan dijemput
menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak tertentu. Jiran tetangga yang sebelumnya
tidak dikenali atau jarang bertemu dapat berkumpul dan berbual-bual bagi mengukuhkan
hubungan yang renggang. Segala salah faham dapat diredakan melalui pertemuan serta
perbincangan semasa amalan rumah terbuka. Menurut Saidina Abu Bakar, ‘Hiduplah seperti
pohon kayu lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu, tetapi
dibalasnya dengan buah’. Malahan, hubungan antara pemimpin dan rakyat juga menjadi lebih
erat apabila mereka menganjurkan majlis rumah terbuka pada sambutan Hari Raya Aidil Fitri
2018 seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Tun Dr. Mahathir
Mohammad Perdana Menteri Malaysia ke-8. Jelaslah bahawa amalan rumah terbuka mampu
mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan anggota masyarakat. 

            Selain itu, amalan rumah terbuka juga merupakan metodologi lain bagi melihat
serta merasai kepelbagaian masakan masyarakat Malaysia.  Rumah terbuka yang dianjurkan
di negara kita telah memberikan kelebihan kepada masyarakat peribuminya. Setiap perayaan
mempunyai corak atau cara sambutan yang berbeza-beza, maka heterogen adat dan tradisi mula
diketengahkan menyebabkan masyarakat kini mampu mengenalinya secara dekat. Keunikan adat
dan tradisi yang diamalkan telah menjadi faktor penarik bagi masyarakat lain untuk mula
menyesuaikan diri serta merasai kepelbagaian juadah yang disajikan. Sebagai contoh, rumah
terbuka bagi masyarakat Iban biasanya menyajikan sagu, manakala masyarakat India pula
mementingkan manisan. Tetamu yang menghadirinya pasti teruja apabila mereka dapat merasai
juadah yang berbeza dan pelbagai, justeru tradisi dapat terus dipertahankan, bak kata aforisme
Melayu, biar mati anak, jangan mati adat. Berakar umbi daripada amalan inilah masyarakat
dapat melihat serta merasai kepelbagaian aneka masakan daripada latar masyarakat yang
berbeza. Hal ini menyebabkan tradisi bangsa terus kukuh. Sekiranya amalan ini seperti ini
berterusan pada setiap tahun, natijah positifnya bukan sahaja keakraban masyarakat pelbagai
kaum terjalin malah masyarakat Malaysia dapat menikmati kepelbagaian juadah makanan kaum
lain. Sudah terang lagi berusuluh  amalan rumah terbuka juga merupakan metodologi lain bagi
melihat serta merasai kepelbagaian masakan

               Pada kaca mata berbeza, pendapatan negara semakin meningkat apabila industri
pelancongan di negara kita semakin maju. Pelancong asing akan bertandang ke negara kita
kerana mereka teruja akan cara-cara masyarakat majmuk menyambut rumah terbuka. Jabatan
Perangkaaan Negara juga menjelaskan bahawa hasil terimaan pelancong meningkat sebanyak 3.1
peratus pada tahun 2011 dan dijangka akan terus meningkat saban tahun. Rumah terbuka dapat
menjadi salah satu platform dalam meningkatkan industri pelancongan Malaysia. Selain itu,
sikap toleransi dan persefahaman multi etnik yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sudah
menjadi salah satu daya tarikan yang kuat dalam kalangan pelancong asing kerana konsep yang
berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing telah lama sebati dan menjadi pegangan utuh
masyarakat kita. Pelancong juga sudah tentu teringin melihat kebudayaan yang sebelum ini
belum pernah dilihat. Hal ini disebabkan segala kebudayaan yang unik ini dipersembahkan
dalam bentuk yang asli. Tuan rumah dan tetamu yang hadir mengenakan pakaian tradisi masing-
masing. Juadah yang dihidangkan juga mengutamakan hidangan tradisi, maka masyarakat
Malaysia mahupun masyarakat antarabangsa dapat menyelami budaya semua kaum di negara ini
dengan lebih dekat. Hasilnya, kesemua keunikan ini telah menjadi magnet tarikan kepada
pelancong. Jika rakyat Malaysia tidak mengambil kesempatan dengan keunikan dan
kepelbagaian etnik luar biasa yang hanya boleh ditemui di negara kita, sudah pasti kita juga yang
akan rugi. Natijahnya, pelancong asing akan teruja dengan kepelbagaian budaya dan jenis
makanan yang disajikan dan akan terus mengunjungi negara sebagai destinasi pelancongan
utama mereka. Tegasnya, pendapatan negara semakin meningkat apabila industri
pelancongan di negara kita semakin maju.

            Malahan, amalan ini juga dilihat telah menyumbang kepada pembentukan identiti
Malaysia melalui budaya bangsa nasional. Sebenarnya, rumah terbuka berlandaskan konsep
seruan beragama dan adat budaya kaum masing-masing. Namun demikian, perayaan masing-
masing telah diasimilasikan sehingga melahirkan budaya bangsa secara nasional. Senario ini
bermakna perayaan negara kita telah berkonsep ala-Malaysia. Pertembungan budaya antara dua
atau lebih budaya sebenarnya membawa kepentingan kepada semua pihak. Tamsilnya,
masyarakat Cina tidak menyediakan hidangan yang tidak boleh dijamah oleh masyarakat Melayu
dan begitu juga dengan masyarakat India. Pertembungan budaya ini sebenarnya bertujuan
menjaga perasaan sahabat handai pelbagai kaum di Malaysia. Hal ini disebabkan penghormatan
itu merupakan asas keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan hidup masyarakat Malsysia.
Keindahan, keunikan dan kehalusan budaya ini akan menyebabkan generasi baru berasa bangga
dengan warisan yang dimiliki selagi adat ini tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.
Sekiranya rumah terbuka pelbagai kaum dikunjungi pelbagai kaum di Malaysia, sudah pasti
kebudayaan kebangsaan Malaysia akan diwujudkan dan kebudayaan ini akan menjadi identiti
rakyat Malaysia.Kesimpulannya, amalan rumah terbuka menyumbang kepada pembentukan
identiti Malaysia melalui budaya bangsa nasional.

            Setelah menghalusi hujah-hujah di atas, bayang kian jelas bahawa amalan rumah terbuka
memang banyak membawa  manfaat kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, konsep rumah
terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Sekiranya konsep ini tidak difahami
dan dihayati, kemungkinan amalan ini akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja
untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu menjadi seperti rumah sudah siap pahat berbunyi 
apabila menganjurkan rumah terbuka. Jika amalan murni ini dibudayakan, sudah pasti hasrat
negara untuk mencapai Gagasan 1Malaysia akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan
Mat Jenin. Walaupun negara kita merupakan satu titik kecil dalam peta dunia, namun usaha
kerajaan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat dijadikan teladan kepada
negara-negara di dunia.Semoga dengan kekuatan iltizam masyarakat Malaysia, kita akan dapat
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain seperti Singapura,
Amerika Syarikat, China, Britain dan negara-negara besar dunia yang lain.

You might also like