You are on page 1of 6

Bahagian A 1

1 Kita mestilah memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar di dalam kelas.
2 Teknik perbincangan sesama rakan merupakan satu cara pembelajaran yang berkesan.
3 Pembelajaran kendiri seperti selalu membuat ulang kaji dapat menjamin kecemerlangan.
4 Amalan berkunjung ke pusat sumber sekolah mesti menjadi budaya kepada kita.
5 Bagi mengimbangi kecerdasan mental dan kecergasan fizikal, kita perlu bergiat aktif dalam sukan.

2
1 Seorang budak perempuan sedang menyusun buku-buku di dalam rak buku di ruang tamu
rumahnya supaya kemas .
2 Puan Shapina mengelap gambar hiasan yang terdapat pada dinding dengan sehelai sapu tangan
yang lembap.
3 Seorang pekerja mengecat dinding ruang tamu sebuah rumah dengan penuh teliti supaya cat
tidak tertumpah pada dinding.
4 Encik Azrul membersihkan pintu rumahnya dengan menggunakan sehelai kain buruk.
5 Seorang kanak-kanak begitu leka bermain kereta mainannya ketika ahli-ahli keluarganya yang
lain sibuk membuat kerja.

3
1 Daun kelapa boleh dijadikan sarung ketupat yang menjadi juadah utama pada Hari Raya Aidilfitri.
2 Air kelapa sedap diminum semasa musim panas untuk menghilangkan dahaga.
3 Batang pokok kelapa boleh dibuat titi atau tempat duduk untuk berehat di halaman rumah.
4 Tempurung kelapa boleh dijadikan barangan kraf tangan seperti tabung dan senduk.
5 Isi kelapa tua diparut atau dikisar untuk menghasilkan santan yang digunakan dalam pelbagai
jenis masakan Melayu.

4
1 Jualan tertinggi Kedai Komputer Syafik adalah pada hari Ahad iaitu sebanyak 90 buah
komputer berjaya dijual.
2 Jualan komputer terendah pada minggu tersebut adalah pada hari Khamis iaitu sebanyak 28
buah sahaja.
3 Jumlah komputer yang berjaya dijual pada hari Rabu adalah separuh daripada jumlah komputer
yang berjaya dijual pada hari Ahad.
4 Komputer yang telah terjual pada hujung minggu berjumlah 170 buah.
5 Jumlah keseluruhan komputer yang dibeli oleh para pelanggan sepanjang lima hari ialah 308
buah.

5
1 Beberapa orang guru dan murid Sekolah Kebangsaan Sri Andalas sedang bergotong-
royong untuk mengindahkan kawasan Hutan Lipur Sungai Selasih.
2 Dua orang guru yang berkaca mata menggunakan penukul untuk membaiki kerosakan pondok
rehat di hutan lipur itu.
3 Dua orang lelaki sedang menyabit rumput dengan berhati-hati untuk membersihkan kawasan
yang semak-samun itu.
4 Dua orang murid perempuan memasukkan sampah-sarap dan rerumput yang telah disabit ke
dalam plastik sampah.
5 Cikgu Ramli berjalan ke arah sebuah lori sambil menjinjit dua bungkusan plastik yang berisi
sampah.

6
1 Fakhwan dan Fakhri bekerjasama memasang khemah semasa aktiviti kokurikulum
dijalankan di sekolah mereka.
2 Aqil ditugaskan untuk menjerang air untuk kegunaan anggota pengakap sepanjang aktiviti
perkhemahan dijalankan.
3 Dua orang anggota Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia sedang memberikan tunjuk ajar
kepada Farah tentang cara mengikat anduh dengan betul.
4 Murid-murid yang menyertai aktiviti kokurikulum seperti tae kwan do dapat meningkatkan
disiplin diri mereka.
5 Ahli-ahli kelab fotografi di sebuah sekolah sedang melakukan aktiviti kembara di sebuah hutan
lipur sambil mempraktikkan kemahiran mengambil gambar yang diajar oleh guru pembimbing
kelab mereka.

7
1 Kita perlu menutup semua bekas yang menakung air supaya nyamuk tidak dapat membiak.
2 Encik Hazril membuang botol-botol dan tin-tin kosong ke dalam sebuah lubang dan
menimbusnya untuk mengelakkan berlakunya pembiakan nyamuk aedes.
3 Kakak mencuci kolah yang sudah lama tidak digunakan dan memasukkan air yang baharu supaya
tidak berlaku pembiakan nyamuk aedes.
4 Kita mestilah menanam benda-benda yang tidak digunakan lagi seperti tayar terpakai, dan botol
kosong supaya tidak menjadi tempat takungan air.
5 Membubuh ubat Abate dalam bekas yang mempunyai air yang bertakung merupakan satu
langkah pencegahan pembiakan nyamuk aedes yang berkesan.

8
1 Komputer penting kepada manusia kerana urusan kerja akan menjadi mudah dan cepat seperti
menyusun data dan merekodkan fail.
2 Teknologi komputer dapat menjimatkan tenaga manusia untuk menggerakkan mesin atau
jentera berat dalam sektor perindustrian negara.
3 Kemudahan rawatan di hospital dapat diberikan dengan lebih sistematik kepada pesakit yang
menerima rawatan.
4 Doktor dapat memberikan nasihat dan rawatan yang lebih tepat melalui kemudahan komputer
dalam mengesan pelbagai jenis penyakit.
5 Penggunaan mesin pengeluaran wang memudahkan manusia membuat pelbagai urusan
kewangan pada bila-bila masa.
9
1 Kita mestilah mematuhi peraturan keselamatan semasa berada di makmal komputer.
2 Murid-murid dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam makmal komputer.
3 Semua suis kipas dan lampu mestilah ditutup sebelum meninggalkan makmal komputer bagi
mengelakkan pembaziran elektrik.
4 Semua murid dilarang sama sekali mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer tanpa
kebenaran guru.
5 Murid-murid dikehendaki menutup komputer mengikut tatacara yang betul agar dapat
mengelakkan sebarang kerosakan komputer.

10
1 Beberapa orang anggota Pasukan Tunas Puteri Sekolah Kebangsaan St. Paul sedang
membantu Guru Besar sekolah mereka menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa murid yang
miskin dan memerlukan bantuan.
2 Sebagai anggota Pasukan Tunas Puteri , kita boleh membantu mangsa banjir memindahkan
barang-barang kepunyaan mereka ke tempat yang selamat.
3 Kita boleh membantu masyarakat membersihkan kawasan sungai bagi mengelakkan
pencemaran.
4 Seorang anggota Tunas Puteri sedang mengagihkan bantuan berupa pakaian dan makanan
kepada mangsa-mangsa banjir.
5 Dua orang anggota Pasukan Tunas Puteri memimpin seorang ibu tua yang sedang berjalan ke
pusat petempatan mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Taman Seri Impian.

Bahagian B 1
Pokok kelapa merupakan pokok serba guna yang memberi banyak manfaat kepada manusia.
Misalnya, batang kelapa dapat dijadikan titi untuk menyeberangi parit, longkang atau anak sungai.
Selain itu, daun kelapa muda pula boleh dijadikan sarung ketupat, manakala lidinya pula dapat
dijadikan penyapu. Seterusnya, air kelapa muda sangat enak dijadikan minuman serta baik untuk
kesihatan kita. Dalam pada itu, isi kelapa yang sudah matang boleh dibuat santan atau diproses
untuk dijadikan minyak masak, sabun mandi dan barangan kosmetik. Kesimpulannya, hampir
keseluruhan bahagian pokok kelapa bermanfaat untuk pelbagai kegunaan.

2
Pantai merupakan suatu lokasi yang amat sesuai untuk kita berehat atau melakukan aktiviti riadah.
Pelbagai aktiviti yang berfaedah boleh kita lakukan. Antaranya ialah berkelah bersama-sama
keluarga. Aktiviti ini boleh merapatkan lagi hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga.
Selain itu, aktiviti yang lazim dilakukan di tepi pantai ialah bermain dan berenang. Kedua-
dua aktiviti tersebut memang menyeronokkan. Para pengunjung pantai biasanya bermain bola
tampar, kejar-kejar dan membuat pelbagai binaan pasir. Aktiviti tersebut bukan sahaja
menyeronokkan serta melapangkan fikiran, tetapi juga dapat menyihatkan badan.
Di samping itu, tidak kurang juga pengunjung pantai yang suka bermain layang- layang di
tepi pantai, khususnya kanak-kanak. Sebahagian pengunjung yang lain pula akan ambil angin
sambil menikmati pemandangan di tepi pantai yang indah nian. Kesimpulannya, banyak aktiviti
yang bermanfaat dapat kita lakukan di tepi pantai.
3
Poster di atas memaparkan pelbagai maklumat tentang Ekspo DAgri iaitu ekspo pertanian yang
berlangsung pada tahun 2014. Ekspo ini diadakan pada 13 hingga 16 Februari. Banyak barangan
pertanian dipamerkan dan dijual dalam ekspo ini.
Antara barangan yang dipamer dan diniagakan ialah buah-buahan tempatan, sayur- sayuran
dan produk-produk pertanian. Produk-produk yang dijual merupakan produk yang dihasilkan oleh
usahawan tempatan seperti jem, sos, pes masakan dan sebagainya.
Selain menjual hasil dan produk pertanian, ekspo ini juga memberikan maklumat dan info
terkini tentang pertanian di Malaysia. Maklumat ini sangat berguna kepada petani moden atau
mereka yang berminat untuk menyertai bidang pertanian.

4
Majlis Bandaraya Ipoh telah menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di taman permainan
demi keselamatan dan keselesaan pengguna. Pengguna yang melanggar peraturan boleh
dikenakan denda atau penjara jika disabitkan kesalahan. Segala peralatan yang disediakan hanya
sesuai untuk kegunaan kanak-kanak berumur lima hingga dua belas tahun.
Selain itu, semua pengunjung bertanggungjawab menjaga keselamatan masing- masing
ketika berada di taman permainan dan semasa menggunakan segala peralatan permainan.
Kesimpulannya, kita haruslah bersama-sama menjaga taman permainan demi keselesaan dan
keselamatan semua pengunjung.

5
Poster di atas menunjukkan amalan gaya hidup sihat yang perlu diamalkan oleh semua
peringkat masyarakat.
Antara amalan gaya hidup sihat ialah bersenam dan berjoging pada setiap petang untuk
mengeluarkan peluh dan mengekalkan berat badan yang ideal. Selain itu, kita juga perlu
memastikan waktu rehat dan tidur kita mencukupi agar aktiviti harian kita tidak tergangggu. Kita
juga harus segera bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan kesihatan sekiranya kita
tidak sihat. Pengambilan makanan seimbang juga dapat menjamin kualiti kesihatan dan kecergasan
tubah badan kita untuk bekerja pada setiap hari. Akhir sekali, kita haruslah mengamalkan gaya
hidup yang sihat seperti tidak merokok serta mengekalkan hubungan yang rapat antara ahli
keluarga bagi memastikan minda kita bersemangat untuk menjalani kehidupan seharian.
Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat dapat memastikan semua lapisan masyarakat
hidup dalam keadaan sihat dan ceria.

6
Sains dan tekonologi sangat penting kepada manusia. Sebagai contoh, kita berupaya melahirkan
angkasawan yang hebat dan berkualiti. Selain itu, sains membolehkan kita memperoleh dapatan
baharu tentang pelbagai perkara seperti sel kanser,sel mikrob, dan pengkristalan protein melalui
eksperimen yang dijalankan. Seterusnya, kita boleh menghasilkan produk bioteknologi bertaraf
dunia seperti beras transgenik dan ubat antikanser berunsur alam. Dalam pada itu, sains dan
teknologi turut memudahkan urusan harian manusia seperti penggunaan MyKad yang berfungsi
sebagai kad pintar. Kesimpulannya, kita dapat meningkatkan kualiti dan gaya hidup kita melalui
penggunaan sains dan teknologi dalam ke hidupan seharian.
7
Iklan di atas menunjukkan kempen kesihatan yang akan diadakan oleh penduduk Kampung Setia
Baru. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan dalam
kalangan penduduk Kampung Setia Baru.
Terdapat tiga aktiviti yang dijalankan dalam kempen tersebut. Antaranya ialah pemeriksaan
kesihatan yang akan diadakan pada 23 hingga 24 April 2016. Penyertaan adalah terbuka kepada
golongan dewasa sahaja. Pemeriksaan kesihatan amat penting untuk memastikan kita bebas
daripada sebarang penyakit kronik. Selain itu, aktiviti yang dirancang untuk golongan dewasa dan
kanak-kanak pula ialah Larian Muhibah dan Memasak Makanan Sihat yang akan diadakan pada
23 dan 24 April. Tujuan aktiviti-aktiviti ini diadakan adalah untuk meningkatkan kecergasan dan
kesihatan tubuh badan.
Secara keseluruhan, program ini dapat memberi banyak manfaat kepada penduduk-
penduduk Kampung Setia Baru.

8
Poster di atas menunjukkan kepentingan amalan menabung. Amalan menabung harus dipupuk
sejak kecil. Amalan menabung dapat menjamin masa hadapan. Seseorang yang bijak menguruskan
wang dapat menggunakan wang tabungannya untuk melanjutkan pelajaran, ibarat pepatah
Melayu, sediakan payung sebelum hujan. Wang tabungan tersebut mampu menampung
perbelanjaan ketika kecemasan seperti membiayai kos perubatan. Dengan itu, kita tidak perlu
meminjam wang daripada saudara-mara atau sahabat handai. Selain itu, amalan ini dapat
memupuk sifat berjimat cermat. Kesimpulannya, amalan menabung perlu menjadi sebahagian
daripada urusan kehidupan kita.

9
Gotong-royong merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat setempat. Antara tugas
yang sering dilaksanakan semasa aktiviti gotong-royong ialah membersihkan longkang yang
tersumbat supaya memudahkan air mengalir terutama ketika hujan lebat. Selain itu, kita
sewajarnya memotong rumput agar sesuatu kawasan itu bersih dan tidak menjadi tempat
pembiakan haiwan perosak atau haiwan yang boleh membahayakan keselamatan kita . Seterusnya,
kita perlu mengecat pagar supaya tidak berkarat, kelihatan cantik dan baharu. Di samping itu, kita
mestilah membaiki bumbung yang bocor dan membersihkan kawasan sekeliling. Akhir sekali, kaum
wanita turut berperanan untuk menyediakan makanan kepada semua peserta yang terlibat.

10
Poster di atas menunjukkan maklumat tentang Pertandingan Mengarang Cerita yang dianjurkan
oleh Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Sri Mengkuang. Pertandingan ini terbuka kepada
murid tahap 2 kerana mereka mempunyai asas kemahiran mengarang yang baik. Selain itu, tema
yang dipilih ialah Guru yang Disayangi supaya murid menghargai jasa dan pengorbanan guru.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Mei 2016. Ini memberikan ruang yang agak panjang
kepada peserta untuk menghasilkan karya yang lebih baik. Antara hadiah yang ditawarkan ialah
komputer riba, basikal, kamus dan majalah untuk menarik minat menyertai pertandingan tersebut.
Kesimpulannya, pertandingan ini dapat menyemai perasaan kasih sayang sesama murid dan guru.
11
Petikan di atas memaparkan kisah suka duka seorang bekas pemain bola sepak dalam
mengharungi kehidupannya. Suatu ketika dahulu, beliau disanjung dan dipuja. Beliau banyak
kenalan dan hidup mewah kerana kehebatannya menjaringkan gol. Akan tetapi, apabila beliau
lumpuh dan terlantar di hospital, para peminat dan rakan terus menjauhkan diri. Yang tinggal
hanyalah si ibu tempat menagih simpati. Pada pandangan saya, keadaan seperti ini tidak harus
terjadi. Sepatutnya, kita perlu lebih prihatin dan membantu orang yang pernah berjasa seperti
beliau.

12
Encik Zamzuri bin Ariffin merupakan seorang Ketua Kampung yang prihatin dan bertanggungjawab.
Beliau telah menjadi ketua kampung di Kampung Melayu, Kluang selama lima tahun. Hasil
perjuangan beliau, kampung tersebut dapat menikmati pelbagai prasarana. Selain itu, beliau
sentiasa memastikan penduduk kampungnya hidup dengan selesa, aman damai dan bersatu padu.
Keselamatan penduduk turut dititikberatkan oleh Encik Zamzuri. Oleh sebab itu, kampung tersebut
telah banyak mencatat kejayaan. Dalam melaksanakan tugas dengan berkesan, beliau telah
dibantu oleh barisan ahli Jawatankuasa Keselamtan dan Kemajuan Kampung. Beliau menjadi ketua
kampung yang disegani dan dihormati oleh anak-anak buahnya kerana sering memberikan bantuan
kepada mereka.

You might also like