You are on page 1of 4

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Contoh Ayat Kegunaan Rotan
1. Rotan merupakan sumber hutan dan mempunyai banyak kegunaan
kepada manusia .
2. Perabot seperti meja dan kerusi yang diperbuat daripada batang rotan
cantik dan tahan .
3. Batang rotan yang dipotong pendek dapat dijadikan bingkai cermin yang cantik.
4. Batang rotan yang diraut halus boleh dijadikan tali pengikat yang kuat
untuk mengikat barang.
5. Batang rotan yang diraut nipis dapat membuat anyaman seperti bakul dan
tudung saji yang cantik.

Contoh Ayat Kegunaan Ubi Kayu


1. Ubi kayu mempunyai banyak kegunaan kepada manusia dalam kehidupan seharian
.
2. Ubi kayu yang dihancurkan boleh diproses menjadi tepung ubi untuk
membuat kuih-muih yang sedap.
3. Ubi kayu yang dipotong nipis dapat digoreng dan dijadikan kerepek ubi yang
rangup .
4. Ubi kayu juga boleh dijadikan ubi rebus dan pengat ubi sebagai pencuci mulut
selepas makan.
5. Ubi kayu juga boleh dijadikan bingka ubi yang sedap dan dihidangkan untuk
tetamu.

Contoh Ayat Kegunaan Buah Nanas


1. Buah nanas boleh dijadikan pencuci mulut dan dimakan pada bila-bila masa.
2. Buah nanas yang dihancurkan boleh dijadikan jem yang sedap dimakan.
3. Buah nanas yang diperah boleh menjadikan jus nanas yang enak.
4. Nanas yang dipotong boleh dijadikan pajeri nanas yang sedap dimakan dengan
nasi.
5. Nanas yang dipotong boleh dicampurkan dengan air gula dan ditinkan untuk dijual.

https://www.facebook.com/ShareBM/

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Contoh Ayat Kegunaan Ikan
1. Ikan boleh dijadikan lauk yang sedap dalam pelbagai jenis makanan.
2. Ikan yang dicampurkan dengan garam boleh dijadikan ikan kering sekiranya
dijemur di bawah matahari.
3. Ikan yang dihancurkan boleh diproses menjadi bebola ikan yang sedap dimakan.
4. Ikan yang cantik boleh dijadikan ikan hiasan dan dipelihara di dalam akuarium.
5. Ikan yang dihancur sehingga lumat boleh digoreng menjadi keropok ikan yang
rangup dimakan.

Contoh Ayat Kegunaan Air Sungai


1. Air sungai sangat penting dan mempunyai banyak kegunaan kepada manusia.
2. Air sungai dapat dijadikan jalan pengangkutan yang utama dalam kawasan
pedalaman.
3. Manusia boleh mencuci pakaian atau mandi-mandi di tepi sungai.
4. Air sungai yang diproses bersih dapat dijadikan air minuman untuk manusia.
5. Hidupan sungai seperti ikan dan udang boleh dijadikan sumber makanan
atau rezeki manusia.

Contoh Ayat Kegunaan Kain


1. Kain mempunyai banyak kegunaan kepada manusia dalam kehidupan seharian.
2. Kain yang diperbuat daripada kapas boleh dijadikan pakaian untuk melindungi
badan.
3. Kain juga boleh dijahit menjadi sarung kusyen dan alas meja yang cantik.
4. Kain yang nipis boleh dibuat langsir dan digantung pada tingkap untuk
mencantikkan rumah.
5. Kain yang lebar boleh dipotong dan dijadikan cadar atau sarung bantal yang
cantik.

https://www.facebook.com/ShareBM/

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Contoh Ayat Kegunaan susu lembu
1. Lembu boleh menghasilkan banyak susu kepada manusia.
2. Susu lembu boleh dijadikan susu segar untuk diminum oleh manusia.
3. Susu lembe boleh diproses menjadi susu tepung yang dijual di dalam tin.
4. Susu lembu yang diproses kental dapat dijadikan dadih yang enak dimakan.
5. Susu tepung boleh dicampurkan dengan tepung untuk menjadi kek yang enak.

Contoh Ayat Kegunaan Pokok Getah


1. Pokok Getah mempunyai banyak kegunaan kepada manusia dalam kehidupan
seharian.
2. Getah beku dapat diproses menjadi tayar kenderaan.
3. Susu getah boleh dibuat selipar atau kasut dan dipakai untuk melindungi
kaki.
4. Getah boleh diproses menjadi tilam atau kusyen sofa yang empuk .
5. Susu getah juga dapat diproses dan dibuat bola atau gelang getah dan pemadam
untuk kegunaan manusia.

Contoh Ayat Kegunaan Buah Kelapa Sawit


1. Buah kelapa sawit mempunyai banyak kegunaan kepada manusia dalam kehidupan
seharian.
2. Buah kelapa sawit boleh diproses menjadi minyak masak untuk menyediakan
makanan.
3. Buah kelapa sawit boleh diproses menjadi mentega atau marjerin yang enak dan
sedap.
4. Buah kelapa sawit juga boleh diproses menjadi sabun untuk membersihkan
badan.
5. Lilin dapat diperbuat daripada buah kelapa sawit dan dinyalakan semasa
keadaan gelap.

https://www.facebook.com/ShareBM/

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Contoh Ayat Kegunaan Buah Jagung
1. Buah jagung mempunyai banyak kegunaan kepada manusia dalam kehidupan
seharian.
2. Buah jagung boleh direbus atau dibakar dan dijadikan makanan untuk manusia.
3. Buah jagung boleh diproses menjadi minyak jagung yang berkhasiat
sebagai tujuan memasak.
4. Buah jagung juga boleh diproses menjadi tepung jagung untuk menyediakan
makanan.
5. Buah jagung dapat dibuat bubur atau pudding dan dijadikan pencuci mulut selepas
makan.

Contoh Ayat Kegunaan Pokok Kelapa


1. Pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan kepada manusia dalam kehidupan
seharian.
2. Batang pokok kelapa boleh dijadikan titi untuk menyeberangi sungai.
3. Isi buah kelapa boleh dijadikan santan untuk menyediakan gulai yang
sedap.
4. Air buah kelapa boleh diminum untuk menghilangkan dahaga .
5. Tempurung buah kelapa pula dapat dijadikan tabung untuk menyimpan
wang .

https://www.facebook.com/ShareBM/

You might also like