You are on page 1of 18

HTTPS://WWW.FACEBOOK.

COM/SHAREBM/

Karangan Ringkas
Hobi Saya
Setiap orang mempunyai hobi yang tersendiri. Saya juga tidak dikecualikan. Hobi
saya ialah mengumpul setem.

Saya menyimpan setem-setem saya di dalam album setem. Saya mempunyai


tiga buah album setem. Setem-setem saya cantik dan berwarna-warni.

Saya selalu bertukar-tukar setem dengann kawan baik saya. Saya juga
membeli setem dari pejabat pos dan kedai buku.

Saya suka mengumpul setem kerana dapat menambahkan ilmu pengetahuan


dan mengisi masa lapang saya dengan baik.

https://www.facebook.com/ShareBM/

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Perpustakaan Sekolah Saya


Sekolah saya mempunyai sebuah perpustakaan serbaguna. Perpustakaan itu
terletak di tingkat 3 blok utama sekolah. Perpustakaan itu besar dan berhawa
dingin.

Terdapat pelbagai jenis buku di perpustakaan seperti buku cerita, buku


komik, buku rujukan dan sebagainya. Semua buku disusun dengan rapi di atas rak
buku. Setiap hari, pustakawan akan bertugas di perpustakaan. Murid-murid
boleh meminjam buku daripada pustakawan.

Murid-murid boleh membaca buku, mengulangkaji pelajaran dan membuat


kerja rumah di perpustakaan.

Perpustakaan ialah gedung ilmu. Oleh itu, kita haruslah selalu berkunjung
ke perpustakaaan.

https://www.facebook.com/ShareBM/

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Kantin Sekolah Saya


Sekolah saya mempunyai sebuah kantin. Kantin sekolah saya besar dan bersih.

Pelbagai jenis makanan dijual di kantin, contohnya nasi lemak, mi goreng,


roti sandwich, pelbagai jenis
minuman dan lain-lain lagi. Makanan yang dijual sungguh lazat. Harga makanan di
kantin berpatutan.

Pada waktu rehat, murid-murid pergi ke kantin untuk menjamu selera.


Penjaja di katin melayan murid-murid dengan mesra. Suasana di kantin menjadi
riuh-rendah. Pengawas sekolah sibuk mengawal disiplin murid.

Selepas makan, murid-murid membuang sampah ke dalam tong sampah.


Oleh itu, kantin sekolah saya sangat bersih.

https://www.facebook.com/ShareBM/

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Jiran Baharu Saya


Pada hari Ahad yang lalu, Encik Tan sekeluarga berpindah ke sebelah rumah
saya. Mereka sekeluarga menjadi jira baharu saya.

Encik Tan seorang guru yang bertanggungjawab dan bersikap penyayang.


Isteri Encik Tan seorang suri rumah yang rajin.

Encik Tan mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Alex. Alex ialah
rakan sekelas saya. Kami selalu pergi ke sekolah bersama-sama.
Alex Alex
Encik Tan sekeluarga sangat baik hati. Mereka melayan jiran dengan
mesra. Mereka selalu menolong kami.

Saya berasa gembira kerana mempunyai jiran baharu yang baik.

https://www.facebook.com/ShareBM/

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Aku Sebuah Komputer Riba


Aku sebuah komputer. Aku berjenama Acer. Aku berwarna hitam. Aku dilahirkan
di sebuah kilang yang terletak di Johor Bahru. Acer.

Setelah siap dibuat, aku dihantar ke kedai komputer. Aku dipamerkan di


atas rak. Aku berkenalan ramai kawan di sana.

Pada suatu hari, seorang pemuda datang ke kedai. Dia terpikat dengan
kecanggihan saya. Dia membeli aku dengan harga RM 2000. Tuanku membawa
aku pulang ke rumah.

Tuanku bernama Ali. Dia menggunakan aku untuk membuat kerja dan
melayari internet untuk mendapat maklumat.

Tuanku menjaga aku dengan baik. Aku berasa sangat gembira.

https://www.facebook.com/ShareBM/

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Berkelah di Pantai
Pada hari Ahad yang lalu, kami sekeluarga berkelah di pantai. Kami menaiki
kereta bapa ke sana. Kami bertolak ke sana pada pukul 7 pagi.

Setibanya di sana, saya dan abang berenang di laut. Kami menggunakan


pelampung. Kakak dan adik bermain bola di pantai. Ibu menyediakan makanan di
atas tikar. Bapa membaca buku di bawah pokok.

Apabila lapar, kami pun makan tengah hari. Selepas makan, kami membina
istana pasir. Kami juga mengutip kulit siput. Kami mengambil gambar untuk
dijadikan kenangan.

Pada pukul 5 petang, kami pulang ke rumah dengan gembira.

https://www.facebook.com/ShareBM/

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Bercuti di Kampung
Pada hari Ahad yang lalu, saya bercuti di kampung datuk. Kami menaiki kereta
bapa ke sana.

Setibanya di kampung, datuk dan nenek menyambut kedatangan kami


dengan tangan terbuka. Kami berbual-bual dengan mereka.

Selepas itu, datuk membawa kami pergi ke dusunnya. Kami mengait buah
rambutan dengan galah. Kami menikmati buah rambutan yang manis.

Kami juga memancing ikan di sungai. Saya berjaya memancing lima ekor
ikan. Saya berasa seronok .

Pada waktu petang, kami pulang ke rumah dengan gembira.

https://www.facebook.com/ShareBM/

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Pergi ke Pasar Malam


Pada hari Ahad yang lalu, saya mengikut ibu pergi ke pasar malam. Kami berjalan
kaki ke sana.

Suasana di pasar malam riuh-rendah. Ramai penjual berteriak untuk menarik


perhatian pelanggan. Pelanggan pula sibuk tawar-menawar harga dengan penjaja.

Ibu membeli baju di gerai. Ibu tawar-menawar harga dengan penjaja. Ibu
membeli baju dengan harga RM 10.

Selepas itu, kami pergi ke gerai buah-buahan. Kami memilih buah epal yang
segar. Kemudian, kami pergi ke gerai ikan. Ibu saya telah membeli sekilo ikan.

Setelah siap membeli-belah, kami pulang ke rumah dengan gembira.

https://www.facebook.com/ShareBM/

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Sambutan Hari Guru


Pada hari Isnin yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Sambutan Hari Guru di
dewan sekolah.

Pada pukul 800 pagi, semua guru dan murid berkumpul di dewan. Cikgu Ali
membaca perutusan.
Kemudian, Guru besar menyampaikan ucapan. Kemudian, semua guru menyanyikan
lagu Kami Guru Malaysia.

Selepas itu, murid-murid menari dan menyanyi di atas pentas. Suasana


pada hari Guru sangat meriah.

Kami juga mengadakan jamuan di kelas masing-masing. Murid-murid juga


memberi hadiah kepada guru.

Sambutan Hari Guru tamat pada pukul 1.00 petang. Semua orang pulang ke
rumah dengan gembira.

https://www.facebook.com/ShareBM/

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Sukan Tahunan
Pada hari Ahad yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sukan tahunan. Sukan
tahunan diadakan di padang sekolah.

Ramai orang yang hadir ke sukan sekolah. Mereka duduk di bawah khemah.
Sukan tahunan bermula pada pukul 800 pagi.

Pelbagai acara diadakan. Para penonton memberi tepukan dan sokongan


kepada para peserta. Suasana hari sukan sungguh meriah.

Saya mengambil bahagian dalam acara lumba lari. Saya berjaya merangkul
johan. Kemudian, Guru Besar menyampaikan piala kepada pemenang.

Sukan Tahunan tamat pada pukul 100 petang. Semua orang berasa
gembira kerana sukan tahunan berjalan dengan lancar.

https://www.facebook.com/ShareBM/

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Kempen Bergotong-royong
Pada hari Ahad yang lalu, sekolah saya telah mengadakan kempen bergotonroyong. Tujuan mengadakan gotong-royong adalah untuk membersihkan kawasan
sekolah.
Awal pagi, murid-murid berkumpul di dewan. Guru besar menyampaikan
taklimat ringkas. Kemudian, guru bertugas membahagikan kami kepada empat
kumpulan. Selepas itu, guru mengagihkan alatan kepada kami.

Kumpulan A bertugas untuk membersihkan kawasan sekolah seperti


menyapu dedaun kering dan mengutip sampah. Kumpulan B membersihkan
dewan.Kumpulan C bertugas mengecat dinding dan melukis mural. Kumpulan D
bertugas membersihkan bilik darjah. A B
C D
Aktiviti bergotong-royong tamat pada pukul 1100 pagi. Semua orang
berasa gembira kerana kawasan sekolah cantik dan bersih.

https://www.facebook.com/ShareBM/

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Pertandingan Bercerita
Pada hari Rabu yang lalu, sekolah saya mengadakann pertandingan bercerita.
Pertandingan bercerita diadakan di dewan.

Awal pagi, semua guru dan murid berkumpul di dewan. Tiga orang guru
menjadi pengadil. Pada pukul 800 pagi, pertandingan bercerita bermula.

Peserta-peserta bergilir-bergilir naik ke pentas. Mereka menyampaikan


cerita yang menarik. Para penonton memberi sokongan kepada peserta.

Pada pukul 1200 tengah hari, pertandingan bercerita tamat. Guru Besar
menyampaikan hadiah kepada pemenang. Murid-murid bertepuk tangan dengan
kuat sambil bersorak- sorai. 12

Pada pukul 100 petang, murid-murid pulang ke rumah dengan gembira.

https://www.facebook.com/ShareBM/

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Majlis Penyampaian Hadiah


Pada hari Isnin yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Majlis Penyampaian
Hadiah. Majlis Penyampaian Hadiah diadakan di dewan sekolah.

Ramai ibu bapa hadir ke sekolah. Guru-guru dan murid-murid berkumpul di


dewan awal pagi. Suasana sungguh meriah.

Murid-murid yang berjaya beratur naik ke pentas. Guru besar


menyampaikan hadiah kepada pemenang. Ibu bapa mengambil gambar sebagai
kenangan.
Majlis Penyampaian Hadiah tamat pada pukul 100 petang. Semua orang
pulang ke rumah dengan gembira.

https://www.facebook.com/ShareBM/

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Melawat ke Zoo Negara


Pada hari Sabtu yang lalu, ayah membawa kami sekeluarga melawat ke Zoo
Negara. Kami menaiki bas ke sana. Kami bertolak ke sana pada pukul 800 pagi.

Setibanya di zoo, ayah membeli tiket masuk. Terdapat ramai orang


berkunjung ke Zoo Negara.

Kami melihat banyak haiwan yang jinak dan liar di zoo. Binatang-binatang
itu dikurung dalam kandang besi.

Selepas itu, kami melihat persembahan binatang. Kami telah melihat


persembahan gajah dan monyet. Kami mengambil gambar untuk dijadikan
kenangan.
Kami pulang ke rumah pada pukul 200 petang. Kami berasa gembira
kerana dapat melawat ke Zoo Negara.

https://www.facebook.com/ShareBM/

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Berkhemah di Hutan
Pada hari Ahad yang lalu, pasukan pengakap sekolah saya berkhemah di hutan.

Setibanya di sana, kami bergotong-royong mendirikan khemah. Cikgu Tan


membahagikan kami kepada tiga kumpulan.

Kumpulan A bertugas untuk mencari kayu api. Kumpulan B menjinjing air


dari sungai lalu menjerang air.
Kumpulan C menyalakan unggun api dan memasak makanan yang sedap. A
B C
Pada waktu malam, kami makan bersama-sama. Kemudian, kami memetik
gitar, menyanyi lagu dan menari di tepi unggun api. Suasana sungguh meriah.

Keesokan pagi, kami pulang ke rumah dengan gembira.

https://www.facebook.com/ShareBM/

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Mata Pelajaran Yang Saya Minati


Mata pelajaran yang saya minati ialah Sains. Saya ingin menjadi seorang ahli
Sains kelak. Mata pelajaran Sains amat seronok. Saya berminat membaca bukubuku Sains.

Di sekolah, saya belajar Sains di makmal sains. Cikgu Tey ialah guru sains
saya.Beliau seorang guru Sains yang bertanggungjawab. Beliau mengajar Sains
dengan baik. Saya selalu membuat ujian sains dan membuat buku skrip.

Saya belajar Sains dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu, saya selalu


mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Sains.

Saya berasa sungguh seronok belajar mata pelajaran Sains. Saya berharap
agar dapat menjadi seorang ahli Sains yang berjaya pada masa hadapan.

https://www.facebook.com/ShareBM/

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Faedah menggunakan
Faedah membaca
komputer
Membaca ialah
Penggunaan
komputer
amalanmembawa
yang baik banyak
Amalanmanfaat
membaca
kepada
membawa
kita. Komputer
manfaat kepada
sangat
berguna
dalam kehidupan harian kita.
kita.

Membaca dapat menambah ilmu pengetahuan. Kita dapat menamhah


Kita boleh
menggunakan
komputer untuk
melayari
internet. Kita
dapat
pengetahuan
melalui
membaca buku-buku,
majalah
dan suratkhabar.

mencari
banyak maklumat melalui internet.

Selain itu, membaca dapat meningkatkan bahasa kita. Kita dapat


Kitakemahiran
juga bolehejaan
menonton
video melalui
komputer.
Pada
masa lapang, kita
menguasai
dan tatabahasa
melalui
membaca.
boleh mendengar muzik dengan menggunakan komputer. Kita juga boleh menaip

surat dan menyimpan maklumat yang penting di dalam komputer.


Membaca ialah hobi yang baik. Kita boleh mengisi masa lapang dengan

membaca komik dan buku cerita.

Penggunaan komputer amat berguna kepada kita. Oleh itu, kita mesti
Membaca jambatan ilmu. Oleh itu, tabiat membaca harus dipupuk sejak
pandai menggunakan komputer.
kecil lagi.

https://www.facebook.com/ShareBM/

You might also like