You are on page 1of 2

Kepentingan Menjaga Kebersihan Kawasan Sekolah

Pentas terbaik anak-anak kita menimbah ilmu yang tidak ternilai ialah sekolah.Sekolah
juga ialah platform terbaik seseorang individu mengorak langkah bagi mengisi otaknya
bagi mengatasi segala onak dan duri yang bakal menimpa kelak.Kerajaan negara kita yang
berprihatin senantiasa mengambil inisiatif yang tidak terhingga bagi mewujudkan sekolah
yang sesuai bagi pendidikan anak-anak kita.Kerajaan juga menekankan aspek kebersihan
kawasan sekolah bagi kebaikan semua warga sekolah dan membentuk generasi
berpendidikan

pada

zaman

akan

datang

yang

sihat

dan

sejahtera.

Kawasan sekolah yang bersih akan mewujudkan suasana kondusif kepada para pelajar
menimbah ilmu tanpa apa-apa musibah.Sampah-sampah yang diuruskan dengan sempurna
di dalam kelas memastikan bilik darjah bersih dan kemas sepanjang masa.Sikap pelajar
yang menjalankan tugas harian mereka untuk membersihkan kelas secara rutin dan
bergilir-gilir akan memastikan bilik darjah sifar sampah.Melalui ini,tumpuan pelajarpelajar terhadap pelajaran tidak akan terganggu dan mereka akan menguasai pelajaran hari
itu dengan lebih berkesan.Guru-guru juga kita tidak akan membazirkan masa pengajaran
mereka dengan menyuruh murid membersihkan kelas.Secara tidak langsung,sesi
pembelajaran

dan

pengajaran

akan

dilaksanakan

dengan

sempurna.

Seterusnya,kebersihan kawasan sekolah yang ada di paras tinggi akan mengharumkan


nama sekolah.Kawasan sekolah yang bebas daripada sebarang kekotoran akan
mencerminkan nama baik sekolah di dalam setiap sanubari ibu bapa dan masyarakat
luar.Aspek ini juga akan menunjukkan betapa tanggungjawabnya bahagian pentadbiran
sesebuah sekolah sehinggakan sekolahnya mengharumkan namanya.Sekolah yang
memiliki kawasannya dalam keadaan bersih akan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah
terdekat dan sekaligus akan mewujudkan suatu perubahan dalam penjagaan aspek
kebersihan.Oleh yang demikian,sama-samalah kita mementingkan aspek kebersihan
kawasan

setiap

masa.

Di samping itu,pelbagai penyakit biasa dan berjangkit juga akan dapat dijauhi jika

kawasan sekolah bersih selalu.Kawasan sekolah yang bebas sampah-sampahyang boleh


bertakung dapat mengelakkan penyakit demam denggiyang dapat membahayakan nyawa
anak-anak kita.Longkang-longkang sekolah yang bersih dapat menghindarkan bau busuk
manakala

semak-samun

yang

terurus

akan

mengatasi

haiwan-haiwan

yang

berbahaya.Sistem penyaliran air kumbahan akan memastikan penyakit-penyakit berjangkit


tidak

mengancam

kesihatan anak-anak kita.Suasana sebegini akan membentuk suasana sekolah yang sihat
dan bebas daripada sebarang kemungkinan.Oleh itu,usahalah sebaik mungkin bagi
mewarnai sekolah-sekolah di negara kita dengan aspek kebersihan yang tinggi.

Tambahan pula,kawasan sekolah yang bersih akan memberi peluang kepada pihak
sekolah bagi menganjurkan aktiviti luar bilik darjah dengan selamt.Matapelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat diajar di padang sekolah tanpa apa-apa masalah
kebersihan.Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga boleh dijalankan secara sempurna dengan
kewujudan

kawasan

sekolah

yang

bersih

daripada

sampah

tanpa

sebarang

gangguan.Aktiviti perkhemahan dan penganjuran pelbagai pertandingan sekolah dan


antara sekolah juga dapat dijalankan sekiranya sekolah berpegang teguh kepada aspek
kebersihan.Melalui ini,pelajar akan lebih aktif dalam aktiviti luar bilik darjah selain
kokurikulum.

Kesimpulannya,dengan pelaksanaan langkah-langkah yang berterusan seperti


mengadakan gotong-royong berterusan bukannya bersifat musim,nescaya kekotoran dan
sampah sarap di kawasan sekolah akan dapat diatasi dan sekolah kita sudah pasti akan
bersih dan pelajarnya pula sihat sejahtera,bak kata pujangga,'Jiwa yang Suci Terpancar
daripada Diri yang Bersih,'.Justeru,marilah kita bersama-sama memastikan kawasan
sekolah kita sentiasa dalam keadaan bersih dan sihat.

You might also like