You are on page 1of 1

Pemberian kerja rumah bermotif untuk memupuk unsur pembelajaran kendiri

dalam sanubari murid. Kerja rumah turut berperanan sebagai aktiviti pengukuhan
bagi pembelajaran di dalam kelas. Tambahan pula, kerja rumah memberi peluang
keemasan kepada ahli-ahli keluarga untuk bersama dengan anak-anak semasa
mereka belajar. Malahan, kerja rumah merupakan platform kejayaan murid-murid
dalam pelajaran kerana banyak latihan yang dilakukan. Lebih-lebih lagi, kerja
rumah diberikan bertujuan untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti
berfaedah yang mampu mendorong mereka berjaya dalam pelajaran.

You might also like