You are on page 1of 4

LEGASI TAPAI UBI (GHAZALI LATEH)

Sinopsis
Sejak kecil lagi Parjo telah membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi. Sebut sahaja ‘tapai ubi Wak Salikon’
semua orang sudah tahu dan nama Parjo sudah sebati dengan makanan tersebut sehinggakan rakan-rakan sekolah
menggelarnya ‘Parjo Tapai’. Setiap hari Parjo akan menjual dan menghantar tapai ubi emak dan bapanya itu ke pasar,
warung dan kedai-kedai kampung yang telah membuat tempahan. Pada mulanya dia berasa malu, namun alah bisa tegal
biasa. Proses membuat tapai ubi agak rumit kerana banyak pantang larang yang perlu dipatuhi, antaranya tidak boleh
memberitahu orang semasa membuat tapai, tidak boleh terkena kotoran atau minyak dan tidak boleh membuat bising
kerana dikhuatiri tapai tidak menjadi.

Dengan hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya sehingga ke menara gading. Setelah tamat
belajar di matrikulasi selama dua tahun, Parjo berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Profesor Haidar
telah memberikan tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian bagi membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu
mengurangkan serangan kanser. Parjo mendapati bahawa kanser merupakan antara penyakit yang semakin merebak di
dunia amnya dan Malaysia khasnya sehingga banyak menyebabkan kematian. Kajian telah dilakukan dengan teliti dan
akhirnya dia mendapati bahawa tapai ubi dapat menghasilkan bakteria yang sangat bermanfaat kepada manusia, iaitu
dapat menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Hasil kajian Parjo telah mendapat pengiktirafan daripada pihak universiti
dan dibawa ke peringkat antarabangsa.

Parjo telah membawa emak dan bapanya pada majlis konvokesyennya. Kajian bertajuk “Tapai Ubi Sebagai
Penghalang Kanser” telah berjaya mengiktirafnya sebagai Dr. Parjo. Bagi Dr. Parjo, kejayaannya itu ialah hasil inspirasi
emak dan bapanya yang membuat tapai ubi. Akhirnya, kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di
kampung Dr. Parjo kerana permintaan yang semakin meningkat. Dr. Parjo telah menjadi pensyarah perubatan dan
meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada berbagai-bagai jenis penyakit dengan
tumpuan terhadap penyakit kanser.

Tema
Kesungguhan anak kepada peniaga tapai ubi yang ingin membuktikan bahawa makanan tradisional tersebut
mampu menjadi penawar kepada penyakit berbahaya seperti kanser.

Watak dan Perwatakan


Parjo - anak sulung kepada Wak Salikon. / penerima Ijazah Kedoktoran. / pensyarah universiti. / taat akan emak
dan bapanya - sanggup menghantar tapai ubi ke kantin sekolah dan warung-warung di kampungnya tanpa
membantah. / bersungguh-sungguh melakukan sesuat - Parjo melakukan kajian bagi membuktikan bahawa
tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser. / mengenang budi dan tidak melupakan jasa emak
dan bapanya walaupun dia sudah berjaya di menara gading / membantu membesarkan perusahaan tapai ubi
orang tuanya / Seorang yang teliti - proses kajian terhadap kanser telah dilakukannya mengikut prosedur dan
peringkat demi peringkat bagi memastikan kajian tersebut berjaya.
Wak Salikon - bapa Parjo / gigih melakukan pekerjaan kerana - menanam pokok ubi dan seterusnya membuat
tapai ubi untuk dijual. / mementingkan pendidikan anak-anak - menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke
menara gading dengan hasil titik peluhnya menjual tapai ubi. / bercita-cita tinggi - Wak Salikon berhasrat untuk
mengembangkan lagi perniagaan tapai ubinya./ teliti ketika melakukan pekerjaan - Wak Salikon mengamalkan
pantang larang yang perlu dipatuhi semasa membuat tapai ubi.
Emak - Emak kepada Parjo dan isteri kepada Wak Salikon. / gigih membantu suami - membantu Wak Salikon
untuk membuat tapai ubi. / teliti melakukan kerja - sentiasa mematuhi pantang larang semasa membuat tapai
ubi./ prihatin terhadap anak - mendengar penjelasan Parjo bahawa dia berjaya berkat kajiannya terhadap tapai
ubi.

Profesor Haidar - pensyarah Parjo semasa di universiti. / mempunyai jambang yang lebat. / berpandangan jauh
- ingin meminta bantuan Parjo dalam kajian tapai ubi yang dikatakan dapat membantu mengurangkan
serangan kanser.

Latar
Latar Masa
(a) Waktu pagi. Bapa Parjo telah menjerit dalam loghat Jawanya yang pekat agar Parjo tidak lupa untuk
menghantar tapai ubi ke pasar. Setiap pagi emak akan melumatkan ragi juga.
(b) Selepas sembahyang isyak. Emak meneruskan tugasannya membuat tapai ubi yang dikatakan banyak
pantang larangnya.
(c) Permulaan semester. Profesor Haidar memberitahu Parjo bahawa mereka ada projek untuk dijalankan,
iaitu projek tapai ubi yang dikatakan dapat mengurangkan risiko serangan kanser.
(d) Enam puluh hari. Bakteria UL4 tapai ubi didapati mampu bertahan pada suhu setinggi 121 darjah celsius
selama lima belas minit dan suhu serendah 15 darjah celcius selama enam puluh hari.

Latar Tempat
(a) Kampung Wak Salikon. Tempat Parjo menghantar tapai ubi sama ada ke pasar, ke warung, atau ke kedai
kampung.
(b) Kantin sekolah. Parjo menghantar tapai ubi di kantin sekolah pada setiap hari sehinggakan dia digelar
‘Parjo Tapai’ oleh kawan-kawannya.
(c) Rumah Wak Salikon. Tempat emak dan bapa Parjo membuat tapai yang memerlukan proses pembuatan
yang teliti.
(d) Fakulti perubatan di universiti. Tempat Parjo melanjutkan pelajaran dan tempat Profesor Haidar
mengarahkan dia membuat kajian tentang tapai ubi yang dikatakan dapat mengurangkan serangan kanser.
(e) Amerika Syarikat. Tempat yang menunjukkan bahawa kajian kadar kanser payudara di negara itu adalah
berbeza antara kaum, iaitu kes paling tinggi berlaku dalam kalangan wanita berkulit putih berbanding dengan
wanita berkulit hitam atau berketurunan Hispanic atau berketurunan Asia.
(f) Kilang perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon. Emak dan bapa Parjo bekerja sebagai pemilik dan pengurus
kilang tersebut dan pengeluaran tapai ubi dipertingkatkan di kilang ini kerana banyak mendapat tempahan.
PERSOALAN, NILAI DAN PENGAJARAN

Persoalan Nilai Pengajaran Contoh


Kegigihan membawa Kegigihan Kita hendaklah gigih Wak Salikon dan isterinya
kejayaan berusaha untuk gigih mengusahakan
mencapai kejayaan perniagaan tapai ubi
sehingga berkembang
membuka sebah kilang.

Amalan hidup saling Tolong - menolong Kita hendahklah hidup Parjo rajin membantu
tolong-menolong saling tolong- menolong ayah dan ibunya
antara satu sama lain. membuat tapai ubi.
Anak yang mengenang Mengenang jasa Kita hendaklah Parjo menjelaskan
jasa ibu bapa menghargai jasa bahawa kejayaannya
pengorbanan ibu bapa menggengam ijazah
kita. berkat inspirasi ayah dan
ibunya.
Tanggungjawab Tanggungjawab Kita hendaklah Parjo ingin berkhidmat
berkhidmat kepada bertanggungjawab kepada masyarakat
masyarakat berkhidmat kepada nusa melalui kajiannya
dan bangsa. terhadap tapai ubi yang
dapat mencegah dan
merawat penyakit kanser
Latihan Pemahaman

“Tapai! Tapai! Tapai!”


Jemu benar aku dengan perkataan tapai itu. Sejak kecil aku disogokkan dengan tapai. Sebutlah tapai ubi
Wak Salikon, semua orang tahu. Wak Salikon bapa aku. Jika ada orang berkata Wak Salikon Tapai Ubi, seluruh
kampung kenal. Itu bapa aku! Kalau orang bertanya Parjo Tapai Ubi, itu aku! Aku dan tapai seolah-olah sebati
dan sinonim. Ah, bencinya!
“Parjo, jangan lupa nanti hantar tapai ke pasar!” jerit bapa dengan loghat Jawanya yang pekat. Laungan
itu menjadi rutin setiap pagi. Maka aku pun tidak pernah menolak untuk berkhidmat menghantar tapai ubi
buatan bapa dan emak ke pasar, ke warung, ke kedai kampung dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan.
Itu sahaja yang aku tahu. Akan tetapi kini aku semakin jemu dengan tapai ubi. Lebih-lebih lagi sejak aku
sekolah menengah. Apatah lagi apabila setiap hari aku terpaksa menjinjit karung tapai ke kantin sekolah. Parjo
Tapai! Itulah gelaran yang diberikan oleh kawan-kawanku yang sama-sama menumpang bas sekolah. Aku malu
dan marah juga pada mulanya. Namun alah bisa tegal biasa. Aku hanya membantu emak dan bapa mencari
rezeki.

i. Berdasarkan petikan cerpen “Legasi Tapai Ubi”, ke manakah Parjo akan menghantar tapai ubi Wak Salikon?
[3 markah]
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________

ii. Terdapat beberapa latar masyarakat yang dapat diperoleh daripada petikan cerpen “Legasi Tapai Ubi”.
Nyatakan latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut. [3 markah]

__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

iii. Parjo gigih membantu bapa dan emaknya menjual tapai ubi. Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh
dilakukan untuk memastikan anak-anak sentiasa membantu ibu dan bapa mereka? [4 markah]

__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

You might also like