You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID (HEM) BIL.

1 / 2019
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHUNG CHENG SIBU

Tarikh : 27 DISEMBER 2018 (KHAMIS)

Masa : 8:00 Pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Chung Cheng, Sibu

Hadir :

1 En. Lee Khung Kion 17 Cik Siti Aishah Binti Din


2 Pn. Wong Leh Ching 18 Pn. Mary Wong Pick Hung
3 En. Jong Ngie Chong 19 Pn. Ngu Hung Mee
4 Pn. Ngu Poh Ling 20 Cik.Ting Chui Siang
5 Pn. Anges Yap Chin Chin 21 Pn. Doris Kee
6 Pn. Kiu Leh Ching 22 En. Chiong Chung Wuan
7 Pn. Gracia Devi James 23 Pn.Kong Siew Ngo
8 Pn. Kiing Siaw Wei
9 Pn. Yew Chiew Hsia
10 En. Mohd Amrie Bin Abdul Rahman
11 En. Nik Rosli Bin Nik Daud
12 Pn. Ngu Mee Ling
13 Pn. Lee Hui
14 Pn. Kong Lee Ling
15 Cik Evelyn Chua Sie Wei
16 Cik Hoo Sze Ing

Tidak hadir bersebab:


1 Pn. Alice Ling Jin Lei – Cuti bersalin

1. Kata Aluan Pengerusi

Pengetua selaku Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru dan PKP ke


Mesyuarat HEM Bil.1/2019
Tindakan : Makluman semua

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.4 /2018

Minit Mesyuarat Bil.4/2018 telah dicadangkan pengesahannya oleh Pn. Gracia Devi
James dan disokong oleh Pn. Kong Siew Ngo
Tindakan : Pn.Kong Siew ngo
Pn Gracia Devi James
3. Perkara-perkara berbangkit

Tiada perkara berbangkit.


Tindakan : Semua guru

4. Jawatankuasa Hal Ehwal Murid 2019

Jawatankuasa HEM akan dipengerusikan oleh En.Lee Khung Kion ( Pengetua).Manakala


semua Penolong kanan akan memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi.
Tindakan : Makluman semua

5. Senarai Guru Tingkatan 2019

Peralihan (Pn.Kiu Leh Ching) , 1 Amanah (Cik. Hoo Sze Ing) , 1 Jujur (Pn. Doris Kee), 2
Amanah (Kiing Siaw Wei) , 2 Jujur (En.Nik Rosli Bin Nik Daud) , 3 Amanah (Cik. Evelyn
Chua Sie Wei) , 3 Jujur (En.Mohd Amrie Bin Abdul Rahman) , 4 Sastera (Pn. Gracia Devi
Anak James) , 4 Sains (Pn.Yew Chew Hsia) , 5 Sastera (Pn.Anges Yap Ching Ching) dan
5 Sains (Cik. Ting Chui Siang) .

Tindakan : Makluman semua

6. Pelajar Baharu

Bilangan pelajar baharu bagi Tingkatan Peralihan adalah sebanyak 17 orang, Tingkatan
1 Amanah adalah sebanyak 15 orang dan Tingkatan 1 Jujur adalah sebanyak 21 orang.

Tindakan : Makluman semua

7. Pengurusan Kelas dan Peraturan

7.1 Guru Tingkatan(GT) perlu memastikan kelengkapan dalam kelas mencukupi


dan dalam keadaan baik serta selamat untuk digunakan oleh pelajar.
7.2 Senarai semak kelas 2019 perlu dilengkapisi dan dihantar kepada PKHEM
pada 11.1.2019.
7.3 GT perlu mengenal pasti pelajar yang datang ke sekolah dengan
menggunakan motosikal dan memberi peringatan untuk menggunakan topi
keledar semasa menunggang motosikal.
7.4 Guru waktu pertama perlu membawa buku kehadiran untuk mengambil data
kehadiran pelajar pada setiap hari.
7.5 GT perlu melapor pelajar yang tidak hadir tanpa sebab kepada PKHEM atau
Pengetua.
7.6 GBK akan menelefon pelajar yang tidak hadir dan membuat catatan sebab
mereka tidak hadir ke sekolah.
7.7 GT perlu melantik Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan dan
serahkan tali leher kepada mereka.
7.8 GT perlu menyediakan salinan jadual waktu pada pintu hadapan kelas dan
juga pada papan notis di belakang kelas.
7.9 Kebersihan dan kehadiran pelajar akan dimasukkan dalam borang
keberhasilan guru.
7.10 GT perlu membimbing KT dan PKT untuk membuat jadual waktu bertugas
pada setiap hari agar kebersihan kelas sentiasa terjaga.
7.11 Kasut sekolah yang berwarna hitam akan dilaksanakan sepenuhnya pada
tahun 2021.

Tindakan : Guru Tingkatan


Guru Subjek
GBK
Guru Disiplin

8. Pengurusan Bantuan dan Kebajikan Pelajar

8.1 Pn. Doris Kee dilantik menjadi Guru Biasiswa dan dibantu oleh Pn. Kiing Siaw
Wei.
8.2 Biasiswa dan bantuan yang ditawarkan ialah Biasisawa Kecil Persekutuan,
Biasiswa Tempatan yayasan Sarawak, Shell, Skim Biasiswa Sukan,
Dermasiswa Bakti, Bantuan Persekolahan RM100,Kumpulan Wang Amanah
Pelajar Miskin dan Elaun Murid Khas.
8.3 Cik. Evelyn Chua Sie Wei pula akan menguruskan bantuan dari Yayasan
Sarawak termasuklah Biasiswa Tempatan Yayasan Sarawak, Bantuan
Pakaian Seragam, Skim Hadiah Cemerlang.
8.4 Guru Data perlu memastikan guru berkenaan diletakkan sebagai Guru
Biasiswa.

Tindakan : Guru Biasiswa


Guru Data

9. Skim Pinjaman Buku Teks

Pengedaran buku teks tahun 2019 akan dilaksanakan pada 28/12/2018. Guru Tingkatan
perlu mengedarkan buku teks kepada semua pelajar dan menahan dahulu pemberian
buku teks kepada pelajar yang belum bayar kehilangan buku teks atau belum
menggantikan buku teks yang telah hilang pada tahun 2018.
Tindakan : Guru Tingkatan

10. Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

10.1 Guru Data perlu memastikan GT telah didaftar dalam Tingkatan yang betul.
10.2 GT perlu memastikan nama dan bilangan pelajar dalam tingkatan masing-
masing adalah betul.
10.3 GT perlu mengemaskini maklumat yang terdapat dalam APDM terutamanya
pendapatan ibu bapa.
10.4 GT akan mengedarkan Lampiran B yang mengandungi maklumat pendapatan
ibu bapa untuk diisi dan perlu disimpan sebagai rekod.

Tindakan : Guru Data


Guru Tingkatan

11. Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)

11.1 Guru boleh masuk ke laman sesawang SSDM dengan menaip


https://ssdm/moe.gov.my .
11.2 Pada ruangan Log Masuk, guru sila masukkan ID pengguna sebagai YFB3201
dan kata laluan sebagai DISPYFB3201.
Tindakan : Makluman Semua

12. Program Pengurusan Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K)

12.1 Kebersihan

12.1.1 Diketuai Pn. Anges dan dibantu oleh Pn. Kiu Leh Ching.
12.1.2 Rumusan markah akan dilakukan sebulan sekali dan pingat kemenangan
akan diedarkan pada hari perhimpunan.
12.1.3 Borang penilaian kebersihan kelas akan dikemaskini dengan memasukkan
sudut KBAT.
12.1.4 Pemantauan Denggi dibuat setiap minggu dan guru perlu memeriksa dengan
teliti dan jika terdapat jentik-jentik sila arahkan tukang cuci untuk bersihkan.

Tindakan : Makluman Semua

12.2 Kesihatan

12.2.1 Diketuai Cik, Hoo Sze Ing dan dibantu oleh Pn.Yew Chiew Hsia.
12.2.2 Rawatan gigi dan ceramah akan diadakan pada 22/1/2019.
12.2.3 Suntikan HPV 1 dan 2 masing-masing akan dilaksanakan pada Bulan Januari
dan Julai.
12.2.4 Suntikan Tetanus bagi pelajar Tingkatan 3, Saringan Talasemia bagi pelajar
Tingkatan 4.
12.2.5 Ujian Penglihatan kepada pelajar Tingkatan 3.
12.2.6 Peti pertolongan cemas mestilah lengkap dan selamat untuk digunakan.
12.2.7 Program Sekolah Bebas Dadah, ceramah pendidikan seks, Kantin sekolah
yang sihat dan ujian air kencing.

Tindakan : Makluman semua


12.3 Keselamatan

12.3.1 Diketuai En.Nik Rosli Bin Nik Daud dan dibantu oleh En.Mohd Amrie Bin Abdul
Rahman.
12.3.2 Penerapan keselamatan ketika program Orientasi pelajar.
12.3.3 Program menghadapi bencana seperti Program Kawad Kebakaran(Fire Drill)
dan penyelenggaraan alat pemadam api.
12.3.4 Penyediaan pas pelawat di pondok pengawal.
12.3.5 Lawatan Pegawai Perhubungan iaitu Pegawai polis.
12.3.6 Guru bertugas mengikut jadual rondaan harian.
12.3.7 Penerapan keselamatan dalam Makmal Sains.

Tindakan : Makluman semua

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10:00 pagi

Minit disediakan oleh, ____________________________


(MOHD AMRIE BIN ABDUL RAHMAN)
Setiausaha HEM
SMK Chung Cheng, Sibu

Disemak oleh, ____________________________


(JONG NGIE CHONG)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Chung Cheng, Sibu

Disahkan oleh, ___________________________


(LEE KHUNG KION)
Pengetua,
SMK Chung Cheng, Sibu

Tarikh : 02 JANUARI 2019

You might also like