You are on page 1of 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN JELUTONG


09000 KULIM,
KEDAH, DARUL AMAN
Tel: 04-4954444
Fax : 04 4915609
Email:sktamanjelutong.kbb@gmail.com

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG 2020/2022 KALI PERTAMA

Tarikh : 22.6.2020 ( ISNIN )


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Taman Jelutong
Kehadiran :
:
1. PN. ROSLINA BT RASLI (Guru Besar)
2. DATO’ ZULKIFLI BIN HAJI HARON (YDP)
3. PN. AZLINDAYATI BINTI AZAHARUDIN (NYDP)
4. PN. NOOR HAYATI BT MOHAMAD ZIN
5. PN. RUSMAWATI BT HUSSEIN
6. EN. MOHAMAD AIZAT BIN AHMAD SOFI
7. PN. ROMZIAH BT TAM
8. EN. MOHAMAD AZLAN BIN MOHD TAHER
9. EN. RIDZWAN BIN IBRAHIM
10. EN. MOHD SYAFIQ BIN JOHARI
11. PN. SALMIZA BINTI HASSAN
12. PN. SHAHRONI BINTI MUHSIN
13. PN. SITI HAFIZAH BINTI OTHMAN
14. PN. NORZIANI BT MAT SALLEH
15. PN. NURULHUDA AZWANA BT ALIAS
16. PN. NOOR MAZIAH BT MUHAMAD
17. EN. MUHAMMAD SAIFULLAH BIN MOHAMAD
18. PN. ARNI ASLINDA BINTI AHMAD

Tidak Hadir (Bersebab)

1. PN. SHAMSHUL NORAZURA BINTI MAT SAAD


2. PN. SYABRINA BT SAMSUDIN
3. EN. MAT ZAKI BINTI MOHAMAD
4. CIK PAVITRA A/P ARMUGAM
5. PN. FADHLINA BT SHAMSUDIN
6. PN. INTAN SAUFINA BINTI BAHAROM
7. PN. ASZLINAWATI BT AKAP
8. EN. MOHD MUSLIM BIN MANSOR
9. EN. MOHD NAIM BIN ABD RAHMAN
10. EN. MOHD NOR ZAHARI BIN ZAKARIA
11. PN. ROSMAWATI BT MD ISA
12. EN. MOHD RUSTAM BIN DARUS
13. PN. HARMILLAH BINTI HASAN
AGENDA MESYUARAT :

1.0 Perutusan Pengerusi

2.0 Ucapan Penasihat

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

4.0 Perkara-perkara berbangkit

5.0 Membentang Penyata Kewangan

6.0 Perancangan aktiviti tahunan

7.0 Pembukaan sekolah semasa PKPP

8.0 Edaran kerja murid semasa PKPP

9.0 Kutipan yuran PIBG

10.0 Hal-hal lain

11.0 Penutup

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 YDP PIBG, Dato Zulkifli mengucapkan selamat datang kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir pada kali
ini

1.2 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK PIBG sesi yang lalu kerana telah melaksanakan
amanah dan tanggungjawab dengan begitu cemerlang. Beliau juga mengucapkan selamat datang kepada semua
AJK yang telah dilantik pada sesi kali ini.

1.3 Beliau memaklumkan banyak norma baharu akan dilalui oleh anak murid dalam mendepani pendidikan dalam
tempoh PKP. Sebagai contoh cara murid belajar. Oleh itu, beliau berharap agar pihak PIBG bersama membantu
pihak sekolah memainkan peranan.
Tindakan : Makluman
1.4 Beliau memaklumkan semasa kehadiran beliau semasa mesyuarat bersama pihak PPD Kulim, PDRM, Pejabat
Kesihatan , Bomba dan lain-lain, beliau mendapat makluman bahawa sesi persekolahan (menengah) akan
dimulakan dalam masa terdekat manakala akan disusuli dengan sekolah rendah. Oleh itu, banyak persiapan
perlu dilakukan dan diuruskan bersama-sama antara pihak sekolah dan PIBG.
Tindakan : Makluman
1.5 Memaklumkan juga pihak JPN dan PPD Kulim juga meminta agar pihak PIBG membantu sekolah dalam
mengurangkan kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pihak guru.
Tindakan : PIBG
1.6 Dato Zulkifli menyatakan semasa berdialog, terdapat beberapa masalah yang telah dibicarakan iaitu berkaitan
sesi sekolah yang perlu dilaksanakan secara dua sesi, iaitu pagi dan petang. Beliau memaklumkan masalah yang
akan dihadapi ialah berkaitan pengangkutan murid ke sekolah. Justeru, kemungkinan sesi persekolah akan
dilaksanakan secara sesi berselang seli ( 1 minggu hadir ke sekolah, 1 minggu di rumah)
Tindakan : Makluman
1.7 Beliau memaklumkan apabila pihak KPM telah mengumumkan kaedah persekolahan dan atas nasihat pihak
sekolah, pihak PIBG akan sentiasa membantu dan meringankan beban pihak sekolah dan seterusnya menjadikan
tugas pihak PIBG akan relevan dalam membantu persiapan pihak sekolah.
Tindakan : PIBG
1.8 Beliau memaklumkan pihak PPD memaklumkan, kemungkinan murid Tahun 6 akan hadir ke sekolah terlebih
dahulu berikutan isu tentang ketiadaan UPSR dan bagaimana murid tersebut akan melanjutkan pelajaran ke
sekolah menengah berasrama penuh nanti melalui PBD
Tindakan : Makluman
1.9 Beliau juga menyatakan akan berusaha mendapatkan bantuan luar berkaitan kesihatan murid seperti ‘hand
sanitizer’. Beliau menyatakan hand sanitizer yang akan dibekalkan oleh pihak KPM tidak mencukupi, jadi pihak
PIBG akan berusaha untuk membantu menyediakannya.
1.10 Selain itu, pihak PIBG juga turut bersedia dalam memberikan bantuan dalam bentuk kakitngan pembantu
kepada pihak sekolah jika diperlukan.
Tindakan : PIBG
1.11 Beliau juga menyatakan pihak KPM menyatakan jumlah maksimum murid di dalam sesebuah kelas ialah 20
murid, dan jika melebihinya perlu di asingkan manakala had jumlah dewan juga tidak boleh terlalu ramai bagi
mengelakkan kesukaran mengawal murid yang terlalu ramai. Beliau juga menyatakan pihak KPM
membenarkan jika murid tersebut ingin menggunakan face mask dan hand sanitizer milik sendiri walaupun
pihak sekolah telah menyediakan.
Tindakan : Makluman
1.12 Beliau menyatakan lagi memberikan kepercayaan dan harapan kepada AJK PIBG pada sesi kali ini akan dapat
memberikan bantuan kepada pihak sekolah dan akan cuba mengadakan satu mesyuarat berkaitan prosedur
pembukaan sekolah kepada semua waris jika sesi persekolahan bakal bermula.
Tindakan : PIBG
1.13 Seterusnya, beliau menyerahkan majlis kepada Penasihat PIBG, Puan Roslina bagi meneruskan mesyuarat.

2.0 UCAPAN PENASIHAT

2.1 Tuan Guru Besar, Puan Roslina mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang telah dilantik pada sesi kali ini
dan mengharapkan perkhidmatan yang terbaik daripada semua.
2.2 Sebelum meneruskan mesyuarat, beliau meneruskan dengan agenda Pengesahan Minit Mesyuarat terlebih
dahulu.

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3.1 En. Aizat selaku Setiausaha PIBG membentangkan minit Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2018-2020 Kali Pertama
Tahun 2020 dan meminta diterima dan disahkan. Beliau meminta semua merujuk minit mesyuarat yang lalu.

En. Azlan Taher mencadangkan minit mesyuarat diterima dan disokong oleh Pn. Hayati Bt Zin.

4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.1 Tiada perkara berbangkit yang dibincangkan.

5.0 MEMBENTANG PENYATA KEWANGAN

5.1 En. Azlan B. Tahir selaku Bendahari membentangkan penyata kewangan PIBG berakhir pada 31 Mei 2020.
(dilampirkan penyata kewangan)

En. Azlan memaklumkan tiada sebarang perbelanjaan sepanjang 8 Mac 2020 sehingga 31 Mei 2020.

Pn. Romziah mencadangkan penyata kewangan diterima dan disokong oleh Pn. Nurul Huda.

6.0 PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN

6.1 YDP PIBG, Dato Zulkifli memaklumkan perancangan aktiviti tahunan akan dibincangkan pada perjumpaan
yang seterusnya. Perjumpaan kali ini berfokuskan kepada keselamatan dan hal berkaitan pembukaan sekolah
yang akan tiba dalam masa terdekat.
Tindakan : Makluman
6.2 Memaklumkan juga unit-unit kecil bagi setiap AJK akan dibincangkan dan dilantik sendiri melalui sesi
perjumpaan pada masa yang lain antara AJK (waris) sahaja.
Tindakan : Makluman
6.3 PK HEM, Pn. Hayati memohon bantuan pihak PIBG untuk membantu di bahagian semakan suhu tubuh badan
murid di bahagian pintu pagar sekolah
Tindakan : PIBG
6.4 YDP PIBG, Dato Zulkifli memberikan maklum balas bahawa pihak PIBG akan cuba membantu dan akan cuba
memilih wakil PIBG yang dapat membantu di bahagian pintu pagar sekolah.
Tindakan : PIBG
6.5 Dato Zulkifli juga memaklumkan 2 minggu sebelum sekolah dibuka, pihak PIBG akan membantu membuat
persiapan awal untuk memenuhi kehendak SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian
Tindakan : Makluman
6.6 Pn. Azlindayati memberikan cadangan agar setiap guru mempunyai hand sanitizer dan sebelum masuk ke dalam
kelas, murid-murid dilakukan sanitizer dahulu.
Pn Hayati memberikan respon, setiap kelas akan dibekalkan sanitizer dan akan diletakkan di pintu masuk setiap
kelas tersebut. Jadi setiap guru tidak lagi perlu membawa hand sanitizer masing-masing.
Tindakan : Makluman
6.7 Dato Zulkifli memaklumkan setiap meja perlu dilekatkan nombor telefon waris dan kedudukan tempat murid
tidak boleh diubah
Tindakan : PK HEM
6.8 Dato Zulkifli mencadangkan agar setiap murid membawa sudu dan garfu sendiri
Tindakan : PK HEM
PIBG
6.9 Dato Zulkifli mencadangkan kepada pihak sekolah memulangkan semula buku aktiviti kerana menggunakan
buku aktiviti untuk sesi pembelajaran kerana murid kurang memahami isi pelajaran melalui pembelajaran maya
Encik Ridzuan menyatakan beliau telah memulangkan buku kepada murid dan arahan diberikan melalui group
whatapp kelas, namun hanya beberapa murid sahaja yang memberikan respon.
Dato Zulkifli menyatakan beliau bersetuju dengan penerangan En. Ridzuan dan pihak PIBG akan memainkan
peranan untuk menguar-uarkan kepada waris untuk terus berhubung kepada guru itu sendiri jika mempunyai
sebarang persoalan
Tindakan : PIBG

7.0 PEMBUKAAN SEKOLAH SEMASA PKPP

7.1 Tuan Guru Besar, Pn Roslina menyatakan memandangkan sesi persekolahan bakal berlangsung semula, semua
guru telah dipanggil untuk bertugas semula di stesen masing-masing. Semua guru perlu hadir bertugas seperti
biasa
Tindakan : Makluman
7.2 Beliau turut memaklumkan, pihak sekolah telah merangka jadual baru PdP maya iaitu sehari hanya 2 subjek
sahaja bagi memahami kekangan yang dihadapi waris yang bekerja.
Tindakan : Makluman
7.3 Bagi subjek guru yang tidak mempunyai waktu PdP pada hari tersebut perlu melaksanakan PLC.
Tindakan : Semua guru
7.4 SOP persekolahan adalah sama seperti SOP Tingkatan 5. Untuk sekolah rendah, sesi bermula dengan Tahun 6
dan Tahun 5
Tindakan : Makluman
7.5 Sebagai peringkat permulaan, pihak sekolah telah menyiapkan tanda penjarakan di sekitar kawasan pergerakan
murid di sekolah dan banner berkaitan covid-19. Pergerakan murid di kawasan sekolah hanya sehala
Tindakan : Makluman
7.6 Pn Roslina memak,umkan ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membantu pihak guru dalam proses
pembelajaran. Ibu bapa perlu menyampaikan dan memantau setiap tugasan yang diberikan oleh guru kepada
murid-murid. 86 % mengikuti pembelajaran maya
Tindakan : Makluman
7.7 Memaklumkan bahawa pihak JPN telah menyatakan tiada lagi istilah work from home, melainkan urusan yang
tidak dapat dielakkan. Jika bekerja dari rumah, perlu melaporkan setiap 1 jam kepada ketua jabatan.
Tindakan : Semua guru
7.8 Berkaitan kaedah menyediakan makanan kepada murid, akan diputuskan setelah mensyuarat seterusnya
Tindakan : Makluman

8.0 EDARAN KERJA MURID SEMASA PKPP

8.1 Dato Zulkifli bertanyakan, adakah kerja murid diberikan mengikut subjek.
Tuan Guru Besar memaklumkan ya, kerja murid diberikan mengikut jadual waktu
Tindakan : Makluman
Dato Zulkifli menyatakan beliau akan memaklumkan dalam group sarana tentang kepentingan ibu bapa
memberikan respon terhadap apa-apa maklumat yang disampaikan oleh guru dan guru juga perlu mengikuti
perkembangan murid agar pihak waris akan lebih peka.
Tindakan : Makluman
9.0 KUTIPAN YURAN PIBG

9.1 Pn. Azlindayati bertanyakan, adakah murid tahun 6 perlu menyelesaikan yuran yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah walaupun terdapat beberapa program tidak dapat dilaksanakan kerana pandemik Covid-19

Tuan Guru Besar, Puan Roslina menyatakan yuran dibayar seperti biasa dahulu bagi mengelakkan sebarang
kesulitan, baki wang yang tidak digunakan akan dipulangkan semula

Tindakan : Makluman

9.2 Puan Roslina juga memaklumkan surat permohonan bayaran yuran PIBG telah dimajukan kepada pihak JPN
dan hanya menunggu kebenaran daripada pihak JPN, barulah surat bayaran yuran akan diedarkan kepada pihak
waris

Tindakan : Makluman

10.0 HAL-HAL LAIN

10.1 Puan Roslina meminta Puan Nurul Huda membentangkan data murid tercicir pembelajaran maya

Puan Nurul Huda membentangkan 1C=2, 1T=3, 1J=16, 2C=0, 2T=10, 2J=5, 3C=0, 3T=3, 3J=5, 4C=0, 4T=9,
4J=4, 5C=0, 5T=3, 5J=9, 6C=2, 6T=6, 6J=10
Tindakan : Makluman
10.2 YDP, Dato Zulkifli menyatakan ahli AJK(waris) yang tidak dapat hadir pada hari ini kebanyakkannya bekerja,
dan perjumpaan seterusnya akan diatur kepada hari dan masa yang lebih baik untuk kehadiran semua AJK.

Tindakan : Makluman

11.0 PENUTUP
Oleh kerana tiada hal yang dibincangkan lagi, YDP PIBG, Dato Zulkifli menangguhkan mesyuarat dan
mendoakan semoga semua urusan semua ahli mesyuarat dan sesi pembukaan sekolah akan dipermudahkan

Cadangan : Dato Zulkifli


Sokong : En Azlan

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

….…………………………………………… ….……………………………………………
(MOHAMAD AIZAT BIN AHMAD SOFI) (DATO’ ZULKIFLI BIN HAJI HARON)
Setiausaha, Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Taman Jelutong SK Taman Jelutong
Tarikh : 23 Jun 2020

Disemak semula oleh,

….………………………………………………
(ROSLINA BINTI RASLI)
Guru Besar
SK Taman Jelutong

You might also like