You are on page 1of 15

MINIT MESYUARAT PIBG KALI PERTAMA 2011

MINIT MESYUARAT PIBG KALI PERTAMA TARIKH MASA TEMPAT : : : Ahad, 20 Februari 2011 9.00 Pagi Bilik Mesyuarat SKCI

Kehadiran : 1. Tn Hj Ahmad Azam b Abd Jalal 2. Pn Hjh Noor Anida bt Saad 3. Cik Zulaidah bt MatHassan 4. Pn Donna Kwan Wai Mun 5. En Nazim b Mustapah 6. Pn Nor Akma bt Ahmad 7. Cik Syazlin bt Ab Sahir 8. En Abd Aziz b Sulaiman Bapa 9. Pn Rafidah bt Ripin 10. En Marzuki b Mahbob 11. En Ahmad Nazrin b Abu Samah 12. Pn Hadijah bt Ibrahim 13. En Azli b Musa 14. Rex b Atao 15. Wan Zulaile bt Wan Hassan 16. Ahmad b Ramli 17. Md. Salim Wagimin 18. Norazah bt Aziz 19. Zainab bt Ab Jalil 20. Norrita bt Abu Bakar 21. Misman b Hussein 22. Puan Norashikin Tidak hadir bersebab:

YDP PIBG NYDP PIBG Setiausaha Bendahari AJK Guru AJK Guru AJK Guru AJK Ibu AJK Ibu Bapa AJK Ibu Bapa AJK Ibu Bapa AJKK BIRO PIBG AJKK BIRO PIBG AJKK BIRO PIBG AJKK BIRO PIBG AJKK BIRO PIBG AJKK BIRO PIBG AJKK BIRO PIBG AJKK BIRO PIBG AJKK BIRO PIBG AJKK BIRO PIBG AJKK BIRO PIBG

1. Pn Azliza bt Hussein 2. En Sanim b Othman 3. Pn Azlina bt Ali 4. Pn Rasyidah bt mohd Nasri Turut Hadir : 1. En Mohd Thani b Abdullah 2. Pn Hjh Rosmimah bt Embi 3. Pn Hjh Hamidah bt Hariman 4. En. Bukhari b Azali Agenda Mesyuarat

AJK Guru AJK Guru Juruaudit Guru Juruaudit Ibu bapa Guru Besar GPK Kurikulum GPK HEM GPK Pend. Khas

1.0 Ucapan Pengerusi PIBG 2011/ 2012 (Tn Hj Ahmad Azam b Abd Jalal) 1.1 Ucapan alu-aluan dan terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada Mesyuarat PIBG yang pertama. 1.2 Walaupun diadakan pada hari Ahad iaitu hari yang sepatutnya berehat, namun ibu bapa dan guru telah berkorban dan telah dapat menghadirkan diri pada mesyuarat AJK PIBG kali Pertama. 1.3 Perjumpan pertama ini merupakan sesi perkenalan antara barisan Jawatankuasa PIBG yang baru dan Ibu bapa yang telah dilantik sebagai biro Jawatankuasa Kecil PIBG 1.4 Penubuhan Biro Jawatankuasa Kecil PIBG bertujuan untuk membantu melancarkan dan melicinkan perjalanan aktiviti yang telah dirancang pihak PIBG dan sekolah khusus untuk kecemerlangan muridmurid SKCI. 1.5 YDP mengharapkan dengan penubuhan Jawatankuasajawatankuasa kecil ini, kita dapat bergerak dalam kumpulan yang kecil, seterusnya dapat menyusun strategi pelaksanaan aktiviti. 1.6 Mesyuarat dijadikan tempat untuk melaporkan aktiviti yang dirancang. 1.7 YDP berharap perjalanan PIBG dapat berjalan dengan baik dan kemas. 2.0 Ucapan Penasihat PIBG Besar SKCI En Mohd Thani b Abdullah- Guru

2.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada YDP dan merakamkan terima kasih dan selamat datang bagi yang pertama kali datang. 2.2 Beliau berharap perjumpaan AJK lama dan baru dalam mesyuarat PIBG yang pertama ini dapat membentuk satu barisan PIBG yang mantap. 2.3 Diharapkan juga, kerjasama dan komitmen PIBG lebih agresif dalam menghadapi cabaran untuk kebaikan murid-murid. 2.4 Guru Besar memaklumkan bahawa, kini sekolah mempunyai bekalan guru yang mencukupi, malah sudah terlebih 3 orang iaitu seorang guru hakiki, seorang GSTT dan seorang guru GDL 2.5 Guru Besar memperkenalkan Pn Hjh Hamidah bt Hariman, GPK HEM menggantikan tempat Pn Chek Norlia bt Othman yang telah bersara. Pn Hjh Hamidah Hariman merupakan guru daripada SK Pandan Jaya. Guru- guru lain ialah 3 orang Lelaki dan 4 Perempuan. 2.6 Dua orang guru akan bersalin dalam masa terdekat. Pada dasarnya pihak sekolah belum ada peruntukan guru ganti. Oleh itu guru yang terlebih akan mengantikan tempat guru-guru tersebut dalam tempoh 3 bulan. 2.7 Pada minggu depan iaitu pada 25 Februari 2011, SKCI akan mengadakan majlis Maulidurasul. Aktiviti majlis ini akan bermula pada 23hb iaitu pada hari Rabu dengan acara pertandingan nasyid. Kemuncak sambutan ialah pada 25hb Februari 2011. 2.8 Untuk makluman pihak sekolah telah mengadakan program Kecemerlangan Akademik SKCI 2011/ 2012 iaitu Majlis Dialog Pemuafakatan Tahun 5 & 6 pada 21 Januari 2011. 2.9 Dalam majlis tersebut, ibu bapa telah bersetuju untuk memberi sumbangan sebanyak RM 200 untuk menjalankan program Kecemerlangan Akademik. Antaranya ialah : a. Kelas Tambahan Hari Sabtu. Telah bermula. b. Kelas bimbingan selepas waktu sekolah iaitu 1.20 hingga 2.00 ptg. c. Makanan Minda. Setiap pagi murid akan diberi makan kismis untuk kecerdasan minda sebelum masuk kelas. d. Program motivasi. Jawatankuasa akan dibentuk dan program motivasi akan buat secara berkala.

e. Program Kecemerlangan UPSR. Terdapat ibu bapa yang membayar secara keseluruhan, malah terdapat juga ibu bapa yang membayar secara ansuran iaitu RM 50 sebulan. f. Duit yang telah dibayar akan dimasukkan dalam akaun tumpang PIBG. Kini duit yang dikutip tidak dikeluarkan resit. Bagaimanapun resit bayaran tidak menggunakan resit PIBG. Sebaliknya resit yang lain akan digunakan. g. Guru Besar bercadang untuk mewujudkan bilik Gerakan PIBG. Sekiranya bilik ini diwujudkan, bilik ini akan menempatkan fail dan buku resit yang sebelum ini berada pada Setiusaha dan Bendahari. Beliau bercadang untuk menaik taraf bilik makmal komputer di tingkat 2. 2.10 Projek menaik taraf dewan. Dewan akan dibuka dan dipanjangkan.Kerja-kerja pengubahsuaian akan dijalankan. Guru Besar telah mendapatkan sebut harga. Bagaimanapun ianya terlalu tinggi, yang mana kosnya hampir RM 50 ribu sedangkan dana untuk menaiktaraf dewan hanya berjumlah lebih kurang RM 10 ribu. 2.11 PIBG dan SKCI perlu mencari dana tambahan untuk projek menaik taraf dewan. Pihak sekolah melalui PIBG akan cuba membuat permohonan memohon dana daripada PPDHL. 2.12 Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah tidak mempunyai peruntukan. Pihak PPDHL juga belum mempunyai sebarang peruntukan. Perkara ini akan dibincangkan dan akan diajukan permohonan. Bagaimanapun tiada jaminan. 2.13 Program Ibadah Korban. Pihak sekolah bercadang untuk mengadakan program Ibadah Korban pada hari Raya Haji nanti. Program ini terdapat dalam takwim sekolah. Bagaimanapun program ini akan diuruskan oleh PIBG. 2.14 Terdapat syarikat yang berminat untuk menguruskan program ibadah korban. Program ini akan diadakan di padang SKCI. Jumlah korban adalah bergantung kepada permintaan. Sasaran adalah penduduk setempat dan bukan setempat. 2.15 Sekiranya mesyuarat bersetuju, satu jawatankuasa pelaksana akan dilantik dan ditubuhkan. 3.0 Perkara Perkara Berbangkit

3.1 YDP meminta hadirin supaya membaca minit Mesyuarat Agung kali ke 12 . 3.2 YDP menyentuh tentang usul yuran PIBG yang akan dinaikkan kepada RM 50 bagi setiap keluarga. Usul ini telah dipersetujui dan akan dilaksakan pada tahun hadapan. 3.3 Berdasarkan laporan kewangan, sehingga kini jumlah yang dikutip ialahRM 560 berbanding jumlah yang sepatutnya iaitu RM 1800. 3.4 Kutipan yang diterima tidak mencapai 100 %. Keadaan ini berkemungkinan ibu bapa tidak menyedari bahawa bayaran yuran PIBG belum dijelaskan kerana terlalu banyak yang perlu dibayar kepada pihak sekolah. Mungkin ibu bapa keliru. 3.5 YDP memaklumkan bahawa PIBG dengan kerjasama SKCI akan menganjurkan Hari Karnival Keusahawanan (HKK). Pada asalnya HKK akan diadakan pada 28 Mei 2011, bagaimanapun tarikh tersebut didapati tidak sesuai kerana ianya merupakan hari pertama cuti penggal pertama sekolah. 3.6 Pn Noor Anida berpendapat, HKK perlu dilaksanakan sebelum 31 Julai kerana umat islam akan berpuasa. 3.7 Hasil perbincangan, HKK telah diputuskan akan dilaksanakan pada 2 Julai 2011. 3.8 YDP memaklumkan usul-usul lain akan dibincangkan oleh Jawatankuasa. Ini kerana kita akan menubuhkan Jawatankuasa kecil yang akan membantu melancarkan perjalanan aktiviti yang dirancang. 3.9 Jawatankuasa kecil akan merancang dan pelaksanaanya akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Induk. 3.10 YDP berharap pada tahun ini, kita dapat bergerak bersama-sama bagi mencapai matlamat yang telah disasarkan. 3.11 Pn Rosmimah meyatakan bahawa, pada masa akan datang, kehadiran GPK tidak perlu direkodkan dalam buku Program Mesyuarat Agung. Ini kerana GPK bukan ahli Jawatankuasa PIBG. 3.12 Senarai kehadiran ibu bapa dan guru juga tidak boleh ditaip, ianya perlu asli, di tulis tangan dan ditandatangan. Salinan perlu disertakan dalam buku program Mesyuarat Agung. 3.13 YDP menyatakan, kandungan buku Program Mesyuarat Agung adalah berdasarkan contoh buku yang lama. Oleh itu ianya dianggap

betul kerana tiada teguran daripada mana-mana pihak. Bagaimanapun teguran ini akan diambil tindakan. 3.14 Pn Rafidah meminta penjelasan tentang laluan altenatif iaitu membuka laluan untuk memudahkan murid-murid yang tinggal di flat berhampiran. Ini kerana, pada masa kini murid-murid yang tinggal di flat, menggunakan laluan jalan raya yang sedang dalam pembinaan. 3.15 Laluan tersebut terdedah kepada bahaya, kerana terdapat anjing liar. Selain itu, laluan tersebut juga masih dalam pembinaan. Ramai pekerja asing terutamanya Indonesia. Ini boleh mendedahkan murid kepada kejadian jenayah yang tidak diingini. Hal ini juga turut membimbangkan YDP. 3.16 YDP memaklumkan bahawa jalan (pintu pagar) akan di buka sekiranya keadaan padang adalah selamat. Ini kerana pada masa kini, padang terdedah kepada bahaya ancaman haiwan berbisa iaitu ular. 3.17 Pn Norita bertanya, adakah selepas program gotong royong Perdana, ular masih lagi banyak. 3.18 Guru Besar menyatakan sehingga kini 20 ekor ular telah dibunuh. Walaupun tindakan telah diambil iaitu menabur sulphur/belerang semasa gotong royong Perdana yang lalu, namun ular masih lagi banyak. 3.19 Berkenaan anjing liar, YDP meminta Pengerusi Flat supaya menulis surat kepada Dato Ong Tee Keat. Satu salinan perlu dihantar kepada MPAJ. MPAJ boleh menjalankan operasi menembak anjing anjing tersebut. 3.20 YDP menyatakan hal ini akan diletakkan di bawah biro Kebajikan sosial. Tindakan : Biro Kebajikan 4.0 Pembentangan Kewangan Pn Hani anak Bung.

4.1 Pn Hani Anak Bung membentangkan Laporan Kewangan PIBG berakhir pada 31 Januari 2011 4.2 Baki pada 31 Januari 2011 di bank ialah RM 11,453.96 4.3 Sumbangan Ibu Bapa semasa Mesyuarat Agung PIBG : RM 325 4.4 Yuran PIBG : RM 560 4.5 Baki Tunai : RM 342.07

4.6 4.7 4.7

Jumlah : RM 12,771.03

Jumlah Perbelanjaan : RM 3,626.90 Baki dibawa kehadapan bank :RM 9,065.96

4.8 Pn Hani menyerahkan tugas sebagai Bendahari kepada Pn Donna Kwan Wai Mun. 5.0 5.1 Perlantikan Ketua Biro dan AJK Kecil. Biro Pendidikan (K) (S/u) AJK 6 T AKJ 6 T AJK 6 T AJK 6 R AJK 6 R AJK 6 R AJK 5 T AJK 5 T AJK 5 R AJK 5 R AJK 4 R AJK 4 R AJK 3R

1. En. Zainuddin Tappa 2. Pn Rajinah bt Rasat 3. Pn Norasyikin 4. Pn Noritta bt Abu Bakar 5. En Zaidi Ismail 6. Pn Noorazah 7. En Ismail 8. En Zamzuri 9. En Abdullah 10. En Misran b Hussein 11. En Rex b Atao 12. Pn Roziana bt Ahmad 13. En Razali b Yusof 14. Pn Azizah bt Taib 15. En Azli b Musa 5.2 1. 2. 3. 4. 5.3 Biro Kebajikan Sosial

En Abd Aziz Sulaiman Cik Shazlin Ab Sahir Pn Anjama A/P Perumal Pn Zulaili

K s/u AJK AJK

Biro Ekonomi dan Sumbangan

1. 2. 3. 4.

En Mohd Ali b Md Zahari Pn Hani Anak Bung En Ahmad b Ramli Pn Norlaili

K s/u AJK AJK

5.3

Biro Penerangan dan Komunikasi K s/u AJK

1. En Marzuki b Mahbob 2. En Nazim b Mustapah 3. En Norzaidi Ismail 5.4 1. 2. 3. 4. Biro Sukan dan Rekreasi

Pn Rafidah bt Rifin Cik Chee Meng Er En Azmi Pn Tan Biro Keceriaan

K s/u AJK AJK

5.5 1. 2. 3. 4.

En Ahmad Nazrin b Abu Samah K Pn Nor Akma bt Ahmad s/u En Salim Wagimin AJK Pn Hamidah bt Zainal AJK Hari Karnival Keusahawanan SKCI 2011 (HKK)

6.0

6.1 YDP menyatakan pada tahun 2009, kita telah berjaya mengumpul kutipan bersih sebanyak RM 12,000. 6.2 Pada tahun ini, format HKK akan dikekalkan iaitu PIBG akan memberi modal, guru dan murid akan berniaga. 6.3 Sistem jualan adalah dalam bentu kupon. Pada tahun 2009, setiap keluarga wajib membeli sekurang-kurangnya RM 20.00 6.4 Biro Penerangan dan Komunikasi perlu membuat promosi dan merangka program bagi menarik minat murid-murid berniaga. 6.5 Tonggak utama HKK ialah konsep kitar semula, ceramah

kesihatan, ceramah keagamaan dan sebagainya. 6.6 PIBG akan melasakanakan kempen mengumpul barangan terpakai dan barangan yang boleh dikitar semula seperti surat khabar lama, botol, tin dan sebagainya akan dijual ke pusat kitar semula. 6.7 Barangan terpakai yang dikumpul seperti majalah lama, pakaian dan sebagainya akan dijual bundle. 6.8 YDP menubuhkan jawatankuasa kecil bagi melancarkan perjalanan aktiviti HKK. Antaranya ialah Biro Publisiti, Biro Jualan Makanan dan Minuman, Biro Penyediaan Tempat, Biro Sewa Gerai, Biro Aturcara Sambutan dan Biro Sumbangan 6.9 Pecahan Jawatankuasa Kecil HKK adalah seperti berikut: 6.1 AJK Publisiti :En Marzuki b Mahbob -Biro Penerangan dan Komunikasi 6.2 AJK Jualan Makanan dan Minuman En Zainuddin Tapa Biro Pendidikan 6.3 AJK Penyediaan Tempat- En Ahmad Nazrin b Abu Samah Biro Keceriaan 6.4 AJK Sewa Gerai- En Abd Aziz b Sulaiman Biro Kebajikan 6.5 AJK Sumbangan En Ali b Biro Ekonomi dan Sumbangan 6.6 AJK Aturcara dan Sambutan Puan Rafidah bt Rifin Biro Sukan dan Rekreasi 6.10 Pn Anida menyatakan tarikh HKK telah ditetapkan ada 2 Julai 2011. Oleh itu beliau bertanya apakah tema dan nama yang akan dilabelkan bagi menarik orang ramai terhadap HKK. 6.11 YDP menyatakan bahawa, nama HKK adalah sesuai dan tema yang akan ditetapkan ialah kitar semula. Ia boleh mendidik murid-murid menjaga kebersihan. 6.12 Guru Besar mencadangkan pada 26 Mac nanti diadakan mesyuarat Hari Karnival Keusahawanan HKK. 6.13 En Abd Aziz mencadangkan supaya diadakan perlawanan bola sepak 6.14 En Salim Wagiman mencadangkan supaya diwujudkan satu ruangan dalam web sekolah untuk memberi peluang kepada pelawat mencadangkan aktiviti yang akan dilaksanakan pada HKK

Tindakan : En Nazim b Mustapah 6.13 YDP menyatakan pada hari tersebut akan diadakan perbincangan lebih lanjut berkenaan dengan HKK . 6.14 Pn Anida menyentuh kembali berkenaan dengan bilik yang diperlukan oleh PIBG. Beliau bercadang untuk menjadikan bilik bawah Pendidikan Khas sebagai bilik PIBG. 6.15 Guru Besar menyatakan bahawa, bilik tersebut merupakan bilik Kemahiran Hidup Pendidikan Khas. Ianya digunakan untuk aktiviti P& P Pendidikan Khas. Beliau berpendapat sekiranya PIBG mahu bilik tersebut, sudah tentu barang-barang yang dibekalkan PIBG akan diletakkan di bawah. Ini tidak sesuai. 6.16 Beliau mencadangkan supaya bekas bilik makmal computer yang berada di tingkat atas dijadikan bilik PIBG. 6.17 Bilik tersebut akan dinaik taraf. Oleh itu beliau mencadangkan supaya diadakan gotong royong untuk membersihkan bilik tersebut. PIBG perlu mengeluarkan sedikit kos mencantikkan bilik tersebut. Hal ini akan diletakkan di bawah Biro Keceriaan untuk tindakan lanjut. 6.18 Pn Anida meminta kebenaran untuk menggunakan bilik bawah pendidikan khas. 6.19 Guru besar menyatakan sekiranya mahu menggunakan bilik pendidikan Khas, ia perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak sekolah. Sekiranya mahu menggunakannya pada waktu malam, perlu dimaklumkan kepada pengawal. 7.0 Hal-Hal Lain

7.1 En Ahmad bin Ramli bertanya adakah cara lain untuk mengatasi masalah ular. 7.2 YDP dan Guru Besar menyatakan bahawa, sehingga kini, masih belum ada kaedah yang sesuai selain daripada meletakkan sulphur di kawasan laluan ular. 7.3 En Ahmad bin Ramli mencadangkan supaya menggunakan jaring di bahagian luar longkang, tempat laluan ular. 7.4 Guru Besar menyatakan hal ini akan dibincangkan bersama-sama dengan AJK Kebersihan, Kecerian dan Keselamatan 3K. 7.5 En Ahmad bin Ramli juga mencadangkan supaya waktu balik pada

hari Jumaat bagi murid-murid pra sekolah diawalkan kepada 11.50 pagi. Ini kerana pada hari Jumaat semua murid pulang pada jam 12.00 tengahari. Murid-murid pra sekolah kecil, oleh itu ianya menyukarkan ibu bapa untuk mengenalpasti dan mengambil mereka. 7.6 Guru Besar, menyatakan hal ini akan dilaksanakan dan akan dimaklumkan kepada Pembantu Pengurusan Murid Pra Sekolah untuk tindakan lanjut. 7.7 Bagi murid-murid Tahun 6,cadangan kelas tambahan Bahasa Inggeris bagi 6 Tekun pada hari Jumaat dipanjangkan sehingga 12.45 tengahari. Pihak sekolah mahu melihat maklumbalas terlebih dahulu, sekiranya tidak sesuai akan dikurangkan kepada 12.30 tengahari. 7.8 YDP menyatakan surat makluman berhubung perkara di atas perlu dikeluarkan kepada ibu bapa untuk memudahkan mereka mencari altenatif mengambil anak-anak mereka pada hari Jumaat dan tindakan selanjutnya. Jika tidak program tersebut perlu ditangguhkan dulu. 7.9 Pn Nor Anida bertanya, kenapa hanya 6 Tekun sahaja yang terlibat dengan kelas tambahan, tidak melibatkan 6 Rajin. 7.10 Pn Norazah meminta agar aktiviti sekolah melibatkan murid Tahun 6 Tekun dan 6 Rajin diseimbangkan, tidak hanya melibatkan murid tahun 6 Tekun sahaja. 6 Rajin juga turut sama dilibatkan, terutamanya kelas Tambahan . 7.11 Pn Rosmimah menyatakan bahawa, hal ini akan dipertimbangkan dan pihak sekolah tidak pernah meminggirkan mereka, ini kerana sekolah kekurangan guru Bahasa Inggeris. Buat masa ini hanya Pn Nurafidah yang terlibat dengan Kelas Tambahan Bahasa Inggeris Tahun 6. Sekolah kekurangan guru opsyen bahasa Inggeris. 7.12 Pn Rosmimah juga menyatakan, berdasarkan laporan guru yang terlibat dengan Tahun 6 Rajin, murid sering tidak membawa buku, kelengkapan alat tulis tidak lengkap,tidak menyiapkan kerja sekolah, sering tidak hadir ke sekolah dan tidak fokus semasa P&P. 7.13 Semasa pembentangan headcount, didapati perbezaan markah Tahun 6 Tekun dan Rajin sangat jauh berbeza. Bila diadakan perjumpaan, kebanyakan ibu bapa murid kelas 6 Rajin tidak hadir, jadi maklumat tidak sampai. 7.14 Pihak sekolah juga,memaklumkan, bahawa kelas tambahan baru

diadakan sebanyak 2 kali. 7.15 Pn Wan Zulaili bertanya, adakah pihak sekolah menyimpan rekod atau data lama bekas murid SKCI. Sekiranya ada kita boleh menghubungi mereka bagi mendapatkan bantuan untuk menjalankankan aktiviti PIBG. 7.16 YDP memaklumkan, apabila murid telah menamatkan persekolahan di SKCI semua maklumat akan dibawa ke sekolah Menengah. Sekolah tidak menyimpan maklumat bekas murid SKCI. Bagaimanapun sekiranya bantuan mereka diperlukan, kita masih lagi boleh menghubungi mereka. 7.17 Guru Besar menyatakan, sekolah akan mewujudkan satu ruang dalam laman web sekolah untuk bekas-bekas pelajar SKCI. Hal ini akan uar-uarkan. Mereka boleh memdaftar dalam laman web www.skci.ppdhl.net. Pendaftaran adalah percuma. 7.18 Pn Rosmimah memaklumkan,pihak sekolah telah menerima sebanyak RM 300 hasil sumbangan ibu bapa semasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke12. Selepas Mesyuarat berakhir terdapat ibu bapa telah menyumbang sebanyak RM 100. Ini bermakna pada hari tersebut kutipan yang dapat dikumpul ialah RM 400. 7.19 Selain itu beliau juga turut menerima sumbangan daripada seorang ibu bapa Pendidikan Khas sebanyak RM 520. Jumlah RM 920. 7.20 Pn Rosmimah mengumumkankan perbelanjaan untuk surau adalah seperti berikut : Karpet : RM 3300 Langsir dan cat : RM 400 Almari : RM 800 Al Quran : - sumbangan orang ramaiUpah cat : RM 150 Jumlah : RM 4650 RM 920 __________ Baki yang diperlukan RM 3730 __________ Pn Rosmimah, mengatakan bahawa kini, beliau sedang berusaha

7.21

untuk membantu menaiktaraf dan mencantikkan surau sekolah, langsir akan dijahit dan diupah dengan pekerja kantin sekolah. 7.22 Beliau juga meminta ehsan daripada PIBG untuk membeli Bahan Bantu Mengajar (BBM) terutamanya untuk menjayakan Projek Jom Baca . Beliau bercadang mahu membeli carta-carta dan flash card. 7.23 BBM ini akan digunakan semasa aktiviti Jom Baca yang diadakan setiap pagi khusus untuk tahun 1 di dewan selama 10 minit sebelum p&p bermula. Carta RM80 dan kelas 1 Rajin memerlukan RM 310. Jumlah yang diperlukan lebih kurang RM 400. 7.24 YDP mencadangkan supaya cadangan tersebut diluluskan. Cek akan dikeluarkan sebanyak RM 390. Jumlah ini adalah berdasarkan nilai harga BBM yang telah dinyatakan. 7.25 En Salim Wagiman menyatakan , hal ini boleh dipanjangkan dan dihebahkan kepada penjaga murid Tahun 1. Pihak sekolah diminta mengeluarkan surat bagi mengutip sumbangan daripada ibu bapa sekurang-kurangnya RM 10 untuk membeli BBM tersebut. Surat tersebut juga boleh dimasukkan ke dalam web sekolah. 7.26 Guru Besar,menyatakan pihak sekolah akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada hari Sabtu, selepas peperiksaan. Tarikhnya akan dibincangkan di peringkat pengurusan. 7.27 Pada hari tersebut akan dibincangkan tentang projek sms sekolah dan makluman semula tentang yuran PIBG yang masih belum dijelaskan oleh segelintir ibu bapa. 7.28 Pn Anida bertanyakan tentang wang kutipan Majlis Pemuafakatan Tahun 5 dan 6 yang ditumpangkan ke dalam akaun PIBG. 7.29 Guru besar menyatakan bahawa, wang kutipan tersebut akan diuruskan oleh Penyelaras Tahun 6. Segala maklumat , dokumen dan laporan pembayaran wang oleh murid-murid akan dikendalikan oleh Pn Rajinah bt Rasat. 7.30 Wang tersebut akan diserahkan kepada PIBG untuk di masukkan ke dalam akaun tumpang PIBG. Bagaimanapun setiap murid yang membayar wang tersebut perlu dikeluarkan resit yang berlainan dan ditandatangani oleh YDP PIBG 7.31 Penyata kewangan akaun tumpang wang Pemuafakatan Tahun 5 dan 6 tidak perlu dimasukkan ke dalam laporan kewangan Mesyuarat

Agung. 7.32 Guru Besar melaporkan sehingga kini, kutipan wang Pemuafakatan Tahun 5 dan 6 belum memcapai RM 1000. Tindakan : Bendahari PIBG 7.33 Guru Besar memaklumkan bahawa, dewan SKCI akan dipanjangkan. Dinding kelas Pendidikan Khas akan dipecahkan. Tingkap nako akan ditukar kepada sliding, aircond akan dipasang, pentas dewan akan dinaiktaraf dan lantai akan ditile. 7.34 Selain itu, dewan juga akan dilengkapi dengan meja panjang (banquet) sesuai sekiranya majlis motovasi atau seminar diadakan. Program yang dijalankan juga akan dapat dilaksanakan dalam keadaaan selesa. 7.35 Guru Besar menyatakan bahawa perlu speaker tambahan, terutamanya di bahagian belakang dewan. 7.36 Bagi melaksanakan program ini, YDP, NYDP, Guru Besar, AJK dan lain-lain perlu bincang bersama-sama. 7.37 Pn Anida mahu sekolah menyediakan senarai keperluan, bagi memudahkan PIBG mengetahui apa yang diperlukan dan cuba mendapatkan dengan harga yang terendah.Ini kerana apabila kita sudah mengetahui apa yang diperlukan, ianya akan memudahkan PIBG dan sekolah untuk bergerak. 7.38 Beliau juga meminta, pihak sekolah memaklumkan lebih awal kepada Setiausaha dan Bendahari sekiranya mahu memohon duit PIBG bagi membantu kelancaran aktiviti yang dirancang untuk tindakan lanjut. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

...................................

........................................

........................ (Zulaidah Mat Hassan) (En Mohd Thani b Abdullah) Azam b Abl Jalal )
s/u PIBG SKCI 2011/2012 SKCI 2011/2012 Guru Besar SKCI

(Tn Hj Ahmad
YDP PIBG

You might also like