You are on page 1of 9

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBAPA & GURU KALI KE-40

SJK(TAMIL) JALAN TAJUL,


SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Tarikh : 10 OKTOBER 2021 (Ahad)


Masa : 2:00 – 3.20 petang
Tempat : SJK Tamil Jalan Tajul
Tetamu Kehormat :

PERKARA/ AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG SJK Tamil Jalan Tajul Sesi 2021/2022

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan nyanyian ‘Thevaram’. YDP PIBG En. Kaalidass
Ragu mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang hadir.
1.2 Beliau telah mengimbas kembali aktiviti dan program yang telah dijalankan
sepanjang tahun 2020 dan 2021.
1.3 Beliau menyatakan PIBG sekolah telah menyalur bantuan barang runcit bagi
keluarga murid-murid yang tersenarai dibawah Program Rancangan
Makanan Tahunan (RMT).
1.4 Beliau juga menyatakan setiap ahli PIBG telah menyumbang sebanyak
RM500 seorang dan telah mengumpul wang tunai sebanyak RM4000.
1.5 Beliau turut menekankan tentang usaha ahli PIBG untuk bantuan gajet bagi
15 orang murid adalah masih dalam proses di mana setiap gajet berharga
RM300.
1.6 Beliau menyatakan yuran tahun 1 bagi 2021 tidak dikutip dan ia telah
ditanggung sepenuhnya oleh PIBG.
1.7 Beliau juga meminta untuk menetapkan yuran PIBG bagi tahun hadapan.
1.8 Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua guru yang rajin menjalankan PDPR sepanjang tempoh PKP
yang ditetapkan ini.
2.0 Ucapan Penasihat PIBG, Pn. Murugammah (Tuan Guru Besar)

2.1 Penasihat PIBG Pn. Murugammah mengucapkan terima kasih kepada ibu
bapa dan guru yang hadir.
2.2 Beliau memberitahu beliau telah mula berkhidmat di SJK Tamil Jalan Tajul
pada 1 Mei 2021
2.3 Beliau menyatakan LPS telah hadir ke sekolah dan berbincang tentang
pembukaan bangunan sekolah baru.
2.4 Beliau menyatakan 80-85% murid mengikuti sesi PDPR dan beliau juga telah
mengucapkan terima kasih kepada ibubapa atas komitmen yang diberi dalam
persiapan awal PDPR.
2.5 Beliau turut menyatakan hanya 10% daripada jumlah bilangan murid tidak
dapat mengikuti sesi PDPR.
2.6 Beliau menyatakan pihak sekolah telah menyediakan lembaran kerja bagi
membantu murid-murid yang tidak dapat mengikuti sesi PDPR tersebut.
2.7 Beliau menyatakan antara sebab utama murid-murid tidak dapat mengikut
sesi PDPR adalah pencapaian internet yang kurang stabil dan kekurangan
gajet.
2.8 Beliau turut menekankan Yang Berhormat Adam Baba telah berjanji untuk
memberi bantuan gajet sebanyak 15-20 bagi murid-murid yang
memerlukannya untuk mengikuti sesi PDPR.
2.9 Beliau menyatakan beliau telah mendapatkan temujanji bagi perjumoaan
dengan YB Adam Baba dan diharapkan ia akan ditunaikan secepat mungkin.
2.10 Pihak Hong Leong pula memberi bantuan makanan bagi 20 buah
keluarga di SJK Tamil Jalan Tajul.
2.11 Beliau memberitahu tentang kehadiran murid mengikut peralihan fasa
sepanjang tempoh PKP ini.
2.12 Beliau menyatakan pada fasa 3, murid-murid prasekolah akan hadir ke
sekolah mulai 24 Oktober 2021 manakala pada fasa 4, murid-murid tahap 1
dan 2 akan hadir ke sekolah secara penggiliran yang akan diumum kelak.
2.13 Beliau turut membincang tentang pertandingan dan aktiviti yang telah
dijalankan secara online iaitu Senthamizh Vizha, Karnival Bahasa Tamil dan
Pelancaran Hari Kemerdekaan.
2.14 Beliau telah mengakhiri ucapan beliau dengan mengucapkan ribuan
terima kasih kepada ibubapa dan berharap ibubapa akan memberi sokongan
yang sama kepada pihak sekolah sepanjang sesi persekolahan sama ada
secara atas talian atau bersemukaan.

3.0 Pembentangan dan Perbahasan usul

3.1 Usul daripada ibu bapa;

3.1.1 Teruskan PDPR


 Guru Besar memberitahu pihak sekolah tidak dapat teruskan
dengan PDPR selama-lamnaya sepanjang tempoh PKP
disebabkan murid-murid akan hadir ke sekolah secara
bergilir-gilir mengikut peralihan fasa.

3.1.2 Pembukaan bangunan sekolah baru


 Guru besar menjelaskan bahawa pihak TNB tidak lagi
meluluskan kemasukan ke bangunan dan beliau berharap
pihak sekolah akan menerima surat rasmi daripada pihak
atasan secepat mungkin. Beliau juga menerangkan bahawa
CCA sudah diperolehi manakala CPC belum dikeluarkan
lagi. Beliau berharap seluruh warga SJK Tamil Jalan Tajul
dapat berpindah ke bangunan baru pada tahun hadapan.

3.1.3 Pelaksanaan Kelas Robotik


 Encik Sudhir telah memberi beberapa cadangan tentang
pelaksanaan kelas robotik yang telah dijalankan bagi murid
tahun 6 sebelum ini. Belia memberi cadangan supaya ia
perlu melibatkan semua murid dari setiap tahap.
 Beliau turut menytakan penglibatan murid perlu ditambahkan
dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik.
Beliau juga meminta jasa baik pihak guru dalam
membimbing murid untuk meneroka alam robotik secara
lebih berkesan.
 Beliau turut memberi cadangan bahawa murid-murid harus
membentang hasil kerja masing-masing semasa
perhimpunan rasmi yang dikendalikan di sekolah. Beliau
juga menyatakan hasil dapatan keputusan daripada Juri
menunjukkan markah berkurangan kerana terdapat
beberapa bahagian yang perlu diberi perhatian dan
ditambahbaikkan.
 Beliau juga berharap guru-guru dapat meneliti setiap aspek
dan memberi bimbingan yang lebih berfokus kepada murid
pada masa hadapan.
 Dengan itu, Guru Besar telah menyatakan ramai mruid
harus mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang
dianjurkan supaya mereka dapat mewakili sekolah ke
peringkat daerah dan negeri.

3.1.4 Penggunaan Kamus

4.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung kali ke-38

4.1 Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke 39. Tiada pindaan dan
pembetulan.
4.2 Cadangan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu tanpa pindaan:

Dicadangkan oleh : En. Yuthaya Kumar


Disokong oleh : Pn. Mariammah

5.0 Laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2020

5.1 Cadangan laporan kewangan berakhir 31 Disember 2020 disahkan dan


diterima tanpa bantahan:

Dicadangkan oleh : Pn. Kalavathi


Disokong oleh : Pn. Kohilavani

6.0 Pembubaran AJK PIBG sesi 2020/2021

8.1 Penasihat mengingatkan kembali bahawa PIBG ini ditubuhkan untuk


membantu dan melaksanakan aktiviti, membina prasarana, menambah dan
menyelenggara prasarana untuk kegunaan murid dan warga sekolah.
Sekiranya terdapat komen atau kejadian yang menimpa anak-anak hendaklah
merujuk kepada pentadbir sekolah atau AJK PIBG agar masalah dapat
diselesaikan bersama.

8.2 Penasihat bagi pihak Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021 memohon kemaafan
sepanjang menjalankan tugas pada sesi yang lepas.

8.3 Penasihat dengan rasminya mengekalkan AJK PIBG sesi 2021/2022 atas
cadangan ahli PIBG untuk mengekalkannya sehingga berpindah ke bangunan
sekolah baru.

7.0 Pemilihan dan Pelantikan AJK PIBG sesi 2021/2022

Bil Nama Penuh Jawatan No KP No. Talipon


1. Pn. Murugammah A/P John Penasihat
Kanniah
2. En. Kaalidass Ragu A/L YDP 811019-04-5305 012-7097722
Katharayan
3. En. Rajini A/L Haridaran NYDP 770602-01-5893 019-7199034
4. Pn.Tharsini A/P K Setiausaha 880219-23-5102 014-3147580
Krishnasamy Naidu
5. Cik Dharshini A/P P.Setiausaha 941001-02-5926 011-11416239
Gunasegar
6. En. Ramuloo A/L Achi Bendahari 830804-01-6167 016-7550789
Naidu
7. En. Sudhir A/L AJK (Ibu bapa) 830922-01-6379 012-7834439
Damodharan
8. En. Yuthaya Kumar A/L AJK (Ibu bapa) 770626-02-6259 017-7146223
Moorthy
9. Pn. Gayathiri A/P Gonraju AJK (Ibu bapa) 800808-01-5164 019-7173177
10. Pn. Revathi A/P AJK (Ibu bapa) 830330-05-5526 013-7440501
Kuppusamy
11. Pn. Minachi A/P Murugan AJK (Ibu bapa) 850803-03-5022 016-7003750
11. Cik.Deena Devy A/P AJK (Guru) 920606-01-5410 011-16694061
Chandramohan
12. Pn. Vasanthi A/P Murugan AJK (guru) 830420-01-5392 019-7002722
13. Pn. Anujah A/P Segar AJK (guru) 851112-05-5176 010-2452740
14. Pn. Kasturi A/P Maniam AJK (guru) 750522-05-5272 016-7666473
15. Pn. Janaki A/P Suppiah AJK (guru) 800505-01-6020 016-7655459
16. Pn. Jaya A/P Jayarow Juru Audit 880824-04-5614 010-6686874
17. En.Balu A/L Kannaiyah Juru Audit 740128-02-5527

Rujuk lampiran

9.0.1 Kuasa menandatangani cek


Ahli Mesyuarat Agung yang hadir sebulat suara bersetuju untuk membenarkan
AJK seperti di bawah untuk menandatangani cek :-

Bil Nama Penuh Jawatan No. KP


1. En. Kaalidass Ragu A/L YDP 811019-04-5305
Katharayan
2. En. Ramuloo A/L Achi Naidu Bendahari 830804-01-6167
3. Pn.Tharsini A/P K Setiausaha 880219-23-5102
Krishnasamy Naidu
NOTA : CONTOH T.TANGAN CEK. BENDAHARI DAN PENGERUSI ATAU SETAUSAHA . MELEBIHI RM10,000.00

PENGERUSI, BENDAHARI DAN SETIAUSAHA


8.0 Perkara Berbangkit

8.1 Yang Dipertua PIBG menyatakan bahawa beliau akan berundur diri dari
jawantannya pada bulan Disember tahun 2021 disebabkan kekangan kerja
yang dihadapi.

9.0 Hal –hal Lain

9.1 Semua pihak bersetuju sebulat suara untuk memberikan sumbangan


sebanyak RM50 setiap isi keluarga murid yang belajar di sekolah ini.

Rujuk Lampiran
10.0 Ucapan Penangguhan

10.1 Yang Dipertua mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat atas
kerjasama dan komitmen mereka.
10.2 Beliau berharap agar terus diberikan kesihatan yang baik dan mendapat
kerjasama jitu dari pihak ibu bapa dan penjaga untuk merealisasikan
kecemerlangan SJK(T) Jalan Tajul, Kota Tinggi.
10.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.20 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………….. …………………………………..
(PN THARSINI A/P KRISHNASAMY NAIDU) (EN KAALIDASS RAGU)
Setiausaha Kehormat, Yang DiPertua,
PIBG, PIBG,
SJK(T) Jalan Tajul, SJK(T) Jalan Tajul,
Kota Tinggi, Johor. Kota Tinggi, Johor.
AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA & GURU
SJK(TAMIL) JALAN TAJUL 2021/2022

JAWATAN NAMA

PENASIHAT PN. MURUGAMMAH A/P JOHN KANNIAH

(GURU BESAR )

YDP EN.KAALIDASS RAGU

TIMBALAN YDP EN.RAJINI

SETIAUSAHA PN. THARSINI A/P KRISHNASAMY NAIDU

P.SETIAUSAHA CIK DHARSHINI A/P GUNASEGAR

BENDAHARI EN. RAMUDU

AJK (GURU ) PN.ANUJAH A/P SEGAR

PN.KASTURI A/P MANIAM

PN.JANAKI

PN.VASANTHI

CIK DEENA DEVY A/P CHANDRAMOHAN

AJK (IBUBAPA) EN.SUDHIR AL DAMODHARAN

EN. YUTHAYA KUMAR


PN. REVATHY

PN. GAYATHIRI

PN. MEENATCHI

JURU AUDIT PN.JAYA A/P JAYA RAU

EN. BALU

You might also like