You are on page 1of 1

Kegunaan Rotan

1.Rotan merupakan sumber hutan dan mempunyai banyak kegunaan kepada manusia.
2.Perabotseperti meja dan kerusi yang diperbuat daripada batang rotancantik dan tahan.
3.Batang rotan yang dipotong pendek dapat dijadikan bingkai cermin yang cantik.
4.Batang rotan yang diraut halus boleh dijadikan tali pengikat yang kuatuntuk mengikat
barang.
5.Batang rotan yang diraut nipis dapat membuat anyamanseperti bakul dan tudung saji
yang cantik.

Contoh Ayat
Kegunaan Ubi Kayu
1.Ubi kayu mempunyai banyak kegunaan kepada manusia dalam kehidupan seharian.
2.Ubi kayu yang dihancurkan boleh diproses menjadi tepung ubi untukmembuat kuih-
muih yang sedap.
3.Ubi kayu yang dipotong nipis dapat digoreng dan dijadikan kerepek ubi
yangrangup.
4.Ubi kayu juga boleh dijadikan ubi rebus dan pengat ubi sebagai pencuci mulut
selepas makan.
5.Ubi kayu juga boleh dijadikan bingka ubi yang sedap dan dihidangkan untuktetamu.

Contoh Ayat
Kegunaan Buah Nanas
1.Buah nanas boleh dijadikan pencuci mulut dan dimakan pada bila-bila masa.
2.Buah nanas yang dihancurkan boleh dijadikan jem yang sedap dimakan.
3.Buah nanas yang diperah boleh menjadikan jus nanas yang enak.
4.Nanas yang dipotong boleh dijadikan pajeri nanas yang sedap dimakan dengannasi.
5.Nanas yang dipotong boleh dicampurkan dengan air gula dan ditinkan untuk dijual.

You might also like