You are on page 1of 12

*Tajuk: Faedah memakan buah-buahan tempatan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan buah-buahan


tempatan.Antara contoh buah-buahan tempatan seperti buah rambutan,
manggis, durian, pisang, betik, langsat, mata kucing dan sebagainya. Buah-buahan
ini boleh dibahagikan kepadadua kategori iaitu buah-buahan bermusim dan tidak
bermusim. Antara contoh buah- buahan yang tidak bermusim seperti pisang,
betik, jambu, nangka dan sebagainya.Manakala, buah-buahan bermusim pula
seperti rambutan, durian, langsat, duku, manggis,rambai dan
sebagainya.Terdapat banyak faedah yang boleh kita perolehi dengan memakan
buah-buahantempatan. Di samping rasanya yang enak, buah-buahan tempatan
juga kaya dengan pelbagai khasiat. Kandungan vitamin yang terdapat dalam buah-
buahan tempatan sangat berguna untuk pertumbuhan fizikal dan tisu-tisu dalam
badan, seterusnya dapatmengekalkan bentuk tubuh yang ideal.Selain itu,
harganya yang murah berbanding dengan buah-buahan import sepertianggur,
epal dan strawberi dapat membantu kita menjimatkan wang. Buah-
buahantempatan juga mudah didapati di mana-mana sahaja, baik di gerai-gerai
tepi jalan, pasar tani mahupun pasaraya. Secara tidak langsung hal ini dapat
menjimatkan perbelanjaannegara kerana kurang membeli buah-buahan yang
diimport. Lantaran itu, demimemajukan industri buah-buahan tempatan, kerajaan
sedang mengatur pelbagairancangan untuk memperkenalkan buah-buahan
tempatan ke peringkat global.Sehubungan dengan itu, orang ramai juga diberikan
penerangan tentang rasa,nama dan khasiat buah-buahan tempatan melalui
pelbagai kempen yang diadakan samaada di sekolah, pusat membeli belah dan
pesta-pesta makanan yang dianjurkan. Pihak swasta juga memainkan peranan
penting dalam mempromosikan buah-buahan tempatanterutamanya dari pihak
hotel. Memandangkan banyak faedah yang boleh diperolehidaripada buah-
buahan tempatan, maka adalah wajar bagi kita menyambut seruan kerajaaniaitu
‘Makanlah buah-buahan tempatan’. Sambutlah kempen ini dengan rela hati demi
meningkatkan kesihatan dan kemajuan ekonomi negara kita.
*Cara-cara menjaga kesihatan Diri

Kesihatan dianggap perkara yang paling penting dalam kehidupan


seseorang. Tahap kesihatan menentukan keadaan kehidupan yang
dijalani oleh seseorang . Ada banyak cara untuk menjaga kesihatan diri.
Antara cara menjaga kesihatan ialah dengan mengambil makanan atau
diet yang seimbang . Memakan makanan seimbang dapat memastikan
badan menerima khasiat yang diperlukan.Kita digalakkan memakan
banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk kekal sihat. Selain
itu,aktiviti senaman ringan dua atau tiga kali seminggu juga mampu
memberikan tahap kesihatan yang baik. Peluh yang keluar ketika kita
bersenam dapat membuang sisa toksik yang tidak diperlukan oleh
badan. Dalam masa yang sama senaman ini turut mengurangkan
tekanan atau stres yang dialami oleh seseorang itu. Penjagaan
kebersihan turut berperanan besar untuk menghalang penularan
penyakit. Selain daripada memastikan diri sentiasa bersih, kawasan
tempat tinggal juga harus dipantau tahap kebersihannya agar penyakit
berjangkit seperti taun tidak merebak. Seseorang itu harus menjalani
pemeriksaan doktor yang kerap untuk memastikan kesihatan
terpelihara. Tindakan ini menyebabkan sesuatu penyakit dapat dikesan
lebih awal dan menerima rawatan yang sewajarnya. Kesimpulannya,
menjaga kesihatan merupakan satu tindakan yang sepatutnya
dilakukan oleh semua orang.Harta yang penting dalam diri manusia
ialah kesihatannya bukannya wang ringgit kerana kita boleh hidup
tanpa wang tetapi tanpa kesihatan, nyawa kita akan melayang.
*Cara-cara Berjimat Cermat

Sejak kecil lagi, kita dididik agar berjimat cermat. Hal ini
demikian kerana amalan berjimat cermat boleh memberi banyak
manfaat kepada kita. Kita boleh berjimat cermat menerusi pelbagai
cara.

Antaranya, kita boleh berjimat cermat dalam perbelanjaan


wang. Kita hendaklah bijak menguruskan wang kita dengan membeli
barangan yang diperlukan sahaja. Wang yang selebihya boleh disimpan
di dalam tabung ataupun di bank untuk bekalan masa hadapan. Bak
kata pepatah Melayu, "sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit".

Di samping itu, kita hendaklah berjimat cermat dalam


penggunaan air dan elektrik. Misalnya, kita hendaklah memastikan
saluran paip air dan tangki air di kawasan kediaman kita sentiasa
berada dalam keadaan yang baik dan tidak bocor. Pili paip hendaklah
ditutup selepas menggunakannya.

Air yang telah digunakan juga boleh dimanfaatkan dengan tujuan


yang lain bagi mengelakkan pembaziran. Contohnya, air basuhan beras
boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga dan air basuhan
pakaian pula boleh digunakan untuk mencuci lantai ataupun tandas.
Kita juga hendaklah menutup suis lampu dan kipas selepas
menggunakannya.

Selain itu, kita hendaklah menyahut seruan kerajaan yang


menggalak semua lapisan masyarakat terutamanya di kawasan bandar
agar berkongsi kenderaan ataupun menggunakan perkhidmatan
kemudahan awam yang telah disediakan seperti kemudahan bas awam
dan komuter bagi menjimatkan masa, wang dan petrol.

Konklusinya, cara-cara berjimat cermat yang dinyatakan wajarlah


dipraktikkan dalam kehidupan harian kita demi menjamin
kesejahteraan hidup.

*Contoh Karangan Kebaikan Membaca

Membaca merupakan suatu amalan yang mulia. Banyak


kebaikan yang dapat diperoleh dengan membaca. Kerajaan menerusi
pelbagai kempennya sentiasa menggalakkan masyarakat mengamalkan
tabiat suka membaca.

Membaca dapat meluaskan pengetahuan kita. Hal ini demikian


kerana membaca merupakan jambatan ilmu. Banyak ilmu yang dapat
kita peroleh dengan membaca buku, surat khabar, atau novel. Kita juga
dapat mengetahui perkara-perkara baru dalam pelbagai bidang ilmu
seperti sains, matematik, sejarah, dan sastera.

Kita dapat mengetahui tentang isu semasa yang berlaku di


seluruh dunia. Misalnya masalah kegawatan ekonomi, pencemaran
alam sekitar, pergolakan politik, serangan pengganas, sukan, dan
sebagainya. Dengan demikian, kita akan lebih peka terhadap
perkembangan semasa dan tidak lagi menjadi seperti katak di bawah
tempurung.

Satu lagi kebaikan membaca ialah kita dapat mengisi masa


lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Masa tidak lagi terbuang
begitu sahaja. Menyedari hakikat bahawa masa itu emas, maka amalan
membaca memang wajar dilakukan setiap kali ada masa terluang.

Selain itu, membaca juga dapat meningkatkan pencapaian


bahasa dalam kalangan murid-murid. Dengan membaca pelbagai
bahan bacaan berbahasa Melayu dan Inggeris, murid-murid dapat
menguasai bahasa tersebut dengan baik. Mereka juga akan terdedah
kepada pelbagai gaya penulisan seperti berita, rencana, dan cerpen.
Hal ini dapat membantu mereka dalam menulis karangan yang baik.

Sikap suka membaca wajar diamalkan oleh segenap lapisan


masyarakat untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020.
Jika tidak, kita akan jauh ketinggalan di belakang dan tidak mampu
bersaing dengan negara-negara lain.

*Karangan cara cara menjadi murid cemerlang

Setiap orang mahukan keputusan yang cemerlang dalam


peperiksaan.Namun demikian, kecemerlangan tersebut tidak datang
dengan sendirinya,sebaliknya, perlu disusuli dengan usaha yang
bersungguh-sungguh.Bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan,seseorang murid perlulah tekun belajar. Contohnya ketika
di dalam kelas,kita perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap
apa yang disampaikanoleh guru. Dengan ini, kita dapat memahami dan
mengingati pelajaran yangdisampaikan oleh guru.Selain itu, kita juga
perlu mengulang kaji pelajaran. Contohnya,apabila di rumah, kita perlu
membaca nota pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh itu, sesuatu
topik itu akan kekal dalam ingatan dan minda kita.Seterusnya, kita juga
boleh mengikuti kelas tambahan yangdianjurkan oleh pihak sekolah. Ini
kerana melalui kelas tambahan, guru-guruakan memberi penekanan
pada topik-topik yang sukar. Kesannya,pemahaman terhadap sesuatu
pelajaran itu akan meningkat.Di samping itu, kita juga perlu banyak
membuat latihan. Contohnya,latihan-latihan berbentuk soalan
peperiksaan perlu kita lakukan berulangkali. Ini akan memudahkan kita
menjawab soalan-soalan peperiksaan keranasudah biasa dengan pola-
pola soalan tersebut.Kesimpulannya, kita perlu berusaha bersungguh-
sungguh untukmenjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran.
Kejayaan kita pasti akan menggembirakan ibu bapa dan guru-guru.

*Kebaikan gotong-royong

Kebaikan Gotong-royong dalam Masyarakat Gotong-royong bermaksud


sesuatu aktiviti masyarakat yang dijayakan dengan konsep kerjasama,
tolong-menolong dan bermuafakat. Amalan bergotong-royong dapat
meringankan kerja-kerja yang hendak dilakukan. Sesuatu kerja yang
berat seperti mengadakan majlis kenduri-kendara, mengurus kematian
dan membina jambatan dapat dilakukan dengan mudah. Gotong-
royong ini juga dapat menjimatkan masa wang. Apabila sekumpulan
anggota masyarakat melakukan sesuatu kerja,kerja itu dapat
diselesaikan dalam masa yang singkat. Semangat gotong-royong juga
dapat menyemai benih-benih perpaduandalam kalangan
masyarakat.Pada zaman moden ini, penduduk "andar sibuk dengan
tugas seharian sehingga jiran di sebelah rumah pun tidak dikenali
tetapi, semangat gotong-royong dapat mengelakkan keadaan ini.
Kehidupan masyarakat akan bertambah sejahtera melalui amalan
gotong-royong ini.Ini adalah kerana sikap bertanggungjawab dan tolak
ansur dapat dipupuk melalui aktiviti ini.

"Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing” adalah dasar gotong-


royong.Justeru itu, semangat bergotong-royong ini harus dipupuk sejak
kecil lagi dalam diri setiap insan.Ini akan mewujudkan masyarakat yang
lebih bertanggungjawab di hari muka.

*Kepentingan Kegiatan Kokurikulum di Sekolah

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti luar bilik darjah yang dibimbing


olehguru-guru. Pelbagai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di
sekolah,misalnya aktiviti kelab dan persatuan,sukan dan permainan
serta pasukanberuniform. Oleh yang demikian, aktiviti kokurikulum
perlu disertai olehmurid-murid kerana ada banyak
kepentingannya.Kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang.

Dengan menyertaiaktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk


melepak dan bergaul denganbudak-budak nakal. Secara tidak langsung
akan dapat menghindari dirikita daripada terjebak dengan gajala sosial.
Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, masa lapang kita akan
diisi dengan latihan yangdiselia oleh guru-guru.Selain itu, kegiatan
kokurikulum dapat membentuk disiplin diri.

Contohnya, semasa menyertai aktiviti persatuan, sukan atau


unitberuniform, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas
danmematuhi peraturan. Disiplin sangat penting untuk mencapai
kejayaan.Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya.Di samping
itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi
pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi,
setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa.Apabila pelajar
memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan
menguruskan aktiviti persatuan. Oleh hal yang demikian, dengan
menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.

Seterusnya, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi


perpaduan. Setiap unit kokurikulum mempunyai ramai ahli yang terdiri
daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam
aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh
berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam
melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan
sesama ahli.Kesimpulannya, banyak kepentingan kegiatan kokurikulum
kepada murid-murid di sekolah.Oleh itu, pihak sekolah hendaklah
mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar
menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak
mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

*Soalan:

Stres amat berbahaya kepada kita jika tidak ditangani dengan


betul.Bincangkan cara-cara untuk mengatasi stress.

Stres atau tekanan ialah gangguan emosi dari segi pemikiran dan fizikal
kita.Hal ini berlaku apabila kita merasa terbeban terhadap sesuatu
perkara. Stres yang keterlaluan amat berbahaya kerana ia
memudaratkan kesihatan mental dan fizikal kita. Oleh sebab itu kita
perlu mengatasinya dengan betul.Antara cara mengatasi stres ialah
dengan bangun awal setiap hari. Apabila kita bangun awal untuk ke
sekolah kita tidak akan terburu-buru atau tergopoh-gapah untuk
bersiap dan menguruskan diri. Sekiranya kita bangun lewat, kitaakan
merasa tertekan untuk bersiap-siap ke sekolah kerana bimbang
terlambatatau ketinggalan bas.Selain itu, kita perlu belajar dan tidur di
dalam bilik yang selesa dankemas. Sekiranya bilik kita berselerak ia
akan menyebabkan kita merasatertekan dan tidak selesa untuk belajar.
Kita juga tidak mendapat tidur yangcukup dan berkualiti. Sekiranya
tidur kita tidak mencukupi maka kita akanmudah merasa letih dan
tertekan.Di samping itu kita boleh mengatasi stres dengan membuat
persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan. Kita akan merasa
risau dan bimbang sekiranya lewat membuat persediaan untuk
menghadapi sesuatu peperiksaan. Kebimbangan sebegini akan
menyebabkan stres atau tekanan.Kita juga boleh mengatasi stres
dengan berkongsi atau menceritakanmasalah yang dihadapi kepada ibu
bapa kita. Jika kita memendamkan masalah yang dihadapi, lama-
kelamaan ia akan menyebabkan kita merasa tertekan atau stres. Dalam
hal ini, ibu bapa kita sudah pasti mempunyai banyak pengalamanuntuk
membantu kita mengatasi sesuatu masalah.Kesimpulannya, kita perlu
mengatasi stres atau tekanan yang dihadapidengan cara yang betul
agar tidak memudaratkan kesihatan kita.

"PENGALAMAN BERCUTI DI KAMPUNG"

Pada cuti sekolah yang lalu, kamu telah bercuti di kampung datuk dan
nenek kamu.Ceritakan pengalaman kamu sepanjang berada di sana.

Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah berpeluang pulang ke kampung
datuk dan neneksaya yang terletak di Pasir Puteh Kelantan. Saya
bertolak ke sana pada awal pagidengan menaiki bas dari Kota Bharu.
Datuk menunggu saya di stesen bas Pasir Puteh.Setibanya di rumah
datuk, nenek sedang menunggu dengan hidangan makantengahari.
Saya makan dengan berselera sekali kerana terlalu lapar, tambahan
pulamasakan ikan haruan dan puyu yang nenek sediakan amat
menyelerakan. Datuk mengajak saya ke sungai yang terletak tidak jauh
dari rumahnya untuk memancing dan melihat lukah yang
ditahannya.Saya sangat seronok kerana inilah aktiviti yang amat saya
tunggu-tunggu. Datuk mengajar saya teknik memancing ikan di sungai.
Saya bersorak kegembiraan apabiladapat memancing seekor ikan
sebarau yang agak besar. Datuk hanya tersenyummelihat gelagat saya.
Pada sebelah petang pula, datuk mengajak saya ke sawahnya. Sawah
datuksangat luas. Di sini, saya berpeluang melihat beberapa orang
petani bekerja di sawah mereka. Ada yang sedang merumput, membaja
dan membaiki batas-batas sawah.Datuk mengatakan bahawa padi-padi
tersebut akan dituai pada bulan hadapan. Sayaberasa agak kecewa
kerana tidak berpeluang melihat kerja-kerja menuai padi.Keesokan
harinya, beberapa orang sepupu saya mengajak saya ke hutan untuk
mencari buluh. Mereka bercadang untuk membuat wau. Saya berasa
sangat terujakerana ini adalah peluang keemasan kepada saya untuk
belajar membuat wau. Sepupu-sepupu saya mengajar saya menebang
buluh, membelah, dan meraut buluh untuk dibuat wau. Setelah
seharian bertungkus-lumus, saya berjaya membuat sebuah wau kucing
yang sederhana besarnya. Wau-wau yang kami buat akan kami
terbangkan di padang berhampiran rumah datuk.Setelah seminggu
berada di rumah datuk dan nenek, ayah dan ibupun datangmenjemput
saya pulang kerana cuti akan berakhir tidak beberapa lama lagi.
Walaupunagak keberatan untuk meninggalkan kampung datuk dan
nenek, tetapi saya berasa amatgembira kerana mendapat pelbagai
pengalaman menarik pada cuti kali ini.

You might also like