You are on page 1of 2

Kepentingan media sosial - Ringkasan

Petikan menerangkan kepentingan media sosial. Antara kepentingannya ialah media


sosial membolehkan semua pengguna Internet untuk berhubung dengan lebih cepat daripada
cara tradisional. Di samping itu, kegunaan media sosial dapat menjimatkan masa dan
mengurangkan kos daripada terpaksa membuat penghantaran melalui pos. Selain itu,
perniagaan dapat mempromosikan produk-produk melalui media sosial seperti Wechat dan
Facebook. Selanjutnya, peniaga dapat berinteraksi dengan pelanggan secara langsung tanpa
batasan masa dan geografi.Akhir sekali, sosial media menjadi medium hiburan terutamanya
kepada golongan remaja untuk meredakan tekanan yang dialami oleh mereka.

Tip kekal sihat pada musim panas - Ulasan

Gambar rajah menerangkan tip kekal sihat pada musim panas. Salah satunya ialah
melebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti di luar rumah. -. Selain itu, kita
perlu banyakkan minum air kosong tanpa mengira tahap jumlah aktiviti fizikal yang dilakukan
untuk menambah air yang hilang akibat berpeluh. Selanjutnya, kita harus pakai pakaian yang
ringan, berwarna terang dan longgar untuk mengelakkan diri dari menyerap terlalu banyak haba
dan berpeluh banyak. Akhir sekali, kita mesti pakai topi atau payung untuk melindungi
pancaran haba terus ke badan. Oleh itu, kita dapat mengurangkan kemungkinan kanser kulit.

Kebaikan kokurikulum - Ulasan


Setiap murid mesti menyertai kegiatan kokurikulum yang ditetapkan oleh pihak
sekolah, Kegiatan kokurikulum memberikan banyak faedah kepada murid. Antarannya ialah
murid-murid boleh mempraktikkan ilmu yang telah diperoleh. Contohnya, persatuan pengakap
mengajar murid tentang cara hidup di dalam hutan dan sebagainya. Selain itu, mereka dapat
berkenalan dengan ahli lain yang dapat mengeratkan hubungan antara ahli. Di samping itu,
pelajar boleh memupuk sifat kepimpinan. Terdapat pelbagai jawatan dalam sesuatu persatuan
seperti pengerusi, setiausaha dan lain-lain. Akhir sekali, pelajar dapat menerapkan nilai-nilai
murni dalam diri. Kesimpulannya, semua pelajar haruslah menyertai aktiviti-aktiviti di
kokurikulum agar memperoleh kebaikan dari segi fizikal dan mental

Keunikan malaysia - Ulasan


Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keunikan dan keindahannya
tersendiri. Malaysia ialah sebuah negara yang unik kerana kepelbagaian kaum, agama, dan
etnik. Seterusnya, Malaysia mempunyai pelbagai kebudayaan yang berbeza dan lebih jelas
berbanding beberapa negara lain kerana terdiri daripada pelbagai kaum. Antara tiga kaum
terbesar ialah Melayu, India dan Cina. Selanjutnya, pelbagai jenis tarian seperti tarian sumazau,
ngajat, mak yong dan lain-lain mewakili setiap bangsa atau etnik. Akhir sekali, pelbagai jenis
perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Cina dan Deepavali dirayakan oleh semua bangsa
di Malaysia. Hal ini dapat mengeratkan perpaduan antara kaum. Kesimpulannya, rakyat
Malaysia perlu berasa bangga dengan keunikan negaranya dan memupuk semangat patriotisme
dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kelebihan Belilah Barangan Buatan Malaysia - Ulasan


Belilah Barangan Buatan Malaysia adalah salah satu kempen terbaik untuk menyokong
negara dan memberi banyak kelebihan kepada rakyat Malaysia. Antara kelebihannya ialah kita
dapat menjimatkan perbelanjaan kerana harga barangan tempatan lebih murah berbanding
barangan yang diimport. Selain itu, kempen ini dapat menyemai semangat patriotik dalam
kalangan rakyat Malaysia. Seterusnya, kita boleh menyokong dan memajukan industri
tempatan. Oleh itu, taraf hidup masyarakat tempatan juga dapat ditingkatkan. Akhir sekali,
kita dapat meningkatkan imej negara kerana penilaian untuk jenama tempatan dapat ditingkat
dan dipromosikan kepada dunia. Kesimpulannya, kita wajar beli barangan buatan Malaysia
kerana "Produk Malaysia kebangsaan kita”

You might also like