You are on page 1of 9

TEKS PIDATO SPONTAN - PIALA DIRAJA 2023

1. KEBERSIHAN

Maksud kebersihan ialah terhindar daripada sebarang kekotoran.


Kita perlu menjaga kebersihan dalam kehidupan seharian.
Kepentingan menjaga kebersihan yang pertama ialah
terhindar daripada sebarang penyakit seperti wabak, denggi atau HFMD.
Kepentingan menjaga kebersihan diri yang kedua ialah kita akan
disenangi oleh orang sekeliling. Ramai orang akan mendampingi kita.
Kita juga akan lebih yakin dan berani.
Kesimpulannya, kebersihan amat penting kerana kebersihan
merupakan lambang ketamadunan seseorang.
TEKS PIDATO SPONTAN - PIALA DIRAJA 2023

2. KESELAMATAN JALAN RAYA


Kita perlu mematuhi undang-undang jalan raya. Contohnya,
memandu mengikut had laju, memakai tali pinggang keledar, mematuhi
lampu isyarat dan memandu di lorong yang betul.
Pengguna jalan raya yang bijak perlu mengamalkan sikap bertolak
ansur, saling menghormati dan berhemah ketika memandu.
Kesannya, kes kemalangan dapat dikurangkan. Banyak nyawa
dapat diselamatkan.
Kesimpulannya, keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab
bersama. Berhati-hatilah di jalan raya dengan mematuhi undang-undang.
TEKS PIDATO SPONTAN - PIALA DIRAJA 2023

3. FAEDAH MENABUNG
Menabung amalan mulia. Banyak manfaat yang dapat kita peroleh
daripada amalan menabung.
Faedah menabung yang pertama ialah kita dapat belajar berjimat
cermat. Wang yang disimpan boleh digunakan untuk melanjutkan
pelajaran pada masa hadapan.
Faedah menabung yang kedua ialah kita boleh menggunakan wang
simpanan untuk membantu ibu dan ayah. Banyak keperluan harian yang
dibeli oleh ibu atau ayah. Sekali sekala, apa salahnya jika kita
menghulurkan bantuan untuk membeli keperluan harian.
Kesimpulannya, menabung memberikan impak yang positif kepada
kita. Oleh itu, marilah kita mula menabung bermula sekarang. ‘Sikit-sikit
lama-lama jadi bukit”.
TEKS PIDATO SPONTAN - PIALA DIRAJA 2023

4. KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG


Makanan seimbang ialah makanan yang mengandungi semua jenis
zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Makanan seimbang mengandungi
protein, mineral, zat besi dan vitamin.
Kepentingan makanan seimbang yang pertama ialah membantu
pembesaran fizikal yang lebih sempurna. Zat yang cukup dalam tubuh
badan dapat menghasilkan tenaga dan membuang sisa toksik dalam
badan.
Kepentingan makanan seimbang yang kedua ialah mengurangkan
risiko penyakit. Makanan segera seperti mi segera, air bergas dan gula-
gula tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, makanlah buah-buahan dan
sayur-sayuran untuk kesihatan yang lebih baik.
Kesimpulannya, kesihatan tubuh badan yang berkualiti datang
daripada pengambilan makanan seimbang. Badan sihat minda cergas.
TEKS PIDATO SPONTAN - PIALA DIRAJA 2023

5. BAHASA JIWA BANGSA


Bahasa rasmi negara kita ialah Bahasa Melayu. Rakyat
Malaysia yang berbilang bangsa menggunakan Bahasa Melayu untuk
berkomunikasi.
Kepentingan Bahasa Melayu yang pertama ialah memupuk
perpaduan antara kaum. Masyarakat yang berbilang bangsa seperti
Melayu, Cina dan India menggunakan bahasa melayu semasa bertutur.
Bahasa melayu mudah difahami oleh semua kaum di Malaysia.
Kepentingan bahasa yang kedua ialah memupuk budaya berbudi
bahasa. Bahasa melayu sangat mementingkan kesopanan dan kesusilaan.
Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di negara
yang berbilang kaum, kita perlu memartabatkan bahasa melayu sebagai
bahasa kebangsaan.
TEKS PIDATO SPONTAN - PIALA DIRAJA 2023

6. SEKOLAHKU SYURGAKU
Sekolah ialah tempat kita belajar. Murid-murid belajar di sekolah
untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.
Fungsi sekolah yang pertama ialah sekolah sebagai gedung ilmu.
Murid-murid ke sekolah untuk menuntut ilmu. Guru-guru merupakan
penyampai ilmu. Sekiranya ada soalan, kita boleh bertanya secara terus
kepada guru-guru.
Fungsi sekolah yang kedua ialah sekolah membentuk peribadi
mulia. Selain menuntut ilmu, pelajar di sekolah dididik untuk berakhlak
mulia. Guru-guru menerapkan nilai murni dalam diri pelajar supaya
menjadi murid yang beradab dan bersopan.
Kesimpulannya, sekolah adalah tempat untuk melahirkan
masyarakat bijak pandai yang berakhlak mulia. Sayangilah guru-guru kita
dan sekolah kita.
TEKS PIDATO SPONTAN - PIALA DIRAJA 2023

7. JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Pendahuluan : Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling kita.

Kebaikan berjiran:
1. Jiran membantu ketika susah kita dalam kesusahan.
2. Amalan tolong menolong sesama jiran mengeratkan hubungan
kekeluargaan.
3. Memupuk semangat perpaduan.
4. Menjamin keselamatan setempat.
5. Melahirkan masyarakat yang harmoni.

Kesimpulan:
Mengamalkan kehidupan berjiran menjadikan Malaysia sebuah negara
yang aman dan damai. Semangat bersatu padu harus dipupuk sejak
daripada kecil lagi supaya Malaysia sentiasa menjadi negara yang
harmoni.
TEKS PIDATO SPONTAN - PIALA DIRAJA 2023

8. DADAH MEMBAWA PADAH

Pendahuluan: Dadah ialah musuh negara. Dadah merosakkan tubuh


badan dan masyarakat. Dadah sangat berbahaya.

Keburukan dadah:
1) Memudaratkan kesihatan.
2) Menjatuhkan maruah keluarga.
3) Terdedah kepada penyakit HIV.
4) Puncu keruntuhan institusi keluarga.
5) Negara mundur.

Kesimpulan: Jauhi dadah demi masa depan. Dadah hanya mengundang


padah.
TEKS PIDATO SPONTAN - PIALA DIRAJA 2023

9. BERSUKAN

Pendahuluan: Sukan amat penting dalam kehidupan. Sukan membantu


tubuh badan sentiasa aktif dan cergas.

Kelebihan bersukan:
1. Meningkatkan tahap kesihatan.
2. Mengawal berat badan.
3. Mengurangkan risiko penyakit berbahaya sepeti jantung dan diabetis.
4. Mengurangkan stress.
5. Aktiviti mengisi masa lapang.

Kesimpulan: Bersukan untuk kesihatan diri. Bersukan menjadikan badan


kita sihat dan cergas.

You might also like