You are on page 1of 5

PERTANDINGAN PIDATO

MENYEMAI “KESETIAAN KEPADA RAJA” 2019

DAERAH HILIR PERAK

SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN PERWIRA

KOD: ABA 5077

NO. TELEFON: 05-6237800

TAJUK PIDATO:
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN
NEGARA
SEKOLAH KEBANGSAAN PERWIRA

KM5, JLN CHANGKAT JONG

36000 TELUK INTAN, PERAK

Tajuk Pidato: Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dan salam sejahtera.

Yang saya hormati, pengerusi majlis

Kombinasi kehakiman yang berintegriti

Rakan-rakan seperjuangan yang cukup berkredibiliti

Seterusnya warga dewan yang dekat dihati.

Berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh iltizam ingin

menyahut cabaran dengan menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk

“Kesetiaan Kepada Raja dan Negara”

Hadirin sekalian,

Sebelum saya membentangkan hujah-hujah saya, mari kita selami erti

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara”. Kamus Dewan edisi keempat

memerihalkan setia sebagai keteguhan hati dan ketaatan.

Raja pula merujuk orang yang mengetuai dan memerintah sesebuah negara.
Dalam konteks negara Malaysia, sudah semestinya kita sebagai rakyat

jelata perlu menumpukan taat setia kepada Seri Paduka Yang Di-Pertuan

Agong sebagai ketua negara.

Hadirin sekalian,

Hujah saya yang pertama. Kesetiaan kepada Raja dan Negara dapat

dipupuk melalui Prinsip Rukun Negara. Generasi masa kini yang diselimuti

dengan kecanggihan teknologi, semakin melupakan nilai Rukun Negara.

Ikrar hanya diucap pada bibir tapi tidak dihadam dalam hati. Ibarat

mencurah air ke daun keladi. Rukun negara perlu dihayati, bukan ditolak

tepi. Sekiranya generasi muda mendukung dan mempraktikkan prinsip

rukun negara, maka Kesetiaan kepada Raja dan Negara juga dapat

difahami dan dijulang tinggi.

Hujah saya yang kedua. Kesetiaan akan membina kepercayaan serta

menjalin ikatan peribadi antara dua pihak. Malaysia merupakan negara

yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya. Walaupun

Malaysia merupakan sebuah negara yang kecil, namun Malaysia masih teguh

berdiri sebagai sebuah negara berdaulat. Sumpah dan taat setia rakyat

kepada Raja dan Negara dapat menghalang runtuhnya tembok perpaduan.

Hadirin sekalian,

Berdasarkan dua hujah yang telah saya bentangkan tadi, ingin saya
simpulkan bahawa kesetiaan kepada raja dan negara merupakan asas
kepada perpaduan. Matlamat dan prinsip yang terkandung di dalamnya
hendaklah didukung dan dipraktikkan. Ayuh kita semua rakyat Malaysia
tanpa mengira asal usul mempunyai iltizam untuk menyatakan sumpah dan
taat setia kita kepada raja dan negara.

Sekian,

Pemidato bestari mohon permisi.

You might also like