You are on page 1of 2

KATA ALU -ALUAN (PENGARAH)

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat allah s.w.t kerana dengan limpah dan
berkat kurnianya dapat kita bersama-sama pada Majlis Pelancaran Program
Menyemai Semangat Kesetiaan kepada Raja dan Negara bersempena
bulan kemerdekaan bagi tahun 2023 ini. Seperti yng semua sedia maklum
kesetiaan kepada Raja dan Negara merupakan prinsip kedua daripada lima
prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara yang menjadi ideologi
nasional yang wajib dihayati. Dalam konteks Negeri Perak, rakyat atau anak
negeri Perak perlu menumpahkan kesetiaan kepada Raja Pemerintah yang
bertakhta iaitu Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin
Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah AlMaghfurlah, Sultan
Perak ke 35. Oleh itu dengan adanya Program Menyemai Semangat
Kesetiaan kepada Raja dan Negara saya pasti kita dapat memupuk dan
menyemai semangat kesetiaaan kepada Raja dan Negara. Saya
dimaklumkan juga terdapat pelbagai acara yang dipertandingankan pada
majlis ini seperti pertandingan pidato diraja, pertandingan menulis esei
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, pertandingan mencipta puisi,
pertandingan melukis karikatur, pertandingan melukis poster, pertandingan
bicara berirama dan pertandingan choral speaking. Saya melhat setiap
pertandingan yang dijalankan akan dapat melahirkan pelajar yang berjati diri
dan mempunyai kesetiaan kepada institusi diraja yang sangat tinggi. saya
mengambil kesempatan di sini juga untuk mengucapkan tahniah kepada Unit
Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) Jabatan Pendidikan Negeri Perak
dibawah pengelolaan bersama Pejabat Sultan Perak, Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Dan Jabatan Pendidikan Perak yang komited bagi
merealisasikan objektif program ini tercapai.. Dedikasi serta semangat yang
ditunjukkan oleh pihak semua yang terlibat membuktikan bahawa kita semua
cakna akan peri pentingnya menyemai semangat kesetian kepada raja dan
negara kepada generasi muda negara sejak awal lagi.
OBJEKTIF
1. Memahami Institusi Diraja sebagai warisan negara
2. Memartabat dan memperkasakan Institusi Diraja di Malaysia
3. Meluaskan pengetahuan tentang Institusi Diraja terutamanya dari segi
kepentingan dan peranan Institusi Diraja dalam sistem demokrasi
berparlimen dan raja berperlembagaan di negara kita
4. Membina keyakinan diri dan memupuk semangat patriotism
5. Menjana daya saing secara positif

RASIONAL
Program ini merupakan satu program yang dapat menerapkan kefahaman
dalam kalangan murid-murid dan guru-guru agar lebih memahami tentang
institusi diraja dalam sistem raja berperlembagaan di Malaysia. Program ini
juga dapat memberi ruang kepada murid-murid seluruh negeri Perak amnya
untuk menzahirkan apresiasi kesetiaan mereka terhadap Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan
Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, Sultan Perak ke 35 di samping
memberi kefahaman secara menyeluruh mengenai peranan institusi DiRaja di
Malaysia. Adalah diharapkan melalui program atau pertandingan yang
dijalankan akan dapat membina keyakinan diri dan memupuk semangat
patriotisme dalam kalangan generasi muda..

You might also like