You are on page 1of 3

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Memetik kata-kata Fulke Greville “Hamba yang paling hebat


dalam sesebuah kerajaan pada umumnya adalah rajanya”.

Sekalung apresiasi buat nakhoda majlis yang bervisi, kombinasi


kehakiman yang berintegriti dan hadirin yang dihormati.

Salam sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia Madani.

Tampilnya saya di sini adalah untuk menyampaikan pidato saya


yang bertajuk “Kesetiaan Kepada Raja dan Negara”

Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kata membelah


bicara, sebelum isi menyusur hujah, izinkan saya mendefinisikan
frasa yang membina tajuk pidato pada hari ini agar hadirin terbuka
minda dan hakim tidak terpinga-pinga.Marilah kita menghayati
definisi tajuk pidato saya pada hari ini, iaitu “Kesetiaan Kepada Raja
dan Negara”. Menurut kamus dewan edisi ke-empat, kesetiaan
boleh ditakrifkan sebagai perihal setia, keteguhan hati dan
ketaatan.Manakala raja pula merupakan orang yang mengetuai dan
memerintah sesuatu negara dan negara merupakan kawasan di
bawah kekuasaan tertentu.Secara literalnya, Kesetiaan Kepada Raja
dan Negara merupakan prinsip kedua daripada lima prinsip rukun
negara yang membawa makna bahawa setiap warganegara
hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Warga dewan yang dikasihi,

Indikator saya yang pertama,Rukun Negara, Tunjang Perpaduan.Ini


telah menekankan prinsip kedua rukun negara iaitu kesetiaan
kepada raja dan negara.Rukun Negara ini telah diisythiharkan oleh
YDA pada 31 Ogos 1970.Prinsip kedua ini telah menjelaskan
bahawa kesetiaan kepada raja dan negara mendorong rakyat
menanamkan sifat ketahanan, nasionalisme, dan juga menyemai
rasa patriotisme dan kesetiaan yang mendalam dalam kalangan
warga Malaysia. Bukan itu sahaja tetapi prinsip ini juga telah
menerangkan bahawa kita haruslah menghormati dan taat kepada
raja serta pemimpin negara kerana raja merupakan ketua agama
islam dan berkuasa penuh dalam adat istiadat serta
perlembagaannya.Hakikat ini dijelmakan dalam prinsip Rukun
Negara yang kedua kerana raja merupakan penimbang tara untuk
mendamaikan persengketaan dan menjadi institusi berdaulat dalam
mengekalkan keamanan rakyat pelbagai kaum.Tegaslah bahawa,
penubuhan Rukun Negara mampu menjamin kekuatan, kedaulatan
dan keelamatan negara secara berterusan.

Hadirin sekalian,

Beralih kita kepada indikator yang kedua, Undang-undang


Dijunjung, Negara Disanjung.Seperti mana yang kita tahu, semasa
pelantikan perdana menteri yang ke-10 negara kita menjadi huru-
hara tentang keputusan tersebut.Pelantikan ini diisytiharkan oleh
YDA selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di istana
negara.Bukan itu sahaja, gabungan politik boleh meluaskan
kerjasama selepas keputusan PRu15 diumukan.Undang-Undang
Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti diluluskan menerusi
pindaan Perlembagaan baru-baru ini, khusunya perkara 49A tidak
menghalang seorang ahli Dewan Rakyat menyatakan sokongan
kepada mana-mana ahli Dewan Rakyat sebagai calon Perdana
Menteri, walaupun daripada gabungan parti berbeza.Isu tiada parti
atau gabungan politik yang berjaya mendapat majoriti mudah pada
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRu15) begitu banyak ditimbulkan di
samping cubaan pihak tertentu mengetengahkan pelbagai kaedah
bagi pemilihan Perdana Menteri.Misalnya, Perdana Menteri kini
iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan konsep
Malaysia Madani pada Januari 2023.Rentetan itu, kemajuan negara
dari segi sosial, ekonomi mahupun politik dapat dicapai dan
seterusnya bermobiliti ke arah cemerlang dan gemilang.Dengan ini,
jelaslah bahawa

Hadirin yang privisi,

Inidikator ketiga di bawah lembahyung kata,institusi raja


dikekalkan, taat setia dicurahkan.Institusi Beraja di Malaysia pada
masa kini perlu dikekalkan dan dipelihara.Bagi menjamin
kelangsungan tradisi institusi Raja, sudah tentu perubahan perlu
berlaku dalam Institusi Raja.Iniakan menjadikan kedudukan institusi
tersebut selaras dengan tuntutan masa.Walaupun kedudukan
Institusi Raja dalam Perlembagaan dan sistem perundangan negara
agak menyerlah, kita tidak boleh mengharapkan apa yang terpahat
dalam undang-undang yang boleh diubah serta bergantung dan
berpunca kepada tataRajah politik.Selain daripada itu, sistem
monarki dan beperlembagaan tidak patut dijadikan alasan
menyekat sumbangan Raja kepada negara.Melonjakkan kredibiliti
sebagai Raja dan mendekatkan diri dengan masalah rakyat serta
meningkat taraf hidup rakyat adalah juga boleh ditakrifkan sebagai
maksud tersirat dalam Raja Perlembagaan.Dengan itu tegaslah
bahawa terbuktilah taat dan sumpah setia kepada Raja dan Negara.

Sidang hadirin yang dirahmati,

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana


muafakat.Sebagai penghujung bicara, dapatlah dirumuskan bahawa
kesetiaan kepada raja dan negara harus dititikberatkan oleh setiap
lapisan masyarakat di negara kita untuk membentuk generasi yang
berdaya saing dan dihormati seluruh pelosok dunia.Tanpa generasi
yang taat setia kepada raja dan negara, maka tidak akan maju
negara Malaysia.Marilah kita bangkit dan sama-sama berjuang ke
arah negaraku yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan
negara yang kecundang, pincang dan terbuang.

Saya sudahi pidato saya dengan…


Sekian, terima kasih.

You might also like