You are on page 1of 2

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Memetik kata-kata Fulke Greville “Hamba yang paling hebat


dalam sesebuah kerajaan pada umumnya adalah rajanya”.

Sekalung apresiasi buat nakhoda majlis yang bervisi, kombinasi


kehakiman yang berintegriti dan hadirin yang dihormati.

Salam sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia Madani.

Tampilnya saya di sini adalah untuk menyampaikan pidato saya


yang bertajuk “Kesetiaan Kepada Raja dan Negara”

Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kata membelah


bicara, sebelum isi menyusur hujah, izinkan saya mendefinisikan
frasa yang membina tajuk pidato pada hari ini agar hadirin terbuka
minda dan hakim tidak terpinga-pinga.Marilah kita menghayati
definisi tajuk pidato saya pada hari ini, iaitu “Kesetiaan Kepada Raja
dan Negara”. Menurut kamus dewan edisi ke-empat, kesetiaan
boleh ditakrifkan sebagai perihal setia, keteguhan hati dan
ketaatan.Manakala raja pula merupakan orang yang mengetuai dan
memerintah sesuatu negara dan negara merupakan kawasan di
bawah kekuasaan tertentu.Secara literalnya, Kesetiaan Kepada Raja
dan Negara merupakan prinsip kedua daripada lima prinsip rukun
negara yang membawa makna bahawa setiap warganegara
hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Warga dewan yang dikasihi,

Indikator saya yang pertama, kronologi sejarah nusa tercinta kita


dalam perlembagaan Malaysia.Selama 65 tahun Malaysia telah
merdeka, kita tidak mampu menipu dengan menyatakan bahawa
selamanya kita aman dan penyatuan kita tidak beranjau.Hal ini
demikian kerana bumi yang bertuah ini pernah berasa sakit,
menanis dan merintih kerana usaha menyatukan agam yang
berbeza dan fahaman yang berbeza.13 Mei 1969, kontrak sosial
institusi beraja asalnya menekan bangsa Malaysia sehingga takut
pasa sejarah. Hakikat ini dijelmakan dalam Prinsip Rukun Negara
yang kedua iaitu kesetiaan kepada raja dan negara kerana raja
merupakan penimbang tara untuk mendamaikan persengketaan
dan menjadi institusi berdaulat dalam mengekalkan keamanan
rakyat pelbagai kaum.

Hadirin sekalian,

Beralih kita kepada indikator yang kedua, kita sebagai rakyat harus
setia kepada raja dan negara agar negara kita sentiasa aman
makmur.Hal ini demikian kerana jika kita melanggari rukun negara
ini, negara kita mungkin dijajah berlaku peperangan dan
peperangna politik. Masyarakat yang mengutamakan politik setia
kepada raja dan negara akan sentiasa berusaha untuk mewujudkan
masyarakat yang berusaha tinggi.

You might also like