You are on page 1of 2

Penyataan “Kesetiaan kepada raja dan negara” tidak asing lagi dengar oleh rakyat Malaysia.

“Kesetian kepada raja dan negara” merupakan petikan yang berdasarkan dari prinsip kedua
rukun negara untuk menjelaskan pengamalan sistem demokrasi berparlimen dan raja
berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara.Rukun negara telah diistiharkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhhum Sultan Zainal Abidin Yang di-Pertuan
Agong IV melalui Majlis Gerakan Negara disebabkan tragedi rusuhan kaum pada 13 mei
1969.Tragedi tersubut telah meragut 196 nyawa dan menyebabkan memisahkan ideaologi
antara kaum.”Kesetiaan kepada raja dan negara” membawa maksud bahawa setiap
warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong.Terdapat pelbagai kebaikan menghayati prinsip ‘kesetiaan
kepada raja dan negara’

Antara sebab prinsip “Kesetiaan kepada Raja dan negara” dimasukan ke dalam rukun negara
supaya dapat melahirkan harpan bahawa setiap warganegara Malaysia dapat mematuh undang-
undang negara.Seseorang yang mempunyai rasa setia kepada raja dan negara akan sedaya
upaya mematuhi setiap undang-undang negara.Seperti membayar cukai tepat pada waktunya,
menghormati hak orang lain, dan memelihara ketenteraman awam.perasaan setia kepada raja
dan negara menyebabkan seseorang berkongsi padangan yang sama dan dapat memupuk
perpaduan yang lebih erat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Selain itu,penghayatan prinsip “Kesetian kepada raja dan negara” dapat menimbulkan sikap
toleransi sesama rakyat.Setiap warganegara Malaysia dapat mengamalkan sikap toleransi jika
mereka dapat berpegang pada ideologi yang sama iaitu ‘Kesetian kepada raja dan negara”.Hal
ini disebabkan,setiap rakyat yang berpegang dengan ideologi “kesetian kepada raja dan negara”
akan berusaha menghormati keputusan raja dan berusaha menjunjung undang-undang
negara.Seterusnya,Rukun Negara meletakkan unsur Kesetiaan kepada Raja dan Negara
untuk dipertahankan sebab ia panduan hidup rakyat untuk mendukung Perlembagaan
negara.Hal ini kerana, rakyat perlu sedar akan peranan raja dalam mentakbir negara.Rakyat
juga perlu akur dengan segala keputusan raja.

Selepas itu,kelebihan menghayati prinsip “kesetiaan kepada Raja dan Negara” dapat
menjaga keharmonian dan kestabilan negara.Hal ini disebabkan,Rakyat perlu bergading
bahu dalam menjaga keharmonian negara dengan mematuhi setiap undang-undang atas
dasar “kesetiaan kepada Raja dan Negara”.kesimpulanya,seseorang dapat hidup dalam
suasana yang harmoni sekiranya mengamalkan sikat setia kepada raja dan negara dengan
menraikan hari kebangsaan.Selain itu, penghayatan prinsip “kesetiaan kepada raja dan
negara dapat melahirkan sikap ingin menyumbang budi kepada masyarakat.Kita boleh
menyumbang budi kepada rakyat dengan menawarkan bantuan kepada individu yang
memerlukan, seperti golongan kurang bernasib baik.Dalam hal ini,kita boleh membantu mereka
melalui sumbangan wang atau tenaga.Oleh itu, sentiasalah bersedia untuk membantu rakan
sekerja, jiran dan rakan-rakan yang menghadapi masalah. Dalam melakukan ini, kita dapat
memupuk semangat kekeluargaan dan setiakawan dalam kalangan rakyat.

Seterusnya, penghayatan “kesetiaan kepada raja dan negara” dapat melahirkan sikap hormat
kepada lambang kebangsaan. Hal ini disebabkan, menghormati lambang kebangsaan
merupakan langkah awal untuk menunjukan seseorang setia kepada raja dan negara.Antaranya
ialah bendera Jalur Gemilang, simbol kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia. Bendera ini
wajib dikibarkan dengan penuh hormat, terutama pada perayaan kebangsaan dan acara
rasmi.kesimpulanya, menghormati lambang kebangsaan merupakan sebuah tanggungjawap
setiap warganegara Malaysia untuk membantu mengekalkan kedaulatan negara dan melahirkan
semangat perpaduan diantara kaum di malaysia.
Selain itu, penghayatan prinsip “kesetian kepada raja dan negara” dapat Mencipta satu
masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama. hal ini dikeranakan, masyarakat yang menghayati prinsip-prinsip rukun negara
berkongsi ideologi yang sama iaitu setia kepada raja dan negara.selain itu,kita dapat mencapai
keadaan yang adil dengan cara menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.kesimpulanya, keadaan masyarakat yang adil dapat
memupuk sikap toleransi dan mengukuhkan perpaduan anatar kaum.

Akhir sekali, terdapat beberapa kesan posistif dalam menghayati prinsip rukun negara yang
kedua iaitu “kesetiaan kepada raja dan negara”. Seperti , melahirkan sifat hormat kepada
lambang negara, melahirkan sifat toleransi sesama kaum, menjunjung undang-undang dengan
mematuhinya,menjaga keharmonian dan kestabilan negara. Selain itu, kita perlu berusaha
mengekalkan nilai-nilai ini, kita juga perlu menghayati sejarah supaya dapat melahirkan
perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kesimpulanya, mari kita
komited dalam menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara untuk kebaikan semua pihak
dan generasi akan datang.

You might also like