You are on page 1of 10

P1.

Dalam esei ini, kami akan berhujah bahawa rukun negara diperlukan kerana (1) ia boleh

mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis dan (2) ia boleh menyatupadukan rakyat

Malaysia yang berbilang kaum.

P2. Mari kita lihat hujah pertama kami. Dalam perenggan ini kami akan menjelaskan apa

yang dimaksudkan dengan masyarakat harmonis. Sifat masyarakat Malaysia ialah majmuk

kerana rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum, agama dan bahasa. Dalam erti kata

lain, setiap orang di Malaysia mempunyai kaum, agama dan bahasa tersendiri. Jika

perbezaan kaum, agama, dan bahasa menyebabkan rakyat bermusuhan, saling benci

membenci, tidak puas hati, dan berbalah, maka keharmonian kaum, agama dan bahasa

tidak wujud. Keharmonian wujud jika rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan

bahasa boleh menerima perbezaan di antara satu sama lain dan hidup tanpa permusuhan,

kebencian, ketidakpuasan dan perbalahan. Jika Malaysia ialah keluarga yang besar, orang

Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut, Bidayuh, Bajau, Kelabit dan lain-lain boleh hidup

bersama-sama di dalam keluarga Malaysia.

P3 Seterusnya, kami akan menunjukkan bagaimana rukun negara boleh mewujudkan

masyarakat yang harmonis. Untuk tujuan kami di sini kami akan fokus kepada tiga rukun

sahaja: Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara dan Keluhuran

Perlembagaan. Mari kita mula dengan rukun pertama. Persoalan yang perlu ditanya di sini

ialah jika setiap rakyat Malaysia mempunyai kepercayaan kepada Tuhan masing-masing,

kenapa setiap kepercayaan masing-masing tidak diletakkan sebagai rukun pertama? Kerana

setiap agama mempunyai kepercayaan yang unik dan tersendiri tentang Tuhan, sudah tentu

kita tidak boleh meletakkan kepercayaan kepada Tuhan tertentu sebagai rukun pertama.

Orang yang menganut agama lain mungkin tidak puas hati atau tidak bersetuju jika

kepercayaan kepada Tuhan yang dimaksudkan tersebut dimiliki secara eksklusif oleh

penganut agama tertentu. Tetapi ini boleh dibetulkan apabila kepercayaan agama yang

pelbagai tentang Tuhan mempunyai satu titik persamaan yang lebih inklusif iaitu
kepercayaan kepada Tuhan. Jadi apabila semua penganut agama yang pelbagai menerima

bahawa agama-agama mereka mengajar tentang kepercayaan kepada Tuhan, maka mereka

boleh hidup bersama-sama tanpa rasa tidak puas hati.

P4. Mari kita lihat kesetiaan kepada Raja dan Negara pula. Perbezaan kaum, agama dan

bahasa yang jelas diamalkan di Malaysia mungkin menjadi penghalang kepada keharmonian

kaum, agama dan bahasa kerana tidak jelas sama ada kesetiaan kita diukur berdasarkan

kaum, agama dan bahasa sendiri. Jika orang Melayu melihat kesetiaan kepada raja dan

negara bermakna menerima kaum, atau agama atau bahasa orang Melayu, kaum lain

mungkin tidak bersetuju kerana ia seolah-olah menolak kepentingan kaum, agama dan

bahasa masing-masing. Di sini boleh dilihat kenapa Kesetiaan kepada Raja dan Negara

memainkan peranan untuk mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat majmuk.

Jika kesetiaan dilafazkan kepada Raja dan Negara dan bukannya kepada agama, kaum dan

bahasa seseorang, maka semua orang boleh boleh menerima kesetiaan sedemikian. Kita

tidak melafazkan kesetiaan kita, misalnya, kepada bahasa yang digunakan, tetapi kesetiaan

kita kepada Raja dan Negara.

P5. Rukun ketiga dalam Rukun Negara juga boleh ditunjukkan boleh mewujudkan

masyarakat yang harmoni. Mari kita lihat pada Rukun negara yang pertama iaitu

Kepercayaan Kepada Tuhan. Di dalam Rukun negara ini jelas menunjukkan bahawa rakyat

Malaysia bebas untuk memilih agama masing-masing. Rakyat Malaysia tidak dipaksa untuk

menganuti mana-mana agama di mana faktor inilah yang menyumbang kepada

keharmonian kepada rakyat Malaysia. Semua agama dilayan sama rata, tiada unsur-unsur

berat sebelah. Untuk Rukunnegara kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara, rakyat

Malaysia hendaklah mempunyai sifat yang taat kepada ketua negara atau negeri dan

seterusnya mencetuskan semangat Patriotik di kalangan rakyat Malaysia demi menjaga

keharmonian negara. Ketiga iaitu Keluhuran Pelembagaan di mana Perlembagaan adalah

penting bagi setiap negara kerana di dalam perlembagaan inilah tertulisnya hak-hak
keistimewaan yang adil untuk setiap bangsa dan agama untuk rakyat Malaysia. Keempat

Kedaulatan undang-undang. Rakyat Malaysia hendaklah mematuhi undang-undang yang

telah diwujudkan oleh kerajaan kerana undang-undang ini digubal untuk memastikan rakyat

Malaysia harmoni, selamat dan membangun seperti negara-negara lain. Undang-undang

adalah satu elemen yang penting untuk meneruskan keharmonian negara. Mana-mana

pihak yang cuba merosakkan keharmonian negara akan dihukum mengikut undang-undang

yang telah ditetapkan. Rukun terakhir adalah Kesopanan dan Kesusilaan. Elemen ini

merupakan elemen yang terpenting di dalam menentukan keharmonian sesebuah negara.

Ia mengajar rakyat Malaysia untuk hormat menghormati segala adat-adat sesuatu bangsa,

kaum dan agama di dalam Malaysia. Sekiranya rukun ini diketepikan, ia akan mencetuskan

sesebuah negara yang huru hara, benci-membenci antara kaum dengan kaum yang lain.

P6 Oleh yang demikian, boleh dilihat mengapa rukun negara diperlukan di Malaysia. Jika

Rukun Negara tidak wujud, maka tiada panduan untuk masyarakat majmuk untuk hidup

harmonis. Perbezaan kaum, agama dan bahasa boleh mengundang kepada kejadian yang

tidak diingini jika tiada panduan seperti Rukun Negara wujud. Walaupun berlainan agama

dan kepercayaan bagi setiap kaum namun melalui keyakinan dalam diri dan mengetahui

setiap batas-batas atau larangan dalam setiap agama boleh mewujudkan masyarakat yang

saling hormat menghormati. Malah, sahsiah diri bagi setiap individu atau insan di dunia ini

dapat dibentuk melalui individu tersebut dalam mempercayai kewujudan Tuhan. Kita

sebagai rakyat malaysia tidak menafikan bahawa setiap ajaran agama yang ada di malaysia

ini mempunyai perbezaan tersendiri. Namun, jika dihayati dan diteliti dengan mendalam

ternyata bahawa setiap ajaran agama ini menjurus dalam pembentukan manusia yang

sempurna khususnya dalam bentuk sahsiah diri dan juga rohani. Oleh yang demikian,

sekiranya kita hendak melahirkan masyarakat Malaysia yang bersahsiah tinggi dan unggul

kita haruslah mengamalkan prinsip pertama rukun negara iaitu kepercayaan kepada tuhan.
P7. Mari kita lihat hujah kedua. Kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai agama,

bahasa dan bangsa, maka terdapat risiko berlaku perpecahan. Hubungan sosial antara

masyarakat berbilang kaum dan agama, seperti yang terdapat di Malaysia, mempunyai

pasang surut dalam hidup bermasyarakat. Ini disebabkan hakikat bahawa fitrah manusia

adalah makhluk yang bertentangan, dengan unsur-unsur kepelbagaian, persaingan, dan

percanggahan antara mereka. Antagonisme atau perbezaan yang menjadi salah satu

tunjang dalam penubuhan sesebuah masyarakat membawa corak perjuangan ini akan

timbul setiap masa. Di Malaysia, faktor ketegangan antara kaum boleh dibahagikan kepada

tiga fasa: fasa 1 disebabkan oleh isu kewarganegaraan, kontrak sosial, dan bahasa, fasa 2

disebabkan oleh isu ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang membawa kepada pelaksanaan

Dasar Ekonomi Baru, dan fasa 3 akibat eksploitasi isu agama, yang memberi kesan kritikal

terhadap keharmonian antara masyarakat. Eksploitasi isu perkauman dan agama tidak boleh

dipandang ringan kerana ia adalah bom jangka yang boleh mengakibatkan kesan yang tidak

dijangka yang boleh menyebabkan ketegangan antara masyarakat berbilang kaum dan

agama di Malaysia. Sesetengah pihak, yang berselindung di sebalik objektif khusus dan

menuntut untuk meniup bara sensitiviti dan konflik, menganggap kedua-dua ciri ini sebagai

modal paling provokatif.

P8. Bagaimana rukun negara boleh dijadikan agen perpaduan di Malaysia? Kami akan

menggunakan tiga rukun iaitu kepercayaan kepada Tuhan dan Kesetiaan kepada Raja dan

Negara dan Keluhuran perlembagaan. Kita mula dengan hujah kami mengapa Kepercayaan

kepada Tuhan boleh menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Rukun Negara

adalah tunjang kepada perpaduan Malaysia. Ia adalah kuasa penyatuan yang membantu

menyatukan rakyat Malaysia yang berlainan latar belakang etnik dan agama. Prinsip

pertama Rukun Negara ini dapat menyatukan rakyat Malaysia yang berbeza latar belakang

agama, kerana setiap orang bersatu dalam kepercayaan mereka kepada Yang Maha Esa.

Walaupun pada hakikatnya Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Islam adalah


agama rasmi Persekutuan, rakyat Malaysia bebas untuk mengikut kepercayaan agama

mereka sendiri di mana-mana wilayah di negara ini tanpa rasa takut akan penganiayaan.

Secara keseluruhannya, kepercayaan kepada Tuhan adalah salah satu prinsip Rukun Negara

yang membantu menyatukan warganegara Malaysia

P9. Sekarang mari kita lihat Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Raja adalah pemimpin

tertinggi Negara Malaysia, manakala Negara Malaysia adalah sebuah negara yang terbentuk

melalui persekutuan beberapa wilayah. Jika dilihat rakyat Malaysia berasal dari wilayah atau

negeri yang berbeza. Jika terdapat hanya satu negara, maka kesetiaan dapat dicurahkan

kepada satu negara sahaja. Apabila, semua individu menanamkan sifat setia kepada Raja

dan Negara, maka bersatunya hati rakyat Malaysia dengan mengakui fungsi institusi beraja

dan mempunyai semangat patriotik atau cintakan tanah air. Oleh itu wajarlah kita sebagai

rakyat Malaysia menghargai dan menyembah taat dan setia kepada Raja dan Negara.

P10. Rukun terakhir yang akan dibincangkan di sini ialah Keluhuran Perlembagaan. Dalam

negara kita telah termaktub bahawa perlembagaan persekutuan adalah undang-undang

yang tertinggi sebagai rujukan semua rakyat. Apa yang dapat diketahui disini, walaupun

terdapat perbezaan etnik, agama, budaya, pangkat dan darjat, namun semua pihak perlu

mendalami dan maklum bahawa asas pembentukan Malaysia adalah melalui persetujuan

beberapa wilayah yang memperakui bahawa perlembagaan persekutuan itu adalah asas

utama pembentukan Malaysia. Apabila individu faham mengenai konsep keluhuran

perlembagaan, mereka tidak akan mempertikaikan lagi perlembagaan yang terbina

terutamanya melibatkan isu-isu hak istimewa orang melayu, bumiputera Sabah Sarawak dan

banyak lagi. Ternyata perpaduan yang kita kecapi pada masa kini mungkin juga disebabkan

oleh tahap kefahaman semua rakyat yang tinggi mengenai luhurnya perlembagaan itu

sendiri
P11 Oleh yang demikian, Rukun Negara diperlukan supaya rakyat Malaysia boleh hidup

dengan aman kerana tanpa perpaduan, keamanan boleh menjadi rapuh.Perpaduan antara

rakyat Malaysia merupakan salah satu elemen penting dalam mencapai matlamat Rukun

Negara. Tanpa perpaduan kaum, keamanan adalah mustahil untuk di capai kerana terlalu

banyak perbezaan fahaman, ideologi dan amalan antara kaum yang boleh menimbulkan

perasaan kurang senang antara kaum utama. Sekiranya kita berpecah antara satu sama lain

negara yang aman ini akan menjadi kacau bilau, mundur dan pertikaian akan menyebabkan

kestabilan ekonomi terjejas sekaligus akan membantutkan pembangunan negara Malaysia.

Oleh itu. Rukun Negara mampu menjaga hubungan keamanan sejagat antara kaum dan

bangsa utama di sesebuah negara.

P12. Mari kita lihat satu bantahan terhadap hujah kami. Menurut bantahan ini, hujah kami

dikatakan tidak menunjukkan dengan meyakinkan bahawa rukun negara mampu

mewujudkan keharmonian dan perpaduan di Malaysia. Perubahan politik sejak 2008 telah

menyebabkan perpecahan yang parah di kalangan rakyat Malaysia yang berbeza fahaman

politik. Perpecahan ini juga dilihat lebih teruk jika kaum-kaum tertentu berkecenderung

menyokong satu parti sahaja. Menurut bantahan ini, kerana nampaknya rakyat Malaysia

yang berbilang kaum tidak dapat bersatu dari segi politik, maka keharmonian dan

perpaduan menjadi mustahil untuk dicapai. Oleh itu, menurut bantahan ini, rukun negara

gagal mewujudkan kehamornian dan perpaduan di Malaysia.

P13. Bantahan di atas boleh disanggah dengan tiga jawapan seperti Pertama, bantahan

yang diutarakan mengandaikan disebabkan politik, rukun negara gagal dalam mewujudkan

keharmonian dan perpaduan negara. Politik adalah satu proses demokrasi yang biasa dilalui

oleh mana-mana negara yang mengamalkan sistem ini dalam memilih pemerintahan

pentadbiran namun kesan perbezaan fahaman politik di negara kita sudah tidak seperti

berlakunya Peristiwa 13 Mei, 1969. Pada hakikatnya, politik negara kita sudah matang

kerana rakyat tahu politik adalah satu propaganda ahli politik dan parti politik yang
dahagakan kuasa yang mana semata-mata mahu meraih undi yang bersifat sementara atau

bermusim. Walaupun ada segelintir pemikiran rakyat dipengaruhi oleh sentimen perkauman,

hasutan agama dan bangsa yang menjadi modal perdebatan atau rapat umum bagi menarik

perhatian pengundi tetapi itu tidak mewakili keseluruhan keinginan rakyat kerana jelas

terbukti mana-mana parti politik yang mengamalkan pendekatan ini akan kalah atau ditolak

pada pilihanraya. Sejak 2008, keadaan politik negara kita tidak didominasi oleh satu parti

politik lagi seperti parti Barisan Nasional (BN) namun ada parti lain yang boleh menerajui

negeri-negeri di dalam Malaysia seperti PAS, DAP dan Keadilan. Gambaran ini menunjukan

kematangan rakyat dalam menentukan hala tuju politik negara ini sehingga pada tahun

2018 menyaksikan perubahan landskap politik negara apabila buat pertama kali selepas

lebih enam dekad mentadbir negara, BN gagal mengekalkan kuasa mereka. Gambaran yang

jelas ini menunjukkan perubahan politik negara yang begitu besar pun tidak akan

menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara kerana pemahaman yang diterapkan

dalam rukun negara sudah sebati dijiwa rakyat yang cintakan kedamaian.

P14. Kedua, jika dilihat pada sudut perpecahan berdasarkan fahaman politik, ianya adalah

kurang tepat, kerana sepertimana yang ada dalam kancah politik negara kita khususnya,

terdapat usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak, antaranya adalah melibatkan beberapa

buah parti politik iaitu dengan mewujudkan percampuran, penggabungan dan kerjasama

antara parti seperti “Barisan Nasional” yang didalamnya ada parti komponen lain seperti

“UMNO”, “MIC” dan “MCA” yang mewakili 3 kaum majoriti utama di Malaysia, melayu, cina

dan india. Selain itu ada juga parti politik yang terdiri daripada “Multi Racial” seperti PKR.

pemimpin yang ada didalamnya juga adalah daripada pelbagai bangsa dan agama. Ini

adalah contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat bagi mengambarkan perpaduan

dan keharmonian tanpa perbatasan kaum dan agama. Jika kita ulas mengenai kenyataan

rukun negara adalah agen perpaduan dan keharmonian, kami merasakan ianya masih

relevan, bantahan hujah ini terbukti melalui apa yang kita nikmati sehingga detik ini iaitu
sebuah negara yang aman dan damai. Bahkan ada pemimpin dalam negara kita yang

berbangsa selain melayu yang mengetuai sesebuah kementerian seperti kementerian

pengangkutan malaysia. Jelas terbukti tiada peristiwa besar yang mengganggu gugat soal

perpaduan dan keharmonian semenjak 2008 hingga kini walaupun kita telah mengalami

beberapa pertukaran perdana menteri dan parti pemerintah sebagai kerajaan.

P15. Ketiga, kenyataan yang mengatakan perubahan politik sejak tahun 2008 telah

menyebabkan perpecahan yang parah di kalangan rakyat Malaysia adalah tidak berasas.

Sekiranya perkara seperti ini berlaku, ia merupakan kes sangat terpencil dan tidak

menggambarkan bahawa perbezaan fahaman politik telah berjaya memecahbelahkan

perpaduan di kalangan rakyat. Seperti yang kita sedia maklum, pilihanraya pertama yang

diadakan di Malaysia adalah pada tahun 1955, pilihanraya ini dikenali sebagai Pilihanraya

Persekutuan. Tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Bangsa Melayu, Cina dan India masing-

masing membentuk parti. UMNO mewakili bangsa melayu, MCA mewakili bangsa cina dan

India diwakili oleh MIC. Ketiga-tiga parti ini bergabung dibawah satu gabungan yang

dipanggil sebagai Parti Perikatan. Parti Perikatan berjaya memenangi 51 kerusi dari 52

kerusi yang ditandingi. Ini menunjukkan bahawa parti-parti politik ini berjaya

menyatupadukan rakyat yang terdiri dari berbilang kaum melalui gabungan ini. Gabungan-

gabungan parti ini berterusan hingga ke hari ini seperti Barisan Nasional (BN) terbentuk

melalui gabungan UMNO, MCA, MIC di Semenanjung Malaysia dan beberapa parti di Sabah

seperti PBS dan PBRS. Parti Keadilan, Amanah, DAP, Pejuang dan beberapa parti lain

bergabung di bawah Pekatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) pula bergabung

dengan beberapa parti untuk membentuk kerajaan pada hari ini. Di Negeri Sabah,
Gabungan rakyat Sabah yang terbentuk oleh beberapa parti seperti UMNO, BERSATU, STAR,

PBS, PAS dan SAPP telah berjaya membentuk dan menerajui kerajaan di Sabah, dengan

terbentuknya kerajaan ini. Penyatupaduan parti yang diwakili oleh pelbagai bangsa duduk

membuktikan perubahan politik bukan penyebab kepada perpecahan perpaduan malah

melalui politiklah dapat mengeratkan perpaduan dan keharmonian rakyat yang menjadikan

Malaysia terus maju, aman dan makmur sehingga kini.

P16. Keempat, bantahan tersebt cuba menunjukkan bahawa rukun negara tidak mampu

untuk mewujudkan keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, ianya di

sebabkan oleh perubahan politik yang memberi kesan yang sangat besar kepada negara

dan menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbeza dari segi

fahaman politik masing-masing. Bantahan ini hanya lah dibuat berdasarkan kajian terhadap

satu sudut pandangan iaitu dari sudut politik negara ini. Bantahan ini tidak boleh

menyimpulkan bahawa rukun negara tidak mampu menyatupadukan rakyat Malaysia akibat

dari perbezaan fahaman politik rakyat Malaysia kerana ianya hanyalah melalui dari satu

sudut pandangan sahaja. Perlu juga dilihat dari sudut ekonomi, sosial, dan lain-lain aspek

yang terdapat di dalam negara ini. Jika dilihat dari sudut sosial, dapat dilihat bahawa rakyat

Malaysia yang berbilang kaum ini masih dapat menjalani kehidupan bermasyarakat

bersama-sama. Tanpa mengira agama dan bangsa, rakyat Malaysia seringkali dapat kita

lihat merayakan dan memeriahkan perayaan kaum-kaum lain yang terdapat di negara ini

dan menghormati antara satu sama lain. Hal ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia

masih lagi dapat hidup secara harmoni dan bersatupadu dan ianya dapat dilihat melalui

rukun kelima rukun negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Kesimpulannya, bantahan yang

diberikan tidak lah benar kerana terdapat pelbagai aspek lagi yang boleh dilihat yang dapat

membuktikan bahawa rukun negara ini berjaya mewujudkan keharmonian dan perpaduan di

kalangan rakyat Malaysia.


P17. Sebagai kesimpulan, kami telah menunjukkan bahawa Malaysia masih memerlukan

rukun negara berdasarkan dua hujah. Pertama, Rukun Negara ia boleh mewujudkan

masyarakat Malaysia yang harmonis. Kedua, Rukun Negara ia boleh menyatupadukan rakyat

Malaysia yang berbilang kaum.

You might also like