You are on page 1of 3

PELAKSANAAN AMALAN TERBAIK PdPR PEMULIHAN KHAS 2021

NAMA GURU NOOR ADILAH BINTI MOHAMMED SHAFIE

NAMA SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN PERWIRA

TAJUK AMALAN TERBAIK PdPR Training Of Trainers


CARA PELAKSANAAN FASA 1
1. Menyenaraikan nama murid Pemulihan Khas dan nombor telefon
telefon ibu bapa atau penjaga yang boleh dihubungi.
2. Sorting : Senaraikan nama ibu bapa atau penjaga yang memberi
maklum balas kepada guru Pemulihan.

FASA 2
1. Membina hubungan dengan ibu bapa murid Pemulihan Khas SK
Perwira supaya Program Training Of Trainers yang dijalankan lebih
telus agar penglibatan dua hala antara guru Pemulihan
dan ibu bapa dapat diwujudkan.
(Gunakan teknik CAR: Client Always Right)
2. Menerangkan tentang kelas pemulihan, murid pemulihan, masalah
murid lembam, hala tuju murid pemulihan, kaedah pengajaran yang
sesuai untuk murid Pemulihan dan sebagainya.
3. Menjalankan perbincangan secara dua hala dengan ibu bapa murid
Pemulihan Khas SK Perwira. Perbincangan meliputi aspek:
i. Masalah pembelajaran murid di sekolah (kelemahan murid dalam
setiap kemahiran)
ii. Masalah murid di rumah
iii. Cara mengatasi masalah murid
4. Perbincangan bersama ibu bapa hanya dijalankan melalui aplikasi
whatsapp dan telefon memandangkan kebanyakan ibu bapa murid
bekerja.

2. Guru Pemulihan membimbing dan memberi latihan kepada ibu bapa


tentang kaedah pengajaran yang sesuai kepada murid Pemulihan.
Guru Pemulihan membekalkan Modul kepada murid Pemulihan
yang diambil di pondok jaga.
i. Kaedah pandang dan sebut
ii. Kaedah abjad
iii. Kaedah bunyi kata
iv. Kaedah imlak
v. Kaedah cerakinan
vi. Kaedah binaan

3. Murid yang sudah menguasai kemahiran Pemulihan hanya dimbing


melalui video daripada Youtube yang dihasilkan oleh guru
Pemulihan sendiri atau hasil daripada guru-guru lain. Ibu bapa hanya
bertindak sebagai pemantau. Penggunaan bahan pembelajaran
interaktif seperti wordwall, liveworksheet, quizziz dan sebagainya
dapat meningkatkan minat murid supaya terus konsisten dalam
proses PDPR.

FASA 3
1. Menghantar pelaporan kepada ibu bapa berkaitan tahap
penguasaan anak masing-masing.
2. Mengadakan sesi perbincangan “heart to heart” tentang masalah
yang dihadapi oleh murid Pemulihan Khas atau ibu bapa yang
mempunyai masalah.
3. Berkongsi pendapat atau idea untuk membantu murid-murid
Pemulihan Khas.

FASA 4
1. Memberi ganjaran sebagai penghargaan kepada murid Pemulihan
yang menyelesaikan tugasan semasa PDPR.
2. Hadiah berbentuk diy art dari Shopee dan buku latihan.

FASA 5
1. Mempromosikan kelas Pemulihan Khas dalam setiap group
whatsapp kelas di SK Perwira pada hujung minggu untuk memberi
kesedaran kepada ibu bapa tentang lembam, buta huruf, autisme
dan disleksia.
2. Guru Pemulihan diberi peluang dan ruang oleh pihak pentadbir
untuk berkongsi dengan ibu bapa tentang Pemulihan Khas melalui
Program Dialong Prestasi PBD & PBS yang dianjurkan oleh pihak
sekolah.

1. Beberapa orang murid Pemulihan Khas dapat menguasai 32


Kemahiran Pemulihan Khas (rujuk DPEM Mac & DPEM Jun) dengan
bantuan daripada ibu bapa murid sendiri. Guru Pemulihan juga
menguji murid melalui panggilan telefon atau video call untuk
memastikan murid benar-benar menguasai kemahiran sebelum
IMPAK Ujian Pelepasan sebenar dijalankan.

2. Penglibatan murid pasif meningkat. Ibu bapa mula sedar tentang


masalah anak mereka dan menghubungi guru Pemulihan untuk
mendapatkan khidmat Training Of Trainers.

You might also like