You are on page 1of 7

TUGASAN ESEI

SEMESTER 1
Disediakan Oleh:

Nama GP : KASMADIANA BINTI AHMAD


No. Matrik : 21D04607
Nama PASTI/ Kawasan : WAHDATUL UMMAH, MACHANG
Negeri : KELANTAN

Disediakan Untuk:

Majlis Peperiksaan Induk (MPI), IPPM

BI SOALAN MARKAH
L
1 Soalan 1 (Bidang C)
2 Soalan 2 (Bidang D)
3 Soalan 3 (Bidang E)

Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK), IPPM_2021


Tugasan Esei Semester 1

Ruangan ini untuk menjawab Soalan 1

1. (a) Dua contoh masalah disiplin di bilik darjah pelajar PASTI ialah :

i. Tidak membuat kerja rumah, murid tidak menyiapkan latihan yang telah diberikan oleh guru.

ii. Mengganggu murid lain dan guru, guru mestilah memastikan bahawa murid-murid dibawah jagaan guru
tidak membuat kekacauan kepada murid lain dan tidak menggangu sebarang aktiviti yang telah di tetapkan
oleh guru.

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK), IPPM_2021


Tugasan Esei Semester 1

Ruangan ini untuk menjawab Soalan 1

1. (b) Tiga kesan positif penggunaan BBB dalam mengatasi masalah disiplin murid ialah :

i) Menarik perhatian murid-murid dalam pembelajaran, bagi mewujudkan susana pembelajaran yang
aktif dimana semua murid melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

ii) Pembelajaran berjalan dengan lancar, ianya dapat memupuk semangat kerjasama dikalangan murid
belajar secara berkumpulan. Contohnya, semasa belajar suku kata murid yang sudah fasih membaca
boleh membantu rakan yang masih lemah dalam penguasaan mengeja dan membaca.

iii) Murid-murid lebih produktif, murid tidak akan berasa takut dan malu dengan murid lain sebaliknya
akan sentiasa mencuba segala aktiviti yang diadakan berdasarkan kepda panduan yang telah ditetapkan
oleh guru, murid akan lebih berkeyakinan untuk bertanyakan kepada guru sekiranya mereka kurang
jelas tentang isi pelajaran yang diajarkan.

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK), IPPM_2021


Tugasan Esei Semester 1

Ruangan ini untuk menjawab Soalan 2

2. (a) Dua faedah perlaksanaan pra tahfiz kepada murid PASTI ialah :

i) Penekanan dalam aspek hafazan di peringkat awal adalah bagi memastikan setiap hafalan yang dihafal
oleh murid-murid mudah untuk diingati kerana pada setiap usia ini cepat dan mudah untuk mengingati.

ii) Murid dapat menghafaz juzuk amma dan surah-surah pendek, dengan menghafal surah-surah pendek
ini dapat membantu murid-murid menambahkan setiap bacaan surah pendek dalam alquran dan dalam
masa yang sama dapat membantu murid untuk membaca juzuk amma dalam setiap kali sembahyang.

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK), IPPM_2021


Tugasan Esei Semester 1

Ruangan ini untuk menjawab Soalan 2

2. (b) Tiga kaedah pengajaran dan pemudahcara (PdPc) dalam Pra Tahfiz ialah :

i) Kaedah pengulangan dan latih tubi secara berstruktur ialah murid diperkenalkan dengan surah-surah
kemudian ditekankan sebutan makhraj dan dikehendaki menghafal ayat dan gabungan ayat.

ii) Rangsangan dan motivasi minat secara konsisten ialah murid akan didedahkan dengan penceritaan berkaitan
dengan surah yang dibaca.

iii) Pengukuhan dan pemantapan hafalan ialah dengan menghafal ayat dari satu ayat ke satu ayat kemudian
dinilai mengikut bacaan masin-masing.

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK), IPPM_2021


Tugasan Esei Semester 1

Ruangan ini untuk menjawab Soalan 3

3. (a) Dua pakaian seorang guru PASTI iaitu :

i) Pakaian menepati syariah islah sebagaimana yang telah di sabdakan oleh Nabi S.A.W “ sesungguhnya
seseorang wanita apabila telah baligh tidak pantas dilihat tubuhnya kecuali wajah dan kedua telapak
tangannya”.

ii) Menutup aurat ialah guru-guru hendaklah berpakaian menepati syarat sebagaimana yeng telah ditetapkan
memakai tudung mestilah depan labuh sehingga pusat, belakang melepasi pinggul, kiri dan kanan tudung
mestilah melabuhi sehingga siku dan kain yang digunakan tidaklah terlalu lembut dan tidak terlalu keras.

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK), IPPM_2021


Tugasan Esei Semester 1

Ruangan ini untuk menjawab Soalan 3

3. (b) Tiga kepentinggan seorang guru menggunakan pakaian menepati syariat ketika mengajar ialah :

i) Kewajipan berpakaian dalam islam ialah islam menuntut setiap manusia itu berpakian menutupi auratnya.

ii) Mmenunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dengan bepakaian yang baik dan sopan akan
menjadikan murid lebih beradab dan menjadikan guru mereka sebagai contoh kepada mereka.

iii) Meningkatkan imej profesion perguruan PASTI ialah imej guru bukan sahaja membantu untuk menarik
perhatian tetapi ia juga mempunyai “kredit” kepada rakan-rakannya, ibu bapa dan murid. Orang dewasa
adalah contoh kepada anak-anak. Sebab itu perhatian khusus perlu diberikan terhadap penampilan seorang
guru.

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK), IPPM_2021

You might also like