You are on page 1of 7

TUGASAN ESEI

SEMESTER 1
Disediakan Oleh:

Nama GP : WAN NOR AIMI NAZIELA BINTI WAN MAMAT


No. Matrik : 21T04097
Nama PASTI/ Kawasan : PASTI AL IHSAN, HULU TERENGGANU
Negeri : TERENGGANU

Disediakan Untuk:

Majlis Peperiksaan Induk (MPI), IPPM

BIL SOALAN MARKAH


1 Soalan 1 (Bidang C)
2 Soalan 2 (Bidang D)
3 Soalan 3 (Bidang E)

Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK), IPPM_2021


Tugasan Esei Semester 1

Ruangan ini untuk menjawab Soalan 1

Dua contoh masalah disiplin di bilik darjah pelajar PASTI :

1) Mengganggu murid lain serta guru :


Secara umumnya, menjadi tanggungjawab seorang guru mestilah memainkan peranan yang
baik semasa mengajar. Antaranya ialah, guru mestilah mempunyai strategi dan teknik serta
penyampaian menarik dan ceria yang mampu memberi tindak balas yang baik sesuai dengan
tahap umur murid. Ini kerana, dengan pembelajaran yang menarik, murid dapat mengikuti
pembelajaran tanpa rasa jemu. Jika sebaliknya, murid yang super aktif dan cepat merasa bosan
akan mula menunjukkan perangai dan perubahan tingkah laku mereka kemudiannya akan
mengganggu murid lain serta guru yang sedang mengajar.

2) Murid datang lewat ke PASTI :


Murid yang datang lewat ke sekolah (PASTI) merupakan satu isu yang melibatkan oleh
pelbagai pihak. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi berlakunya masalah ini.
Antaranya ialah kesibukkan ibubapa yang berkerja, murid yang lewat bangun pagi akibat tidur
lewat malam, kurangnya sifat tanggungjawab dan disiplin dalam diri serta lain-lain hal yang
berkaitan. Oleh yang demikian, hal ini akan memberi kesan negatif kepada murid dan
menyebabkan murid juga ketinggalan pelajaran akademik mereka serta dapat menjejaskan
prestasi murid.

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK), IPPM_2021


Tugasan Esei Semester 1

Ruangan ini untuk menjawab Soalan 1

Tiga kesan positif penggunaan BBB dalam mengatasi masalah disiplin murid :

Terdapat banyak kesan positif penggunaan BBB dalam mengatasi masalah disiplin murid. Antara kesan
positif yang pertama ialah, murid-murid akan memberi sepenuh perhatian ketika guru sedang mengajar.
Dengan BBB yang sesuai dan pelbagai dapat menarik minat mereka untuk belajar ke pembelajaran
seterusnya. Selain itu, kesan positif yang kedua ialah, ia dapat meningkatkan perkembangan daya
berfikir murid-murid untuk mendalami setiap topik yang dibincangkan melalui BBB tersebut. Dengan
itu, ia dapat mewujudkan dalam diri murid-murid sifat rasa ingin tahu tentang sesuatu yang baru di
pelajari oleh mereka. Seterusnya kesan positif yang ketiga, ia juga dapat membantu murid-murid
terutama bagi murid yang lemah dalam pelajaran mereka untuk lebih cepat dan mudah memahami
suatu subjek yang di ajarkan dengan penggunaan BBB yang sesuai.

Kesimpulannya, penggunaan BBB ini amatlah di perlukan bagi guru-guru untuk memastikan sesi
pembelajaran berjalan dengan lancar dan tenang serta menjadikan suasana tenteram dan ceria. Selain
itu juga, masalah disiplin murid-murid dapat di kurangkan di kalangan mereka. Dengan harapan, kita
dapat melahirkan generasi yang cemerlang di dunia mahupun di akhirat.

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK), IPPM_2021


Tugasan Esei Semester 1

Ruangan ini untuk menjawab Soalan 2

Dua faedah perlaksanaan Pra Tahfiz kepada pelajar PASTI :

Merujuk hadis di atas, terdapat banyak faedah-faedah perlaksanaan Pra Tahfiz kepada pelajar PASTI
antaranya ialah :

1) Murid dapat mengenali dan menghafal surah yang ditetapkan


Murid dapat mengenali dan menghafal surah yang ditetapkan dengan fasih dan bertajwid
dengan bimbingan guru serta ibubapa di rumah. Dengan itu, murid akan lebih cepat menguasai
Al-Quran serta lebih berminat mempelajari Al-Quran pada usia muda mereka.

2) Murid dapat mengambil pengajaran daripada ayat-ayat yang di hafal


Murid dapat mengambil pengajaran daripada ayat-ayat yang di hafal dalam aspek keimanan dan
akhlak mereka. Dengan itu, peribadi murid akan lebih mudah dibentuk secara baik dan akan
cenderung ke arah kebaikan.

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK), IPPM_2021


Tugasan Esei Semester 1

Ruangan ini untuk menjawab Soalan 2

Tiga kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam Pra Tahfiz :

Berikut adalah tiga kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam Pra Tahfiz :

1) Kaedah pengulangan dan latih tubi secara berstruktur


Kaedah ini mempunyai beberapa langkah. Langkah yang pertama ialah memperkenalkan surah.
Guru memperkenalkan surah dan bilangan ayat yang terdapat dalam surah serta menceritakan
kandungan surah tersebut. Langkah yang kedua, menekankan sebutan makhraj. Guru menyebut
bacaan secara berperingkat-peringkat bagi setiap potongan ayat dan membaca ayat secara terus
kemudian mengulang semula kaedah yang sama pada ayat-ayat seterusnya. Seterusnya langkah
yang ketiga, menghafal ayat dan gabungan ayat. Guru membaca ayat pertama diikuti oleh murid
secara berulang-ulang kemudian beralih pada ayat yang kedua seterusnya menggabungkan
bacaan ayat pertama dan kedua secara berulang-ulang.

2) Kaedah pengukuhan dan pemantapan hafalan


Kaedah ini mempunyai dua langkah iaitu menghafal ayat dan membuat penilaian. Guru
membaca surah yang telah di hafal dari satu ayat kepada satu ayat di ikuti oleh murid secara
berulang-ulang. Di akhir penilaiannya, murid membaca keseluruhan ayat beramai-ramai
berpandukan kad imbas keratan ayat dengan bimbingan guru.

3) Kaedah rangsangan dan motivasi minat secara konsisten


Kaedah ini adalah bercerita. Guru bercerita perihal surah yang di baca oleh murid-murid dengan
memberi kefahaman yang baik serta terapkan nilai-nilai murni agar mereka dapat aplikasikan
dalam kehidupan seharian mereka.

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK), IPPM_2021


Tugasan Esei Semester 1

Ruangan ini untuk menjawab Soalan 3

Dua pakaian seorang Guru PASTI :

1) Memakai tudung yang labuh menutupi dada serta tidak jarang


Sebagai seorang guru, kita mestilah menunjukkan peribadi dan akhlak yang baik kepada murid-
murid terutama dari segi berpakaian. Memakai tudung labuh menutupi dada bukan sahaja ciri-
ciri yang perlu ada pada seorang guru malah ia adalah sebahagian tuntutan dalam Islam.

2) Memilih baju yang longgar serta tidak menarik perhatian


Memilih baju yang longgar dan mengenakan warna yang sesuai serta tidak menarik perhatian
orang di sekeliling adalah amat di tuntut sebagai seorang guru PASTI. Ini kerana, ia juga
merupakan satu kebajikan berdakwah melalui pakaian kepada orang ramai. Selain itu, ia dapat
membawa imej yang baik dan elok dalam menampakkan jati diri seorang muslimah.

Kesimpulannya, berfesyen adalah dibenarkan tetapi mestilah mengikut garis panduan etika
seorang guru serta yang telah di atur dan di tetapkan dalam Islam.

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK), IPPM_2021


Tugasan Esei Semester 1

Ruangan ini untuk menjawab Soalan 3

Tiga kepentingan seorang guru menggunakan pakaian menepati syariah ketika mengajar :

Di antara kepentingan seorang guru menggunakan pakaian menepati syariah ketika mengajar ialah
dapat menunjukkan satu contoh yang baik kepada murid-murid tentang tatatertib berpakaian yang
sebenar. Selain itu, ia dapat menarik minat murid-murid untuk mengikuti imej yang dibawa oleh guru
tersebut. Seterusnya ia dapat menanamkan sifat disiplin serta tanggungjawab dalam diri dalam
mengamalkan nilai-nilai murni dari sudut perspektif Islam.

Kesimpulannya, untuk melahirkan murid-murid yang baik dari segi peribadi, akhlak serta pertuturan,
guru hendaklah terlebih dahulu menunjukkan serta mengaplikasikan kepada murid-murid agar mereka
dapat mengikuti perkara baik tersebut. Seiring dengan mencapai visi PASTI iaitu ‘Melahirkan kanak-
kanak soleh pintar di Malaysia melalui pendidikan prasekolah berteraskan Islam’.

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK), IPPM_2021

You might also like