You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2019 SEMESTER 4)
TUGASAN 1
NAMA MUHAMAD HAFIZAIN BIN MAT JAIZ

ANGKA GILIRAN 2019192340027

NO KAD PENGENALAN 000117-03-1493

KUMPULAN E2

NAMA KURSUS PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL

KOD KURSUS ELMK3072

TAJUK TUGASAN LAPORAN PBS

NAMA PENSYARAH PUAN KRISHNA KUMARI A/P JUVAL

TARIKH HANTAR 5 MAC 2021

TARIKH MENERIMA MAKLUM


BALAS
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas segala limpahan kurnia-Nya selama saya
bernafas di bumi-Nya. Dengan izin Allah, segala urusan dalam menyiapkan kerja kursus
untuk kursus Perancangan dan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Moral ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi perhargaan untuk pensyarah saya, Puan Krishna Kumari A/P Juval
di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan beliau selama ini. Terima kasih juga kepada ahli
keluarga saya yang tidak pernah putus memberi semangat serta sokongan dari segi
moral dan kewangan untuk menjalankan kerja kursus ini.

Tidak dilupakan juga rakan-rakan kelas E2 yang sudi membantu saya dalam
memberi buah fikiran dan berkongsi maklumat kepada saya.

Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak yang telah
membantu saya secara langsung dan tidak langsung. Semoga mereka sentiasa berada
dalam lingkungan rahmat-Nya.
KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1

2.0 Laporan PBS 1-5

3.0 Rumuasan 5
1.0 Pengenalan

Bahan Bantu Mengajar (BBM) ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh
guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas.
Peralatanmengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan
gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam
pengajaranyang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan
sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Menurut
Kamarul Azmi & Ab. Halim (2007), pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang efektif
dapat dilihat melalui sejauh mana kebolehan guru-guru dalam menghasilkan P&P yang
interaktif.

Guru yang kreatif dan inovatif dalam P&P boleh dijadikan perintis kepada guru-
guru yang lain kerana menggunakan sesuatu yang baru hasil daripada idea pemikiran
sendiri ataupun adaptasi BBM sedia ada. Kehadiran BBM menjadikan fungsi guru
sebagai pemudah cara serta meningkatkan keberkesanan pembelajaran berpusatkan
pelajar dengan hanya 25 peratus penglibatan guru di dalam kelas. Namun amalan
penggunaan BBM yang efektif ini masih belum dilaksanakan secara maksimum
memandangkan keperluan guru memberikan masa, tenaga dan wang ringgit untuk
menyediakannya (Sufean Hussin et al, 2005). Bahan bantu mengajar menjadi salah satu
pelengkap untuk membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bahan bantu mengajar dilihat menjadi aspek penting dalam pembelajaran kerana bahan
bantu mengajar yang penuh dengan kreativiti ini mampu membantu murid meningkatkan
daya rangsangan ketika belajar. Pelbagai bahan yang boleh dijadikan sebagai bahan
bantu mengajar, bukan sahaja buku teks, gambar-gambar atau papan hitam malah
terdapat banyak lagi bahan bantu mengajar sesuai dengan perkembangan semasa.

2.0 Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Pada 14 hingga 18 Mac 2021, saya telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Jerteh, Terengganu. Menurut Hj.
Ab. Latip bin Idris & Hj. Abd. Ghani bin Taib (2005), Program Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) merupakan satu komponen kursus mata pelajaran major bagi Kursus
Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) sekolah Rendah yang berkuat kuasa pada Januari 2003.
PBS ialah salah satu inisiatif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia ke atas para
guru pelatih untuk mendapatkan pengalaman selama seminggu di sekolah bagi
menghadapi praktikum pada semester-semester berikutnya. PBS merupakan Program
yang akan beri peluang kepada pelajar PISMP Semester dua, tiga dan empak melihat

1
dan mengenali suasana sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di
dalam bilik darjah. PBS ini akan dijalankan selama seminggu (5 hari persekolahan) dan
dijalankan sebanyak tiga kali. Jadi, PBS ini adalah landasan awal untuk kita melihat
suasana sekolah sebagai guru pelatih.

Berdasarkan PBS yang telah dijalankan pada semester ini iaitu semester empat,
saya telah memerhatikan pelbagai bahan bantu mengajar (BBM) yang telah digunakan
oleh guru di sekolah untuk membantu memudahkan proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Bagi menyiapkan tugasan ini, saya telah
meminta izin seorang guru Pendidikan Moral tahun 5M iaitu Cik Ng Lai Jun untuk melihat
proses PdP yang dijalankannya dan juga melihat BBM yang digunakan semasa
mengajar. Tema yang dipilih oleh guru tersebut iailah Keberanian dan tajuk yang dipilih
ialah berani menegakkan kebenaran. Standard Kandungan (SK) dan Standard
Pembelajaran (SP) adalah seperti berikut:

SK SP
9.1 Mengamalkan sikap berani 9.1.1 Mengenal pasti cara menyuarakan
menyuarakan pandangan yang membina pandangan yang membina terhadap jiran
terhadap jiran.
9.1.2 Menerangkan kepentingan
menyuarakan pandangan yang membina
terhadap jiran
9.1.3 Meramalkan perasaan apabila
menyuarakan pandangan yang membina
terhadap jiran

Antara bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru tersebut ialah video dan
audio. Video ini digunakan pada set induksi yang bertajuk ‘Saya Berani Kerana Benar’
yang diambil daripada Youtube. Video tersebut ditayangkan menggunakan LCD dan
computer di hadapan kelas supaya semua murid dapat menyaksikan dengan jelas. Guru
pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran
menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar. Hal ini
disokong juga oleh kajian yang dilakukan Hamdan dan Surizan (2010) iaitu Bahan Bantu
Mengajar (BBM) yang direka cipta seperti jangka sudut khas dapat meningkatkan dan
mempercepatkan lagi proses pemahaman konsep dan penguasaan topik
penjelmaan kerana pelajar dapat mengaplikasikan sendiri dengan menggunakan bahan
maujud untuk direalisasikan dalam kemahiran topik penjelmaan khususnya subtopik
putaran.Video ini memaparkan seorang kanak-kanak yang berani mempertahankan
kebenaran. Penggunaan video dalam PdP sangat penting dan merupakan salah satu

2
cara yang mudah untuk menunjukkan sesuatu nilai yang baik yang ditunjukkan oleh
watak dalam video. Selain itu, terdapat juga bahan audio yang digunakan menggunakan
speaker. Bahan audio ini merupakan sebuah lagu yang menggambarkan sifat
keberanian. Lagu tersebut dimainkan sebelum guru menamatkan PdP. Hal ini kerana
sebelum PdP berakhir, guru perlu melakukan perkara yang seronok setelah murid penat
belajar dan boleh bersama-sama memyanyi. Seterusnya, guru tersebut menggunakan
buku teks sebagai rujukan untuk melakukan aktiviti. Hal ini kerana, di dalam buku teks
terlalu banyak kandungan ayat sehingga boleh menimbulkan rasa bosan dalam diri
pelajar. Di samping itu, penggunaan gambar yang menunjukkan sesuatu situsai diberikan
kepada pelajar dalam langkah dua pengajaran. Melalui aktiviti ini, muri perlu melakonkan
situasi yang terdapat di dalam gambar tersebut.

Setelah menjalani PBS, saya dapat mengetahui bahawa penggunaan bahan


bantu mengajar sangat penting dan mempunyai banyak kebaikkannya kepada guru dan
murid. Kebaikan penggunaan bahan bantu mengajar ini dapat merangsang minda murid
untuk belajar. Di sekolah penggunaan buku teks sebagai bahan bantu mengajar memang
tidak asing lagi. Namun, sejauh manakah penggunaan buku teks ini mampu merangsang
minda murid. Sekiranya, guru mempelbagaikan bahan bantu mengajar mereka dengan
mengedarkan bahan bacaan bergred yang menarik mampu memberikan kelainan untuk
murid. Bahan bantu mengajar penting untuk menarik minat murid dan menjadi instrumen
dalam membantu pemahaman murid. Bahan bantu mengajar dikatakan dapat
merangsang minda para murid juga memberi sumbangan yang besar dalam
meningkatkan mutu pembelajaran. Secara tidak langsung, bahan bantu mengajar ini
mampu membantu para guru untuk menyelesaikan kaedah pengajaran yang sentiasa
berubah. Saridah (2006) pulamenyatakan bahan bantu mengajar sesuatu mata pelajaran
seperti perisian multimedia dapat menyokong pembelajaran kendiri. Perisian perisian
memberi peluang kepada pelajar untuk memilih maklumat yang disukai mengikut
kebolehan masing-masing kerana pelajar dapat memilih masa, kandungan serta hala
tuju pembelajaran dengan kadar yang cepat.

Kedua, bahan bantu mengajar dilihat dapat mencetuskan minat murid.


Penggunaan bahan bantu mengajar yang berbeza boleh menarik minat murid untuk
belajar. Menurut Mohd. Izham et. al. (2007), pelajar menjadi lebih seronok dan tidak
bosan dengan P&P guru kerana terdapat sesuatu yang baru setiap kali penyampaian
P&P mereka Hal ini kerana, peralatan yang digunakan dapat menjadi penggalak dalam
penyampaian pelajaran. Sebagai contoh, seorang guru yang masuk ke kelas dengan
membawa sebuah kotak atau kad-kad yang berwarna-warni jelas menimbulkan tanda
tanya dalam diri murid. Secara tidak langsung, cara ini mencetuskan minat murid untuk
belajar kerana keterujaan dengan bahan bantu mengajar yang dibawa oleh guru tersebut.
3
Jika penggunaan bahan bantu mengajar dan penyampaian yang dibuat oleh guru adalah
jelas dan teratur, adalah tidak mustahil untuk mencetuskan minat dalam diri murid untuk
belajar meskipun berada di kelas yang lemah. Penggunaan bahan bantu yang sesuai
jelas akan mendorong minat murid untuk melalui proses pembelajaran yang
menyeronokkan.

Seterusnya, penggunaan bahan bantu ini dapat menghasilkan proses pengajaran


dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Kaedah pengajaran yang dibuat berbeza
dengan kelas-kelas sebelumnya yang lebih kepada buku teks jelas dapat menghasilkan
suatu suasana pembelajaran yang lebih efektif. Sebagai contoh, penggunaan bahan
bantu mengajar berdasarkan multimedia amat digalakkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran abad ini. Bahan bantu mengajar berdasarkan multimedia membantu murid
untuk mengingat sesuatu perkara apabila dipaparkan gambar yang mampu menarik
perhatian mereka Hal ini dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan
mudah, cepat dan berkesan.

Guru cemerlang yang dimaksudkan dalam tulisan ini merujuk kepada guru yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran
khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa
berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
cemerlang secara berterusan (Guru Cemerlang, Kementerian Pelajaran Malaysia [KPM].
2011). Bahan bantu mengajar bukan sahaja dapat menarik minat para murid malah dapat
membantu mengetengahkan konsep. Pemilihan bahan bantu mengajar yang baik akan
menjadi bahan bantu yang berkesan buat pelajar. Oleh itu, dengan adanya bahan bantu
mengajar guru-guru dapat mengetengahkan konsep pembelajaran supaya lebih mudah
diterimaa dan diaplikasikan oleh para pelajar sesuai kebolehupayaan setiap murid
tersebut.

3.0 Rumusan

Kesimpulannya, Guru haruslah memainkan peranan penting dalam proses


pengajaran dan pembelajaran supaya berjaya mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
danintelek.Oleh itu, guru mestilah memainkan peranan yang penting bagi
merealisasikannyadenganmenjalankan tanggungjawab mereka dengan mendidik pelajar-
pelajar dengan sebaiknya agar menjamin pelajarnya menguasai apa yang diajar.
Antaranya, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran oleh guru yang mengajar Pendidikan Moral. Guru perlu menggunakan cara

4
mengajar yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan tahap kreatviti pelajar. Pendidikan
Moral merupakan pendidikan yang wajib diambil oleh pelajar bukan Islam. Sukatan
Pelajaran Pendidikan Moral mengandungi banyak nilai-nilai murni yang dapat
membentuk jati diri pelajar dalam kehidupan seharian. Oleh itu, BBM ini dapat membantu
guru menerangkan sesuatu perkara, nilai dan konsep isi kandungan pembelajaran
dengan lebih tepat berbanding penerangan secara lisan. Menurut Amir Hasan (2002),
dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek
yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu
sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan bahan bantu mengajar)
bagi meransang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. BBM adalah
penting dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat meransang minat yang
tinggi kepada pelajaruntuk belajar

5
RUJUKAN

Ab. Latip bin Idris & Hj. Abd. Ghani bin Taib (2005), Keberkesanan Program Pengalaman
Berasaskan Sekolah Berdasarkan Persepsi Guru Pelatih KPLI Sekolah Rendah,
MPPM Ambilan 2003: Satu Tinjauan. Maktab Perguruan Perempuan Melayu
Melaka.

Abdull Sukor Shaari. (2008). Guru Berkesan: Petua Dan Panduan. Sintok: Penerbit
Universiti Utara Malaysia.

Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia [KPM]. (2011). Bahagian Grafik
Buku Teks.

Charlie Anak Ungang. 2008. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas
Membaca di Kelas Pemulihan: Kajian Kes di Lima Buah Sekolah Daerah Serian
dalam Jurnal Penyelidikan IPBL. Miri: Jilid 8.

Cohen L., Manion L., and Morrison K. (2007). Research Methods in Education. (6th Ed.).
USA: Routledge.

Kamarul Azmi Jasmi. (2010). Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di
Malaysia: Satu Kajian Kes. Tesis PhD, UKM.

Monique Volman. (2005). A Variety of Roles for a New Type of Teacher Educational
Technology and the Teaching Profession. In Journal of Teaching and teacher
education 21.

Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud, Faizah Ahmad. (2002). Aplikasi TM Dalam


Pembelajaran Penulisan Ilmiah: Tinjauan Dari Aspek Kemahiran Dan Persepsi
Pelajar. Dalam Prosiding Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Miri: IPG
Kampus Batu Lintang.

6
Lampiran

You might also like