Professional Documents
Culture Documents
Sinopsis Unit ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui, memahami, dan mengaplikasikan konsep-konsep pemulihan dan pengayaan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Tajuk-tajuk yang diliputi ialah konsep pemulihan dan pengayaan, langkah-langkah pelaksanaan, aktiviti-aktiviti pemulihan dan pengayaan, dan cara penyimpanan rekod.
Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: i. ii. iii. iv. memahami sejelas-jelasnya konsep pemulihan dan pengayaan; membuat refleksi tentang masalah pembelajaran Bahasa Melayu melalui pengamatan dan pengalaman di bilik darjah; merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pemulihan dan pengayaan dalam pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah; menjelaskan teknik penyimpanan rekod pembelajaran murid bagi tujuan melaksanakan aktiviti pemulihan.
Anda digalakkan melaksanakan aktiviti bacaan luas dengan mengakses maklumat di internet atau merujuk sumber bacaan yang berautoriti tentang aspek-aspek pemulihan dan pengayaan dalam konteks pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu.
TAJUK 1.1
PEMULIHAN
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246) Pulih bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). Pemulihan bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu. Blair (1956) Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi menghalangnya dapat diatasi. kemahiran. O. C. Simpson (1975) Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan biasa. Syarifah Alawiah Alsagoff (1983) Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa. dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran keperluan
kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan
Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.
Rumusan Konsep Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program pemulihan ini bertujuan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa. Anda mungkin seorang yang suka akan cabaran. Cuba anda layari lelaman yang berkaitan untuk mengenal pasti judul buku yang ditulis oleh penulis yang dikemukakan di halaman 2. Selamat mencuba, semoga berjaya.
Anda telah mendapat maklumat asas tentang konsep pemulihan. Fahamkah anda konsep ini? Untuk memantapkan pemahaman anda, sila rujuk sumber-sumber yang berkaitan di perpustakaan. Catat maklumat baru yang anda peroleh itu.
1.1.2. Program Pemulihan ... Setiap murid adalah berbeza antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah... (Buku Panduan Am KBSR, 1982) Menurut Ab. Rahman, et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira). Mereka ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik-baik sahaja masalah mereka dapat dikesan dan dikenal pasti.
Ab. Rahman et. al. (1997) menjelaskan lagi, bahawa program pemulihan perlu dilaksanakan kepada murid yang menghadapi masalah pembelajaran, iaitu mereka yang memperoleh pencapaian di bawah paras yang sepatutnya. Murid-murid seumpama ini ada di semua peringkat persekolahan, baik di luar bandar mahupun di bandar. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid ini mungkin berupa masalah yang ringan, dan pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas biasa. Bagi murid-murid yang menghadapi masalah yang berat dan kompleks, mereka akan dikelolakan oleh guru khas pemulihan di kelas khas. Sebaik-baik sahaja kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau konsep dipulihkan, murid-murid yang diajar oleh guru pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik di kelas khas akan dihantar semula ke kelas biasa. Sementara muridmurid pemulihan di kelas biasa, akan diubahsuai kedudukan di dalam kelas ke kumpulan mengikut kebolehan berdasarkan prestasi dari semasa ke semasa. 1.1.2.1. Objektif Pendidikan Pemulihan
1. 2. 3. 4. 5. 6.
Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahirankemahiran tertentu; Memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif terhadap pembelajaran; Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran; Membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan cara mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan mereka; Membolehkan murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu; Membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah;
7.
Membolehkan masing-masing.
murid
meneruskan
pelajaran
mereka
dalam
sistem
persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan Anda telah meneliti konsep pemulihan dan objektif pendidikan pemulihan. Terjemahkan kefahaman anda itu menerusi lakaran peta konsep yang bersumberkan objektif di atas. Gunakan kreativiti anda. Selamat mencuba!
Bagaimanakah pemahaman anda sekarang? Semakin meningkat atau tiada perubahan apa-apa? Sila layari lelaman yang sesuai dan perkayakan lagi maklumat tentang pemulihan.
Berdasarkan bahan yang telah anda baca di atas, teliti rasional pemulihan di bawah.
RASIONAL PEMULIHAN
Kanak-kanak keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran dan memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang bagi membolehkan mereka belajar seperti murid biasa. Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu mereka menghadapi proses pembelajaran seterusnya.
1.1.2.2. Jenis-Jenis Pemulihan Pemulihan Khas (Masalah Pembelajaran Kompleks) Pemulihan jenis ini dijalankan di bilik darjah khas oleh guru khas yang terlatih dalam bidang ini. Murid-muridnya terdiri daripada mereka yang yang gagal menguasai 3M, yang telah dikenal pasti melalui Ujian Saringan. Pemulihan Bahasa Melayu di Bilik Darjah (Masalah Pembelajaran Ringan) Pemulihan jenis ini pula dijalankan di dalam bilik darjah biasa oleh guru biasa. Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dikenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti pemulihan dijalankan secara semerta. 1.1.2.3. Ciri-Ciri Murid Pemulihan 1. Lemah dalam penguasaan 3M 2. Lemah dalam pemikiran tentang konsep yang abstrak 3. Lemah dari segi koordinasi mata dan tangan 4. Singkat tahap tumpuannya 5. Kurang keyakinan diri 6. Lambat bertindak balas 7. Gagal dalam ujian 8. Sukar menguasai pelajaran dalam masa yang ditentukan 9. Lemah dari segi ingatan pendengaran dan ingatan penglihatan 10. Rendah darjah kecerdasannya berbanding dengan rakan sebayanya 11. Seringkali sakit 12. Kerap ponteng sekolah 13. Kurang terlibat dalam aktiviti pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah 14. Bermasalah tingkah laku 15. Sukar mengawal emosi
1.1.2.4. Banding Beza Pemulihan Biasa dengan Pemulihan Khas Pemulihan Biasa guru ada asas latihan keguruan Pemulihan Khas ada asas perguruan dan kursus khas dijalankan pada waktu tertentu hanya melibatkan mata-mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik
dijalankan semasa proses p - p kelas biasa perlu pada setiap mata pelajaran yang diajar
Pemulihan Biasa
Pemulihan Khas
murid kekal di dalam kelas semasa sesi pemulihan ujian bulanan atau penggal tidak perlu ujian saringan atau diagnostik
murid perlu masuk kelas khas untuk sesi pemulihan ujian pencapaian bagi setiap kemahiran perlu ujian saringan dan diagnostik penyimpanan segala rekod berkenaan murid amat penting murid akan balik ke kelas biasa setelah berjaya menguasai kemahiran pemulihan dilakukan secara khusus keutamaan murid tahap dicalonkan oleh guru kelas 1 yang
tidak memerlukan rekod yang terperinci kekal dalam kelas pemulihan umum dilakukan secara
pemulihan berdasarkan kelemahan tertentu yang dikesan oleh guru bilangan murid tidak dihadkan jadual berdasarkan pelajaran yang diajar mata
perlu merujuk kepada AJK perancangan kurikulum sekolah bilangan murid maksimum 15 orang jadual ditentukan sendiri oleh guru pemulihan perlu merujuk kepada AJK perancangan kurikulum sekolah
Daripada maklumat banding beza di atas, cuba anda rumuskan konsep pemulihan. Kemudian, rujuk guru pemulihan di sekolah tempat anda bertugas sekarang. Bandingkan maklumat di atas dengan perjalanan program pemulihan di sekolah anda. 1.1.2.5. Contoh Masalah Murid Pemulihan
1. Kemahiran Lisan Kosa kata yang terhad Menggunakan dialek Menggunakan bahasa ibunda Lemah dalam kesantunan berbahasa
berubah: a A, b B
Keliru pada huruf yang hampir sama: b d , m, w Keliru pada huruf-huruf besar dan kecil yang
Masalah disleksia: [kail] [kali], [dada] dibaca [baba] Tidak dapat membatangkan suku kata tertutup Tidak dapat membatangkan perkataan yang
mengandungi lebih daripada dua suku kata Membaca secara berlagu Lemah ingatan penglihatan Tidak faham bahan yang dibaca Sukar membuat hubung kait Tidak dapat membuat urutan 3. Kemahiran Menulis
Kecondongan dan bentuk huruf tidak tekal Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk Salah ejaan Kosa kata yang terhad Aliran pemikiran tidak lancar Lupa format penulisan Lemah dalam penyampaian idea Ayat yang tidak gramatis Lemah dalam penggunaan tanda baca Anda masih o.k? Marilah kita mantapkan lagi pemahaman tentang
pemulihan. Cuba uji (hubung kaitkan) maklumat di atas dengan seorang murid anda. Catat kelemahan yang dihadapi oleh murid anda itu.
1. Kenal pasti dan menganalisis: murid bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian; masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui Ujian Saringan dan Diagnostik; punca masalah dari aspek fizikal, intelek, dan emosi yang mengganggu pembelajaran. 2. Merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi. 3. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran. 4. Melaksanakan aktiviti pemulihan yang telah dirancang. 5. Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang telah dicapai. 6. Menjalankan tindakan susulan seperti memindahkan semula murid berkenaan ke dalam kumpulan murid yang biasa atau merancang semula aktiviti pemulihan yang baru sekiranya murid berkenaan belum pulih. Langkah-langkah yang dinyatakan di atas boleh digrafikkan sebagaimana rajah yang berikut:
membuat penilaian
tindakan susulan
1.1.3.1. Strategi Pengajaran Pemulihan 1. Strategi Kumpulan: Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang sama; Guru boleh merancang dan menjalankan pengajaran pemulihan untuk murid-murid yang bermasalah; Murid-murid lain akan menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan oleh guru. 2. Strategi Individu: Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan; Guru boleh bergilir-gilir membetulkan kesalahan murid secara individu; Murid-murid lain menjalankan aktiviti pengukuhan; Guru boleh menggalakkan murid cerdas mengajar murid-murid bermasalah secara individu. Daripada strategi yang dikemukakan di atas, bina satu senarai semak tentang cara mengajarkan kelas pemulihan, dari segi individu atau kumpulan. Syabas, anda bersedia melaksanakan tugasan ini.
1.1.3.2. Aktiviti-Aktiviti Pemulihan 1. Menekap 2. Menulis di udara atau di atas pasir 3. Menyalin huruf atau perkataan
10
4. Mencari gambar tersembunyi 5. Menulis urutan huruf atau perkataan 6. Penggunaan warna untuk membuat diskriminasi huruf 7. Mencari perkataan tersembunyi 8. Mencari jalan keluar 9. Latihan membaca nyaring -- rakam dan perdengarkan semula 10. Pandang dan sebut 11. Ltihan mengeja -- imlak 12. Latih tubi pemintal lidah pasangan minimal bersambut rajah tukar ganti padanan mudah
13. Teka silang kata 14. Jigsaw 15. Permainan menyampaikan pesanan -- uji ingatan dan pendengaran 16. Permainan kim -- uji ingatan dan pendengaran 17. Mendiskriminasikan bunyi 18. Karangan berpandu 19. Cerita bergambar 20. Menyusun ayat atau perenggan atau gambar mengikut urutan 1.1.3.3. Latihan Aktiviti-aktiviti Pemulihan Senario I Beberapa orang murid Tahun 2 anda masih tidak dapat mendiskriminasikan huruf /b/ dan /d/. Tindakan: Sediakan langkah-langkah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut. Senario 2 Apabila diminta membaca petikan secara mekanis, murid murid di kelas 4A didapati membaca secara berlagu. Tindakan: Sediakan langkah-langkah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.
11
Senario 3 Anda mengajar di sebuah sekolah di kawasan pedalaman. Anda dapati, kebanyakan murid kelas anda berinteraksi dengan menggunakan dialek daerah. Tindakan: Sediakan langkah-langkah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut. Senario 4
Sa ya a d a k u cin g
Teliti contoh tulisan seorang murid anda. Tindakan: Kenal pasti masalah murid berkenaan dan cadangkan aktiviti pemulihan untuknya.
Bagaimanakah latihan yang diberikan? Semoga anda masih selesa mengikuti modul ini. Catatlah maklumat tindakan anda itu supaya rakan sekursus anda dapat berkongsi semasa tutorial kelak. Anda mungkin letih setelah meneliti dan melaksanakan tugasan berkaitan modul ini. Berehatlah dahulu. Dalam pada itu, fikirkan pula tindakan-tindakan yang anda cadangkan di atas, sama ada sesuai atau tidak dengan konsep pemulihan.
Guru-guru pemulihan dikehendaki menyimpan rekod murid ke dalam fail murid yang mengandungi: 1. borang pencalonan 2. borang latar belakang murid pemulihan 3. borang pengumpulan maklumat 4. ujian saringan dan ujian diagnostik 5. lembaran kerja 6. hasil penilaian yang dijalankan / prestasi murid 7. laporan kesihatan 8. maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan murid pemulihan 12
Bagaimana dengan keadaan di sekolah anda? Adakah semua rekod di atas terdapat di sekolah anda? Anda dicadangkan membuat simpanan sendiri borang-borang berkenaan sama ada dalam cakera keras (cd) atau cakera liut (disket).
(a) Pencalonan Anda Untuk program pemulihan, sila calonkan murid-murid yang anda fikir: a. perlu kepada pemulihan; b. boleh mendapat manfaat daripada kelas khas jika setiap hari diberikan latihan/kerja kemahiran-kemahiran asas Bahasa dan Matematik. Sila isikan borang ini mengenai tiap-tiap murid yang anda calonkan untuk program pemulihan. Nama Murid:_________________________________________________________ Jantina:________________Kelas:_______________Umur:____________________ Alamat Rumah:_______________________________________________________ Nama Guru Kelas:_____________________________________________________ Tanda tangan :__________________________
13
Ya
Tidak
B. KEMAHIRAN MENGIRA a. Murid boleh bilang 1 10 b. Murid boleh bilang 11 99 c. Murid boleh kenal 1 - 10 d. Murid boleh kenal 11 - 100 e. Murid boleh padankan objek dalam lingkungan 1 10 f. Murid boleh buat operasi tambah asas 1digit dengan 1digit g. Murid boleh buat operasi tambah mengumpul semula h. Murid boleh buat operasi tolak mengumpul semula i. Murid boleh buat operasi darab yang mudah j. Murid boleh buat operasi bahagi yang mudah C. a. b. c. TINGKAH LAKU DI DALAM KELAS Menumpukan perhatian Ikut arahan Bertindak balas
Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya
Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak
Ya Ya Ya Ya Ya Ya
d. Selalu bising e. Selalu mengacau ketenteraman kelas f. Selalu tidak hadir g. Berkawan
Tandatangan:___________________________
2. Contoh Borang Latar Belakang Murid Pemulihan A. LATAR BELAKANG UMUM Nama:______________________________________________________________
14
Umur:____tahun____bulan Tarikh Lahir:__________________________________ Tempat Dilahirkan:____________________________________________________ Jantina:_________________ Agama:__________________________________ Tarikh Masuk Sekolah:______________________ Alamat Rumah:______________________________________________________ Bandar/Luar Bandar:_______________Jauh dari sekolah:____________________ Cara ke sekolah:_____________________________________________________ Pekerjaan Bapa/Penjaga:______________________________________________ Latar Belakang Pendidikan:____________________________________________ (sekolah rendah, menengah, maktab, universiti) Tinggal dengan siapa: _______________________________________________ Bahasa Ibunda:_____________Bahasa yang digunakan di rumah:_____________ Bilangan kanak-kanak di rumah:________Lelaki:________Perempuan:________ Bilangan penghuni rumah:_______ Kedudukan dalam keluarga:________________ (sulung,tunggal,bongsu, dan sebagainya) Bilangan anak bersekolah dalam keluarga:_________________________________ Bantuan belajar di rumah:______________________________________________ Pengalaman prasekolah:_______________________________________________ B. MAKANAN DI RUMAH Sarapan Makan Tengah Hari Makan Malam Ada Ada Ada Tiada Tiada Tiada
C. ALAT UNTUK MASA LAPANG SERTA PENDIDIKAN UMUM DI RUMAH Permainan: 1. Luar Rumah:____________________________________________________ 2. Dalam Rumah:__________________________________________________
15
Bahasa: ______________________________________ Bahasa: ______________________________________ Bahasa:_______________________________________ D. RUMAH / PERABOT Kuasa Elektrik: Kerusi: Meja: Ada Ada Ada Tiada Tiada Tiada
Bekalan Air: Paip / Telaga / Tali Air / Lombong Jumlah Bilik: ________________ Jenis Rumah:______________________________ Tanda Tangan:__________________________ Nama Guru:_________________________ *Potong mana yang tidak berkenaan 3. Contoh Borang Pengumpulan Maklumat
Nama Murid: _____________________________________________ Kelas:___________________________________________________ Komen Mengenai Rekod:____________________________________ ________________________________________________________ Perseorangan:_____________________________________________ ________________________________________________________ Akademik (Termasuk dalam Borang Pencalonan) ________________________________________________________ ________________________________________________________ Perbincangan dengan Guru Besar_____________________________ ________________________________________________________ Perbincangan dengan Guru Kelas _____________________________ ________________________________________________________ Perbincangan dengan ibu bapa / penjaga: ______________________ ________________________________________________________ Pemerhatian Guru Pemulihan:_______________________________________________ ________________________________________________________
16
________________________________________________________ Komen Umum:____________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ Keputusan: Murid ini DITERIMA / TIDAK DITERIMA untuk mengikuti program pemulihan di kelas khas.
Jabatan Pendidikan Khas (1999) :Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas
4. Contoh Borang Skor Individu Nama Murid: _______________________________________________________ Tahun: ____________________________ Kod Elemen: Membaca Bil.
1. 2. 3.
Item
Kebolehan mengecam huruf Kebolehan menamakan huruf Kebolehan membunyikan vokal
Catatan
17
4. 5.
6. 7. 8.
Kebolehan menguasai suku kata KV, KVK, KVKK Kebolehan membaca dan memahami perkataan VKV, KVKV, VKVK, dan perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding dan konsonan bergabung Kebolehan membaca dan memahami perkataan Kebolehan membaca dan memahami pelbagai jenis dan bentuk ayat Kebolehan membaca dan memahami perenggan
Petunjuk: O = Omit B = Belum (Belum menguasai perkara yang ditaksirkan) A = Asas (Menepati kriteria: Penguasaan terhadap sesuatu konstruk pada peringkat asas berpandukan kriteria yang telah ditetapkan) T = Tinggi (Penguasaan terhadap sesuatu konstruk yang melebihi daripada kriteria yang perlu ditetapkan) Jabatan Pendidikan Khas (1999): Manual IPP3M Anda telah meneliti maklumat dan menyempurnakan tugasan tentang pemulihan. Sila hubung-kaitkan maklumat tersebut dengan pengalaman anda sendiri dalam melaksanakan pengajaran pemulihan di sekolah. Sehubungan dengan pengalaman anda itu, sediakan suatu refleksi terhadap keberkesanan pengajaran dan tindakan susulan yang diambil. Dokumentasikan refleksi anda itu. TAJUK 1.2 PENGAYAAN Apabila murid tidak memberi sebarang respon atau jawapan Respon atau jawapan murid tidak berkaitan
1.2.1. Konsep
1.2.1.1. Definisi
18
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693) mentakrifkan pengayaan sebagai perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Mok Soon Sang (1990: 55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu. Kesimpulannya, tujuan program pengayaan adalah untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat. 1.2.1.2. Objektif Pengayaan 1. Menggunakan 2. 3. 4. 5. kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran bagi memperluas pengetahuan dan pengalaman. Menjalani kegiatan-kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar. Menimbulkan minat untuk pembelajaran kendiri dan menanam sikap berdikari. Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta boleh menilai hasil kerja sendiri. Memupuk dan memperkembang asas kepimpinan. 6. Menggunakan masa lapang secara yang berfaedah mengikut keperluan minat dan bakat. 7. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan merujuk pelbagai bahan dan sumber pengetahuan.
Sebelum meneruskan penelitian terhadap modul ini, anda mungkin dapat menghuraikan konsep dan objektif pengayaan, menggunakan perkataan anda sendiri. Selamat mencuba.
19
1.2.1.3. Siapakah Murid Pengayaan? 1. Secara umumnya, mereka yang menguasai kemahiran 3M serta berdaya pemikiran abstrak. Murid kategori ini berkemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan hal yang penting daripada hal yang kurang penting seperi dalam kefahaman dan dapat penganalisisan teks. 2.Mempunyai kelebihan mengkoordinasi pancaindera dengan pemikiran, pengamatan, pendengaran, dan pertuturan. 3. Berupaya menerima konsep-konsep baru, boleh mengingat kembali, cerdas serta berpengalaman tentang alam keliling. 4. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan boleh bertindak balas dengan bebas serta kreatif. 5. Berkebolehan belajar sesuatu dalam waktu yang terhad. mereka yang yang lain. SASARAN MURID Murid sebegini mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi berbanding dengan rakan sebaya
SEMUA
CERDAS
Dapat menguasai kemahiran lebih awal dari jangka masa yang ditetapkan
SEDERHANA
Dapat meguasai pelajaran dalam jangka masa yang ditetapkan
LAMBAT
Tidak dapat meguasai pelajaran dalam jangka masa yang ditetapkan
20
Apakah pandangan anda tentang konsep pengayaan? Apakah konsep ini mudah difahami atau sebaliknya? Supaya anda mudah mengingati maklumat yang disampaikan, sila buat catatan ringkas untuk dirujuk pada bila-bila masa. Sebelum anda meneruskan penelitian terhadap kandungan modul, cuba jawab soalan yang berikut: Siapakah kumpulan sasaran bagi program pengayaan di sekolah? Apakah prinsip yang diamalkan oleh guru apabila menjayakan program pengayaan? Anda digalakkan melayari lelaman web yang berkaitan untuk menambah maklumat tentang pengayaan. Cuba layari www.kpm.edu.gov.my dan kenali kementerian yang menaungi sistem pendidikan negara kita.
PENGAYAAN Aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah
TUJUAN
Mengembangkan minat, kreativiti dan sifat ingin tahu Memupuk sikap ingin tahu Mencungkil bakat kepimpinan Bijak membuat keputusan sendiri
Grafik yang dipaparkan di atas mudah anda fahami. Bagaimanakah anda dapat menunjukkan kefahaman anda dengan membina grafik sendiri. Silakan.
21
Kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan: cerdas, sederhana dan lambat. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan menggunakan kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yang berbeza. (mengikut kemahiran yang ingin dikuasai murid) 2. Aktiviti pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan Semasa murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti pengayaan, murid-murid lambat menjalankan aktiviti pemulihan. Arahan yang diberikan kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlu jelas agar mereka dapat menjalankan aktiviti pengayaan secara individu tanpa bimbingan guru. Guru boleh memberi perhatian atau membantu murid-murid lambat menjalani aktiviti pemulihan. 3. Aktiviti pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan Murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid lambat menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan. Murid-murid cerdas dapat menambahkan pengalaman memimpin dan memupuk semangat kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masing. Cara ini amat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan pada masa yang sama. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah kerja projek, permainan dan rekreasi, bacaan tambahan dan sebagainya.
1.2.3.2. Pengelolaan Aktiviti Pengayaan Aktiviti pengayaan boleh dijalankan berdasarkan: 1. Pilihan Murid: Aktiviti pengayaan dijalankan secara tidak formal, iaitu guru hanyalah sebagai pendorong dan penggalak kepada murid-murid untuk memilih dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. Bagi murid cerdas dan sederhana, bimbingan khusus daripada guru kurang diperlukan kerana kebanyakan aktiviti pengayaan yang diberikan adalah berbentuk belajar kendiri. Oleh itu, untuk memudahkan
22
pengelolaan bilik darjah, guru bolehlah memberi bimbingan kepada murid yang lambat. Memandangkan murid-murid lebih senang berinteraksi dan belajar dengan rakan-rakan sebaya, guru bolehlah pada masa tertentu mendapatkan bantuan daripada murid-murid yang cerdas bagi membantu murid-murid yang lambat menjalankan aktiviti mereka, sama ada secara individu atau berkumpulan. Cara ini bukan saja berfaedah kepada muridmurid yang lambat tetapi juga berfaedah kepada murid-murid yang cerdas kerana secara tidak langsung pengetahuan dan pengalaman mereka bertambah. Di samping itu, bakat kepimpinannya dapat dikembangkan serta semangat kerjasama dalam kalangan murid dapat dipupuk. Setelah murid-murid selesai menjalani sesuatu aktiviti yang diberikan, hasil kerja mereka hendaklah diberikan penghargaan, misalnya dengan cara mempamerkan hasil kerja mereka atau mengadakan perbincangan kelas. 2. Pilihan Guru: Biasanya aktiviti-aktiviti ini dijalankan secara formal untuk semua murid mengikut peringkat keupayaan mereka. Pengajaran pembelajaran boleh dijalankan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan oleh buku teks atau buku panduan khas yang ditetapkan. Pengayaan hendaklah dijalankan selepas murid-murid diberikan aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran. Aktiviti-aktiviti ini adalah untuk membantu muridmurid mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Anda masih ceria mempelajari tajuk pengayaan ini? Jika ya, syabas! Sila lakarkan peta konsep tentang dua subtajuk di atas. 1.2.3.3. Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan Aktiviti-aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dalam keadaan yang berikut: 1. Dalam masa yang telah ditentukan setiap hari, iaitu guru memilih masa tertentu dalam mana-mana mata pelajaran; 2. Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran, untuk memperkukuh kemahiran yang telah dipelajari; 3. Selepas menguasai sesuatu kemahiran atau sejumlah kemahiran, iaitu murid yang menguasai kemahiran diajar lebih awal daripada rakan
23
yang lain; 4. Selepas menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran, seiring dengan program pemulihan yang diberikan kepada kumpulan murid yang lambat menguasai kemahiran yang diajar atau menggunakan murid yang telah menguasai kemahiran sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). 1.2.3.4. Aktiviti-Aktiviti Pengayaan Antara aktiviti pengayaan yang boleh dijalankan di sekolah ialah: 1. Bacaan Tambahan: kad-kad bacaan mengikut tajuk dan tema buku pengetahuan dan cerita kanak-kanak majalah pengetahuan pelajar surat khabar / keratan akhbar / sisipan akhbar risalah-risalah / brosur
2. Kerja Projek: lawatan, misalnya ke akuarium atau ke kebun sains melapor peristiwa menulis cerita membuat zoo mini sekolah mengumpul setem, gambar, keratan akhbar buku skrap mengadakan pameran bilik darjah minggu bahasa (kuiz, teka silang kata)
3. Permainan dan Rekreasi: teka silang kata teka benda teka-teki mencari jalan keluar menyambung titik mencari tajuk kepada sesuatu gambar / cerita mencari benda tersembunyi meneka bunyi dam catur
24
Shahiba bingo ular dan tangga jigsaw puzzle bermain bentuk geometri rubic cube
Nampaknya anda berjaya menyelesaikan kesemua tugasan yang diberikan. Tahniah. Satu lagi tugasan yang perlu anda laksanakan, iaitu semasa anda menghadiri tutorial. Berdasarkan pengalaman mengajar dalam bilik darjah, laksanakan aktiviti pengajaran berpandukan maklumat dalam modul. Pilih empat aktiviti pengayaan yang telah dilaksanakan untuk dibincangkan dalam sesi tutorial.
Rujukan
Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt, dan Abd. Rahim Selamat (1997). Pengajian Melayu 1. Kuala Lumpur: Longman. Jabatan Pendidikan Khas (1999a). Manual IPP3M. Kuala Lumpur.
25
Jabatan Pendidikan Khas (1999b). Buku panduan pelaksanaan program pendidikan pemulihan khas. Kuala Lumpur. Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998): Melayu 5 dan 6. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Pengajian
Mok Soon Sang (1990). Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Sidang Editor (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
AHLI PANEL PENULIS MODUL Bil. 1 Nama dan Alamat PENASIHAT Munsyi Zainal Abidin b. Hj. Kasim Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Hjh. Ramlah bt. Abdul Rahman Kelulusan dan Pengalaman B.A. (Hons.) UM Guru Bahasa Melayu 10 tahun Pensyarah Bahasa Melayu 6 tahun Munsyi Dewan 7 tahun B. Litt. (Hons.) UKM
26
Jabatan Pengajian Melayu, Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, 27200 Kuala Lipis, Pahang Munsyi Mohamad b. Musip Jabatan Pengajian Melayu Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Durian Daun 75400 Melaka
M. Ed. UTM Guru Bahasa Melayu 8 tahun Pensyarah Pengajian Melayu 15 tahun
B. Ed. (PBMP) UPM M. Ed. (Pendidikan Bahasa) UM Sijil Perguruan Asas MPSI (UPSI) Guru Bahasa Melayu 13 tahun Pensyarah Pengajian Melayu 11 tahun Munsyi Dewan (DBP) 11 tahun B.A. (Hons.) USM M. Ed. USM Sijil Perguruan Asas MPSI (UPSI) Pensyarah Pengajian Melayu 10 tahun
4 Mohd. Shafiee bin Hassan Jabatan Pengajian Melayu, Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang, 14000 Bukit Mertajam
27
28
Bi l. 1
PENASIHAT Munsyi Zainal Abidin b. Hj. Kasim Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Hjh. Sabura bt. Mohamad Daud Marican Jabatan Pengajian Melayu, Maktab Perguruan Kota Bharu, 16109 Kota Bharu, Kelantan.
B.A. (Hons.), UM. Guru Bahasa Melayu 10 tahun. Pensyarah Bahasa Melayu 6 tahun. Munsyi Dewan 7 tahun. B.A. (Hons.), UM. Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden, UM. Diploma Pendidikan, UM. Guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu 10 tahun. Pensyarah Pengajian Melayu 15 tahun. Ketua Jabatan Pengajian Melayu 6 tahun. B. Ed. (PBMP), UPM. M. Ed. (Pendidikan Bahasa), UM. Sijil Perguruan Asas MPSI (UPSI) Guru Bahasa Melayu 13 tahun. Pensyarah Pengajian Melayu 11 tahun. Munsyi Dewan (DBP) 11 tahun. B.A. (Hons.), UKM. M.A. (Kesusasteraan Melayu). Diploma Pendidikan, IBMM. Guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu 6 tahun. Pensyarah Pengajian Melayu 5 tahun. B.A. (Hons.) Kelas Pertama, UM. M.MS (Kesusasteraan Melayu). UM. Diploma Falsafah Sains Islam ISISn Sijil Perguruan Khas, IBMM. Sijil Perguruan Asas, IPSI (UPSI). Guru Bahasa Melayu 13 tahun. Pensyarah Pengajian Melayu 3 tahun.
Munsyi Mohamad b. Musip Jabatan Pengajian Melayu Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Durian Daun, 75400 Melaka
Ghazali bin Ismail Jabatan Pengajian Melayu, Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur
Maniyamin bin Haji Ibrahim Jabatan Pengajian Melayu, Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang, 14000 Bukit Mertajam
29