You are on page 1of 9

KPT 6014 KEMAHIRAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL

DR. NORAINI MOHAMED NOH

TUGASAN 2

Flipped Classroom

DISEDIAKAN OLEH KUMPULAN 2:

NAMA NO. MATRIK


SIM CHAI LING M20161001482
NAZATUSHIMA BINTI MOHAMED SAH M20161001457
KOMATHI A/P BALASUNDRUM M20161001447
POLAMMAL RAMACHANDRA REDDI M20161001473
1.0 Pengenalan

Pembelajaran abad 21 yang sentiasa berkembang menggalakkan lebih banyak strategi

pembelajaran. Antara yang popular ialah Flipped Classroom yang dikesan mula aktif

dipraktikkan seawal tahun 2007 oleh guru Kimia di Woodland Park High School. Flipped

Classroom semakin mendapat tempat dalam kalangan pendidik dengan wujudnya Khan

Academy.

Flipped Classroom ialah satu konsep pedagogi yang menggantikan kuliah dalam kelas

dengan peluang-peluang untuk meneroka dan mengkaji bahan-bahan di luar bilik darjah

melalui klip video dan bahan bacaan. Masa pengajaran satu hala berubah menjadi

persekitaran pembelajaran bimbingan-inkuiri yang berpusatkan pelajar, di mana pelajar

digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti seperti pembinaan

pengetahuan, perbincangan kolaboratif, dan penyelesaian masalah. Penyelidikan yang

dijalankan di institusi pendidikan membuktikan bahawa Flipped Classroom mempunyai

kesan positif ke atas persepsi pelajar sendiri. Dilaporkan juga bahawa pelajar lebih suka

kaedah pengajaran yang diterbalikkan berbanding kaedah kuliah tradisional. Pelajar juga

lebih yakin bahawa mereka dapat belajar dengan lebih berkesan melalui kaedah Flipped

Classroom ini. Rajah 1 memberi gambaran tentang model Flipped Classroom.


2.0 Model Flipped Classroom

Model Flipped Classroom ialah sebuah model pembelajaran yang baharu dan berbeza

daripada pembelajaran tradisional yang biasanya dilaksanakan di dalam kelas. Model

pembelajaran ini dinamakan Flipped Classroom (Pembelajaran Kelas Terbalik).

Flipped Classroom merupakan pembalikan prosedur pembelajaran tradisional. Dalam

pembelajaran tradisional, pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas manakala dalam model

Flipped Classroom, pembelajaran dilaksanakan di rumah sebagai persediaan awal sebelum

pembelajaran bersama guru berlaku di dalam kelas. Oleh sebab itu, model ini disebut

sebagai Flipped Classroom atau pembelajaran kelas terbalik.

Kelas Tradisional Flipped Classroom

SEBELUM KELAS

Pelajar membaca modul


Pelajar membaca bahan pembelajaran. pembelajaran interaktif.

SEMASA KELAS

Pelajar mengaplikasikan pengetahuan yang


Pelajar mendengar penerangan guru. dipelajari dan memberi maklum balas.

SELEPAS KELAS

Pelajar menguji kefahaman dan


Pelajar membuat latihan. membuat latihan pengayan.

Rajah 1: Model Flipped Classroom.


Dalam buku, Flip Your Classroom: Reach Every Student in Every Class Everyday

(2012), Jonathan Bergmann dan Aaron Sams menyatakan bahawa:

Basically the concept of a flipped class is this: that which is traditionally done in class

is now done at home, and that which is traditionally done as homework is now completed in

class.

Ertinya, Konsep Flipped Class ialah pembelajaran yang secara tradisionalnya

dilakukan di dalam kelas kini dilakukan di rumah, manakala kerja rumah yang lazimnya

diselesaikan di rumah kini diselesaikan di dalam kelas.

Secara realiti, pembelajaran Flipped Classroom melibatkan langkah-langkah yang

berikut:

1. Sebelum guru memberi penerangan, pelajar-pelajar diminta melakukan pembelajaran

kendiri di rumah menggunakan bahan yang diberikan sebelum kelas bermula, dengan

menonton video pembelajaran guru ataupun video pembelajaran yang dimuat naik.

2. Ketika pembelajaran di dalam kelas, pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa

kelompok heterogenous.

3. Peranan guru pada masa aktiviti pembelajaran berlangsung adalah membimbing pelajar

dengan kaedah pengajaran koperatif. Di samping itu, guru juga akan memberikan

beberapa soalan berdasarkan bahan yang diberi.

4. Guru memberikan kuiz atau soalan pengukuhan sehingga pelajar menyedari kegiatan

yang mereka lakukan bukan sekadar permainan tetapi merupakan satu proses

pembelajaran. Guru sebagai fasilitator yang membantu pelajar dalam pembelajaran

serta menyelesaikan soalan yang disediakan.


3.0 Kelebihan Flipped Classroom

Flipped Classroom ini mempunyai beberapa kelebihan, iaitu:

1. Pelajar dapat mengulangi video yang dimuat naik hingga mereka benar-benar faham.

Tidak seperti dalam pembelajaran biasa, apabila pelajar kurang faham, maka guru harus

menerangkan semula hingga pelajar faham.

2. Pelajar dapat mengakses video yang telah dimuat naik dari mana-mana sahaja asalkan

mempunyai capaian Internet.

3. Penyampaian PdP menjadi lebih mudah kerana pelajar diminta untuk mempelajari bahan

pengajaran di rumah. Sewaktu pembelajaran di dalam kelas, pelajar dapat memberi lebih

fokus terhadap aktiviti yang dijalankan.

4.0 Cabaran Dalam Mengaplikasikan Flipped Classroom Dalam PdP Guru

Beberapa cabaran dalam mengaplikasikan Flipped Classroom dalam PdP guru ialah:

1. Untuk menonton video pelajar perlu mempunyai komputer, laptop, chromebook atau

tab. Flipped Classroom sukar dijalankan sekiranya pelajar tidak mempunyai kemudahan

komputer di rumah.

2. Guru dan pelajar perlu mempunyai capaian Internet yang baik.

3. Pelajar tidak dapat bertanyakan soalan sekiranya terdapat sesuatu yang tidak difahami

dalam video atau bahan yang ditonton.

4. Guru sebagai perancang Flipped Classroom memerlukan banyak masa untuk membuat

persediaan.
5.0 Flipped Classroom Boleh Meningkatkan Pembelajaran Secara Konvensional

Kaedah Flipped Classroom yang telah dikaji secara meluas menyebabkan Mason et

al. (2013) mengambil pendekatan membesarkan lagi skop dimensi kepada tiga bidang, iaitu

isi kandungan, pencapaian pelajar, dan persepsi pelajar. Seperti pengkaji-pengkaji yang

lepas, kaedah Flipped Classroom memberikan kesan yang positif berbanding kaedah

pengajaran konvensional. Lebih banyak isi kandungan dalam mata pelajaran dapat dikuasai

pelajar. Pelajar yang diajar menggunakan kaedah Flipped Classroom juga didapati mampu

menyelesaikan lebih banyak soalan aras tinggi berbanding pelajar dari kelas konvensional.

Kaedah Flipped Classroom adalah kaedah yang fleksibel yang boleh digunakan dalam

pelbagai disiplin dan peringkat pendidikan. Di peringkat sekolah, kaedah ini tidak terhad

kepada pelajar biasa. Siegle (2013) membuktikan bahawa kaedah Flipped Classroom sesuai

dilaksanakan terhadap pelajar yang istimewa dan juga terhadap pelajar yang berbakat. Bagi

pelajar yang bermasalah dalam pendidikan, kaedah Flipped Classroom membantu

meningkatkan motivasi dan minat pelajar dan bertindak sebagai proses pemulihan.

Sebaliknya, bagi pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi pula, kaedah Flipped

Classroom bertindak sebagai proses pengayaan (Siegle, 2013).

6.0 Flipped Classroom Dapat Meningkatkan Pencapaian pelajar Dan Kepuasan Belajar

Hasil penyelidikan mengatakan bahawa pelajar lebih suka melibatkan diri dalam aktiviti

hands-on daripada menghadiri kuliah. Apabila kuliah kelas digantikan dengan rakaman

video dan bahan-bahan lain atas talian, pelajar mempunyai tahap keyakinan yang lebih

tinggi dalam kebolehan menyelesaikan masalah di samping mempunyai kawalan yang lebih

besar ke atas kadar dan kaedah di mana pembelajaran berlaku. Masa pengajaran satu hala

berubah menjadi persekitaran pembelajaran bimbingan-inkuiri yang berpusatkan pelajar di

mana pelajar digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti seperti
pembinaan pengetahuan, perbincangan kolaboratif, dan penyelesaian masalah. Flipped

Classroom merupakan kaedah yang dapat mengurangkan jumlah arahan langsung guru

dalam amalan mengajar mereka sambil memaksimumkan interaksi satu sama lain. Kaedah

ini menggunakan teknologi dalam menyediakan bahan pembelajaran tambahan yang

menyokong bahan pembelajaran pelajar yang boleh diakses secara online. Dengan cara ini,

waktu kelas yang sebelumnya telah digunakan untuk pembelajaran dapat dikurangkan.

7.0 Flipped Classroom: Penglibatan Pelajar Lebih Maksimum Dalam Bilik Darjah

7.1 Persekitaran Fleksibel (Flexible Environment)

Guru mencipta ruang yang fleksibel di mana pelajar memilih masa dan tempat

mereka belajar. Selain itu, guru perancang Flipped Classroom adalah fleksibel

dalam memberikan bahan pengajaran kepada pelajar.

7.2 Budaya Pembelajaran (Learning Cultutre)

Dalam model berpusatkan guru (tradisional), guru sebagai sumber maklumat.

Sebaliknya, dalam model flipped clasroom, pendekatan adalah berpusatkan pelajar,

di mana pelajar diberi masa khusus di dalam kelas untuk meneroka sesuatu topik

dengan lebih mendalam dan mewujudkan peluang pembelajaran yang efektif.

Hasilnya, pelajar terlibat secara aktif dalam pembinaan pengetahuan dan menilai

pembelajaran mereka dengan cara yang lebih bermakna.

7.3 Keperluan Kandungan (Intentional Content)

Mewujudkan ruang dan tempoh masa yang membenarkan pelajar berinteraksi dan

memahami pembelajaran mereka seperti yang diperlukan. Guru memerhati dan

memantau pelajar untuk membuat perubahan yang sesuai. Guru menyediakan


pelajar dengan cara yang berbeza untuk mempelajari kandungan sehingga pelajar

menunjukkan penguasaan. Guru menentukan perkara yang perlu diajar dan bahan-

bahan pengajaran yang perlu diterokai oleh pelajar itu sendiri. Guru menggunakan

kandungan pengajaran mengikut tahap pelajar serta memaksimumkan masa PdP di

dalam kelas.

7.4 Pendidik Berkualiti (Professional Educator)

Peranan pendidik profesional adalah lebih penting dan lebih mencabar dalam

Flipped Classroom berbanding dengan kelas tradisional. Sewaktu kelas berlangsung,

mereka harus memerhatikan pelajar mereka dengan menyediakan maklumat yang relevan

bersesuaian dengan tajuk yang diberi. Pendidik profesional bertindak sebagai

pembimbing dan pengantara untuk meningkatkan pengajaran mereka, menerima kritikan

membina, dan bertindak sebagai pengawal disiplin di dalam kelas. Walaupun pendidik

profesional memainkan peranan yang kurang menonjol dalam model Flipped Classroom,

namun pendidik perlu menyediakan bahan pengajaran yang membolehkan Flipped

Learning berlaku.

8.0 Flipped Classroom Terhadap Persekitaran Pembelajaran

Berdasarkan kajian Stone (2012) yang mengukur keberkesanan kaedah Flipped

Classroom dalam mata pelajaran Sains dari sudut pencapaian pelajar, purata kehadiran, dan

tingkah laku pelajar, meskipun dapatan yang diperoleh memberikan impak yang positif

namun beliau berpendapat bahawa kelebihan kaedah Flipped Classroom yang ketara

adalah kaedah ini menyediakan ruang dan masa yang lebih berkualiti kepada pelajar dan

guru. Interaksi antara pelajar dan guru ialah kunci kepada pembelajaran yang aktif dan

bermakna.
9.0 Rumusan

Kesimpulannya, melalui penggunaan kaedah Flipped Classroom ini, tugas-tugas

mengajar menjadi lebih mudah dan lebih bermakna. Flipped Classroom juga

menggalakkan pelajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran

mereka. Pelajar tidak mengharapkan usaha guru semata-mata. Sesi PdP di dalam kelas akan

dapat dilangsungkan dengan lebih berkesan dan lebih bermakna. Kaedah Flipped

Classroom ini bakal mengubah lanskap pendidikan di Malaysia.

Rujukan

Anthony G. Picciano, Charles D. Dziuban, Charles R. Graham. (2014). Blended Learning,

Research Perspectives, Volume 2. New York: Routledge, Taylor & Francis Group.

Azlina A. Rahman, Baharuddin Aris, Hasnah Mohamed, Norasykin Mohd Zaid, dan Zalcha

Abdullah. (2014), Flipped Classroom Dalam Konteks Malaysia dalam Konvensyen

Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 Ogos 2014. Skudai: Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia.

Bergmann, J., dan Sams, A. (2009). Remixing Chemistry Class: Two Colorado Teachers Make

Vodcast Of Their Lectures To Free Up Class Time For Hands-On Activities dalam

Learning and Leading with Technology, hlm. 22 27. Colorado.

Mohamed Amin Embi. (2014). Blended & Flipped Learning: Case Studies In Malaysia HEIs.

Bangi: Pusat Pengajaran & Teknologi Pembelajaran Universiti Kebangsaan Malaysia.

You might also like