You are on page 1of 2

TAJUK: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Prinsip Rukun Negara menjadi teras perpaduan rakyat pelbagai


bangsa dan agama di negara ini. Rukun Negara yang mengandungi lima
prinsip iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan
Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-undang serta
Kesopanan dan Kesusilaan itu adalah antara teras kejayaan negara
dalam menyatu padukan rakyat. Walau bagaimanapun penghayatan Rukun
Negara kini semakin terhakis dari jiwa rakyat Malaysia apabila mereka
dewasa.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara terangkum dalam prinsip rukun
negara yang kedua. Prinsip kesetiaan kepada Raja dan negara amat
penting diamalkan bagi melahirkan rakyat yang taat setia kepada
pemerintah dan negara. Setiap warganegara haruslah menumpukan
sepenuh taat setia kepada raja dan negara kerana Raja lambang
perpaduan negara.
Di negara kita yang berdaulat ini, Raja adalah pemerintah
tertinggi, kaitan kedua-duanya amat rapat sekali. Sebagai rakyat,
menjadi tugas hakiki untuk mentaati Raja dan Negara. Setiap negeri
mempunyai lagunya tersendiri, yang seni katanya, memuji dan
menghargai Raja dan negeri. Oleh sebab itu, lagu negeri harus
dinyanyikan selalu bagi menanam sikap perpaduan dan semangat jati diri
terhadap Raja, negeri dan negara sebagai tanda setia rakyat kepada
pemerintahnya.
Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada penduduk
pelbagai kaum, agama dan budaya. Meskipun Tanah Melayu ini pernah
dijajah oleh kuasa barat dan Jepun selama lebih empat abad, namun
lihatlah Malaysia pada hari ini yang masih teguh berdiri sebagai sebuah
negara berdaulat.
Secara rumusnys dibuktikan, prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan
Negara dapat melahirkan rakyat yang mempunyai perpaduan utuh dan
berbangga dengan negara sendiri. Maka dengan itu, negara akan
mempunyai rakyat yang beridentiti, berkualiti dan berjati diri.

You might also like