You are on page 1of 145

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT


SET 1

Tajuk Muka Surat

KERTAS 1 84 - 99

KERTAS 2 100 - 106

SET 2

Tajuk Muka Surat

KERTAS 1 107 - 123

KERTAS 2 124 - 129

SET 3

Tajuk Muka Surat

KERTAS 1 130 - 145

KERTAS 2 146 - 153

SET 4

Tajuk Muka Surat

KERTAS 1 154 - 170

KERTAS 2 171 – 177


SET 5

Tajuk Muka Surat

KERTAS 1 178 - 192

KERTAS 2 193 - 199

SET 6

Tajuk Muka Surat

KERTAS 1 200 - 215

KERTAS 2 216 - 222


SET 1

Bahagian A
Analisis Soalan
Tema Keracunan makanan
Tugasan / Cara-cara mengelakkan keracunan makanan
Fokus
Siapa Pihak kerajaan, pengendali makanan
Format Tidak berformat

Karangan Contoh Peringkat Cemerlang

Keracunan makanan bermaksud pengambilan makanan yang tercemar. Sehingga


bulan Mei tahun 2019, sebanyak 213 kes telah dilaporkan dan 68 daripadanya berlaku di
sekolah. Persoalannya, apakah pendekatan yang perlu dilaksanakan untuk menangani kes
keracunan makanan ini?
Antara langkah untuk mengelakkan keracunan makanan ini termasuklah mematuhi
piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengendali makanan perlu sentiasa mencuci
tangan dengan sabun antibakteria sebaik sahaja selesai melakukan kerja-kerja pembuangan
sampah, selepas ke tandas dan sebelum beralih kepada pelanggan seterusnya. Hal ini
dikatakan demikian kerana mencuci tangan dapat mencegah jangkitan kuman ecoli.
Selain itu, kita perlu melihat dan menghidu makanan di gerai atau bufet. Makanan yang
tidak elok akan menimbulkan bau yang tidak enak. Dengan meneliti makanan juga kita dapat
mengelakkan diri daripada memilih makanan yang dicemari oleh telur lalat seperti kata mutiara
cegah sebelum parah. Makanan yang tercemar atau basi boleh mendatangkan mudarat
kepada pengguna.
Di samping itu, pihak kerajaan sentiasa memantau pengusaha makanan. Kilang-kilang
memproses makanan seperti mi kuning yang kotor perlu disita. Masyarakat juga perlu menjadi
mata dan telinga dengan melaporkan kes pencemaran makanan tersebut kepada pihak
berkuasa tempatan.
Konklusinya, semua pihak perlu berhati-hati terhadap apa-apa yang dimakan kerana
mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Penjual dan pengendali makanan juga perlu
bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan kerana kebersihan separuh daripada iman.

197 patah perkataan

84
Karangan Contoh Peringkat Kepujian

Pada zaman ini, banyak kes keracunan makanan dilaporkan. Sehingga bulan Mei
tahun 2019, sebanyak 213 kes telah dilaporkan dan 68 daripadanya berlaku di sekolah. Oleh
itu, kes keracunan makanan perlu diatasi.
Antara langkahnya adalah dengan memastikan premis makanan bersih. Pekerja kedai
makan perlu sentiasa mencuci tangan dengan sabun selepas melakukan kerja-kerja
pembuangan sampah, selepas ke tandas dan menerima duit. Cara ini akan dapat
mengelakkan jangkitan penyakit.
Selain itu, kita perlu mempercayai deria sendiri. Sebelum makan, kita perlu menghidu
atau merasai dahulu sedikit daripada makanan tersebut untuk memastikan sama ada
makanan tersebut basi atau tidak. Dengan berbuat demikian, kita dapat mengelakkan diri
daripada mengalami keracunan makanan.
Di samping itu, pihak kerajaan perlu mendenda restoran, gerai atau kilang makanan
yang kotor. Pihak kerajaan perlu mengenakan saman supaya mereka tidak mengabaikan
kebersihan. Pemantauan perlu kerap dilakukan untuk memastikan kesihatan masyarakat
terjamin.
Konklusinya, kebersihan makanan perlu diutamakan. Oleh itu, semua pihak perlu
berhati-hati semasa menyediakan atau memilih makanan agar tidak mengalami keracunan
makanan.

160 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Galus

Pada tahun 2019, sehingga bulan Mei, telah berlaku 213 keracunan makanan dan 68
daripadanya melibatkan pelajar sekolah. Kita perlu mengelakkan keracunan makanan.
Cara-cara mengurangkan keracunan makanan ialah pengendali makanan perlu
menjaga kebersihan. Pekerja kedai makan pula mesti kerap mencuci tangan dengan sabun
selepas membuang sampah, selepas menerima duit dan lain-lain. Oleh itu, penyakit berjangkit
dapat dielakkan.
Langkah kedua termasuklah menghidu makanan yang kita hendak makan. Makanan
yang sudah basi akan berbau busuk. Kita boleh menegur penjual makanan dan meminta
makanan lain. Oleh itu, kita tidak akan terkena keracunan makanan.
Di samping itu, pihak kerajaan perlu mendenda restoran yang kotor. Restoran yang
kotor perlu didenda supaya tuan kedai mementingkan kebersihan. Kedai yang bersih juga
tidak ada lipas dan lalat. Pelanggan juga dapat makan dengan selesa dan kesihatan mereka
terjamin.
Kesimpulannya, semua pihak perlu menitikberatkan dan mementingkan kebersihan
makanan agar tidak akan terkena keracunan makanan seperti kata mutiara mencegah lebih
baik daripada mengubati.

150 patah perkataan

85
Bahagian B
1. Peranan Malaysia untuk mengekalkan keamanan dunia

Tema Kemanan dunia


Tugasan / Peranan Malaysia mengekalkan kemanan dunia
Fokus
Siapa kerajaan
Format Tiada format

Karangan Contoh Peringkat Cemerlang

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
penjuru dunia tentang isu memelihara keamanan dan keselamatan. Pertelingkahan politik
dalam sesebuah negara memberikan bayangan bahawa keamanan di dunia amat goyah. Oleh
itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu sebuah badan antarabangsa yang telah
ditubuhkan dan bertanggungjawab dalam hal menjaga keamanan dunia. Walau
bagaimanapun, setiap negara tidak boleh bergantung semata-mata kepada badan dunia itu,
sebaliknya setiap negara perlu mengambil inisiatif untuk mengekalkan keamanan dalam
negara mahupun di persada antarabangsa. Tidak terkecuali negara Malaysia juga mengambil
bahagian secara aktif dalam misi keamanan dunia. Persoalannya kini, apakah peranan
pemimpin negara untuk memastikan keamanan dan keselamatan di peringkat antarabangsa?
Oleh hal yang demikian, peranan pemimpin negara dalam memastikan keamanan dan
keselamatan di peringkat antabangasa akan menjadi fokus perbincangan.
Memang tidak dinafikan bahawa perpaduan antara rakyat merupakan kunci
keamanan sesebuah negara terutamanya di negara yang berbilang bangsa dan agama
seperti Malaysia. Oleh itu, usaha mewujudkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat
hendaklah dilaksanakan secara serius dan berterusan. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 yang
pernah mencalar sejarah Malaysia membuktikan bahawa ikatan perpaduan dalam kalangan
rakyat berbilang kaum sangat rapuh. Mainan sentimen perkauman yang keterlaluan ibarat
percikan api telah menyemarakkan gelombang kebencian antara kaum. Impaknya, peristiwa
berkenaan telah meninggalkan parut walaupun lukanya sudah semakin sembuh. Atas dasar
tidak mahu pisang berbuah dua kali, perpaduan haruslah dijadikan kunci kemakmuran negara.
Sikap saling menghormati budaya dan sensitivity masing-masing harus dijadikan prioriti
masyarakat Malaysia. Pergaduhan haruslah dielakkan manakala kesepakatan mestilah
dibudayakan. Tegasnya, pertelingkahan dalam kalangan rakyat hanya akan merugikan negara
kerana pihak yang kalah akan menjadi abu tetapi pihak yang menang menjadi arang.
Pada masa yang sama, keamanan sejagat juga mampu diwujudkan dengan cara
menjalin hubungan kerjasama antara negara serantau. Impak daripada kerjasama antara
negara dapat memupuk persefahaman antara negara serantau ibarat aur dengan
tebing Sehubungan dengan itu, Malaysia telah menganggotai beberapa pertubuhan
antarabangsa seperti Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Pertubuhan
Negara-negara Berkecuali (NAM), dan Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC) di
samping menjalin hubungan diplomatik dengan setiap negara di dunia kecuali Israel. Pelibatan
Malaysia dalam pertubuhan-pertubuhan berkenaan adalah untuk menjalin kerjasama dari
aspek politik, ekonomi, dan sosial serta membincangkan usaha untuk menyelesaikan konflik
antara negara anggota. Izharnya, ukhuwah baik antara negara mampu

86
menjadikan bumi tercinta ini sebagai sebuah petempatan yang sejahtera untuk manusia
sejagat.
Marcapada, perbalahan antara negara seakan-akan sukar untuk dielakkan apabila
masing-masing cuba mengeksploitasi sumber kekayaan yang terdapat di muka bumi ini demi
kelangsungan ekonomi negara masing-masing. Apabila keadaan ini terjadi maka, meja
rundingan ialah platform yang paling ampuh untuk menyelesaikan konflik yang timbul
dan bukannya dengan mengangkat senjata. Dalam hal ini, Mahkamah Keadilan
Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda telah banyak berjasa dalam menyelesaikan
pertikaian antara negara seperti perebutan Pulau Ligitan dan Sipadan oleh Malaysia dan
Indonesia serta Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura. Pertubuhan-pertubuhan
antarabangsa ini perlu memainkan peranan secara holistik dan menjadi orang tengah untuk
mencari solusi terbaik sekiranya ada isu-isu berbangkit. Tuntasnya, setiap perumitan yang
timbul hendaklah diselesaikan dengan penuh berhemah ibarat menarik rambut di dalam
tepung, rambut tidak putus, manakala tepung pula tidak berselerak.
Akhirulkalam, prakarsa untuk mewujudkan keamanan di dalam negara dan di persada
antarabangsa tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja. Perpaduan dalam kalangan rakyat
harus dipupuk sejak kecil, ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, hubungan
kerjasama antara negara harus dipererat dan budaya bermusyawarah hendaklah diamalkan
untuk menyelesaikan sesuatu perbalahan. Tambahan lagi, semua pihak harus dilayan secara
adil dan saksama untuk mewujudkan keamanan sejagat. Sesungguhnya, umat manusia harus
sedar bahawa bumi ini adalah untuk semua makhluk ciptaan-Nya dan manusia sebagai
khalifah-Nya harus memastikan dunia terus makmur dan aman tanpa diganggugugat oleh
mana-mana anasir negatif.

518 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Kepujian

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
penjuru dunia tentang isu memelihara keamanan dan keselamatan. Pertelingkahan politik
dalam sesebuah negara memberikan bayangan bahawa keamanan di dunia amat goyah ibarat
buih-buih di lautan. Oleh itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu sebuah badan
antarabangsa telah diwujudkan dan bertanggungjawab dalam hal ehwal keamanan dunia. Hal
ini dikatakan demikian kerana dengan mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia, dapat
mewujudkan sebuah negara yang aman dan harmoni serta dapat meningkatkan ekonomi
sesebuah negara. Persoalannya kini, apakah peranan pemimpin negara untuk memastikan
keamanan dan keselamatan di peringkat antarabangsa? Oleh hal yang demikian, peranan
pemimpin negara dalam memastikan keamanan dan keselamatan di peringkat antabangasa
akan menjadi fokus perbincangan.
Umum mengetahui bahawa perpaduan antara rakyat merupakan kunci keamanan
sesebuah negara terutamanya di negara yang berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia.
Oleh itu, usaha mewujudkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat hendaklah
dilaksanakan secara serius dan berterusan. Perpaduan amat penting dipraktikkan agar
dapat melahirkan masyarakat yang harmoni. Hal ini adalah kerana masyarakat yang hidup
bersatu padu akan mengelakkan pergaduhan dan masyarakat akan sentiasa bekerjasama

87
dalam melakukan sesuatu perkara. Antara contoh keamanan negara dapat dikekalkan oleh
pemimpin adalah dengan memupuk nilai murni dan sikap tolak-ansur dalam diri masyarakat di
negaranya. Jelaslah keamanan dunia dapat dikekalkan oleh pemimpin melalui perpaduan.
Pada masa yang sama keamanan sejagat juga mampu diwujudkan dengan cara
menjalin hubungan kerjasama antara negara serantau. Kesan daripada kerjasama antara
negara dapat memupuk persefahaman antara negara serantau ibarat aur dengan tebing. Hal
ini disebabkan penglibatan sesebuah negara dalam pertubuhan berkenaan dapat menjalin
kerjasama dari aspek politik, ekonomi dan politik. Pada masa yang sama, para pemimpin
dapat membincangkan usaha bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sesebuah
negara yang menjadi anggota pertubuhan tersebut. Dengan berbuat demikian, hubungan baik
antara negara dapat diwujudkan seterusnya dapat membina sebuah negara yang aman dan
makmur. Sudah terang lagi bersuluh, peranan pemimpin negara adalah berperanan untuk
memupuk persefahaman dengan menjalinkan hubungan kerjasama antara negara-negara
serantau.
Akhir sekali, keamanan negara mahupun antarabangsa boleh dikekalkan jika
layanan yang adil dan saksama diberikan kepada semua pihak. Hal ini disebabkan semua
negara mempunyai kelebihan masing-masing dan saling memerlukan terutamanya dalam
bidang ekonomi. Kuasa-kuasa besar dunia sewajarnya memberikan layanan yang adil kepada
semua negara tanpa melabelkan negara-negara yang tertentu sebagai sekutu ataupun
seteru. Buktinya, peristiwa 11 September 2001 dikatakan berpunca daripada kebencian puak
militan terhadap Amerika Syarikat yang bersikap pilih kasih dalam isu-isu antarabangsa yang
memberikan keuntungan kepada rakan sekutunya, khususnya Israel. Jelaslah, keadilan dan
kesaksamaan layanan antara semua pihak merupakan kunci keamanan sesebuah negara.
Tuntasnya, dapatlah kita rumuskan bahawa perpaduan dalam kalangan rakyat harus
dipupuk sejak kecil, ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, hubungan
kerjasama antara negara juga harus dipererat. Tambahan lagi, semua pihak harus dilayan
secara adil dan saksama untuk mewujudkan keamanan dunia. Setiap pemimpin negara
hendaklah berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam mengekalkan keamanan di dunia.
Peranan yang dilakukan hendaklah bersungguh-sungguh bagi memastikan keamanan dan
kemakmuran dapat dinikmati oleh rakyatnya. Hal ini bagi memastikan keamanan negara dapat
diwujudkan.

496 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Galus

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


ialah sebuah badan antarabangsa yang bertanggungjawab dalam hal keamanan dunia.
Persoalannya kini, apakah tugas bagi setiap negara untuk memastikan keamanan dan
keselamatan dunia? Oleh itu, cara mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia akan dikaji
untuk kepentingan Bersama.
Lontaran idea pertama, peranan pemimpin negara untuk mengekalkan keamanan
dunia dengan mengekalkan perpaduan rakyat yang merupakan kunci keamanan
sesebuah negara. Perpaduan amat penting dipraktikkan agar dapat melahirkan masyarakat
yang harmoni. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat yang hidup Bersama padu akan

88
mengelakkan pergaduhan dan sentiasa bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.
Antara contoh keamanan negara yang dapat dikekalkan oleh pemimpin adalah dengan
memupuk nilai murni dan sikap tolak-ansur dalam diri masyarakat di negaranya. Jelaslah
keamanan dunia dapat dikekalkan oleh pemimpin melalui perpaduan.
Lontaran idea kedua, menjalinkan hubungan Bersama89a antara negara serantau
agar dapat memupuk persefahaman antara negara merupakan peranan pemimpin negara.Hal
ini demikian kerana penglibatan sesebuah negara dalam pertubuhan berkenaan adalah bagi
menjalin Bersama89a dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Pada masa yang sama, para
pemimpin dapat membincangkan usaha bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
sesebuah negara yang menjadi anggota. Usaha ini menyebabkan hubungan baik antara
negara seterusnya dapat mewujudkan negara yang aman dan Bersam. Sudah terang lagi
bersuluh, peranan pemimpin negara memupuk persefahaman dengan menjalinkan hubungan
Bersama89a antara negara serantau.
Lontaran idea seterusnya, peranan pemimpin dengan memberi layanan yang adil
dan sama rata terhadap semua negara bagi mengekalakan keamanan dunia .Bertitik tolak
daripada itu, kuasa-kuasa besar dunia sewajarnya memberi layanan yang adil kepada semua
negara. Pemimpin negara ini tidak boleh melabelkan negara-negara tertentu sebagai sekutu
atau seteru. Contohnya negara Amerika Syarikat yang tidak boleh bersikap pilih kasih dalam
isu-isu antarabangsa yang memberikan keuntungan kepada rakan sekutunya, khususnya
Israel. Jelaslah dengan memberi layanan yang adil dan sama rata terhadap semua negara
merupakan salah satu peranan pemimpin.
Konklusinya, cara mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia memerlukan
Bersama89a daripada semua pihak . Oleh itu, pihak-pihak lain juga perlu memberikan
perhatian terhadap cara mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia. Keamanan dunia
tanggungjawab kita Bersama.

333 patah perkataan

2. Persediaan menghadiri temu duga

Analisis Soalan
Tema Kerjaya
Tugasan / Persediaan menghadiri temu duga
Fokus
Siapa Saya
Format Tiada format

Karangan Contoh Peringkat Cemerlang

“Ramai Gagal Dapat Kerja Sesuai” Tajuk berita yang disiarkan dalam akhbar Berita
Harian pada 20 Disember pada tahun lalu sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran kepada
para graduan. Menurut laporan akhbar tersebut sebanyak 60 peratus daripada 1984 graduan
yang menghadiri Karnival Kerjaya yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia tidak
berjaya mendapat pekerjaan yang bersesuaian kerana gagal dalam sesi temu duga. Persoalan
yang berlegar-legar dalam benak pemikiran saya ialah adakah dengan menyediakan resume
yang hebat sahaja dapat membantu graduan untuk merealisasikan kerjaya impian mereka?
Oleh itu, sebagai graduan yang bakal menempuh alam pekerjaan,

89
persediaan-persediaan sebelum saya menghadiri temu duga sesuatu jawatan akan menjadi
fokus dominan diskusi seterusnya.
Sudah terang lagi bersuluh, etika pemakaian seseorang semasa menghadiri temu
duga boleh mempengaruhi tanggapan pertama panel penemu duga. Hal ini bertepatan dengan
peribahasa hanya jauhari mengenal manikam kerana majikan sebenarnya boleh menilai
personaliti seseorang melalui cara pemakaian individu tersebut. Maka, saya akan memastikan
tatacara pemakaian saya semasa menghadiri temu duga bersesuaian dengan jawatan yang
dipohon. Sebagai contoh, saya akan memastikan saya memakai pakaian yang formal dan
sopan untuk menyerlahkan personaliti diri saya semasa menghadiri temu duga tersebut.
Malah, etika pemakaian seseorang pekerja sangat dititikberatkan oleh majikan kerana
pemilihan pakaian yang sesuai bukan sahaja dapat mempamerkan imej diri yang profesional
bahkan juga akan memberikan pandangan dan perspektif positif pelanggan terhadap
organisasi atau syarikat yang diwakilinya. Oleh itu, jelaslah bahawa pematuhan dalam etika
pemakaian semasa menghadiri temu duga akan menggambarkan tahap disiplin serta
keyakinan diri saya sebagai seorang graduan.
Jika ditinjau dari aspek persediaan yang lain pula, saya juga mesti memiliki kemahiran
berkomunikasi yang baik untuk memastikan temu duga berjalan dengan lancar. Tambahan
pula, kemahiran berkomunikasi amat diperlukan bagi seseorang graduan yang bakal
menempuh alam pekerjaan. Sebagai contoh, sekiranya saya memiliki kemahiran
berkomunikasi dengan baik, saya akan dapat menyesuaikan diri dengan suasana tempat kerja
melalui pergaulan yang baik sesama rakan sekerja pada masa yang sama mengelakkan
perasaan hasad dengki sesama rakan sekerja. Malah, kemahiran berkomunikasi dan
kemampuan berfikir secara kreatif sangat penting untuk meningkatkan daya saing dan hala
tuju sesebuah organisasi. Selain itu, kelemahan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris juga
sering menjadi punca graduan gagal dalam temu duga yang dihadiri oleh mereka. Untuk itu,
sebelum menghadiri sesuatu temu duga, saya perlu bersedia untuk menonjolkan kebolehan
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris agar saya dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah dengan calon lain yang ditemu duga. Justifikasinya, kemahiran berkomunikasi
merupakan salah satu kemahiran insaniah yang perlu ada dalam diri saya sebagai persediaan
untuk menempuh alam pekerjaan.
Seterusnya, persediaan lain yang perlu diberikan perhatian ialah saya perlu memiliki
pengetahuan yang cukup tentang pekerjaan yang hendak dipohon. Tambahan pula, bakal
majikan memerlukan pekerja yang mempunyai pengetahuan tentang kerjanya dan
mengharapkan pekerja itu dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sempurna dan
berkesan. Sebagai contoh, jika saya ingin menghadiri temu duga sebagai seorang guru tadika,
saya mesti mempunyai latar belakang akademik berkaitan pendidikan awal kanak- kanak.
Dengan cara itu, majikan akan lebih mempercayai saya berbanding calon lain yang tiada
pengetahuan tentang pendidikan awal kanak-kanak. Jadi dengan pengetahuan yang ada,
saya boleh memperincikan skop kerja yang ditawarkan untuk menunjukkan kesungguhan
saya. Hal ini katakan demikian kerana saya sedar bahawa setiap kejayaan yang diinginkan tidak
boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar sahaja ibarat melepaskan batuk di tangga.
Sebaliknya, iltizam dan komitmen saya terhadap kerjaya akan menjadi faktor penentu kejayaan
saya dalam sesi temuduga sesuatu jawatan.
Bagi menggulung diskusi pintar ini, izharlah bahawa setiap graduan perlulah
melakukan persediaan yang mantap sebelum menghadiri temu duga sesuatu jawatan. Untuk
menjadi seorang pekerja yang berwawasan dan berkemahiran secara holistik, saya perlulah
memulakan persediaan awal bagi mengembangkan kemahiran dan potensi diri
sebagai fundamental sebelum melangkah ke alam pekerjaan kerana yang bulat tidak akan

90
datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang dan hendak seribu daya, tak hendak
seribu dalih. Sebagai kesimpulannya, graduan yang bakal menempuh alam pekerjaan perlulah
melakukan persediaan yang lengkap dari pelbagai aspek dan meluaskan horizon pemikiran
mereka tentang bidang kerjaya yang ingin diceburi agar mereka dapat menjadi pekerja
yang dapat menyumbangkan kemajuan kepada diri, masyarakat dan negara.

518 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Kepujian

Pada era globalisasi ini, setiap graduan pasti mempunyai kerjaya impian yang dicita-
citakan sejak kecil lagi. Namun demikian, mereka perlu sedar bahawa untuk menceburkan
diri dalam dunia pekerjaan graduan perlu melalui beberapa cabaran terlebih dahulu. Salah
satu cabaran yang sering menyebabkan mereka gagal untuk mencapai cita-cita ialah cabaran
semasa ditemu duga. Oleh itu, saya akan membuat persediaan yang rapi sebelum menghadiri
sesuatu temu duga untuk memastikan saya berjaya mendapat pekerjaan impian saya.
Aspek pertama yang perlu diberi perhatian ialah graduan perlu memakai pakaian yang
sesuai semasa menghadiri temu duga. Dalam hal ini, graduan perlu memakai pakaian formal
yang sesuai contohnya bagi graduan lelaki, mereka perlu memakai kemeja berkolar yang
berwarna cerah dan berseluar slack yang berwarna gelap. Manakala graduan wanita pula,
mereka boleh memakai baju kurung yang tidak mempunyai corak yang keterlaluan dan warna
yang lembut. Bagi graduan yang memakai tudung mereka perlu memakai tudung yang
bersesuaian dan digayakan dengan ringkas. Oleh itu, jelaslah bahawa etika pemakaian yang
sesuai dapat menunjukkan graduan mempunyai disiplin yang tinggi serta berkeyakinan dalam
menjalankan tugas yang akan diberi selepas berjaya melalui proses temu duga.
Seterusnya, mereka juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran sosial yang
diperlukan sebelum menghadiri temu duga sesuatu jawatan. Hal ini dikatakan demikian kerana
pencapaian akademik yang cemerlang bukanlah satu-satunya faktor yang menentukan
kejayaan seseorang dalam sesuatu temu duga. Antara kemahiran sosial yang perlu dikuasai
termasuklah kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran untuk
menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, semasa sesi temu duga berlangsung graduan
perlu menggunakan kemahiran berkomunikasi untuk menjawab setiap persoalan yang
diajukan dengan yakin. Kesannya, majikan pasti akan kagum dengan kebolehan mereka dan
seterusnya peluang untuk berjaya dalam temuduga tersebut semakin
cerah.
Akhir sekali, persediaan dari segi keterampilan diri juga perlu diberikan perhatian
sebelum menghadiri temu duga sesuatu jawatan. Sebagai contoh, para graduan perlu
memastikan kuku, rambut dan pakaian yang dipakai dalam keadaan bersih, kemas dan sopan.
Hal ini dikatakan demikian kerana keterampilan diri seseorang akan menjadi perkara pertama
yang dilihat oleh penemu duga. Jika graduan menghadiri temu duga dengan rambut yang
panjang, misai dan janggut tidak terurus sudah tentu keterampilan diri mereka akan
mengundang persepsi negatif pihak penemu duga. Maka, jelaslah bahawa graduan yang
mempunyai keterampilan diri yang kemas dan sesuai boleh mempengaruhi kejayaan mereka
dalam temu duga sesuatu jawatan.
Sebagai penutup, setiap graduan mesti membuat persiapan yang rapi sebelum
menghadiri temu duga sesuatu jawatan. Sikap sambalewa dalam kalangan graduan perlu
dikikis supaya mereka dapat merealisasikan kerjaya impian mereka sebaik sahaja tamat

91
pengajian. Situasi ini sesuai dengan peribahasa “Hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih.”

415 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Galus

Dewasa ini, isu graduan yang gagal semasa ditemu duga sering diperkatakan oleh
semua pihak. Hal ini dikatakan demikian kerana isu ini memberikan pelbagai kesan kepada
kita semua. Antara sebab graduan gagal semasa temu duga adalah tidak dapat berkomnikasi
dengan baik dan kurang keyakinan diri semasa menghadiri temu duga. Oleh itu, marilah kita
lihat persediaan yang perlu dilakukan oleh para graduan sebelum menghadiri sesuatu temu
duga.
Sebelum menghadiri sesuatu temu duga, mereka perlu melengkapkan diri dengan
kemahiran berkomunikasi. Kemahiran berkomunikasi sangat penting dalam pekerjaan.
Sebagai contoh, saya mesti pandai bercakap dan menjawab semua soalan yang diberikan.
Sekiranya saya berjaya menjawab soalan yang diberikan dengan baik, majikan akan lebih
yakin untuk mengambil saya bekerja. Malah, saya juga perlu mengusai sekurang-kurang dua
bahasa dengan baik untuk memudahkan komunikasi. Tegasnya, saya dan para graduan perlu
memantapkan kemahiran komunikasi sebelum menghadiri temu duga.
Selain itu, graduan juga perlu memastikan keterampilan diri mereka dalam keadaan
yang baik sebelum menghadiri sesuatu temu duga. Misalnya, saya akan memastikan rambut
dan kuku saya telah dipotong pendek sehari lebih awal. Saya juga perlu memakai pakain yang
kemas dan sesuai dengan pekerjaan yang dipohon. Hal ini dikatakan demikian kerana majikan
lebih suka pekerja yang mementingkan keterampilan diri mereka. Pekerja yang tidak pandai
menjaga kebersihan diri boleh menyebabkan imej sesebuah syarikat terjejas. Malah,
keterampilan diri yang menarik juga dapat meningkatkan keyakinan diri saya. Jelaslah
bahawa saya harus menonjolkan keterampilan diri yang baik dan menarik sebelum menghadiri
temu duga.
Seterusnya, saya juga akan mempersiapkan diri saya dengan kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi. Sebagai contoh, untuk menjadi seorang kerani, saya perlulah mahir
menggunakan komputer dan Microsoft Office untuk membolehkan saya melakukakan kerja
saya. Tambahan pula, pada zaman ini, kemahiran teknologi amat diperlukan dan
sememangnya sudah sebati dalam kehidupan masyarakat hari ini. Jika saya mempunyai
kemhairan ini, saya lebih mudah untuk mendapatkan tugas. Jelaslah bahawa saya perlu
mempersiapkan diri saya dengan kemahiran teknologi maklumat sebelum menghadiri temu
duga.
Kesimpulannya, saya mesti membuat persediaan yang cukup sebelum menghadiri
sesuatu temu duga seperti peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Hal ini akan
membantu saya mendapat pekerjaan yang saya minati. Dengan itu, saya dapat mengelakkan
masalah penggangguran dalam kalangan graduan.

350 patah perkataan

92
3. Kepentingan mempelajari sejarah

Analisis Soalan
Tema Sejarah dan Warisan
Tugasan / Kepentingan mempelajari Sejarah di sekolah
Fokus
Siapa Murid / saya
Format Tiada

Karangan Contoh Peringkat Cemerlang

Cendekiawan pernah berkata bahawa bangsa yang tidak mempelajari sejarah sudah
tentu akan mengulangi kesilapan mereka yang lalu. Kata-kata ini jelas menunjukkan betapa
mata pelajaran Sejarah cukup penting untuk dipelajari. Sebelum ini, mata pelajaran Sejarah
tidak begitu diberi perhatian malah dianggap membosankan bagi segelintir pelajar. Namun
demikian, sejak menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia, subjek ini
semakin mendapat perhatian utama. Penggunaan buku teks baharu disertai koleksi video
pengajaran yang menarik dan kreatif telah menjadikan subjek Sejarah semakin diminati.
Sebagai memperkukuh lagi pernyataan tersebut, kepentingan-kepentingan mempelajari mata
pelajaran Sejarah di sekolah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
Kepentingan primer mempelajari subjek Sejarah adalah untuk memupuk semangat
patriotik. Hal ini dikatakan demikian kerana penceritaan dalam subjek Sejarah tentang tokoh
kemerdekaan serta perjuangan mereka sepanjang penjajahan akan menjentik semangat
patriotisme dalam diri murid. Dalam hal ini, murid didedahkan dengan pelbagai fakta sejarah
serta kisah pengorbanan pejuang kemerdekaan yang tidak berputus asa melawan penjajah.
Sebagai contohnya, perjuangan Dato Bahaman di Pahang, Dol Said di Naning dan Rentap di
Sarawak menunjukkan bahawa mereka mempunyai semangat patriotik yang tinggi terhadap
negara. Perjuangan dan pengorbanan mereka akan menjadi contoh kepada generasi muda
agar terus berusaha mempertahankan tanah air daripada sebarang ancaman. Sesungguhnya,
semangat patriotisme dapat dipupuk melalui pembelajaran Sejarah sejak di bangku sekolah
lagi .
Di samping itu, kepentingan mempelajari subjek Sejarah yang seterusnya adalah untuk
mengekalkan perpaduan kaum. Hal ini dikatakan sedemikian kerana perpaduan perlu dibentuk
di dalam negara kita yang berlatarbelakangkan masyarakat majmuk. Dalam situasi ini,
pembelajaran mata pelajaran Sejarah akan memperkenalkan asal-usul kewujudan negara
serta cara terbentuknya masyarakat majmuk. Sebagai contohnya, dalam perjuangan
penduduk Tanah Melayu mendapatkan kemerdekaan, mereka yang terdiri daripada pelbagai
kaum tanpa mengira warna kulit sanggup mengetepikan semangat perkauman demi
mendapatkan kemerdekaan bagi tanah air tercinta. Impaknya, murid akan mendapat
kesedaran akan pentingnya menjaga perpaduan agar negara terus harmoni. Jelaslah bahawa
mata pelajaran Sejarah menjadi wahana dalam memupuk perpaduan kaum dalam kalangan
murid berbilang bangsa.
Akhir sekali, kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah adalah untuk dijadikan
iktibar daripada masa lalu. Hakikat sedemikian tidak dapat dielakkan daripada realiti semasa
kerana subjek Sejarah sememangnya menjadi satu panduan hidup kepada masyarakat.
Tanpa catatan sejarah, kita tidak akan tahu sebab-sebab negara kita terbentuk hanya dengan
melihat keadaannya pada hari ini. Apabila sejarah dipelajari secara mendalam, maka kita

93
akan lebih berhati-hati dengan penjajahan minda dari Barat yang berlaku secara senyap. Kita
juga akan menguruskan ekonomi dengan baik di samping memperkukuh tembok pertahanan
negara supaya negara terus merdeka dan kemajuan dapat dikecapi. Tegasnya, peristiwa yang
dipelajari daripada mata pelajaran Sejarah dapat dijadikan teladan agar kita tidak mengulangi
kesilapan lampau.
Sebagai penghias bicara akhir, sudah terang lagikan bersuluh bahawa terdapat
pelbagai kepentingan mempelajari subjek Sejarah. Oleh hal yang demikian, ibu bapa
hendaklah mendorong anak-anak untuk berusaha menguasai mata pelajaran Sejarah bukan
sekadar untuk lulus atau untuk skor A tetapi mereka mempelajari sesuatu yang lebih bermakna
daripada mata pelajaran tersebut . Pada masa yang sama, guru-guru wajarlah terus berusaha
mengajar subjek Sejarah dengan penuh penghayatan dan kreatif agar pelajar berasa seronok
mempelajari subjek ini. Jika perkara ini dapat direalisasi, warganegara yang mencintai tanha
air dengan sepenuh jiwa raya dapat dilahirkan.

512 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Kepujian

Pada era globalisasi ini, mata pelajaran Sejarah bukanlah sesuatu yang asing kepada
pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana sejak sekolah rendah, pelajar sudah mula
diperkenalkan dengan mata pelajaran ini. Tambahan pula, mata pelajaran Sejarah telah
menjadi subjek wajib lulus bagi semua calon SPM bermula tahun 2013. Namun, segelintir
pelajar beranggapan bahawa mata pelajaran Sejarah suatu subjek yang sangat susah dan
membosankan kerana mereka perlu menghafal banyak fakta-fakta sejarah. Sesungguhnya,
pelajar perlu sedra akan kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah di sekolah.
Kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah ialah pelajar dapat menghargai
pengorbanan pejuang negara. Terdapat segelintir masyarakat pada hari ini yang tidak lagi
menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah berkorban jiwa dan raga dalam
membebaskan negara daripada penjajah. Oleh sebab itu, pelajar perlulah mempelajari mata
pelajaran Sejarah sejak di bangku sekolah dengan menghayati dan mengingati jasa serta
sumbangan tokoh-tokoh tanah air. Tamsilnya, sumbangan daripada Tunku Abdul Rahman
Putra al-Haj, Dato’ Onn Jaafar dan ramai lagi negarawan yang telah menyumbang kepada
kemakmuran dan kedamaian negara sehingga hari ini. Dengan cara ini, pelajar sedar bahawa
segala kesenangan dan kebebasan yang diperoleh mereka pada hari ini adalah berkat
perjuangan tokoh-tokoh ini.
Selain itu, perpaduan antara kaum dapat dicapai melalui pembelajaran Sejarah. Hal ini
dikatakan demikian kerana kestabilan negara bergantung pada perpaduan masyarakat.
Negara kita ibarat pokok dan rakyat ibarat akar. Pokok tidak akan berdiri kukuh tanpa akar
begitu juga negara kita, jika rakyat mengutamakan nilai perpaduan dan keamanan, kestabilan
negara pasti akan terjamin. Sebagai contoh, negara pernah mencatatkan sejarah hitam melalui
tragedi persengketaan kaum pada 13 Mei 1969. Akibat daripada tragedi itu, banyak nyawa
terkorban dan perpaduan negara terancam. Oleh hal yang demikian, kita perlulah mengambil
langkah dengan sentiasa memastikan bahawa hubungan antara kaum dipelihara agar pisang
tidak berbuah dua kali.

94
Akhir sekali, mempelajari Sejarah dapat memupuk semangat cinta akan negara dalam
sanubari pelajar. Semangat ini timbul apabila pelajar menghayati sejarah tanah air dan berasa
bangga terhadap negara dan bangsa. Tanpa semangat ini, maruah negara kita boleh tercalar
apabila lahirnya warganegara yang sanggup menggadai dan menjual maruah negara.
Tamsilnya, semangat patriotisme timbul apabila kita mengetahui dan memahami asal-usul diri,
bangsa dan negara serta mempunyai pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita. Namun
begitu, ramai pelajar hari ini hanya mempelajari Sejarah semata-mata untuk lulus peperiksaan
terutamanya SPM. Maka, lahirlah warganegara yang kurang semangat patriotik dalam diri
mereka.Oleh itu, pelajar perlu sedar bahawa mempelajari Sejarah bukan untuk lulus semata-
mata tetapi memahami maksud yang lebih mendalam daripada itu.
Sudah terang lagi bersuluh, terdapat pelbagai kepentingan yang tersurat dan tersirat
apabila pelajar mempelajari Sejarah. Golongan pelajar ini bakal menggantikan tempat
pemimpin pada masa hadapan seharusnya menguasai sejarah negara dengan baik agar
kesilapan yang pernah dilakukan dahulu tidak berulang kembali. Daripada sejarah, kita dapat
merangka wawasan dan memacu pembanbunan tanah air agar duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju lain.

462 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Galus

Isu tentang mata pelajaran Sejarah tidak seharusnya dipandang remeh. Antara contoh
kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah di sekolah ialah kita dapat menyuburkan
semangat cinta akan negara, mengamalkan nilai-nilai perpaduan yang utuh, memastikan
negara kita terus merdeka dan mendapat pengajaran daripada peristiwa lalu. Persoalannya,
apakah kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah di sekolah?

Pertama, kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah di sekolah ialah kita dapat
menyuburkan semangat cinta akan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana menyuburkan
semangat cinta akan negara supaya pelajar mengingati kemerdekaan negara pada tahun
1957. Sebagai contoh, pelajar akan menyambut hari kemerdekaan pada setiap tahun pada
bulan Ogos dengan meriah. Pendek kata, menyuburkan semangat cinta akan negara
merupakan kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah di sekolah.

Kedua, kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah di sekolah ialah kita dapat
mengamalkan nilai-nilai perpaduan yang utuh. Hal ini dikatakan demikian kerana
mengamalkan nilai-nilai perpaduan yang utuh supaya negara terus merdeka. Sebagai contoh,
pelajar akan berkawan dan menghormati rakan-rakan berlainan kaum sepert Melayu, Cina dan
India di sekolah. Pendek kata, mengamalkan nilai-nilai perpaduan yang utuh merupakan
kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah di sekolah.

Ketiga, kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah di sekolah ialah memastikan


negara kita terus merdeka. Hal ini dikatakan demikian kerana memastikan negara kita terus
merdeka supaya kita tidak dijajah lagi. Sebagai contoh, pelajar menghargai kemerdekaan
dengan menjaganya dengan baik. Pendek kata, memastikan negara kita terus merdeka
merupakan kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah di sekolah.
Akhir sekali, kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah di sekolah ialah
mendapat pengajaran daripada peristiwa lalu. Hal ini dikatakan demikian kerana mendapat
pengajaran peristiwa lalu untuk tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan. Sebagai

95
contoh, pelajar tidak akan mengulang kesilapan lalu yang pernah dilakukan oleh pemimpin
terdahulu. Pendek kata, mendapat pengajaran daripada peristiwa lalu merupakan kepentingan
mempelajari mata pelajaran Sejarah di sekolah.
Bagi menggulung segala yang telah dibincangkan, pelajar hendaklah mengetahui
kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah di sekolah seperti menyuburkan semangat
cinta akan negara, mengamalkan nilai-nilai perpaduan yang utuh, memastikan negara kita
terus merdeka dan mendapat pengajaran daripada peristiwa lalu . Sesungguhnya mata
pelajaran Sejarah memberikan kebaikan kepada pelajar. Oleh itu, kepentingan mempelajari
mata pelajaran Sejarah hendaklah diamalkan dalam kehidupan seharian.

342 patah perkataan

4. Persediaan sebelum menceburi bidang pelancongan

Analisis Soalan
Tema Pelancongan
Tugasan / Persediaan-persediaan untuk menempuh alam kerjaya dalm
Fokus sektor pelancongan
Siapa Individu
Format Tiada

Karangan Contoh Peringkat Cemerlang

Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu merupakan antara destinasi pelancongan
yang tersohor di Malaysia. Saban tahun, berduyun- duyun pelancong seantero dunia masuk
ke Malaysia. Industri pelancongan merupakan antara penyumbang perdana terhadap sumber
ekonomi negara. Namun begitu, kerjaya ini tidak boleh diceburi secara semberono kerana
memerlukan pelbagai persediaan sebelum melangkah ke bidang pekerjaan tersebut. Kata-
kata mutiara Arab ada menyatakan, “man jadda wa jada,” bermakna jika kita melakukan
sesuatu dengan bersungguh-sungguh pasti akan ada hasilnya. Oleh itu, pelbagai persediaan
awal perlulah dilakukan untuk menempuh alam kerjaya dalam sektor pelancongan.

Mari kita capahkan lensa perbincangan di bawah kata kunci pentingnya persediaan
dalam akademik. Sememangnya, ilmu serta maklumat yang bersesuaian perlu dikuasai untuk
menjadikan kerjaya dalam sektor pelancongan sebagai pilihan. Hjalager yang merupakan
tokoh pemikir Barat telah menegaskan peri pentingnya untuk mengambil pekerja yang
berkelulusan dalam bidang pelancongan. Hal ini dikatakan relevan kerana tahap akademik
akan menjadi kayu ukur bagi sesuatu bidang pekerjaan. Disebabkan itu, murid seharusnya
menyambung pengajian dengan memilih jurusan pengurusan hotel dan pelancongan yang
terdapat di kolej mahupun universiti. Tegasnya, persediaan akademik

96
menjadi prasyarat sebelum kita memasuki sektor pelancongan kerana yang bulat tidak datang
bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Pada masa yang sama, seseorang itu akan lebih sukses dalam alam kerjaya sekiranya
mereka mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Hal ini demikian kerana kemahiran
komunikasi yang baik membolehkan setiap individu mempunyai keupayaan untuk petah
berbicara, mampu mempengaruhi orang lain dan mampu menjaga tutur kata. Dalam bidang
pelancongan, individu yang mahir berkomunikasi mampu mempengaruhi pelancong tempatan
atau pelancong asing untuk melancong di tempatnya. Mereka akan tertarik dengan layanan
yang mesra selain pakej istimewa yang ditawarkan. Kebijaksanaan mengatur kata-kata dapat
memujuk pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik. Impak jangka panjang ialah
pelancong tersebut akan mengajak rakan-rakan untuk melnacong ke sini kelak.

Dalam dunia pekerjaan yang penuh pancaroba, tidak dinafikan bahawa persediaan
dari segi mental dan fizikal juga amat vital untuk menempuh alam pekerjaan dalam sektor
pelancongan. Pekerjaan yang mencabar ini tidak mungkin dapat dilakukan dengan cemerlang
jika seseorang itu tidak dapat mengawal emosi tatkala melayani kerenah pelancong selain
perlu kekal bertenaga dalam mengurus promosi pelancongan. Sebagai contoh, senario
budaya dan perwatakan amat berbeza dalam kalangan pelancong Timur dan pelancong dari
Barat. Pelancong Timur lebih terkenal dengan budaya sopan santun manakala pelancongan
barat lebih bersifat terbuka dan berterus terang. Jadi, individu yang menceburi bidang
pelancongan ini haruslah bersedia berhadapan dengan karaktor sedemikian. Alah bisa, tegal
biasa, andai persediaan dari segi fizikal dan mental dapat dilakukan sedari awal, sudah pasti
segala cabaran dalam menempuh alam kerjaya sektor pelancongan akan dapat dilalui
dengan penuh berhemah.

Jika mendaki menuju ke puncaknya, jika berbicara menuju ke noktahnya. Cabaran dari
segi persaingan untuk mendapatkan pekerjaan akan menjadi lebih sengit. Mereka yang
mampu menonjol daripada yang lain berpotensi besar untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.
Lantaran itu, sebelum berkecimpung dalam sektor pelancongan, individu yang ingin menceburi
kerjaya dalam bidang pelancongan wajarlah memperlengkap diri dengan pelbagai kemahiran
dan keterampilan diri serta kefahaman yang lebih baik ibarat, hilang dicari,
terapung direnangi dan tenggelam diselami.

498 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Kepujian

Alam pekerjaan merupakan satu fasa yang akan ditempuhi dalam kehidupan
manusia demi meneruskan kehidupan. Sektor pelancongan merupakan salah satu sektor
pekerjaan yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada masyarakat bak kata
peribahasa di mana ada gula, di situ ada semut. Justeru, masyarakat Malaysia harus
mengambil peluang untuk menceburkan diri dalam bidang kerjaya ini. Namun begitu,
untuk menceburkan diri dalam sektor pelancongan memerlukan individu tersebut
menguasai pelbagai kemahiran termasuklah kemahiran dalam merancang strategi
memajukan perniagaan di samping banyak berurusan dengan pelanggan. Persoalannya,

97
apakah persediaan- persediaan yang perlu dilakukan untuk menempuh alam pekerjaan
dalam sektor pelancongan?
Sebagai lontaran idea yang pertama, persediaan untuk menempuh alam kerjaya ialah
setiap individu perlu memperoleh kelayakan akademik dengan melanjutkan pelajaran ke
peringkat pengajian tinggi yang menawarkan kursus yang berkaitan dengan pelancongan. Hal
ini dikatakan demikian kerana pengetahuan ini akan memberikan kelebihan kepada individu
berkenaan dalam menggunakan ilmunya apabila bekerja kelak. Sebagai contoh, pengajian
dalam bidang pengurusan pelancongan dan pengurusan hotel mampu menyiapkan individu
yang ingin menceburi kerjaya dalam bidang pelancongan dengan pengetahuan khusus
berkaitan industri pelancongan.Pengetahuan dan kelayakan akademik ini membolehkan invidu
tersebut lebih bersedia untuk menceburi kerjaya dalam bidang pelancongan. Jelaslah bahawa
kelayakan akademik yang tinggi merupakan persediaan untuk bekerja dalam sektor
pelancongan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa, salah satu persediaan menempuh alam
pekerjaan dalam sektor pelancongan ialah seseorang individu itu perlu bersedia dari segi
fizikal dan mental. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang pekerja seharusnya
mempunyai kecergasan fizikal dan kecerdasan mental untuk membolehkan mereka
menghadapi tekanan tempat kerja dalam kerjaya tersebut. Kesihatan fizikal dan mental ini
akan melahirkan pekerja yang berkemahiran tinggi untuk melaksanakan tugas dengan lancar
dan mampu berfikir secara kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, sektor pelancongan
melibatkan individu berhadapan dengan pelbagai karenah yang berlatarbelakangkan budaya
yang berbeza. Jelaslah bahawa, persediaan fizikal dan mental merupakan salah satu
persediaan menempuh alam pekerjaan sektor pelancongan.

Seperkara lagi, masyarakat yang ingin berkerja dalam sektor pelancongan haruslah
memantapkan kemahiran berkomunikasi. Kemahiran berkomunikasi menjadi elemen utama
yang dituntut dalam hampir kesemua jenis pekerjaan. Hal ini dikatakan kerana tanpa
kemahiran berkomunikasi, kita tidak akan menjalankan proses interaksi dengan lancar.
Tambahan pula, dalam sektor perlancongan ini, kemahiran berkomunikasi dapat membantu
kita melancarkan interaksi dengan pelanggan. Segala perbincangan berkaitan tawaran harga
bagi pakej pelancongan dan aduan berkaitan kekurangan dalam perkhidmatan yang diberi
dapat diselesaikan dengan lancar tanpa wujudnya salah faham anatara kedua-dua pihak. Pad
akhir perbincangan, kedua-dua pihak akan mendapat situasi menang-menang. Tuntasnya,
kemahiran berkomunikasi ini wajib dipraktikkan dari sekarang supaya apabila memasuki alam
pekerjaan nanti tahap komunikasi kita telah menjadi mantap.

Kesimpulannya, sektor pelancongan merupakan indusri yang sangat penting kerana


banyak menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat dalam meningkatlan taraf hidup
mereka. Menyedari hakikat tersebut, persediaan yang mantap perlu dilakukan sebelum
melangkah ke alam dalam sektor pelancongan ini . Oleh hal yang demikian, diharapkan juga
pelbagai program dan bengkel dalam sektor ini dapat terus dijalankan untuk memberikan
pendedahan kepada anak-anak muda tentang pelbagai pengetahuan dan kemahiran
berkaitan bidang kerjaya ini seterusnya dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara.

484 patah perkataan

98
Karangan Contoh Peringkat Galus

Isu tentang sektor pelancongan tidak seharusnya dipandang remeh. Antara contoh
persediaan untuk menempuh alam kerjaya dalam sektor pelancongan ialah kita hendaklah
mempunyai kelayakan akademik, kemahiran berkomunikasi dan mencari maklumat yang
berkaitan dengan kerjaya ini. Persoalannya, apakah persediaan-persediaan untuk menempuh
alam kerjaya dalam sektor pelancongan?

Pertama, persediaan untuk menempuh alam kerjaya dalam sektor pelancongan ialah
individu perlu mempunyai kelayakan akademik. Hal ini dikatakan demikian kerana individu
perlu mempunyai kelayakan akademik disebabkan ilmu pengetahuan sangat penting dalam
pekerjaan. Sebagai contoh, individu dapat menggunakan ilmunya ketika bekerja nanti. Pendek
kata, individu perlu mempunyai kelayakan akademik merupakan persediaan untuk menempuh
alam kerjaya dalam sektor pelancongan.
Kedua, persediaan untuk menempuh alam kerjaya dalam sektor pelancongan ialah
individu perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi. Hal ini dikatakan demikian kerana
individu perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi supaya perbincangan dengan pelanggan
menjadi lancar. Sebagai contoh, individu perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi untuk
bertutur dengan baik. Pendek kata, individu perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi
merupakan persediaan individu untuk menempuh alam kerjaya dalam sektor pelancongan.
Ketiga, persediaan untuk menempuh alam kerjaya dalam sektor pelancongan ialah
indibidu perlu mencari maklumat yang berkaitan dengan kerjaya ini. Hal ini dikatakan demikian
kerana mencari maklumat yang berkaitan dengan kerjaya ini dapat memudahkan individu
dalam pekerjaannya nanti. Sebagai contoh, individu boleh mencari maklumat yang berkaitan
dengan kerjaya tersebut melalui Internet atau bertanya kepada pekerja di sektor pelancongan.
Pendek kata, mencari maklumat yang berkaitan dengan kerjaya ini merupakan persediaan
untuk menempuh alam kerjaya dalam sektor pelancongan.

Akhir sekali, persediaan untuk menempuh alam kerjaya dalam sektor pelancongan
ialah individu perlulah bersedia dari segi emosi. Hal ini dikatakan demikian kerana individu
perlulah bersedia dari segi emosi untuk menguruskan masalah dengan baik semasa bekerja.
Sebagai contoh, individu tersebut perlulah bersedia emosinya supaya masalah yang timbul
tidak akan mengganggu hasil kerjanya. Pendek kata, individu perlulah bersedia dari segi emosi
merupakan persediaan untuk menempuh alam kerjaya dalam sektor pelancongan.

Bagi menggulung segala yang telah dibincangkan, individu hendaklah mengetahui


persediaan untuk menempuh alam kerjaya dalam sektor pelancongan seperti mempunyai
kelayakan akademik, mempunyai kemahiran berkomunikasi, mempunyai persediaan dari
emosi dan mencari maklumat berkaitan kerjaya dalam sektor pelancongan. Sesungguhnya,
sektor pelancongan memberikan kebaikan kepada individu. Oleh itu, persediaan untuk
menempuh alam kerjaya dalam sektor pelancongan hendaklah diamalkan dalam kehidupan
seharian.

349 patah perkataan

99
SET 1

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA


[35 markah]

Soalan 1: Morfologi

Kata nama :
1. individu
2. harga
3. diri
4. sendiri
5. pandangan
6. keupayaan
7. kecemerlangan
8. remaja
9. landasan
10. kejayaan
11. budi
12. pendidikan
13. keinginan
14. matlamat
15. disiplin
16. tugasan
[ 8 markah ]

Soalan 2 : Sintaksis

Pola ayat :
1. FN + FN
2. FN + FA
3. FN + FK
[ 6 markah ]

Soalan 3 : Penyuntingan

1. diasalkan - berasal
2. dari - daripada
3. pusat - tapak
4. merubah - berubah
5. lain-lain bandar – bandar-bandar lain
6. seiring – seiring dengan
7. ujud - wujud
8. bagi - sebagai
9. kini - ini
10. mengambilalih – mengambil alih
11. di – pada
12. diganti - digantikan

[11 markah]

100
Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard

Adapun segala orang Siam yang kembali itu, telah ia Segala orang Siam telah pulang, setelah mereka
sampai ke benua Siam, maka Awi Dicu pun masuk sampai di benua Siam, lalu Awi Dicu pun masuk
menghadap Paduka Bubunnya. untuk menghadap Paduka Bubunnya.
Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka ia Paduka Bubunnya pun terlalu marah; lalu dia sendiri
sendiri pergi menyerang Melaka itu. Maka ada pergi untuk menyerang Melaka itu. Ada seorang anak
seorang anak Paduka Bubunnya, Cau Pandan Paduka Bubunnya, bernama Cau Pandan.
namanya.
Maka ialah bercakap Ke Bawah Duli Paduka Dia berkata kepada Ke Bawah Duli Paduka
Bubunnya hendak menyerang Melaka, sembahnya Bubunnya untuk menyerang Melaka, sembahnya
“Duli Pra Cau, lengkapi patik, patiklah mengalahkan “Duli Pra Cau, lengkapkan saya, saya akan
Melaka itu.” mengalahkan Melaka.”

[5 markah]

Soalan 5 : Peribahasa
1. masuk kandang kambing mengembek, masik kandang harimau menguak
2. bagai aur dengan tebing / ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
[4 markah]

Soalan 6 : Petikan umum


(i) Maksud semakin dipinggirkan.

Kian / bertambah / diabaikan / dilupakan / diketepikan 2


Semakin diabaikan / dilupakan / diketepikan 1
Kian / bertambah dipinggirkan 1
[2 markah]

(ii) Perbezaan faedah-faedah pembelajaran KOMSAS dan teknik bercerita :


Bahan 1
P1 meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca murid terhadap pelbagai genre 1
sastera
P2 mengandungi nilai-nilai murni yang boleh dijadikan teladan 1
P3 bakat murid dalam bidang penulisan dapat dikembangkan 1

Bahan 2
P1 memperluas perbendaharaan kata murid yang terlibat 1
P2 pemupukan sikap sabar dalam jiwa pelajar tersebut 1
P3 memupuk sifat mematuhi arahan guru 1
[Isi cukup : 2 isi]
[3 markah]

101
(iii) Usaha pihak sekolah:
P1 mengadakan minggu penulisan kreatif 1
P2 mengadakan pertandingan penulisan kreatif 1
P3 mengadakan bengkel / ceramah penulisan kreatif 1
P4 memberikan penghargaan / ganjaran kepada hasil karya murid 1
P5 menyediakan sudut hasil karya kreatif murid 1
P6 menerbitkan hasil karya kreatif murid dalam majalah / buletin 1
P7 mendapatkan tajaan program dan hadiah kepada murid 1
[Isi cukup 2 isi]
[3 markah]

(iv) Cara-cara:
P1 Membimbing rakan-rakan tentang jalan cerita / karya sastera 1
P2 Berkongsi pautan video karya sastera di Internet 1
P3 Mengulang kaji karya sastera bersama-sama. 1
P4 Mengajak rakan-rakan anda kerap berjumpa guru. 1
P5 Menyediakan nota-nota tambahan / peta minda menarik untuknya 1
P6 Berkongsi / membeli bahan-bahan dan majalah berkaitan sastera 1
P7 Memperbanyak latihan bersama rakan-rakan 1
[Isi cukup : 3 isi]
[4 markah]

Soalan 7 : Petikan Sastera

(i) Maksud melihat potensi

Menunjukkan / mempamerkan keupayaan / kebolehan / kemampuan / bakat 2


Melihat keupayaan / kebolehan / kemampuan / bakat 1
Menunjukkan / mempamerkan potensi 1
[2 markah]

(ii) Ciri-ciri pekerja yang baik

P1 Patuh dan sabar kepada arahan 1


P2 bersatu, bertenaga, bekerja dan berjuang 1
P3 sentiasa merebut peluang 1
P4 kesanggupan untuk bekerja kuat 1

[Isi cukup : 2 isi]


[3 markah]
(iii) Persediaan sebelum memasuki alam pekerja\

P1 menguasai ilmu pengetahuan 1


P2 memantapkan kemahiran komunikasi 1
P3 mengusai kemahiran TMK 1
P4 disiplin diri 1
P5 memilih jurusan yang tepat 1
P6 menguasai pelbagai bahasa 1
P7 mencari maklumat tentang kerjaya akan diceburi 1
P8 menyertai organisasi kokurikulum di sekolah 1
P9 Mengikuti latihan industri 1
[Isi cukup 2 isi]
102
[3 markah]
(iv) Usaha membantu menyelesaikan masalah memilih kerjaya

P1 memberikan nasihat 1
P2 berkongsi pengalaman 1
P3 meminta adik bekerja dahulu untuk mencari pengalaman 1
P4 memberi bantuan modal 1
P5 mengajar ilmu perniagaan 1
P6 membantu dari segi promosi 1
P7 mengajak untuk mengikuti kursus keusahawanan 1
P8 menyertai organisasi kokurikulum di sekolah 1
P9 Mengikuti latihan industri 1

[Isi cukup : 3 isi]


[4 markah]
Soalan 8 : Novel

i. Sebab Aqram mengambil masa yang lama untuk menjejaki Farisha

P1 Maklumat yang diberikan oleh rakan Farisha tidak membantu 1


P2 Farisha sudah berpindah rumah beberapa kali 1
P3 Farisha juga menukar nombor telefon 1
P4 Alamat e-mel Farisha sudah tidak aktif 1
P5 Dia juga sudah menghapuskan akaun Facebook Twitter, dan blog peribadi. 1
[ 4 marah ]
[ Isi cukup : 3 isi ]
ii. Peristiwa yang memaparkan masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat dan cara
masalah tersebut diselesaikan

Di Sebalik Dinara
1. Masalah: Rosman tidak dapat menjemput Farisha untuk pergi ke Simposium Penggodaman
Antarabangsa di Hotel Renainsance kerana keretanya mengalami kerosakan.

Cara penyelesaian: Farisha meminta batuan Shida untuk menghantarnya ke stesen monorel agar dia
dapat mendengar ucaptama yang disampaikan oleh Philip Young.

2. Masalah: Farisha ditawarkan RM1.5 juta untuk menggodam tiga kelompok komputer sistem Dinara.
Farisha diberikan masa selama empat minggu untuk menyelesaikan tersebut. Namun, Farisha berasa
ragu-ragu untuk menerima tawaran tersebut kerana upah yang ditawarkan terlalu tinggi.
Cara penyelesaian: Farisha meminta nasihat daripada abangnya, Azraai sebelum membuat
keputusan.
3. Masalah: Farisaha mendapat tahu bahawa abangnya disahkan menghidap sakit jantung dan Farisha
juga merupakan anak angkat kepada keluarga Azraai. Azraai memberitahu Farisha perkara tersebut
semasa Farisha dijemput makan malam di rumahnya.

Cara penyelesaian: Farisha menerima berita tersebut dengan hati yang terbuka dan meminta Azraai
menerangkan

103
4. Masalah: Farisha jatuh pengsan sebelum sesi komunikasi dengan Karl dijalankan. Keadaan kesihatan
Farisha yang semakin merosot menyebabkan sesi komunikasi antara Farisha dengan Karl juga tidak
dapat dijalankan sedangkan masa untuk menyematkan sistem Dinara semakin suntuk.

104
Cara penyelesaian: Dr Maxi, Aqram dan Khairul Anwar telah memutuskan untuk menggantikan
Farisha dengan Shida supaya misi menyelamatkan sistem Dinara tercapai.

5. Masalah: Farisha telah diculik oleh orang suruhan Medina iaitu Farid dan Amin semasa Azraai
memberhentikan kenderaannya di Hentian Pagoh.

Cara penyelesaian: Azraai segera menghubungi Rosman untuk mendapatkan bantuan. Rosman telah
berjaya mengesan kedudukan Farisha melalui aplikasi yang terdapat dalam telefon pintarnya.

Silir Daksina
1. Masalah: Abang Tauke Ong yang kerap berjudi menyebabkan semua harta peninggalan mendiang
bapanya telah dijual. Hal ini menyebabkan hidup Tauke Ong menjadi susah.

Cara penyelesaian: Tauke Ong telah berhijrah ke kampung Seri Purnama. Dia telah bekerja dengan
bapa kepada Cikgu Nizam sebagai penoreh getah pada waktu pagi. Bagi menampung kehidupan
keluarganya, Tauke Ong meraih hasil hutan dan menjualnya di pekan.

2. Masalah: Haiqal menerima sebuah manuskrip yang telah dikirimkan oleh seorang perempuan
berbangsa Cina yang tidak dikenali. Manuskrip setebal 58 muka surat itu seolah-olah dekat dengan
dirinya. Haiqal bimbang jika uminya mengetahui tentang manuskrip yang telah diterima.

Cara penyelesaian: Haiqal menyembunyikan manuskrip tersebut di dalam laci biliknya dan membaca
manuskrip tersebut pada waktu malam.

3. Masalah: Apabila Haiqal menyampaikan hasratnya untuk ke kampung Seri Purnama, Haiqal telah
mendapat tentangan daripada umi Haiqal sehingga berlaku pertengkaran Haiqal dengan uminya. Umi
Haiqal juga menyatakan bahawa dia tidak akan memberikan wang perbelanjaan kepada Haiqal
sekiranya Haiqal ke Batu Pahat.

Cara penyelesaian: Haiqal telah mendapatkan keizinan walid untuk pergi ke kampung Seri Purnama
dan walid mengizinkan Haiqal untuk pergi.

4. Masalah: Ong See Hwa memberitahu Haiqal bahawa Abdullah Bin Kayan hasratnya untuk menubuhkan
Aksara di Kampung Seri Purnama tidak kesampaian. Oleh itu, bapanya berharap agar Haiqal dapat
menyempurnakan hasrtanya untuk meneruskan usahanya menubuhkan Aksara di kampung tersebut.
Walau bagaimanapun, Haiqal berasa bimbang kerana dirinya yang masih muda dan tidak tahu tentang
tarian zapin.
Cara penyelesaian: Haiqal telah meminta bantuan daripada Pak Cik Bakar untuk menjemput YB Saiful
Hazizi ke Kampungnya. Pak Cik Bakar telah menyampaikan hasrat Haiqal kepada ketua kampung dan
hasrat Haiqal disambut baik oleh penduduk kampung.

5. Masalah: Lazim telah ditimpa kemalangan sehari sebelum mengadakan persembahan tarian zapin.
Hal ini menyebabkan Lazim tidak dapat berpasangan dengan Haiqal untuk persembahan zapin yang
akan dihadiri oleh YB Saiful Hazizi.

Cara penyelesaian: Haiqal pergi ke rumah Tauke Ong untuk berjumpa dengan Ong See Hwa setelah
dinasihati oleh Pak Cik Bakar. Setibanyan Haiqal di sana, Haiqal mendapati Ong See Hwa sudah
menggosok baju dan bersedia untuk menari zapin dengan Haiqal.

105
Soalan 9 : Rumusan
Pendahuluan [ 2 markah ]
Rumusan membincangkan halangan-halangan/ kekangan/ masalah untuk
P1 2
memupuk perpaduan kaum dan langkah memupuk perpaduan kaum
P2 Rumusan ini tentang halangan-halangan untuk memupuk perdaduan kaum 1
P3 Rumusan ini tentang langkah-langkah memupuk perpaduan kaum 1

Isi [ 16 markah]

Isi bahan 1: Petikan


Fokus 1 (halangan/ kekangan/ masalah memupuk perpaduan)
F1-1 pergaulan antara kaum yang terhad 2
F1-2 perbezaan agama, budaya dan adat resam masyarakat Malaysia yang pelbagai
2
F1-3 kewujudan surat khabar pelbagai bahasa 2

Bahan 1 : Petikan
Fokus 2 (langkah/ usaha/ cara memupuk perpaduan)
F2-1 melalui penghayatan dan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia 2
memupuk semangat setia kawan dan bertolak ansur dalam kalangan rakyat
F2-2 2
Malaysia
F2-3 kerajaan perlu menggalakkan rakyat menganjurkan aktiviti rumah terbuka 2
kerajaan perlu memastikan surat khabar pelbagai bahasa ini sentiasa menjaga
F2-4 2
sensitiviti setiap kaum
F2-5 menekankan nilai-nilai rohani dan budaya bersama-sama 2
F2-6 Dasar penubuhan Sekolah Wawasan 2

Bahan 2 : Grafik
Fokus 1 (halangan/ kekangan/ masalah memupuk perpaduan)
F1-4 Semangat kekitaan yang menebal 2
F1-5 Kurang kesedaran dalam kalangan generasi muda 2
F1-6 Perbezaan status ekonomi 2
F1-7 Kewujudan sekolah vernakular 2
[ Isi mesti diambil daripada semua bahan ]

Kesimpulan [2 markah]

Kesimpulannya semua pihak perlu berusaha untuk memupuk perpaduan kaum


K1 2
agar negara terus maju.
Kesimpulannya semua pihak perlu berusaha untuk memupuk perpaduan kaum
K2 1
di Malaysia.

106
Set 2

Bahagin A

Analisis Soalan
Tema Kerjaya dalam bidang sukan
Tugasan / manfaat kerjaya dalam bidang sukan, cara untuk mencapai cita-cita
Fokus dalam bidang sukan, manfaat sukan kepada masyarakat.
Siapa Masyarakat, Individu
Format Tidak berformat

Karangan Contoh Peringkat Cemerlang

Sejak dahulu, sukan dijadikan wahana untuk rakyat Malaysia berhibur. Jika dahulu
aktiviti sukan menjadi pengisi masa lapang tetapi bidang ini sebenarnya sangat berpotensi
untuk dijadikan sebagai kerjaya. Hal ini dikatakan demikian kerana kerjaya dalam bidang
sukan mempunyai berbagai-bagai manfaat.
Kerjaya sukan di Malaysia mampu menjadi sumber pendapatan. Ramai atlet Malaysia
menjadikan sukan sebagai sumber pendapatan yang lumayan. Buktinya, Dato’ Lee Chong Wei
sendiri pernah memperoleh pendapatannya sehingga RM 2 juta hingga RM 3 juta hasil
daripada penyertaan kejohanan badminton yang berprestij seperti jelajah Supersiries.
Selain itu, kerjaya sukan juga membantu masyarakat menjalani gaya hidup sihat.
Masyarakat boleh berkunjung ke pusat kecergasan atau gimnasium untuk mendapatkan
khidmat jurulatih. Oleh itu, masyarakat akan dibimbing oleh jurulatih dengan ilmu diet yang
sihat dan teknik senaman yang betul. Masalah obesiti yang tinggi di Malaysia juga dapat
dikurangkan.
Di samping itu, murid-murid yang ingin berkejaya dalam bidang sukan perlu cemerlang
dalam SPM dan memohon kemasukan ke peringkat Ijazah Sains Sukan seperti yang
ditawarkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bukan itu sahaja, murid-murid perlu
cemerlang dalam kejohanan sukan seperti olahraga. Oleh itu, murid-murid perlu membuat
persediaan awal kerana “kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”.

Kesimpulannya, kerjaya sukan berperanan penting kepada kehidupan masyarakat.


Selain hiburan, masyarakat haruslah sedar bahawa sukan juga boleh menjadi sumber
kewangan, memperoleh ilmu pengetahuan, serta mempengaruhi gaya hidup mereka.

194 patah perkataan

107
Karangan Contoh Peringkat Kepujian

Sukan merupakan aktiviti yang sering kita lakukan. Sukan membawa banyak faedah.
Sukan juga memberikan peluang kerjaya kepada kita. Apakah kerjaya yang sesuai dengan
bidang sukan?
Antara peluang kerjaya dalam sukan termasuklah menjadi atlet terkenal. Hal ini
dikatakan demikian kerana menjadi atlet mendapat pendapatan yang banyak. Sebagai contoh
Dato’ Lee Chong Wei memiliki pendapatan antara RM 2 juta hingga RM 3 juta. Oleh itu, kita
perlu menjadi atlet yang berjaya untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan.
Selain itu, masyrakat dapat menjalani gaya hidup sihat. Penasihat pemakanan akan
menasihati pelanggan yang mahukan tunjuk ajar cara pemakanan. Sebagai contoh, penasihat
boleh mencadangkan jadual pemakanan dan jenis pemakanan yang berkhasiat seperti buah-
buahan dan sayur-sayuran.
Selanjutnya, untuk menjadi seorangt jurulatih, pelajar perlu menyambung pelajaran di
univeristi. Ilmu yang dipelajari akan digunakan untuk melatih orang ramai seperti cara
meregangkan badan dan ilmu kesihatan atau pemakanan. Oleh itu, masyarakat dapat
menjalani gaya hidup sihat.
Kesimpulannya, kerjaya dalam bidang sukan memberikan manfaat yang banyak
kepada kesihatan dan menjadi sumber pendapatan. Kita perlu memilih kerjaya yang sesuai
seperti atlet, penasihat pemakanan dan jurulatih.

168 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Galus

Bidang sukan boleh menjadi kerjaya seseorang. Sebagai contoh, Dato’ Lee Chong Wei
dilaporkan pernah memiliki pendapatan antara RM2 juta hingga RM3 juta. Sudah pasti bukan
hadiah kemenangan sahaja yang diperoleh, malah habuan daripada syarikat penajaan juga
menanti
Antara kerjaya dalam sukan ialah penasihat pemakanan. Hal ini dikatakan demikian
kerana ramai masyarakat yang ingin menurunkan badan. Sebagai contoh penasihat
pemakanan akan menasihati cara pemakanan. Penasihat pemakanan akan kongsikan kepada
tuan cara pemakanan yang betul dan menu yang sihat setiap hari.
Selain itu, kita boleh menjadi seorang jurulatih. Kita boleh menjadi jurulatih bola sepak,
badminton dan senaman. Hal ini dikatakan demikian kerana ramai masyarakat memerlukan
jurulatih. Jurulatih penting untuk memberikan tunjuk ajar. Sebagai contoh , jurulatih mengajar
senaman yang betul
Kesimpulannya, sukan merupakan kerjaya yang boleh kita pilih. Kita perlu memilih
kerjaya yang sesuai seperti atlet, penasihat pemakanan dan jurulatih.

130 patah perkataan

108
Bahagian B

1. Laporan misi bantuan kemanusiaan

Tema Misi bantuan kemanusiaan


Tugasan / Laporan misi bantuan kemanusiaan
Fokus
Siapa Setiausaha
Format Laporan

Karangan Contoh Peringkat Cemerlang

LAPORAN MISI BANTUAN BENCANA ALAM

Bencana alam yang berlaku tidak dapat dielakkan oleh manusia kerana kejadian itu
berlaku di luar kawalan manusia. Bencana alam boleh berlaku tanpa mengira masa dan
tempat. Contohnya, bencana alam yang sering berlaku ialah banjir, gempa bumi dan tanah
runtuh. Bencana alam yang direkodkan di negara ini ialah hempasan ombak besar Tsunami
pada 26 Disember 2004 dan kejadian tanah runtuh di Gombak pada tahun 2004. Namun,
tragedi banjir besar di Kelantan pada tahun 2014 merupakan kejadian yang tidak dapat kita
semua lupakan. Sebagai masyarakat yang mempunyai sifat kemanusiaan kerana berat mata
memandang, berat lagi bahu memikul, kita sepatutnya bertanggungjawab dan
menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan ibarat hulurkan tangan,
ringankan beban. Saya dan ahli pasukan telah mengikuti misi bantuan tersebut.
Satu program bantuan mangsa-mangsa banjir telah berjaya dilaksanakan hasil inisiatif
sukarelawan bersama-sama pihak badan bukan kerajaan (NGO). Bantuan yang
disumbangkan tidaklah hanya mengutamakan wang ringgit, tetapi bantuan lain seperti ubat-
ubatan, pakaian dan makanan juga diperlukan. Setelah berlaku banjir, pastinya mangsa tidak
memiliki kelengkapan yang sempurna untuk hidup kerana semua harta mereka telah musnah
dalam bencana yang di luar jangka ini. Beberapa barang keperluan diperlukan telah berjaya
dikumpulkan hasil sumbangan daripada orang ramai yang prihatin terhadap mangsa. Kita
seharusnya bersyukur dengan nikmat yang diberikan dan harus berkongsi nikmat dengan
orang lain yang memerlukan. Jelaslah di sini bahawa kita tidak harus lokek dalam
menghulurkan sumbangan kerana cubit paha kiri, paha kanan pun sakit juga agar mangsa
dapat hidup sempurna seperti kita.
Lokasi pada hari pertama kami adalah di enam buah kampung dalam Daerah Kuala
Krai. Misi kami ini membawa bekalan barangan asas seperti minyak masak, beras dan gula
selain pakaian seperti kain pelikat, telekung dan tuala. Bantuan ini merupakan hasil
sumbangan orang awam dan daripada rakan kenalan terdekat untuk diserahkan kepada
penduduk. Beberapa perkara yang kami lihat telah memberi impak yang sungguh besar
khususnya kepada saya dan sukarelawan. Pasukan sukarelawan juga dapat menyelami
kepayahan dan berkongsi rasa Bersama-sama mangsa banjir ketika mereka masih dilanda
banjir besar dan dalam proses untuk bangkit semula untuk meneruskan kehidupan mereka.
Kepayahan dan ujian yang telah berlaku merupakan ujian kita bersama-sama untuk
membantu mereka di sana.
Pada hari kedua pasukan sukarelawan menuju ke sekolah kebangsaan yang menjadi
penempatan untuk mangsa banjir. Keadaan di sekolah tersebut dikhabarkan terjejas teruk

109
apabila air naik sehingga menghampiri tingkat tiga. Sekolah sudah dibersihkan dan dicuci
untuk keselesaan murid-murid bagi sesi pembelajaran. Pengangkutan utama ke sekolah
melalui sungai dan jalan raya menghala ke sekolah ini mengambil jarak sejauh tiga puluh
kilometer untuk sampai sekolah. Pada hari pertama persekolahan kami melihat murid-murid
tetap ke sekolah dengan berpakaian biasa. Tiada ungkapan yang mampu dizahirkan kerana
mereka ini terlalu kecil untuk memahami situasi. Murid-murid di sana tetap bersemangat
menghadiri sekolah. Sukarelawan sempat bersama-sama meluangkan masa membantu
mengajar di kelas.
Intihanya, semua orang seharusnya melupakan batasan geografi dalam menghulurkan
bantuan dan tidak menjadi enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing- masing. Walau
di mana-mana jua kita berada, kita harus sedar bahawa manusia semuanya sama iaitu
menginginkan kehidupan yang sempurna. Semua pihak haruslah bersama-sama
menghulurkan bantuan dengan apa-apa cara sekalipun kerana ada peribahasa Melayu
mengatakan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kami pasukan sukarelawan
mendoakan semua mangsa-mangsa banjir terus tabah dan sabar menghadapi dugaan
ini. Semoga sumbangan yang kita salurkan dapat disalurkan menambahkan lagi kekuatan
mangsa untuk meneruskan kehidupan seharian mereka seperti sedia kala. Jutaan terima kasih
kami ucapkan kerana kesanggupan sukarelawan dengan meluangkan masa dan tenaga
bersama-sama kami untuk memberikan bantuan kepada mangsa.

Yazid
14 JANUARI 2015
( AHMAD YAZID BIN AZIZI )
Setiausaha Misi Bantuan Bencana Alam.

Karangan Contoh Peringkat Kepujian

LAPORAN MISI BANTUAN BENCANA

Pada 10 hingga 12 Januari 2015, saya menjadi sukarelawan misi bantuan bencana
banjir besar yang berlaku di negeri Kelantan. Misi bantuan ini diketuai oleh Encik Ahmad Harif.
Bencana banjir ini menyebabkan pelbagai kesulitan yang dihadapi oleh mangsa yang terlibat.
Saya dan sukarelawan lain yang mempunyai sifat kemanusiaan berasa bertanggungjawab dan
datang menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan ibarat hulurkan tangan,
ringankan beban. Bantuan segera perlu diberikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
Tujuan misi bantuan bencana ini bagi meringankan beban mangsa di samping
penderitaan yang dialami oleh mereka. Kami membuat keputusan untuk menjadi
sukarelawan bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana menjadi salah
seorang ahli sukarelawan, kita akan meninggalkan keluarga yang tersayang dalam suatu
tempoh masa tertentu untuk memberikan bantuan kepada mangsa. Pada masa ini,
sukarelawan bergerak dalam kumpulan ataupun persatuan. Persatuan bukan kerajaan (NGO)

110
yang saya sertai ini telah menerima sumbangan daripada orang ramai dan juga pihak swasta
untuk kami menjalankan misi ini. Sumbangan berbentuk tunai ini akan kami gunakan untuk
membeli barangan makanan dan juga keperluan mangsa-mangsa banjir. Sumbangan
daripada pelbagai pihak ini diharap dapat meringankan beban mangsa seperti
peribahasa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul agar mangsa bencana dapat
pulih seperti sedia kala.
Semasa hari pertama misi bantuan bermula dengan kami telah bertolak daripada lokasi
ke beberapa buah kampung dalam daerah Kuala Krai, Kelantan. Untuk pengetahuan semua,
seramai 12 orang sukarelawan terlibat dalam misi bantuan pasca banjir ini. Kami
menyampaikan bantuan makanan kepada keluarga yang terlibat sebagai mangsa banjir.
Bekalan barangan asas seperti beras, minyak dan gula selain kain dan juga sejadah. Kesan
daripada air banjir masih dapat dilihat dengan beberapa struktur rumah yang roboh dan
bangkai haiwan ternakan yang masih busuk dan dikerumuni lalat. Namun penduduk yang
ditemui masih mampu menguruskan urusan masing-masing dan menerima bantuan yang
diberikan walaupun ujian yang dihadapi oleh mereka amat berat. Kami sentiasa bersedia
menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam musibah ini.
Pada hari terakhir misi bantuan ini kami menyertai Majlis Daerah Kuala Krai untuk
membersihkan kawasan kediaman dan bangunan kerajaan daripada kesan banjir. Kampung
Kok Lanas dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Lanas merupakan tempat misi bantuan
kami beroperasi. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan setiap satu menuju ke
lokasi yang berasingan. Kumpulan satu dan dua membantu dalam membersihkan kawasan
yang terkesan akibat banjir manakala kumpulan tiga bertugas membantu menyediakan
makanan untuk kami ahli sukarelawan dan juga agensi-agensi yang terlibat dalam operasi
pembersihan ini. Antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan
Pertahanan Awam dan Majlis Daerah Kuala Krai. Jelasnya, untuk menjadi masyarakat yang
prihatin seharusnya kita tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya kita semua harus
memberikan bantuan dengan upaya diri sendiri.
Secara keseluruhannya, misi bantuan ini berjaya diselesaikan dan mencapai matlamat.
Semua bantuan sudah selamat kami sampaikan kepada penerima. Semoga sedikit sumbangan
dan bantuan yang telah disalurkan menambahkan lagi kekuatan penduduk kampung yang
terlibat. Dapatlah disimpulkan bahawa kita haruslah saling membantu dan menghulurkan
bantuan kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing. Amat wajar sekiranya kita
membudayakan sikap tolong-menolong sesama manusia tanpa mengira bangsa, agama
dan negeri lantaran buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Semoga
bantuan-bantuan akan tetap terus disalurkan kepada mangsa banjir sehingga keadaan
kembali seperti asal.

Disediakan oleh, 16 Januari 2015


Osman
……………………
( OSMAN BIN JUSOH )

Karangan Contoh Peringkat Galus

110
LAPORAN MISI BANTUAN BENCANA

Pada 10 hingga 12 Januari 2015, saya menjadi sukarelawan misi bantuan bencana
banjir besar yang berlaku di negeri Kelantan. Misi bantuan ini diketuai oleh Encik Ahmad Harif.
Bencana banjir ini menyebabkan ramai mangsa dalam kesusahan. Saya dan sukarelawan lain
perlu membantu mangsa banjir. Bantuan segera perlu diberikan kepada mangsa- mangsa
tersebut.
Tujuan misi bantuan bencana ini bagi membantu mangsa banjir yang dalam
kesusahan. Saya menjadi sukarelawan dengan rela hati saya sendiri. Hal ini dikatakan
demikian kerana keluarga saya memberi sokongan kepada saya. Pada masa ini, sukarelawan
bergerak dalam kumpulan. Terdapat sumbangan wang ringgit daripada pelbagai pihak yang
digunakan untuk membeli barang keperluan mangsa banjir. Sumbangan daripada pelbagai
pihak ini dapat meringankan beban mangsa banjir tersebut.
Pada hari pertama misi bantuan dimulakan, kami telah pergi dari sebuah kampung
ke kampung iaitu bermula di daerah Kuala Krai, Kelantan. Terdapat seramai 12 orang
sukarelawan terlibat dalam misi bantuan pasca banjir ini. Kami menyampaikan bantuan
makanan kepada keluarga yang terlibat sebagai mangsa banjir. Barangan yang diberi seperti
beras, minyak dan gula ,pakaian dan sejadah. Namun begitu, penduduk yang ditemui telah
menerima bantuan yang diberikan. Saya sentiasa bersedia untuk membantu mangsa-
mangsa banjir.
Pada hari terakhir kami meneruskan bantuan untuk membersihkan kawasan kediaman
dan bangunan kerajaan akibat banjir. Kampung Kok Lanas dan juga Sekolah Menengah
Kebangsaan Lanas merupakan tempat kami memberi bantuan. Kami dibahagikan kepada tiga
kumpulan dan tugas masing-masing. Kumpulan satu dan dua membantu dalam
membersihkan kawasan daripada kesan banjir. Kumpulan tiga bertugas membantu
menyediakan makanan untuk ahli sukarelawan.
Pada keseluruhannya, misi bantuan ini berjaya diselesaikan dan telah mencapai
matlamat. Semua bantuan telah kami sampaikan kepada mangsa banjir. Semoga sedikit
sumbangan dan bantuan ini dapat mengurangkan kesusahan mangsa yang terlibat. Saya
berpendapat, kita haruslah bekerjasama untuk membantu orang-orang yang dalam kesusahan
supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Disediakan oleh, 16 Januari 2015


Osman
……………………
( OSMAN BIN JUSOH )

2. Syarahan Makanan Seimbang Menjamin Kesejahteraan

111
Analisis Soalan
Tema Makanan Seimbang
Tugasan / Pemakanan Seimbang Menjamin Kesihatan
Fokus
Siapa Masyarakat
Format Syarahan

Karangan Contoh Peringkat Cemerlang

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah
Menengah Agama Sultan Hisamuddin, Klang, barisan panel hakim yang arif dan bijaksana,
yang, yang dihormati guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Berdirinya saya di sini untuk menyampaikan satu syarahan yang
bertajuk “Pemakanan Seimbang Menjamin Kesihatan”.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Setiap individu sudah semestinya menginginkan kehidupan sihat, ceria dan bahagia
hingga ke akhir hayat. Namun, sejak akhir-akhir ini, statistik kesihatan rakyat Malaysia yang
menghidap kanser menunjukkan peningkatan. Buktinya pada tahun 2014, penghidap kanser
seramai 2,929 telah meningkat kepada 10,767 pada tahun 2019. Hal ini belum termasuk lagi
penyakit berbahaya yang lain seperti jantung, darah tinggi dan kencing manis yang telah
banyak meragut nyawa manusia tanpa mengira usia dan bangsa. Apakah punca hal ini
berlaku? Sudah semestinya amalan pemakanan seimbang sudah tidak jadi prioriti utama
masyarakat Malaysia hari ini kerana Malaysia dilimpahi dengan syurga makanan. Bagi
mereka memuaskan nafsu dengan mengikut selera tekak lebih bermakna daripada
memikirkan kesihatan. Hakikat sebenarnya, amalan pemakanan sihat amat perlu diterapkan
dalam setiap insan di dunia ini kerana memberikan manfaat dalam kehidupan hari ini dan
pada masa akan datang.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Sudah terang lagi bersuluh, manfaat amalan pemakanan seimbang memang tidak
dinafikan dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit kronik. Hal ini demikian kerana
pemakanan sihat memberikan kita tenaga yang mencukupi dari aspek karbohidrat, protein
dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi. Sebagai contoh,
karbohidrat yang diperoleh daripada nasi membekalkan 50-60 peratus tenaga, protein pula
membina sel-sel dalam badan manakala sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mencegah
tubuh daripada penyakit. Impaknya, sekiranya amalan pemakanan sihat mengikut piramid
makanan dibudayakan dalam kehidupan membantu kita menghasilkan badan yang sihat,
otak yang cerdas. Jelaslah, kita harus mengambil pendekatan mencegah lebih baik
daripada mengubatinya supaya kita boleh menjalani kehidupan yang sihat sehingga kita
bergelar warga emas.

112
Hadirin dan hadirat sekalian,
Manfaat kedua memang menjadi impian setiap insan yang ingin kekal langsing dan
sihat, iaitu amalan ini mampu mengawal kadar obesiti. Hal ini terjadi kerana amalan ini akan
mengawal tabiat pemakanan yang tidak sihat individu tersebut. Mereka akan makan mengikut
panduan piramid makanan dan juga mendapat rujukan daripada doktor atau pakar
pemakanan. Misalannya, mereka akan menjauhi makanan berminyak, makanan segera
malah mengambil snek yang sihat seperti gajus, badam, kurma bagi menggantikan gula dan
aiskrim. Lantaran itu, kita dapat mengawal berat badan tanpa perlu berlapar atau mengambil
pil pelangsing untuk kelihatan langsing dan sihat. Jelaslah, amalan pemakanan seimbang ini
merupakan jalan terbaik untuk mereka kekal awet muda, cantik dan langsing secara normal
dan ceria.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


“Anak ialah amanah Tuhan kepada ibu bapa”. Kata-kata hikmat ini menggambarkan
bahawa ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang sangat besar terhadap anak-anak. Antara
tanggungjawab ibu terutamanya sejak anak itu dalam kandungan lagi telah mengamalkan
makanan seimbang semasa hamil, manakala bapa perlu berusaha memberikan makanan
terbaik untuk isteri dan anak-anak mereka. Kesemua ini semata-mata untuk membantu
tumbesaran kanak-kanak. Zat-zat yang diperoleh daripada pemakanan sihat ini akan
memperkuat sistem imuniti badan. Kita ambil contoh, ada sesetengah ibu yang sibuk dengan
kerjaya tetapi tidak menghalang mereka untuk menyediakan makanan sendiri di rumah
walaupun seharian berhempas pulas bekerja. Sebagai akibatnya, anak-anak sukar
mendapat penyakit kerana antibodi yang kuat. Malah anak-anak dapat memberi tumpuan
secukupnya semasa menelaah buku. Oleh itu, “makanan sihat, otak cerdas” merupakan
satu lagi kata-kata hikmat yang perlu menjadi pegangan untuk setiap ibu bapa sekiranya
mereka mahu anak-anak mereka membesar dengan sihat dan bijak.

Hadirin yang dihormati,


Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin mengajak semua yang hadir pada hari
ini agar mengubah gaya hidup kita ke arah pemakanan yang seimbang sekali gus amalan
gaya hidup sihat juga terlaksana seperti serampang dua mata. Hal ini dikatakan demikian
kerana kita sebagai rakyat memainkan peranan yang sangat besar untuk melahirkan
masyarakat yang sihat sejahtera agar kita bersama-sama dapat memulihkan ekonomi negara
semula daripada situasi pandemik pada hari ini. Sekian, terima kasih.

518 patah perkataan

113
Karangan Contoh Peringkat Kepujian

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang
berusaha Tuan Pengetua Sekolah, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, yang
dihormati guru-guru serta tidak dilupakan hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Tampilnya saya pada hari ini bagi menyampaikan syarahan yang bertajuk “Pemakanan
Seimbang Menjamin Kesihatan”.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Frasa ‘pemakanan yang seimbang’ bermaksud pengambilan makanan yang cukup
untuk keperluan tubuh badan. Pemakanan yang seimbanag merangkumi pengambilan bijirin
dan kekacang secukupnya, makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran, mengurangkan
pengambilan garam dan gula serta memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
Pengambilan makanan yang sihat ini penting bagi menjamin kesihatan yang baik. Oleh itu,
terdapat banyak kebaikan mengamalkan pemakanan yang seimbang terhadap masyarakat.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Pemakanan yang seimbang dapat mengurangkan risiko menghidap pelbagai penyakit
berbahaya kepada manusia. Keperluan zat dan vitamin yang cukup menjadikan tubuh
manusia lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk
jatuh sakit. Seseorang yang tidak mengambil kira tentang pengambilan gula dan kolestrol yang
berlebihan dalam pemakanan akan memungkinkannya diserang penyakit diabetes dan
menimbulkan masalah kepada fungsi jantung. Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan
seimbang sering disarankan untuk memastikan seseorang itu sentiasa sihat dan bebas
daripada pelbagai penyakit berbahaya. Pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian
dapat membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit termasuk kanser, serangan jantung
dan tekanan darah tinggi.

Hadirin dan hadirat yang budiman,


Pemakanan yang seimbang juga mampu mengawal kadar obesiti, iaitu kegemukan
dalam kalangan masyarakat. Aspek utama dalam pemakanan sihat ialah seseorang itu
perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan
oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegini menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu
gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti
senaman yang mampu menyihatkan badan. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu
mempunyai pola pemakanan sihat dalam hidupnya. Amalan pemakanan yang sihat ini dapat
menurunkan berat badan tanpa perlu berlapar serta dapat menghalang atau melawan penyakit
secara berkesan.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi,


Seterusnya, pemakanan yang seimbang dapat membantu pembesaran manusia itu
agar lebih sempurna daripada aspek fizikal dan mental. Seseorang dapat melakukan aktiviti
harian tanpa gangguan dengan memiliki tubuh badan yang sihat. Makanan sihat mengandungi
khasiat dan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat agar seseorang itu
boleh menjalankan tugasnya dengan baik dan sempurna. . Mental seseorang itu juga akan
lebih cerdas dan tidak mudah letih serta dapat berfikir untuk menyelesaikan masalahnya
dengan lebih efektif.. Jadi, pemakanan sihat menjadikan aspek mental manusia

114
lebih stabil dan berdaya tahan. Jelaslah, pemakanan sihat menjadikan fizikal dan mental
seseorang itu lebih baik berbanding orang yang tidak menjaga pemakanannya.

Hadirin sekalian,
Konklusinya, kesedaran orang ramai tentang kebaikan pemakanan seimbang perlu
ditingkatkan supaya setiap individu dapat mendisiplinkan diri dalam aspek pemakanan
ini. Rajah piramid pemakanan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan perlu dijadikan
panduan untuk memastikan bahawa makanan yang dimakan itu mengandungi khasiat yang
seimbang dan dapat menyihatkan badan. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu
berubah, sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan terus bertambah. Ketika
itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk
dada tanya selera”. Sekian, terima kasih.

509 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Galus

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang
berusaha Tuan Pengetua Sekolah, barisan panel hakim yang arif dan bijaksana, yang
dihormati guru-guru serta hadirin sekalian. Berdirinya saya pada hari ini adalah untuk
menyampaikan syarahan yang bertajuk “Pemakanan Seimbang Menjamin Kesihatan”.

Hadirin sekalian,
Pemakanan yang sihat sangat penting dalam kehidupan manusia. Kita perlu mengambil
makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Pada masa yang sama kita
perlu mengurangkan pengambillan makanan yang tidak sihat seperti makanan ringan dan
makanan berlemak. Terdapat banyak kebaikan mengamalkan pemakanan yang seimbang
dalam kehidupan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Antara kebaikan pemakanan sihat ialah kita dapat mengelakkan diri daripada menghidap
penyakit berbahaya. Seseorang itu perlu mengurangkan pengambilan makanan yang
berlemak dan tinggi kolesterol bagi mengelakkan daripada mendapat penyakit jantung.
Mereka juga perlu mengurangkan pengambilan garam dan gula dalam makanan agar tidak
mendapat penyakit darah tinggi atau kencing manis. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
pemakanan yang seimbanag dapat mengelakkan kita daripada penyakit yang berbahaya.

Hadirin sekalian,
Pemakanan yang seimbang juga dapat mengelakkan diri daripada masalah kegemukan
atau berlebihan berat badan. Seseorang itu menjadi gemuk apabila makan secara berlebiha.
Mereka kerap mengambil makanan segera yang mengandungi banyak lemak seperti burger
dan nuget. Oleh itu, jika mereka makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-
sayuran, masalah kegemukan ini akan dapat diatasi. Mereka perlu mengambil makanan dalam
kuantiti yang mencukupi agar dapat menurunkan berat badan. Oleh itu, masalah kegemukan
pasti tidak akan berlaku.

115
Hadirin dan hadirat sekalian,
Kebaikan mengamalkan pemakanan sihat yang seterusnya ialah kita dapat menyihatkan
otak dan tubuh badan. Orang yang mengambil banyak makanan sihat seperti bijirin, sayur-
sayuran dan buah-buahan akan menjadi lebih cergas dan bertenaga pada setiap masa. Otak
mereka juga akan menjadi cerdas. Mereka juga tidak mudah penat kerana pengambilan
makanan sihat seperti telur yang mengandungi protein yang tinggi baik untuk perkembangan
tubuh badan manusia. Sayur-sayuran dan buah-buahan pula mengandungi vitamin yang baik
untuk otak mereka. Oleh itu, mereka dapat berfikir dengan baik ketika berdepan dengan
masalah.

Hadirin dan hadirat,


Kesimpulannnya, pemakanan yang sihat memang mempunyai banyak kebaikan kepada
manusia. Ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi agar
mengamalkan pemakanan yang sihat pada setiap masa. Mereka juga perlu mengelakkan
anak-anak mereka daripada memakan makanan segera atau makanan ringan, bak kata
peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Sekian, terima kasih.

376 patah perkataan

3. Kepentingan mata pelajaran reka bentuk dan teknologi

Analisis Soalan
Tema Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
Tugasan / Faedah-faedah mempelajari RBT
Fokus
Siapa Murid-murid
Format Tidak berformat

Karangan Contoh Peringkat Cemerlang

Objektif mata pelajaran RBT diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah
untuk melahirkan murid yang boleh berkarya dalam menghasilkan produk yang memudahkan
kehidupan manusia pada zaman moden ini. Sehubungan dengan itu, bidang reka bentuk dan
teknologi merupakan perkara yang perlu diberi penekanan dalam sistem pendidikan negara
bagi membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui aktiviti
reka bentuk dan menghasilkan produk yang berfungsi serta canggih. Merungkai isu ini, mata
pelajaran RBT mempunyai pelbagai manfaat dan kemaslahatan kepada murid-murid.
Sebagai lontaran idea pertama , RBT dapat mencungkil bakat murid dalam bidang reka
bentuk berasaskan teknologi. Dalam konteks ini, murid yang mempunyai kebolehan dan
kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif mampu bersaing di peringkat global
kerana dapat berkarya dalam penciptaan produk yang mudah tetapi berteknologi. Biar kita
ambil contoh, MyRobotz Malaysia dan Renjer Alam Malaysia telah bekerjasama mengadakan
Karnival Sains dan Teknologi di sekolah-sekolah yang bertujuan mengetengahkan bakat anak
muda dari peringkat bangku sekolah dalam menghasilkan produk baharu daripada pelbagai

116
barang terpakai. Impaknya, sistem pendidikan dan kemajuan negara kita Malaysia akan
bergerak seiring mengikut peredaran masa. Tuntasnya, RBT jelas bertujuan mencungkil
bakat dan kebolehan murid dalam bidang reka bentuk teknologi.
Menelusuri idea kedua pula, mata pelajaran RBT dapat menggalakkan murid membina
kerjaya dalam bidang reka bentuk teknologi .Sehubungan dengan itu, negara kita perlu
memperbanyak bukan sahaja peluang pekerjaan dalam bidang ini malahan menyediakan
pusat-pusat pengajian tinggi dengan pelbagai kursus dan kemahiran yang menawarkan
bidang reka bentuk teknologi kepada bakal-bakal siswazah nanti. Perkara ini amat penting
kerana murid-murid ini sudah tentunya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama
dengan aliran yang dipilih semasa di alam persekolahan. Sebagai contohnya, universiti-
universiti awam dan kolej-kolej swasta hendaklah menawarkan kursus-kursus seperti
kejuruteraan, automatif, hiasan dalaman dan fesyen dengan lebih banyak lagi. Impak daripada
hal ini, peluang anak-anak muda untuk melanjutkan pelajaran ke jurusan reka bentuk teknologi
di institusi pengajian tinggi semakin terbuka luas. Sudah terang lagi bersuluh, RBT dapatlah
dijadikan batu loncatan untuk murid membina kerjaya masa depan mereka.
Seterusnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa RBT juga dapat memupuk nilai murni dan
sikap positif dengan rakan sebaya .Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti-aktiviti yang
dijalankan semasa PdPc melibatkan aktiviti secara berkumpulan dan individu yang
memerlukan bekerjasama dan persefahaman sesama ahli kumpulan. Sebagai contoh, dalam
penghasilan sesuatu produk, mereka perlu menyampaikan idea secara berhemah dan beradab
agar membentuk nilai persefahaman dan kerjasama yang jitu. Kesannya, amalan ini dapat
melahirkan murid yang bersatu hati dan mempunyai keperibadian yang tinggi. Jelaslah bahawa
RBT dapat melahirkan generasi muda yang kaya dengan nilai-nilai murni dan bersahsiah
tinggi.
Kesimpulannya, RBT membolehkan murid memperoleh pelbagai manfaat dan ilmu
pengetahuan yang luas. Ekoran daripada matlamat tersebut, semua pihak harus memainkan
peranan masing-masing ke arah melahirkan murid yang berfikiran jauh dan positif kerana
banyak faedah yang akan kita kecapi bersama-sama jika usaha ini dijalankan umpama aur
dengan tebing. Selain pihak kerajaan, ibu bapa juga perlu sepenuh hati menyokong minat
anak mereka dalam bidang ini agar masa depan mereka dan negara akan bertambah progresif
dan maju setaraf dengan negara-negara yang lain umpama berdiri sama tinggi duduk sama
rendah.

501 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Kepujian

Selaras dengan perkembangan teknologi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah


memperkenalkan mata pelajaran Reka Cipta dan Teknologi (RBT) kepada murid-murid ketika
murid-murid di tingkatan 1 hingga tingkatan 3. RBT ialah mata pelajaran memberikan
penekanan menghasilkan rekaan berteknologi untuk memudahkan kehidupan manusia.
Dalam konteks ini, murid-murid akan mempelajari elemen-elemen reka bentuk seperti warna,
tekstur dan ruang untuk menghasilkan produk yang berinovasi sebagai persediaan untuk
mengharungi Revolusi Perindustrian 4.0 yang bakal menjelang. Persoalan yang sering
menerawang dalam minda kita ialah apakah faedah-faedah mempelajari mata pelajaran RBT?
Sebagai mukadimah perbincangan, mata pelajaran RBT dapat mencungkil bakat murid-
murid dalam reka bentuk berasaskan teknologi. Hal ini dikatakan demikian kerana murid-

117
murid akan terdedah kepada ilmu pengetahuan berkenaan dunia teknologi. Melalui mata
pelajaran tersebut, murid-murid akan berpeluang untuk mereka bentuk produk sendiri melalui
berbagai-bagai jenis projek dan kerja kursus. Tamsilnya, murid-murid ditugaskan untuk
membina aquaponik untuk menjalankan aktiviti penanaman dan pemeliharaan ikan. Sejajar
dengan itu, mata pelajaran tersebut dapat memperluas ilmu pengetahuan murid dan sekali
gus melahirkan murid yang inovatif, bak kata peribahasa Melayu sambil menyelam minum air.
Intihanya, mata pelajaran RBT penting dalam melahirkan murid-murid yang berbakat dalam
bidang penciptaan yang berteknologi tinggi.
Dari perspektif yang berbeza pula, mata pelajaran RBT ini menggalakkan murid-murid
untuk membina kerjaya dalam bidang reka bentuk dan teknologi. Hal ini menggambarkan
bahawa dengan mempelajari ilmu berkenaan teknologi, murid-murid akan memupuk minat
yang mendalam terhadap teknologi. Sebagai contohnya, murid-murid akan diberikan
bimbingan oleh guru-guru untuk mereka bentuk sesuatu produk mengikut topik yang telah
ditetapkan di dalam buku teks dengan memberikan peluang kepada pelajar untuk berkarya
dengan kreativiti masing-masing. Impaknya, murid-murid akan memupuk minat untuk
menyambung pengajian dalam bidang teknologi dan menyandang jawatan seperti jurutera,
arkitek dan sebagainya. Secara izharnya, mata pelajaran RBT dapat menyediakan murid-
murid untuk menceburi kerjaya dalam bidang teknologi.99
Akhir sekali, idea yang tidak boleh dikesampingkan ialah murid-murid turut dapat memupuk
nilai-nilai murni dengan rakan sebaya melalui pembelajaran RBT. Hal ini dikatakan demikian
kerana pengajaran dan pembelajaran RBT sangat menitikberatkan nilai-nilai murni seperti
berkeyakinan, bertanggungjawab dan bekerjasama. Sebagai contohnya, ketika menjalankan
projek secara berkumpulan, murid-murid akan saling bekerjasama untuk menjayakan tugasan
serta saling menghormati idea ahli kumpulan yang lain. Selain itu, mereka juga mempunyai
kemahiran berkomunikasi seperti menyuarakan idea, dan menyampaikan maklumat.
Kesannya, mereka akan memperoleh kemahiran berkomunikasi yang lebih berkesan dan
seterusnya melahirkan generasi berakhlak tinggi. Jelaslah bahawa sikap positif dapat
dipelajari oleh murid semasa melaksanakan projek RBT.
Sebagai penutup bicara, pengetahuan teknologi mustahak untuk melahirkan remaja arus
perdana seperti kata-kata Tun Dr. Mahathir Muhammad, “jika ingin menjulang api kemajuan,
nyalakan ilmu sebelum berjuang”. Seiringan dengan penguasaan ilmu teknologi, generasi baru
dapat menjadi lebih berwawasan untuk mendominasi pentas dunia dalam bidang teknologi
pada masa hadapan. Pelbagai pihak haruslah membuka mata dan telinga bahawa pengenalan
mata pelajaran RBT merupakan langkah dominan untuk mencetuskan perkembangan
teknologi negara. Dengan ini, generasi kini diharapkan dapat memacu negara ke arah
kemajuan dan progresif agar negara kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara gergasi dunia lain.

481 patah perkataan

118
Karangan Contoh Peringkat Galus

Isu tentang mata pelajaran Reka bentuk dan Teknologi (RBT) tidak seharusnya
dipandang remeh. Antara contoh reka bentuk barang-barang yang dipelajari oleh murid-
murid di sekolah ialah mereka bentuk pembungkus makanan, mencipta barang elektronik dan
peralatan tanaman. Persoalannya, apakah faedah-faedah mempelajari RBT dalam kalangan
murid-murid?
Pertama, faedah mempelajari mata pelajaran RBT dalam kalangan murid ialah melahirkan
murid-murid yang boleh berkarya dalam menghasilkan produk yang mudah dan bermakna.
Hal ini dikatakan demikian kerana melahirkan murid-murid yang boleh berkarya dalam
menghasilkan produk yang mudah dan bermakna supaya murid-murid dapat mencipta
pelbagai jenis barang yang mudah tetapi berguna untuk kegunaan seharian. Sebagai contoh,
murid-murid mencipta tabung dan tong sampah dengan menggunakan barang-barang
elektronik. Pendek kata, melahirkan murid-murid yang boleh berkarya dalam menghasilkan
produk yang mudah dan bermakna merupakan faedah mempelajari mata pelajaran RBT dalam
kalangan murid-murid.
Kedua, faedah mempelajari mata pelajaran RBT dalam kalangan murid-murid ialah dapat
menggalakkan murid-murid mendapatkan pekerjaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi.
Hal ini dapat dikatakan demikian kerana dapat menggalakkan murid-murid mendapatkan
pekerjaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi supaya masa depan mereka akan terjamin.
Sebagai contoh, murid-murid boleh mendapatkan pekerjaan dalam bidang perindustrian,
kejuruteraan dan rekaan fesyen selepas tamat persekolahan. Pendek kata, dapat
menggalakkan murid-murid mendapatkan pekerjaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi
merupakan faedah mempelajari mata pelajaran RBT dalam kalangan murid-murid.
Ketiga, faedah mempelajari mata pelajaran RBT dalam kalangan murid-murid ialah murid-
murid dapat memupuk nilai-nilai murni dengan rakan sebaya. Hal ini dikatakan demikian
kerana murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni dengan rakan sebaya kerana projek
RBT yang diberikan oleh guru dijalankan secara berkumpulan. Sebagai contohnya, murid
dapat memupuk nilai bekerjasama semasa menyiapkan sesuatu projek sehingga berjaya.
Pendek kata, murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni dengan rakan sebaya merupakan
faedah mempelajari mata pelajaran RBT dalam kalangan murid-murid.
Bagi menggulung segala yang dibincangkan, murid-murid hendaklah mengetahui faedah-
faedah mempelajari mata pelajaran RBT dalam kalangan murid seperti melahirkan murid-
murid yang boleh berkarya dalam menghasilkan produk yang mudah dan bermakna,
menggalakkan murid-murid mendapatkan pekerjaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi
dan murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni dengan rakan sebaya. Sesungguhnya, mata
pelajaran RBT memberikan kebaikan kepada murid-murid. Oleh itu, faedah mempelajari mata
pelajaran RBT dalam kalangan murid hendaklah diamalkan dalam kehidupan seharian.

337 patah perkataan

119
4. Usaha meluaskan pasaran makanan tradisional

Analisis Soalan
Tema Makanan tradisional
Tugasan / Usaha-usaha meluaskan pasaran makanan tradisional
Fokus
Siapa Pengusaha
Format Tidak berformat

Karangan Contoh Peringkat Cemerlang

Malaysia terkenal dengan nama timangannya ‘syurga makanan’ di Nusantara.


Penduduk di Malaysia mahupun pelancong asing yang berdarmawisata ke Malaysia
semestinya akan rambang mata dengan kepelbagaian juadah khususnya makanan tradisional
yang ditawarkan di negara kita seperti sate, mi rebus, masalode, kuetiau goreng, ketupat dan
nasi beriani. Malaysia juga telah mengambil satu lonjakan besar dalam bidang kulinari
dengan menjadi tuan rumah bagi pertandingan WorldChef Battlefield pada peringkat
antarabangsa pada tahun 2019. Pelibatan Malaysia dalam program seperti ini mampu
memberikan impak positif dalam industri makanan di Malaysia terutamanya produk makanan
tradisional. Sebenarnya, prospek produk makanan tradisional untuk diperkenalkan pada
peringkat yang lebih tinggi akan tercapai jika pelbagai usaha yang pragmatik dirangka untuk
meluaskan pasaran produk ini.
Pada realitinya, memang tidak dinafikan lagi bahawa inovasi dalam penyediaan
makanan secara kreatif dapat meningkatkan imej makanan tradisional. Bermula daripada
proses memasak sehingga cara penyediaan perlulah menitikberatkan kualiti supaya dapat
memberikan imej baharu sekali gus menarik perhatian masyarakat setempat dan pelancong
asing untuk merasainya. Tamsilnya, makanan tradisional seperti dodol dipelbagaikan perisa
serta bentuk agar nampak lebih menarik tanpa mengubah keaslian rasa produk tersebut. Hal
ini dapat meningkatkan minat masyarakat untuk merasai serta menikmati kepelbagaian
makanan tradisional yang masih kekal sehingga ke hari ini kerana makanan tradisi kita tak
lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Jelaslah bahawa penyediaan makanan yang kreatif
merupakan salah satu uslub berkesan untuk meningkatkan pasaran produk makanan
tradisional.
Kita mengakui hakikat bahawa industri yang mengekalkan kualiti sesuatu produk akan
menghasilkan produk yang bersih dan selamat dimakan. Sesuatu produk perlu dipantau dari
segi bahan, teknologi dan cara pembuatan dalam proses pengeluaran. Misalnya, bahan
mentah yang digunakan mestilah bebas daripada bahan kimia manakala teknologi pula
perlulah bersesuaian dengan kuantiti produk yang ingin dicapai. Bukan itu sahaja, pengusaha
makanan perlu menyediakan produk makanan mengikut standard yang ditetapkan untuk
mendapatkan pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan. Kesannya, produk yang
berkualiti dapat meraih kepercayaan pelanggan seterusnya dapat meningkatkan hasil jualan.
Sebagai pengitlakan, jelaslah bahawa penghasilan produk yang berkualiti dapat
meningkatkan pasaran dan pengeluaran makanan tradisional .
Beralih pula kepada manhaj yang lebih signifikan, iaitu pembungkusan produk juga
perlu dititikberatkan. Hal ini dikatakan demikian kerana pembungkusan yang unik serta
berkualiti tinggi dapat menarik minat pelanggan. Kaedah pembungkusan produk juga
mencerminkan nilai sesuatu produk itu sendiri. Antara aspek pembungkusan yang ideal ialah
visual yang menonjolkan elemen pembungkusan seperti jenama bagi sesuatu produk,

120
kandungan bahan yang digunakan dan logo halal bagi memastikan produk tersebut boleh
dimakan oleh orang Islam. Lebih jauh lagi, pembungkusan yang berkualiti seperti ini dapat
memberikan gambaran yang jelas terhadap identiti sesuatu produk makanan tersebut sama
ada melambangkan asal usul produk tersebut. Natijahnya, pembungkusan produk merupakan
strategi yang penting dalam memperluas pasaran makanan tradisional.

Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, makanan tradisional mempunyai
potensi untuk dikomersialkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Setiap usaha yang
digembleng pasti akan membuahkan hasil jika semua pihak berganding bahu seperti kata
peribahasa Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing untuk meluaskan pasaran
makanan tradisional. Oleh itu, industri makanan tradisional akan terus berkembang sejajar
dengan pembangunan negara dan tidak mustahil untuk makanan tradisional akan duduk
sebaris dengan produk makanan antarabangsa yang lain.

506 Patah Perkataan

Karangan Contoh Peringkat Kepujian

Dasarwasa ini, produk makanan tradisional semakin mendapat tempat dalam kalangan
masyarakat. Makanan tradisional merupakan makanan yang mencerminkan adat dan budaya
sesuatu bangsa. Makanan tradisional juga sering menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum
apabila tibanya musim-musim perayaan. Antara makanan tradisional yang dihidangkan
semasa musim perayaan ialah nasi lemak, tosai, kuetiau goreng dan bahulu. Penghasilan
produk makanan tradisional perlu diberikan tumpuan yang sepenuhnya sebagai penjana
ekonomi negara. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha yang efektif perlu dilaksanakan bagi
meluaskan pasaran industri makanan tradisional agar setaraf dengan produk-produk
antarabangsa yang lain.
Usaha yang lazim dilakukan adalah dengan membuat inovasi terhadap sesuatu produk
supaya mempunyai kelainan daripada produk sedia ada. Perkara ini sangat relevan bagi
menarik minat masyarakat terutamanya golongan muda yang kurang gemar akan
makanan tradisional. Inovasi yang boleh diaplikasikan oleh pengusaha adalah dengan
membuat variasi perisa atau bentuk makanan tradisional tersebut. Perkara ini bukanlah
menjadi satu halangan kepada para pengusaha sebaliknya merupakan satu peluang untuk
mempelbagaikan pilihan makanan dan produk sedia ada kepada pelanggan. Misalnya,
pengusaha kek lapis boleh menyediakan lebih banyak perisa yang menarik seperti gabungan
keju, coklat, dan vanilla serta bentuk yang berwarna -warni. Produk makanan tradisional yang
telah diinovasi akan memaparkan ciri-ciri keunikan sehingga penguasahanya dapat
meluaskan pasaran produk mereka.
Tambahan pula, kualiti makanan juga tidak boleh dipandang enteng. Gaya hidup
masyarakat pada hari ini mendorong mereka untuk lebih memilih produk makanan yang lebih
berkualiti. Mereka sangat mementingkan kandungan bahan yang terdapat dalam makanan
mereka. Pengusaha makanan tradisional perlu menggunakan bahan yang segar dan berkualiti
tinggi agar dapat memuaskan hati para pembeli. Contohnya, pekasam ensabi yang merupakan
salah satu makanan tradisional Iban yang berasaskan sayur-sayuran menggunakan bahan
segar yang ditanam sendiri untuk memastikan produk yang dihasikan

121
bersih dan selamat untuk dimakan. Kandungan makanan yang tidak bersih atau tidak selamat
akan merosakkan imej makanan tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa kualiti makanan penting
untuk meluaskan pasaran makanan tradisional.
Akhir sekali, seiring dengan perkembangan teknologi dunia, penggunaan mesin untuk
membuat makanan bukan lagi suatu perkara yang mustahil. Hal ini memudahkan kerja
pembuatan produk makanan daripada segi pembungkusan yang berkualiti dan dapat
menghasilkan sesuatu produk makanan dalam kuantiti yang banyak serta dapat meningkatkan
tahap produktiviti pengeluaran sesuatu produk makanan tradisional seperti jumlah
pengeluaran yang mencukupi dan dapat dihasilkan dalam tempoh masa tertentu. Tamsilnya,
semasa musim perayaan permintaan kuih tradisional seperti bahulu, kuih bulan dan muruku
meningkat secara mendadak dan permintaan kuih tersebut dapat disiapkan dengan cepat dan
memenuhi permintaan pelanggan apabila mereka membuat pesanan. Jelaslah disini bahawa,
penggunaan mesin berteknologi tinggi membantu untuk meluaskan pasaran makanan
tradisional.
Konklusinya, industri makanan tradisional sememangnya dapat memberikan nafas
baharu kepada masyarakat seterusnya meningkatkan pendapatan per kapita negara. Para
pengusaha perlu melaksanakan anjakan paradigma selaras dengan keadaan semasa supaya
industri makanan tradisional di negara kita dapat dipasarkan dan dimajukan sehingga ke arena
antarbangsa. Setiap usaha bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan tradisional
haruslah disokong oleh setiap lapisan masyarakat, tidak mengira bangsa dan juga kaum.

472 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Galus

Isu tentang makanan tradisional tidak seharusnya dipandang remeh. Antara usaha
meluaskan pasaran makanan tradisional adalah dengan mencipta kepelbagaian perisa
makanan, menjaga kualiti produk makanan, pembungkusan produk dan mempromosikan
makanan tradisional di media sosial. Persoalannya, apakah usaha-usaha meluaskan pasaran
makanan tradisional?
Pertama, usaha meluaskan pasaran makanan tradisional ialah pengusaha perlu
mencipta kepelbagaian perisa makanan. Hal ini dikatakan demikian kerana mencipta
kepelbagaian perisa makanan perlulah dipelbagaikan mengikut peredaran zaman. Sebagai
contoh, pengusaha hendaklah menghasilkan dodol daripada perisa durian, pisang, pandan,
strawberi dan mangga. Pendek kata, pengusaha perlu mencipta kepelbagaian perisa makanan
merupakan usaha meluaskan pasaran makanan tradisional.
Kedua, usaha meluaskan pasaran makanan tradisional ialah pengusaha perlu menjaga
kualiti produk yang dihasilkan.Hal ini dikatakan demikian kerana menjaga kualiti produk yang
dihasilkan dapat menjamin kebersihan dan pemilihan makanan yang berkualiti tinggi.Sebagai
contoh, pengusaha makanan tradisional menghasilkan rendang menggunakan santan segar
yang dipilih daripada kelapa tua terbaik supaya rendang tersebut tahan lama. Pendek kata,
pengusaha perlu menjaga kualiti produk yang dihasilkan merupakan usaha- usaha meluaskan
pasaran makanan tradisional.

122
Ketiga, usaha meluaskan pasaran makanan tradisional ialah pengusaha perlu
menitikberatkan pembungkusan produk makanan. Hal ini dikatakan demikian kerana
menitikberatkan pembungkusan produk makanan akan menarik minat masyarakat untuk
membeli produk tersebut. Sebagai contoh, pengusaha boleh mencipta bungkusan produk
makanan tradisional menggunakan pembungkusan yang berwarna-warni untuk menarik minat
pembeli mencuba produk mereka. Pendek kata, pengusaha perlu menitikberatkan
pembungkusan makanan tradisional juga merupakan usaha meluaskan pasaran makanan
tradisional.
Akhir sekali, usaha meluaskan pasaran makanan tradisional ialah pengusaha perlu
mempromosikan makanan tradisional di media sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana
mempromosikan makanan tradisional di media sosial merupakan kaedah promosi yang tidak
memerlukan kos yang tinggi dan produk dapat disebarkan dengan lebih cepat. Sebagai
contoh, pengusaha menggunakan Facebook, Twitter dan Instagram sebagai tempat wajib
untuk mempromosikan produk makanan tradisional. Pendek kata, pengusaha perlu
mempromosikan makanan tradisional di media sosial merupakan usaha meluaskan pasaran
makanan tradisional.
Bagi menggulung segala yang telah dibincangkan, pengusaha hendaklah
mengetahui usaha-usaha meluaskan makanan tradisional seperti mencipta kepelbagaian
perisa makanan, menjaga kualiti produk makanan, pembungkusan produk dan
mempromosikan makanan tradisional di media sosial Sesungguhnya, makanan tradisional
memberikan kebaikan kepada pengusaha. Oleh itu, usaha meluaskan produk makanan
tradisional hendaklah diamalkan dalam kehidupan seharian.

352 Patah Perkataan

123
SET 2

Soalan 1 : Morfologi

Kata Kerja :
1. mendapatkan
2. menambahkan
3. terlibat
4. menganggur
5. menjejaskan
6. dibiarkan
7. menuntut
8. mendapatkan
9. mengatasi
10. dibentuk

[6 markah]

Soalan 2 : Sintaksis

1. Subjek : Proses kitar semula


Predikat : dapat mengurangkan kuantiti sampah kerana bahan buangan seperti surat khabar, botol
minuman dan besi boleh dikitar semula

2. Subjek : Kos pengurusan sampah


Predikat : tidak murah kerana proses ini melibatkan tenaga kerja dan kenderaan yang banyak.

3. Subjek : Usaha ini


Predikat : akan berjaya sekiranya tahap kesedaran masyarakat tentang kepentingan kitar semula
dapat
ditingkatkan.
[ 6 markah ]

Soalan 3 : Penyuntingan
Petikan 1
1. diperluaskan - diperluas
2. dipusatkan - berpusatkan
3. berunsurkan dengan - berunsurkan
4. Sehubungan itu – Sehubungan dengan itu
5. sekurangnya – sekurang-kurangnya
6. untuk - agar
7. teknoloji - teknologi
[6 markah]
Petikan 2
1. pra-sekolah - prasekolah
2. Selain daripada itu – Selain itu
3. penambahan - pertambahan
4. ialah - adalah
5. menawarkan - ditawarkan
6. ditontonkan - dipaparkan

[5 markah]

124
Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard

Sebermula maka Laksamana pun memakai Laksamana pun memakai pakaian pejuang. Lalu
pakaian penjurit. Maka Laksamana pun Laksamana pun berjalanlah.
berjalanlah.
Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik- Pada malam itu keadaan kelam-kabut dan hujan
rintik. Maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam renyai-renyai. Lalu Kertala Sari pun masuklah ke
kota. dalam kota.
Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Laksamana pun tidur di tengah pasar. Lalu didengar
Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu oleh Laksamana tapak kaki Kertala Sari yang terlalu
terlalu gemuruh bahananya. kuat bunyinya.

[6 markah]

Soalan 5 : Peribahasa

1. Malang tidak berbau


2. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
3. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

[6 markah]
Soalan 6 : Petikan Umum
(i) Maksud penghantaran mesej

penyampaian / pembawaan maklumat / info 2


penyampaian / pembawaan mesej 1
penghantaran maklumat / info 1
[Maksimum : 2 markah]
(ii) Perbezaan fungsi:
Otak
P1 mencipta, menyimpan, menganalisis dan mempelajari pelbagai jenis maklumat 1
P2 otak kiri lebih banyak digunakan untuk proses berpikir secara analitik verbal 1
P3 otak kanan lebih digunakan untuk berpikir secara visual, intuitisi dan kreatif 1

Saraf
P1 menjalankan tugas penting dalam mengawal semua fungsi tubuh manusia 1
P2 manusia boleh memahami dan bertindak balas dengan persekitaran. 1
P3 menyalurkan mesej dari otak dan menyampaikan ke bahagian tertentu badan 1

[Maksimum : 3 markah]
[isi cukup : 2 isi]
(iii) Faktor - faktor :

P1 masalah pembelajaran 1
P2 masalah kewangan yang serius / keberhutangan 1
P3 tekanan kerana isu keluarga / saudara-mara / sahabat handai 1
P4 tidak mengamalkan gaya hidup sihat 1
P5 tidur yang tidak mencukupi / tidak teratur 1
P6 masalah di tempat kerja / tuntutan tugas yang berat 1
[Maksimum : 3 markah]
[isi cukup : 2 isi]
125
(iv) Langkah-langkah :
P1 Mendekatinya dan mendengar luahan masalahnya 1
P2 Memaklumkan kepada guru kaunseling / guru kelas untuk menasihatinya. 1
P3 Meminta bantuan ibu bapanya agar memantaunya 1
P4 Memberikan buku-buku keagamaan 1
P5 Meluangkan masa bersama-sama 1

[Maksimum : 4 markah]
[isi cukup : 3 isi]
Soalan 7 : Petikan Sastera

(i) Maksud mendapat hidayah

Memperoleh kebaikan/manfaat 2
mendapat kebaikan/manfaat 1
memperoleh faedah 1
[Maksimum : 2 markah]

(ii) Kebaikan mempelajari seni mempertahankan diri

Bahan 1
P1 untuk semangat setia kawan 1
P2 Menyatukan hati kekal sekawan 1
P3 Terasa badanku sihat 1
P4 Terasa kukuh keyakinan diri 1
P5 Untuk maslahat diri dan masyarakat 1
Bahan 2
P6 Dalam keadaan demam pun tuk dapat kalahkan empat orang perompak bersenjata 1
P7 berperang mempertahankan kampung ini daripada serangan komunis 1
P8 Untuk mempertahankan diri daripada orang jahat 1
Bahan 3
P9 mendaulatkan seni kebangsaan 1
P10 menjaga diri sendiri 1
[Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup 2 isi]

(iii) Langkah-langkah mengekal seni mempertahankan diri


P1 Ibu bapa mendidik anak-anak tentang kepentingan seni silat / ibu bapa menghantar 1
anak-anaknya ke kelas seni mempertahankan diri
P2 Kerajaan mempromosi / kempen tentang seni mempertahankan diri 1
P3 Kerajaan menggalakkan penubuhan pertubuhan seni mempertahankan diri 1
P4 Pihak sekolah mengaktifkan aktiviti seni mempertahankan diri di sekolah 1
P5 Pihak penerbit menerbitkan buku berkaitan seni mempertahankan diri 1
P6 Badan Bukan Kerajaan menganjurkan pelbagai pertandingan seni mempertahankan 1
diri
P7 Kerajaan membina prasarana untuk kegiatan seni mempertahankan diri 1
P8 Media massa / media sosial mempromosi kepentingan seni mempertahankan diri / 1
membuat dokumentari / menebitkan rencana
[Maksimum : 3 markah]

126
[Isi cukup 2 isi]

127
(iv) Tindakan PRS

P1 Melaporkan perkara tersebut dengan segera kepada guru kaunseling / disiplin / guru 1
P2 Mencatatkan nama pelajar yang terlibat dalam pergaduhan tersebut 1
P3 Menulis laporan mingguan 1
P4 Menjadi saksi kejadian semasa proses penyiasatan dijalankan 1
P5 Meminta bantuan pengawas / rakan PRS lain membantu meleraikan pergaduhan 1
tersebut.
[Maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 3 isi]

Soalan 8 : Novel
(i) Sebab kebun getah seluas empat ekar itu terbiar
P1 harga getah jatuh teruk 1
P2 orang yang mengambil upah tidak sanggup lagi menorehnya 1
P3 Ayah pula memang tidak berkesempatan untuk menorah kerana sibuk mengerjakan 1
kebun-kebun kelapa sawitnya di baruh
P4 Emak tidak berdaya sejak terlibat dalam kemalangan 1
[Maksimum : 4 marah]
[Isi cukup : 3 isi]

(ii) Peristiwa yang terdapat dalam bahagian peleraian novel tersebut.

Di Sebalik Dinara

• Dr Haris telah memaklumkan bahawa Karl telah menghembuskan nafas pada jam 7 petang.
• Bagi menyempurnakan wasiat Karl, mayat Karl akan di bakar dan abu mayat Karl akan
ditabur di pantai selat Melaka. Semua pekerja Softlab berkumpul di pantai Port Dickson bagi
memberikan penghormatan terakhir kepada Karl.
• Selepas upacara menabur abu mayat Karl selesai, Farisha dan Shida jalan beriringan
menuju ke tempat melatakkan kereta.
• Aqram telah memberitahu Farisha bahawa nama sebenarnya ialah Akim. Dia telah diubah
menjadi cyborg oleh Karl namun dia bersyukur mendapat kehidupan yang baharu kerana dia
dilahirkan sebagai OKU.
• Shida tiba-tiba berfalsafah seperti Karl. Hal ini telah menyebabkan semua orang berasa
terkejut dan tertanya-tanya.

Silir Daksina

• Peristiwa penduduk kampung yang membuat persiapan untuk majlis persembahan tarian
zapin. Haiqal dan kumpulan D'Purnama membuat latihan tarian zapin manakala penduduk
kampung membantu membuat persiapan majlis.
• Umi, Walid dan Nurul Asiah juga telah datang menyaksikan persembahan zapin Haiqal. Haiqal
yang terlihat tiga susuk tubuh yang amat dirindui itu tidak sabar menunggu muzik tarian zapin
dihentikan.
• Peristiwa terlerainya dendam Rafiqah terhadap arwah suaminya, Abdullah bin Kayan. Rafiqah
sedar bahawa darah yang mengalir dalam tubuh Haiqal ialah darah Abdullah bin Kayan.
• Haiqal Haqimi pula akan mewujudkan Aksara setelah dia menjadi sehebat bapanya.
• Haiqal melanjutkan pelajaran di Bumi Kenyalang dalam bidang sastera.

128
Soalan 9 : Rumusan
Pendahuluan [ 2 markah ]
Rumusan ini tentang punca-punca pencemaran sungai dan langkah-langkah
P1 2
mengatasi masalah pencemaran sungai.
P2 Rumusan ini tentang punca-punca pencemaran sungai. 1
P3 Rumusan ini tentang langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran sungai 1

Isi [ 16 markah]

Isi bahan 1: Petikan


Fokus 1 ( punca-punca pencemaran sungai)
F1-1 pembuangan sisa industri ke dalam sungai oleh kilang-kilang yang berdekatan. 2
F1-2 tindakan tidak bertanggungjawab para petani dengan membaja terlalu banyak 2
F1-3 Pengurusan air kumbahan yang tidak terurus menyebabkan sungai tercemar 2
F1-4 aktiviti pembalakan di kawasan yang berhampiran dengan sungai 2
F1-5 pembinaan kawasan perumahan yang berdekatan dengan sungai 2
F1-6 sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab membuang sampah ke
2
dalam sungai.

Isi bahan 2: Petikan


Fokus 2 (langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran sungai)
F2-1 Kerajaan telah membuat pindaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 2
F2-2 Para petani ini sepatutnya menggunakan teknik pembajaan yang betul 2
F2-3 Kerajaan dan agensi swasta sepatutnya bekerjasama dengan mengadakan kempen
2
kesedaran

Isi Bahan 2 : Grafik


Fokus 2 (langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran sungai)
F2-4 Kempen Kitar Semua (3R) di peringkat sekolah 2
F2-5 Kurangkan penggunaan bahan kimia oleh pihak industri 2
F2-6 Gotong-royong membersihkan sungai 2
F2-7 Kuat kuasa undang-undang alam sekitar dengan lebih ketat. 2
[ Isi mesti diambil daripada semua bahan ]

Kesimpulan [2 markah]

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama memulihara sungai agar


K1 2
kebersihan sungai terus terpelihara
K2 Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama memulihara sungai 1

129
Set 3

Bahagian A
Analisis Soalan
Tema Muzium Negara
Tugasan / Kebaikan berkunjung ke Muzium Negara dan pengalaman berkunjung
Fokus ke Muzium Negara
Siapa Aisyah Yahya
Format E-mel

Karangan Contoh Peringkat Cemerlang

Daripada : aisyahyahya@gmail.com
Kepada : farihaahmad@gmail.com
Subjek : Pengalaman melawat ke Muzium Negara

Assalammualaikum Fariha,
Apa khabar saudari di sana? Saya harap saudari berada dalam keadaan sihat. Terima
kasih saya ucapkan kerana sudi mengirimkan e-mel kepada saya.
Kebaikan yang yang saya peroleh apabila melawat Muzium Negara termasuklah dapat
mengetahui sejarah negara. Muzium Negara telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong Malaysia ke-3 iaitu Tuanku Syed Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1963. Muzium
ini dibahagikan kepada empat seksyen iaitu Galeri A : Sejarah Awal, Galeri B: Kerajaan-
Kerajaan Melayu, Galeri C : Era Kolonial dan Galeri D : Malaysia Kini. Saya sangat teruja
apabila mengetahui bahawa galeri ini mempunyai kisah-kisahnya yang tersendiri.
Kebaikan seterusnya ialah Muzium Negara dapat menarik pelancong. Sebagai contoh,
artifak yang dipamerkan seperti senjata yang digunakan pada zaman Neolitik, barang-barang
tembaga pasti dapat menarik kedatangan pelancong. Namun begitu, artifak yang tidak boleh
saya lupa ialah tengkorak “Manusia Jawa” yang dianggarkan berusia 500,000 tahun. Rupanya,
banyak fakta sejarah lama yang boleh saya ketahui sepanjang berkunjung di sana.
Selain itu, apabila melawat Muzium Negara dapat memupuk rasa cinta kepada
negara. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat pelbagai artifak warisan sejarah negara
yang boleh dilihat apabila mengunjungi Muzium Negara. Saya berasa begitu terharu apabila
melihat dan membaca kisah-kisah perjalanan Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam menuntut kemerdekaan negara sekali gus memupuk
semangat patriotisme dalam diri saya.
Saya berharap agar e-mel ini dapat memberikan gambaran kepada awak tentang
Muzium Negara. Saya doakan semoga awak berpeluang untuk berkunjung ke sana suatu hari
nanti. Sekian, terima kasih

Sahabatmu,

Aisyah

198 patah perkataan

130
Karangan Contoh Peringkat Kepujian

Daripada: aisyahyahya@gmail.com
Kepada: farihaahmad@gmail.com
Subjek: Pengalaman Melawat ke Muzium

Apa khabar Fariha? Saya berharap awak dalam keadaan sihat sejahtera bersama
keluarga tersayang. Terima kasih kerana sudi mengirimkan e-mel kepada saya.
Saya berasa seronok apabila melawat Muzium Negara. Salah satu kebaikan yang
diperoleh apabila saya melawat Muzium Negara ialah saya dapat mengetahui sejarah negara
kita. Saya dapat mengetahui bahawa Muzium Negara didirikan di atas tapak Muzium Selangor
yang musnah pada Mac 1945 akibat Perang Dunia ke 2. Saya berasa sangat teruja apabila
mengetahui Muzium Negara merupakan peneraju aktiviti permuziuman di Malaysia dan
pendokong terhadap pemuliharaan dan pengekalan warisan koleksi khazanah negara.
Selain itu, saya dapat meluangkan masa dengan adik-beradik yang masih bersekolah
dengan melawat Muzium Negara. Muzium ini dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga
6.00 petang dengan bayaran masuk yang sangat berpatutan, iaitu hanya RM 2.00 untuk
dewasa dan kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas serta percuma bagi pelajar sekolah
yang beruniform. Harga tiket tersebut sangat murah dan saya dapat meluangkan masa
dengan adik-beradik dan meningkatkan pengetahuan.
Saya berharap maklumat yang disampaikan dapat memberikan pengetahuan yang
bermanfaat kepada saudari. Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

Aisyah

174 patah perkataan

130
Karangan Contoh Peringkat Galus

Daripada: aisyahyahya@gmail.com
Kepada: farihaahmad@gmail.com
Subjek: Pengalaman Melawat ke Muzium

Apa khabar, Fariha? Saya akan menceritakan pengalaman lawatan ke muzium kepada
saudari.
Kebaikan melawat Muzium Negara ialah saya dapat mengetahui sejarah Muzium
Negara kita. Banyak pameran di Muzium Negara contohnya sejarah pembinaan Muzium
Negara yang dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda yang di Pertuan Agong Malaysia ke III
Tuanku Syed Putra Al-Haj pada 31 0gos 1963.
Selain itu, memupuk semangat cinta akan negara. Setelah melawat pameran, saya
dapat mengetahui kesusahan untuk mencapai kemerdekaan. Oleh itu, saya akan menghargai
perjuangan tokoh kemerdekaan.
Akhir sekali, Muzium Negara ialah produk pelancongan kepada negara. Muzium ini
yang dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dengan bayaran masuk yang
sangat murah dapat menjadi tarikan kepada pengunjung. Para pengunjung tidak perlu
membayar dengan harga yang mahal untuk mengetahui sejarah negara.
Saya berharap agar maklumat yang disampaikan dapat memberikan pengetahuan
yang bermanfaat kepada saudari. Semoga saudari juga berpeluang untuk melawat Muzium
Negara pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Aisyah
144 patah perkataan

131
Bahagian B

1. Usaha memupuk perasaan cinta terhadap alam sekitar

Analisis Soalan
Tema Bencana alam dan pencemaran alam sekitar
Tugasan / Usaha memupuk perasaan cinta akan alam sekitar
Fokus
Siapa Pelbagai pihak
Format Tiada format

Karangan Contoh Peringkat Cemerlang

Abad ke-21 menyaksikan kehidupan masyarakat yang semakin maju dalam segala
aspek. Namun, secara nyata, kemajuan yang dikecapi tidak seiring dengan keadaan alam
sekitar yang semakin uzur akibat rakusnya sikap manusia. Bencana demi bencana berlaku
tanpa diduga sehingga neragut nyawa yang tidak berdosa. Isu jerebu, tanah runtuh,
pencemaran dan banjir, adalah antara bencana yang masih belum ada noktahnya. Sikap
manusia yang mengejar fatamorgana dan mengabaikan isu pencemaran merupakan faktor
vital yang mengundang malapetaka. Keadaan ini tidak seharusnya dibiarkan berlarutan.
Pelbagai langkah drastik harus diambil sebelum nasi menjadi bubur. Persoalannya, apakah
langkah yang boleh diambil untuk membuka mata masyarakat agar menyedari kepentingan
penjagaan alam sekitar sekali gus memupuk rasa cinta akan alam sekitar dalam diri masing-
masing? Jawapannya terletak pada diri kita semua. Tepuk dada tanya selera.
Peribahasa Melayu ada mengatakan tiada penyakit yang tiada ubatnya. Kesedaran
tentang pentingnya menjaga alam sekitar ini perlu dimulakan oleh institusi keluarga. Dalam hal
ini, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting. Mereka sebagai orang terdekat dengan
anak-anak sepetutnya mendidik anak-anak menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari
kecil lagi. Ibu bapa harus mendedahkan kepada anak-anak tentang isu pencemaran alam
sekitar untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Tindakan
mendidik sahaja tidak mencukupi. Ibu bapa harus menjadi teladan kepada anak- anak mereka.
Contohnya, mereka tidak sepatutnya membuang sampah sesuka hati ataupun melakukan
pembakaran terbuka yang boleh mencemarkan udara. Jika ibu bapa memaparkan teladan yang
baik maka anak-anak akan terpengaruh dan terikut-ikut sikap ibu bapa itu. Kesannya anak-
anak sudah tertanam rasa cinta akan alam sekitar dan sikap ini akan mempengaruhi
tindak tanduknya pada masa akan datang. Maka sudah terang lagi bersuluh bahawa
tanggungjawab memupuk rasa cinta akan alam sekitar ini terpikul di atas bahu ibu bapa.
Selain itu, pihak sekolah turut memainkan peranan penting dalam memupuk rasa cinta
akan alam sekitar. Hal ini disebabkan oleh sekolah ibarat rumah kedua kepada murid-murid.
Pihak sekolah boleh mengadakan kempen kesedaran melalui mata pelajaran seperti
Pendidikan Sivik dan Kenegaraan, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan Pendidikan Alam
Sekitar. Guru-guru misalnya boleh memberi tugasan tertentu kepada murid seperti meminta
mereka mencari artikel yang berkaitan alam sekitar. Bukan itu sahaja, aktiviti ceramah serta
aktiviti gotong-royong juga secara tidak langsung memberi kesedaran kepada murid-murid
tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar. Murid-murid juga akan sedar kesan buruk
pada masa akan datang jika mereka tidak cakna terhadap penjagaan alam sekitar. Lantaran

132
itu tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pihak sekolah turut memainkan peranan penting
dalam memupuk semangat cinta akan alam sekitar ini.
Seterusnya, kerajaan juga memainkan peranan yang sangat penting bagi memupuk
rasa cinta akan alam sekitar ini. Pihak kerajaan yang seolah-olah memegang kemudi
pentadbiran negara memikul tanggungjawab dari segi pelaksanaan undang-undang yang
berkaitan dengan alam sekitar. Malah, kerajaan juga sewajarnya membuat kempen secara
besar-besaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar memandangkan kerajaan
mempunyai pelbagai medium yang boleh digunakan. Penguatkuasaan undang-undang
terhadap individu yang rakus tanpa memikirkan akibat yang akan menimpa orang lain seperti
melakukan pembalakan haram, membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut serta individu
yang secara sengaja tidak mempedulikan penjagaan alam sekitar sewajarnya dikenakan
tindakan yang keras. Ketegasan yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan dalam menangani
masalah penjagaan alam sekitar ini akan menjadi satu pengajaran kepada masyarakat.
Kempen-kempen secara berterusan sama ada melalui media massa atau media sosial
menambahkan lagi rasa kesedaran masyarakat agar sama-sama menjaga alam sekitar. Jelas
bahawa, kelestarian alam sekitar juga menjadi tanggungjawab pihak kerajaan.
Konklusinya, semua pihak memainkan peranan yang sangat penting dalam
memastikan semangat cinta akan sekitar ini tersemai dalam sanubari masyarakat. Usah kita
bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Sinergi yang erat wajar
dilakukan secara berterusan agar alam sekitar yang terpelihara dapat dinikmati sehingga ke
generasi yang akan datang. Kehidupan masyarakat juga dalam keadaan yang aman dan
sejahtera tanpa berlakunya musibah serta bencana yang tidak diundang. Sesungguhnya
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan.
Terpulang kepada setiap individu untuk berfikir tentang rasionalnya setiap tindakan yang
dijalankan oelh pelbagai pihak ini bagi memastikan alam sekitar kita terjaga selamanya.

520 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Kepujian

Dasawarsa ini, bencana alam dan pencemaran alam sekitar semakin banyak berlaku
di negara kita. Kejadian yang tidak diingini seperti tanah runtuh, banjir kilat, jerebu dan
sebagainya membuktikan manusia semakin terdedah dengan pelbagai bahaya. Siapakah
yang harus dipersalahkan? Adakah hanya menuding jari kepada pihak tertentu sahaja dan
pihak yang lain hanya berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa. Dalam situasi ini harus ada
kesedaran tentang pentingnya rasa cinta akan alam sekitar. Persoalannya, apakah yang harus
dilakukan agar masyarakat sedar betapa pentingnya menjaga alam sekitar?
Terdapat beberapa tindakan yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mengatasi
masalah ini, antaranya pihak kerajaan haruslah menjalankan pelbagai kempen kesedaran
tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana, pihak kerajaan
bertanggungjawab untuk memastikan masyarakat ada rasa cinta terhadap alam sekitar dan
tidak mementingkan diri sendiri sahaja. Contohnya kerajaan boleh membuat iklan dan disiarkan
melalui media massa seperti televisyen. Kerajaan juga boleh mengedarkan poster atau
membuat papan tanda untuk memberi kesedaran kepada masyarakat. Kesannya, akan timbul
rasa cinta akan alam sekitar dalam hati masyarakat setelah melihat kempen yang

133
dilakukan oleh kerajaan itu. Oleh itu, pihak kerajaan wajar melakukan kempen untuk
menyedarkan masyarakat tentang pentingnya menjaga alam sekitar.
Selain itu, pihak sekolah haruslah menjalankan aktiviti yang boleh mendidik murid-
murid agar mencintai alam sekitar. Hak ini berlaku apabila pihak sekolah terutama para guru
dapat menyelitkan nasihat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan melakukan aktiviti
yang menunjukkan rasa cinta akan alam sekitar sudah tertanam dalam diri mereka. Impaknya,
murid tersebut akan lebih bertanggungjawab dan tidak bertindak mencemarkan alam sekitar
kerana telah menyedari akibat daripada perbuatan tersebut. Jelas bahawa, peranan pihak
sekolah amat perlu untuk memberi kesedaran tentang pentingnya penjagaan alam sekitar.
Seterusnya, ibu bapa juga haruslah mendidik anak-anak sejak kecil agar sentiasa
menjaga alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak akan mencontohi tindak
tanduk ibu bapa mereka, bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa
boleh mengajak anak-anak membersih kawasan rumah, menanam tin-tin kosong, membersih
longkang-longkang yang tersumbat dan tidak membuang sampah merata-rata. Implikasinya,
anak-anak akan mewarisi sikap baik tersebut hingga dewasa. Anak-anak juga akan menyedari
betapa pentingnya penjagaan alam sekitar bagi mengelak berlakunya bencana alam dan
musibah lain yang tidak dingini. Jelasnya, ibu bapa turut memainkan peranan untuk memupuk
kesedaran tentang pentingnya penjagaan alam sekitar.
Kesimpulannya, semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan masyarakat adalah
sesuatu yang amat penting. Semangat ini dapat dipupuk dengan Kerjasama semua pihak agar
kesejahteraan hidup masyarakat dapat dinikmati hingga ke generasi yang akan datang. Jika
kesedaran terhadap alam sekitar ini dipandang enteng, tidak mustahil semakin banyak
bencana alam akan menimpa masyarakat lain yang tidak berdosa. Jadi, sedarlah wahai semua
sebelum nasi menjadi bubur kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

439 Patah perkataan

Karangan Contoh Galus

Pada masa ini bencana alam dan pencemaran alam sekitar semakin banyak berlaku.
Perkara ini berlaku kerana sikap manusia sendiri di samping faktor semula jadi. Cohtoh
perbuatan manusia yang menyebabkan pencemaran alam sekitar adalah membuang sampah
merata-rata dan menebang pokok di hutan. Manakala Contoh pencemaran alam sekitar ialah
pencemaran air dan udara manakala bencana alam pula ialah banjir dan tanah runtuh.
Persoalannya, apakah yang harus dilakukan untuk mengatasi masalah ini?

Pertama sekali, pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen. Contoh kempen ialah
Kempen sayangi Alam Sekitar. Kempen akan menyedarkan masyarakat agar menjaga alam
sekitar. Kerajaan boleh menjalankan kempen ini di Facebook dan surat khabar. Apabila
kerajaan menjalankan kempen, semua orang akan sedar tentang kepentingan menjaga alam
sekitar. Oleh itu, alam sekitar tidak akan tercemar jika semua orang mula menjaga alam
sekitar. Jelaslah bahawa, pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen supaya masyarakat
menjaga alam sekitar.
Selain itu, pihak sekolah haruslah mengajar murid-murid cara menjaga alam sekitar.
Contohnya murid diajar membuang sampah ke dalam tong sampah. Jika murid diajar
membuang sampah ke dalam tong sampah, murid akan selalu ingat perbuatan itu apabila

134
sudah habis belajar nanti. Selain itu, aktiviti menceriakan bilik darjah juga boleh melatih cinta
akan keindahan. Jadi, pencemaran alam sekitar tidak akan berlaku lagi. Oleh itu, pihak sekolah
mestilah mendidik murid-murid mencintai alam sekitar.
Seterusnya, ibu bapa juga boleh mendidik anak-anak mencintai alam sekitar.
Contohnya, ibu bapa haruslah menasihati anak-anak agar tidak membuang sampah merata-
rata dan sentiasa membersihkan tempat tinggal. Ibu bapa boleh menunjukkan contoh kepada
anak-anak dan anak-anak akan mengikut perbuatan ibu bapa mereka itu. Sikap ini akan
menjadikan anak-anak ada rasa cinta terhadap alam sekitar. Tegasnya, didikan ibu bapa
kepada anak-anak cara-cara menjaga alam sekitar akan menjadikan anak-anak
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk
menjaga alam sekitar dan memupuk rasa cinta akan alam sekitar. Kerjasama ini sangat
penting sebelum nasi menjadi bubur kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna.

320 Patah perkataan

2. Amalan Gaya Hidup Sihat

Analisis Soalan
Tema Amalan Gaya Hidup Sihat
Tugasan / Langkah mengamalkan gaya hidup sihat
Fokus
Siapa Masyarakat
Format Tidak berformat

Karangan Contoh Peringkat Cemerlang

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
penjuru dunia tentang amalan hidup sihat. Setiap individu ingin hidup sihat dari segi fizikal dan
mental. Seseorang dapat melakukan aktiviti harian tanpa gangguan jika memiliki tubuh badan
yang sihat. Persoalannya, apakah amalan gaya hidup sihat yang perlu dipraktikkan oleh
masyarakat? Oleh hal yang demikian, amalan gaya hidup sihat ini akan saya bugar dalam
perenggan yang seterusnya.
Sudah terang lagikan bersuluh, mengamalkan pengambilan makanan seimbang
merupakan amalan gaya hidup sihat.. Seseorang yang tidak mengambil endah tentang
pemakanan seimbang akan terdedah kepada risiko serangan pelbagai penyakit. Misalnya,
pengambilan gula dan kolestrol yang berlebihan akan memungkinkan seseorang diserang
penyakit. Rajah piramid pemakanan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan perlu
dijadikan panduan untuk memastikan bahawa makanan yang dimakan itu mengandungi
khasiat yang seimbang dan dapat menyihatkan badan. Dengan cara itu, penyakit berbahaya
seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan
kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.
Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti
sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan
melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh

135
bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau
berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga
cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas. Di samping itu,
pembakaran lemak dalam badan akan berlaku, sekali gus individu dapat mengatasi masalah
lebihan lemak di dalam badan. Oleh itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingan
aktiviti senaman hendaklah dipupuk.
Penjagaan kebersihan juga merupakan salah satu amalan hidup sihat. Orang
ramai hendaklah memastikan bahawa tubuh badan, pakaian, makanan, dan persekitaran
sentiasa bersih. Mereka juga perlu memastikan bahawa kawasan di dalam dan di luar rumah
berada dalam keadaan yang bersih. Sampah sarap di persekitaran perlu dibuang di tempat
pembuangan sampah atau ditanam. Ahli keluarga perlu meluangkan masa bersama-sama
untuk memastikan kawasan dalam dan luar rumah sentiasa bersih supaya tidak terdedah
kepada pelbagai penyakit yang berbahaya seperti demam denggi. Amalan ini secara tidak
langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga.
Selain itu, kita juga hendaklah mengelakkan aktiviti-aktiviti negatif yang memberi
impak tidak baik terhadap tubuh badan kita. Seterusnya menjejaskan kesihatan tubuh badan
kita dalam jangka masa panjang. Tabiat ini perlu dijauhi sekiranya seseorang ingin menikmati
kehidupan yang sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana perokok lebih terdedah kepada risiko
serangan sakit jantung, kanser, dan katarak. Masalah penyalahgunaan dadah pula
mengundang pelbagai masalah dalam kehidupan seseorang. Oleh itu, kesedaran orang ramai
tentang bahaya tabiat merokok dan penyalahgunaan dadah amat penting sebelum nasi
menjadi bubur.

Sebagai kesimpulan, kesedaran orang ramai tentang kepentingan kesihatan perlu


ditingkatkan. Langkah ini penting supaya setiap individu dapat mendisiplinkan diri, terutama
dalam aspek pemakanan dan penjagaan kebersihan. Semoga rakyat Malaysia mementingkan
gaya hidup sihat dalam menjalani kehidupan seharian. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah
mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Oleh itu, hasrat
untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling
bekerjasama, iaitu yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

519 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Kepujian

Setiap individu ingin hidup sihat dari segi fizikal dan mental. Seseorang dapat
melakukan aktiviti harian tanpa gangguan dengan memiliki tubuh badan yang sihat. Walaupun
begitu, matlamat tersebut tidak mudah dicapai sekiranya seseorang itu tidak mengamalkan
gaya hidup sihat. Persoalannya, apakah amalan gaya hidup sihat yang perlu dipraktikan dalam
kehidupan seharian? Persoalan ini akan saya bugar dalam perenggan yang seterusnya.
Antara usaha bagi mencapai matlamat tersebut adalah dengan mengamalkan
pengambilan makanan seimbang. Makanan yang dimakan hendaklah mengandungi zat yang
secukupnya untuk mencegah seseorang daripada serangan penyakit. Misalnya,
pengambilan gula dan kolestrol yang berlebihan akan memungkinkan seseorang diserang
penyakit diabetis dan menimbulkan masalah kepada fungsi jantung. Rajah piramid

136
pemakanan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan perlu dijadikan panduan untuk
memastikan bahawa makanan yang dimakan itu mengandungi khasiat yang seimbang dan
dapat menyihatkan badan.
Aktiviti senaman amat penting untuk kesihatan seseorang. Hal ini dikatakan demikian
kerana semasa bersenam, sebahagian besar organ dalam badan seseorang bergerak
aktif. Jantung akan berfungsi dengan baik untuk memastikan perjalanan darah menjadi lancar.
Ringkasnya, melalui senaman, badan menjadi lebih sihat dan otak menjadi cerdas. Jika
rakyat negara ini mengamalkan aktiviti senaman, tidak mustahil tahap kesihatan rakyat
Malaysia akan meningkat. Oleh itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingan aktiviti
senaman hendaklah dipupuk.
Penjagaan kebersihan juga merupakan salah satu amalan hidup sihat. Orang ramai
hendaklah memastikan bahawa tubuh badan, pakaian, makanan, dan persekitaran sentiasa
bersih. Mereka juga perlu memastikan bahawa kawasan di dalam dan di luar rumah berada
dalam keadaan yang bersih. Sampah sarap di persekitaran perlu dibuang di tempat
pembuangan sampah atau ditanam. Langkah ini dapat mengelakkan persekitaran daripada
menjadi tumpuan bakteria atau serangga-serangga tertentu, terutamanya lalat, lipas dan
nyamuk.
Selain itu, kita juga hendaklah mengelakkan aktiviti-aktiviti yang negatif yang memberi
impak tidak baik terhadap tubuh badan kita. Tabiat ini boleh menyebabkan seseorang
mendapat penyakit jantung dan paru-paru. Tabiat ini perlu dijauhi sekiranya seseorang ingin
menikmati kehidupan yang sihat. Hal ini demikian kerana perokok lebih terdedah kepada risiko
diserang sakit jantung, kanser, dan katarak. Gejala penyalahgunaan dadah pula
mengundang pelbagai masalah dalam kehidupan seseorang. Oleh itu, kesedaran orang ramai
tentang bahaya tabiat merokok dan penyalahgunaan dadah amat penting.
Kesimpulan, kesedaran orang ramai tentang kepentingan kesihatan perlu ditingkatkan.
Langkah ini penting supaya setiap individu dapat mendisiplinkan diri, terutama dalam aspek
pemakanan dan penjagaan kebersihan. Tanpa kesedaran tersebut, orang ramai tidak akan
mementingkan gaya hidup yang sihat. Bagi menambahkan pengetahuan orang ramai tentang
hal ini, panduan tentang penjagaan kesihatan perlu disebarluaskan. Semoga “Amalan Hidup
Sihat” yang kita perkatakan ini benar-benar menjadi realiti di bumi Malaysia. Semoga
rakyat Malaysia mementingkan gaya hidup sihat dalam menjalani kehidupan seharian.

422 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Galus

Dewasa ini, isu kesihatan sering terpapar di dada akhbar. Ramai orang yang mula
mengalamai masalah kesihatan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kesihatan sangat
penting kepada setiap individu. Persoalannya kini, apakah yang harus dilakukan oleh setiap
individu untuk mengamalkan gaya hidup sihat? Oleh itu, amalan gaya hidup sihat akan
dibincangkan untuk kepentingan bersama.
Lontaran idea pertama dalam usaha mengamalkan gaya hidup sihat adalah dengan
mengamalkan pengambilan makanan seimbang. Hal ini dikatakan demikian kerana
makanan yang dimakan hendaklah mengandungi zat yang secukupnya. Pemakanan
seimbang dapat mengelakkan risiko serangan pelbagai penyakit. Misalnya, pengambilan
sayur-sayuran dan buah-buahan dalam hidangan setiap hari. Jelaslah mengamalkan
pengambilan makanan yang seimbang dapat menjamin kesihatan seseorang.

137
Lontaran idea kedua, aktiviti senaman amat penting untuk kesihatan
seseorang. Hal ini dikatakan demikian kerana semasa bersenam, badan seseorang akan
berpeluh. Jika seseorang bersenam, badan menjadi lebih sihat dan otak menjadi
cerdas. Seseorang boleh bersenam dua kali seminggu atau pada hari cuti. Contoh senaman
yang boleh dilakukan adalah berjoging, bermain badminton dan bermain bola sepak. Oleh
itu, aktiviti senaman amat penting untuk kesihatan seseorang.
Lontaran idea ketiga, kita juga hendaklah mengelakkan aktiviti-aktiviti yang
negatif. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti negatif akan menyebabkan pelbagai kesan
sampingan. Sebagai contoh seseorang perokok lebih terdedah kepada risiko diserang sakit
jantung, kanser, dan katarak. Mereka seharusnya melibatkan diri dalam aktivit-aktiviti yang
berfaedah. Tuntasnya, seseorang perlu mengelakkan aktiviti-aktiviti yang negatif agar
kehidupan lebih sejahtera dan kesihatan lebih terjamin.
Lontaran idea keempat, setiap orang perlu mendapatkan rawatan daripada doktor. Hal
ini dikatakan demikian kerana, rawatan ini dapat mengesan tahap kesihatan. Peribahasa yang
sesuai iaitu “mencegah lebih baik daripada mengubati”. Sebagai contoh, seseorang kan
mengetahui penyakit yang dihidapi. Seseorang perlu mendapatkan rawatan setahun
sekurang-kurangnya dua kali. Jelaslah, mmendapatkan rawatan daripada doktor dapat
menjamin kesihatan seseorang terjamin.
Kesimpulannya, kesedaran orang ramai tentang kepentingan amalan gaya hidup sihat
perlu ditingkatkan. Oleh itu, setiap individu perlu menjaga pemakanan dan penjagaan
kebersihan agar dapat mencegah pelbagai enyakit seperti peribahasa mencegah lebh bak
daripada mengubati. Amalan gaya hidup sihat dapat menjamin kehidupan yang lebih
sejahtera kerana badan cergas otak cerdas.

350 patah perkataan

3. Kebaikan pembelajaran secara dalam talian

Analisis Soalan
Tema Pendidikan secara dalam talian
Tugasan / Kelebihan pembelajaran secara dalam talian
Fokus
Siapa Pelajar dan guru
Format Tidak berformat

Karangan contoh peringkat cemerlang

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak COVID-19


sememangnya banyak mengubah cara hidup masyarakat dunia. Sektor pendidikan juga tidak
terkecuali daripada menghadapi perubahan norma baharu kerana sesi persekolahan secara
bersemuka tidak dapat dijalankan. Oleh hal yang demikian, semua guru dan murid harus
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPr) yang dilaksanakan secara
dalam talian agar dapat memastikan murid-murid tidak tercicir untuk mengecapi ilmu.
Walaupun pelbagai cabaran harus dihadapi oleh guru dan murid, namun sesi pengajaran dan

138
pembelajaran dalam talian sebenarnya mempunyai banyak kelebihan. Oleh hal yang
demikian, kelebihan-kelebihan pembelajaran secara dalam talian yang menjadi tunjang
perbincangan karangan ini akan dikupas secara terperinci dalam perenggan seterusnya.
Antara kelebihan pembelajaran secara dalam talian adalah membolehkan guru dan
murid mengasah kemahiran Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Hal ini dikatakan
demikian kerana guru dan murid perlu mahir menggunakan teknologi seperti komputer riba,
telefon pintar mahupun tablet untuk memastikan guru dapat melaksanakan tugasnya untuk
menjalankan PdP dan murid pula dapat mengikuti kelas yang diadakan oleh guru. Sebagai
contoh, untuk menggunakan aplikasi seperti google classroom, guru-guru dan juga murid-
murid hendaklah memastikan mereka mempunyai capaian Internet dan menggunakan akaun
pengguna yang telah diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Malah, untuk
menjadikan proses PdP lebih menarik dan interaktif seperti menghasilkan video, guru juga
perlu mahir untuk menggunakan aplikasi seperti video maker. Walaupun pada awalnya guru
dan murid mengalami kesukaran, namun lama ke lamaan alah bisa tegal biasa. Intihannya,
pembelaran secara dalam talian sememangnya mengasah kemahiran TMK guru dan murid
seperti peribahasa belakang parang jika diasah lagikan tajam.
Bertitik tolak daripada itu, pembelajaran secara dalam talian juga dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif kepada guru mahupun murid. Apabila PdPr
dilaksanakan, murid-murid lebih bebas untuk membuat ulang kaji pelajaran pada bila-bila
masa. Sebagai contoh, murid boleh menonton video pengajaran yang telah dirakam mahupun
dimuat naik oleh guru berulang-ulang kali untuk mengukuhkan kefahaman mereka dalam
sesuatu mata pelajaran. Keadaan ini amat berbeza dengan pembelajaran secara bersemuka
kerana jika murid tidak hadir ke sekolah, mereka sukar untuk mendapatkan maklumat tentang
tajuk pengajaran pada hari tersebut. Malah, murid juga tidak terikat dengan pemakaian yang
formal apabila proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid bebas mengenakan
pakaian yang selesa dan memilih suasana pembelaran yang meeka inginkan. Dengan adanya
suasana pembelajaran yang kondusif, sudah pasti proses pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi lebih berkesan. Tegasnya, pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian
sememangnya membawa banyak kelebihan dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif.
Bukan itu sahaja, pembelajaran secara dalam talian juga dapat menjadikan sesi
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan interaktif. Penggunaan pelbagai aplikasi yang
disediakan dalam akaun Delima Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membolehkan guru
menyediakan bahan pengajaran yang menarik dan interaktif. Sebagai contoh, penggunaan
aplikasi seperti kahoot, wordwall, liveworksheet dapat menjadikan pembelajaran lebih menarik
kerana murid dapat belajar sambil bermain. Penggunaan aplikasi tersebut dapat menjadikan
murid lebih berminat untuk mengikuti kelas secara atas talian seterusnya mencapai objektif
pengajaran yang diinginkan oleh para guru. Bukan itu sahaja, penggunaan pelbagai aplikasi
yang menarik juga selaras dengan hasrat KPM yang menginginkan pembelajaran Abad ke-
21. Situasi ini sesuai dengan peribahasa sambil menyelam minum air kerana bukan sahaja
proses pengajaran yang menarik dapat diadakan, malah hasrat kerajaan yang menginginkan
perubahan dalam bidang pendidikan juga turut berlaku. Tidak boleh dinafikan lagi
pembelajaran secara dalam talian membawa pelbagai kelebihan iaitu menjadikan
pembelajaran lebih menarik.

Tuntasnya, pembelajaran secara atas talian membawa pelbagai kemaslahatan kepada


murid dan juga guru. Walau bagaimanapun, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran atas
talian ini tidak akan berjaya jika hanya guru sahaja yang berusaha menajayakannya
kerana bertepuk sebeleh tangan tidak akan akan berbunyi. Sehubungan

139
dengan itu, ibu bapa haruslah mengetahui obligasi yang harus dilakukan oleh mereka agar
anak-anak dapat memiliki ilmu. Besarlah harapan agar masyarakat yang celik TMK dan
berilmu pengetahuan dapat terus dilahirkan walaupun negara sedang berhadapan dengan
cabaran yang cukup besar ketika ini.

520 patah perkataan

Karangan contoh peringkat kepujian

Dewasa ini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan


COVID-19 telah mengubah kaedah pembelajaran daripada pembelajaran secara bersemuka
kepada kaedah pembelajaran dalam talian. Pelbagai medium telah digunakan oleh para guru
untuk memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan pengajaran(PdP), agar murid tidak
tercicir daripada memiliki ilmu. Walaupun pelbagai kekangan terpaksa dihadapi oleh para guru
dan murid seperti masalah capaian Internet dan peranti elektronik, namun pembelajaran
secara dalam talian sebenarnya mempunyai pelbagai kelebihan. Oleh hal yang demikian,
kelebihan pembelajaran secara dalam talian akan menjadi tunjang perbincangan dan dikupas
secara terperinci dalam perenggan seterusnya.

Antara kelebihan pembelajaran dalam talian adalah dapat menjadikan proses


pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan interaktif. Hal ini dikatakan demikian kerana
pembelajaran dalam talian membolehkan guru menggunakan pelbagai aplikasi menarik seperti
google classroom, kahoot, dan wordwall. Sebagai analogi, penggunaan laman google
classroom membolehkan guru-guru menggunakan pelbagai aplikasi yang berwarna-warni,
mempunyai lagu dan lebih interaktif untuk melengkapkan latihan mahupun kuiz. Penggunaan
pelbagai aplikasi tersebut membolehkan murid belajar sambil bermain. Hal ini selaras dengan
hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang menginginkan Pembelajaran Abad ke-21.
Pembelajaran yang lebih menarik sudah pasti akan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan seterusnya membolehkan ilmu diserap oleh murid. Jelaslah
bahawa pembelajaran secara dalam talian sememangnya menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik.

Bukan itu sahaja, pembelajaran secara dalam talian juga menjadikan guru dan murid
lebih mahir dalam bidang teknologi. Umum mengetahui bahawa penggunaan peranti elektronik
seperti komputer riba dan telefon pintar serta capaian Internet amat diperlukan untuk mengikuti
pembelajaran secara dalam talian. Oleh itu, guru dan juga murid haruslah mahir untuk
mengendalikan peranti elektronik agar kedua-dua pihak dapat melaksanakan tanggungjawab
masing-masing. Sebagai contoh, untuk menghasilkan video yang menarik, guru-guru perlu
berfikir di luar kotak dan mencuba pelbagai aplikasi seperti video maker agar dapat
menghasilkan pengajaran yang baik lantas mencapai objektif pembelajaran. Malah, murid juga
perlu mencari jalan agar ilmu yang disampaikan oleh guru dapat diterima dengan baik kerana
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Intihanya, pembelajaran secara dalam
talian sememangnya menjadikan guru dan murid mahir dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi.

Selain itu, pembelajaran secara dalam talian juga mewujudkan suasana pembelajaran
yang kondusif kepada guru dan murid. Jika di sekolah, murid-murid perlu hadir ke sekolah

140
dengan pakaian seragam sekolah. Namun, pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian
membolehkan murid memakai pakaian mengikut keselesaan mereka. Malah, jadual
pembelajaran secara dalam talian juga lebih fleksible. Bukan itu sahaja, jika murid tidak dapat
mengikuti sesi kelas pada waktu yang ditetapkan, murid masih lagi boleh mengikuti sesi
pengajaran melalui rakaman pengajaran yang dibuat oleh guru. Malah, murid-murid juga boleh
menonton video atau rakaman pengajaran yang dimuat naik oleh guru berulang-ulang kali
untuk mengukuhkan lagi kefahaman mereka dalam sesuatu mata pelajaran. Sudah terang lagi
bersuluh, pengajaran dalam talian sememangnya dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang kondusif.

Kesimpulannya, sesi pengajaran dalam talian sememangnya mempunyai pelbagai


kelebihan. Oleh itu, ibu bapa haruslah melaksanakan obligasi yang sesuai dengan
menyediakan peranti agar anak-anak mereka dapat terus belajar walaupun dalam keadaan
pandemik. Hal ini demikian kerana jika hanya guru sahaja tang bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan tanggungjawab mereka, sudah pasti objektif yang disasarkan tidak akan
tercapai kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Harapan saya agar generasi
berilmu dapat terus dilahirkan melalui pembelajaran dalam talian.

520 patah perkataan

Karangan contoh peringkat galus

Memang tidak dapat dinafikan pembelajaran secara dalam talian amat penting pada masa kini
kerana sekolah tidak dapat dibuka. Semua murid perlu belajar secara dalam talian kerana
penularan Covid-19. Oleh itu, guru-guru akan mengajar melalui aplikasi google classroom,
whatapps dan juga Telegram. Persoalannya kini, apakah kepentingan pembelajaran secara
dalam talian? Oleh itu, kepentingan pembelajaran secara dalam talian akan dibincangkan
untuk kepentingan bersama.
Antara kepentingan pembelajaran dalam talian ialah kita dapat belajar dalam suasana
yang selesa. Hal ini dikatakan demikian kerana kita boleh belajar di rumah sendiri tanpa perlu
memakai baju sekolah seperti belajar di sekolah. Malah, kita juga boleh belajar dalam keadaan
yang selesa di rumah sendiri. Contohnya, murid boleh belajar dalam rumah yang mempunyai
pendingin hawa, memakai baju yang selesa dan tidak perlu belajar dalam keadaan yang
terlalu formal seperti berada di sekolah. Tegasnya, pembelajaran secara dalam talian
membolehkan murid belajar dalam suasana yang selasa.
Selain itu, belajar secara secara dalam talian juga membolehkan murid belajar dalam
keadaan yang menyeronokkan. Hal ini dikatakan demikian kerana guru banyak menggunakan
aplikasi untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik. Contohnya, guru akan menggunakan
permainan teka silang kata, memasang video dan lain-lain lagi. Cara tersebut membuatkan
murid berasa sangat seronok untuk belajar dan membolehkan murid mendapat kejayaan.
Tegasnya, belajar secara dalam talian dapat menjadikan pembelajaran lebih seronok untuk
murid.
Akhir sekali, belajar secara dalam talian juga dapat menjadikan guru dan murid mahir
menggunakan peralatan elektronik. Hal ini dikatakan demikian kerana belajar talian perlu
menggunakan peralatan seperti komputer atau komputer riba, telefon pintar dan juga tablet.
Malah, murid dan guru juga memerlukan Internet untuk membolehkan mereka belajar dan
mengajar. Oleh itu, guru dan murid akan belajar cara menggunakan peralatan elektronik agar
dapat mengajar dan belajar. Jika murid tidak tahu menggunakan peralatan elektronik tersebut,

141
murid dapat akan mendapat ilmu. Tegasnya, belajar secara dalam talian membolehkan guru
dan murid pandai menggunakan peralatan elektronik.
Kesimpulannya, semua murid harus sedap akan kepentingan untuk belajar. Semua
murid juga haruslah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk belajar. Jika ibu bapa, guru
dan murid bekerjasama ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni pasti belajar secara
dalam talian membawa pelbagai kebaikan kepada semua. Harapan saya, semua murid dapat
mengikuti pembelajaran dalam talian agar tidak tercicir dalam pelajaran.

362 patah perkataan

4. Usaha menggalakkan golongan muda terlibat dalam sektor pertanian

Analisis Soalan
Tema Pertanian
Tugasan / Peranan pelbagai pihak menarik minat golongan muda menceburi
Fokus bidang pertanian
Siapa Pelbagai pihak (Ibu bapa, sekolah, kerajaan)
Format Tidak berformat

Karangan Contoh Peringkat Cemerlang

Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sektor pertanian telah
berkembang dengan pesat. Padi, getah, dan kelapa sawit ditanam secara komersial untuk
memenuhi keperluan domestik dan dieksport ke luar negara. Namun begitu, di sebalik
perkembangan sektor pertanian ini, tidak ramai golongan muda yang berminat untuk
menceburkan diri dalam bidang pertanian. Jika keadaan ini terus berlaku, negara mungkin
mengalami masalah dari segi kekurangan tenaga mahir pada masa akan datang.
Sesungguhnya, usaha yang pragmatik perlu digembleng bagi menggalakkan golongan muda
menceburi bidang pertanian.

Sebagai pembuka tirai perbincangan, ibu bapa menggalas tanggungjwab yang besar
dalam memupuk minat anak-anak dalam bidang pertanian sejak anak-anak kecil lagi kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Uswah hasanah yang baik mampu memberikan kesan
dalam jiwa anak-anak kerana secara lumrahnya anak-anak akan selalu mencontohi peri laku
ibu bapa mereka. Ibu bapa boleh mengajak anak-anak bersama-sama bercucuk tanam di
sekitar kawasan rumah untuk mengisi masa lapang. Aktiviti bercucuk tanam pokok lada di
sekitar kawasan rumah menggunakan kaedah hidroponik boleh dimulakan. Hasil daripada
tanaman lada tersebut boleh digunakan dalam masakan dan lebihannya dapat diberikan
kepada jiran yang berdekatan. Pendek kata, minat anak-anak dalam bidang pertanian boleh
dipupuk oleh ibu bapa bermula dari rumah.

Selain ibu bapa, pihak sekolah juga boleh menawarkan kursus Sains Pertanian dan
menubuhkan kelab pertanian di sekolah. Kelebihan kursus Sains Pertanian ini perlu diberitahu
kepada murid semasa mereka ingin membuat pilihan subjek elektif di Tingkatan 4. Kelab
Petani Muda boleh ditubuhkan untuk memberikan galakan kepada pelajar-pelajar yang

142
berminat dalam bidang pertanian walaupun mereka tidak mengambil mata pelajaran tersebut
dalam peperiksaan SPM. Subjek Sains Pertanian dan penubuhan kelab pertanian ini dapat
memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan ilmu pertanian secara teori dan
pratikal seperti teknik penanaman, pengolahan tanaman dan penggunaan baja mengikut cara
yang betul. Tapak pertanian di dalam kawasan sekolah juga perlu disediakan untuk
memudahkan murid menjalankan projek amali. Kesannya, pelajar akan berasa seronok dan
mendapat pelbagai ilmu baharu berkaitan pertanian. Jelaslah bahawa pihak sekolah
memainkan peranan penting dalam menyuntik minat bertani dalam kalangan murid.

Kerajaan turut menyediakan bantuan modal dan kewangan kepada golongan muda
yang ingin menceburi bidang pertanian. Bantuan geran dalam bentuk barangan dan pinjaman
dengan kadar faedah yang rendah dapat dimanfaatkan oleh golongan muda untuk memulakan
projek pertanian baharu. Bagi petani yang sudah mempunyai projek pertanian pula dapat
menggunakan bantuan ini untuk meluaskan lagi projek mereka agar hasil pertanian dapat
dioptimumkan. Projek pertanian boleh dilaksanakan secara komersial untuk memenuhi
keperluan pasaran di dalam negara dan dieksport ke luar negara. Bantuan kewangan ini dapat
digunakan untuk petani membeli benih pertanian, menggunakan mesin atau jentera pertanian
yang lebih canggih serta melakukan kajian dan penyelidikan untuk meningkatkan kualiti hasil
tanaman.

Akhir kalam, bidang pertanian menjadi penyumbang kepada ekonomi negara. Oleh
hal yang demikian, negara perlu menyediakan lebih ramai tenaga kerja yang mahir yang terdiri
daripada golongan muda yang berfikiran optimistik dalam menjanakan idea-idea baharu bagi
merancakkan lagi bidang ini agar lebih berdaya saing. Sesungguhnya, kerjaya dalam bidang
pertanian menjanjikan pulangan yang lumayan bukan sahaja kepada petani itu sendiri malah
ke arah kestabilan ekonomi negara. Golongan muda seharusnya menyahut seruan kerajaan
untuk menceburi bidang ini kerana dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.

513 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Kepujian

Malaysia merupakan negara pertanian sejak dahulu lagi. Penanaman getah, padi dan
kelapa sawit menjadi antara penyumbang terbesar kepada ekonomi negara. Namun di sebalik
perkembangan dalam bidang pertanian ini, tidak ramai golongan muda yang berminat untuk
menceburkan diri dalam bidang pertanian. Hal ini berlaku kerana mereka kurang terdedah
dengan perkembangan bidang pertanian ini. Terdapat usaha-usaha yang perlu dilaksanakan
bagi menarik minat golongan muda menceburi bidang pertanian.
Sebagai mukadimah perbincangan, usaha yang perlu dilaksanakan bagi menarik minat
golongan muda menceburi bidang pertanian ialah ibu bapa hendaklah memupuk minat anak-
anak dalam bidang pertanian. Minat ini boleh dipupuk melalui bimbingan dan contoh teladan.
Hal ini dikatakan demikian kerana secara lumrahnya anak-anak akan selalu mengikut tingkah
laku ibu bapa mereka. Ibu bapa boleh memupuk minat anak-anak mereka dalam pertanian ini
dengan mengajak anak-anak bersama-sama bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah.
Sebagai contoh, ibu bapa boleh menanam pokok lada yang boleh digunakan dalam masakan.
Kesannya, anak-anak akan berasa lebih seronok dan bersemangat untuk bercucuk

143
tanam apabila melihat hasil tanaman mereka menjadi. Pendek kata, anak-anak perlu dididik
dalam bidang pertanian sejak mereka kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
Selain itu, usaha yang wajar dilaksanakan ialah pihak sekolah menawarkan kursus
Sains Pertanian dan menubuhkan kelab pertanian di sekolah. Pihak sekolah boleh
mempromosikan kelebihan kursus Sains Pertanian ini semasa murid membuat pilihan subjek
elektif di Tingkatan 4. Kelab Petani Muda boleh ditubuhkan untuk memberikan galakan kepada
pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang pertanian walaupun mereka tidak mengambil mata
pelajaran tersebut dalam peperiksaan SPM. Mata pelajaran Sains Pertanian dan penubuhan
kelab pertanian ini dapat memberikan pendedahan kepada murid berkaitan dengan ilmu
pertanian secara teori dan pratikal seperti teknik penanaman, pengolahan tanaman dan
penggunaan baja mengikut cara yang betul. Kesannya, pelajar akan mendapat pelbagai ilmu
baharu berkaitan pertanian. Oleh sebab itu, jelaslah bahawa pihak sekolah memainkan
peranan penting dalam menarik minat golongan muda dalam bidang pertanian.
Akhir sekali, usaha yang perlu dilaksanakan bagi menarik minat golongan muda
menceburi bidang pertanian ialah kerajaan menyediakan bantuan modal dan kewangan
kepada golongan muda yang ingin menceburi bidang pertanian. Hal ini dikatakan demikian
kerana bantuan ini membolehkan mereka memulakan projek pertanian baharu dan
mengembangkan projek pertanian sedia ada. Sebagai contoh, kementerian melalui program
Agropreneur Muda (PAM) menyediakan bantuan geran dalam bentuk barangan bernilai
sehingga RM20,000 dan Pembiayaan Khas Agropreneur Muda iaitu pinjaman sehingga
RM200,000 melalui Agrobank dan Tekun Nasional dengan kadar faedah dua peratus sahaja.
Dengan bantuan modal ini golongan muda dapat membuka pelbagai projek pertanian seperti
penanaman sayur-sayuran, penternakan ikan dalam sangkar dan sebagainya. Jelaslah
bahawa bantuan modal dan kewangan yang disediakan oleh kerajaan dapat menggalakkan
golongan muda untuk menceburi bidang pertanian.

Akhir kalam, bidang pertanian merupakan bidang yang penting kepada negara. Oleh
hal yang demikian, tenaga muda yang berupaya dari segi tenaga dan kematangan buah fikiran
dalam memberikan idea-idea baharu amat diperlukan bagi merancakkan lagi bidang pertanian
di negara kita. Dengan sokongan padu daripada semua pihak sudah pasti bidang pertanian ini
akan dapat dimajukan. Golongan muda sebgaai jentera negara akan memperkasakan bidang
ini agar sektor pertanian negara kita setanding dengan negara-negara pertnaian yang lain
ibarat duduk sasma rendah berdiri sama tinggi.

511 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Galus

Isu tentang bidang pertanian tidak seharusnya dipandang remeh. Antara contoh
tanaman pertanian ialah kelapa sawit, getah dan padi. Persoalannya, apakah usaha-usaha
yang perlu dilaksanakan bagi menarik minat golongan muda menceburi bidang pertanian?
Pertama, usaha yang perlu dilaksanakan bagi menarik minat golongan muda
menceburi bidang pertanian ialah ibu bapa memupuk minat anak-anak dalam bidang
pertanian. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa memupuk minat anak-anak dalam

144
bidang pertanian supaya mereka suka bercucuk tanam sejak kecil lagi. Sebagai contoh, ibu
bapa boleh mengajak anak-anak bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah pada hujung
minggu. Pendek kata, ibu bapa memupuk minat anak-anak dalam bidang pertanian
merupakan usaha yang perlu dilaksanakan bagi menarik minat golongan muda menceburi
bidang pertanian.

Kedua, usaha yang perlu dilaksanakan bagi menarik minat golongan muda menceburi
bidang pertanian ialah pihak sekolah menawarkan subjek Sains Pertanian. Hal ini
dikatakan demikian kerana pihak sekolah menawarkan subjek Sains Pertanian supaya ilmu
pengetahuan murid berkaitan pertanian bertambah. Sebagai contoh, pihak sekolah
mendedahkan murid tentang cara penanaman pokok dan kaedah meningkatkan hasil
tanaman. Pendek kata, pihak sekolah menawarkan subjek Sains Pertanian merupakan usaha
yang perlu dilaksanakan bagi menarik minat golongan muda menceburi bidang pertanian.

Akhir sekali, usaha yang perlu dilaksanakan bagi menarik minat golongan muda
menceburi bidang pertanian ialah kerajaan menyediakan bantuan modal dan kewangan.
Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan menyediakan bantuan modal dan kewangan untuk
mmebnatu petani membeli barangan pertanian. Sebagai contoh, kerajaan membantu petani
membeli peralatan pertanian seperti benih tanaman dan mesin yang sesuai. Pendek kata,
kerajaan menyediakan bantuan modal dan kewangan kepada golongan muda yang ingin
menceburi bidang pertanian merupakan usaha yang perlu dilaksanakan bagi menarik minat
golongan muda menceburi bidang pertanian.

Bagi menggulung segala yang telah dibincangkan, semua pihak hendaklah mengetahui
usaha yang perlu dilaksanakan bagi menarik minat golongan muda menceburi bidang
pertanian seperti ibu bapa memupuk minat anak-anak dalam bidang pertanian, pihak sekolah
menawarkan subjek Sains Pertanian dan kerajaan menyediakan bantuan modal dan
kewangan. Sesungguhnya bidang pertanian memberikan kebaikan kepada golongan muda.
Oleh itu, usaha yang perlu dilaksanakan bagi menarik minat golongan muda menceburi bidang
pertanian hendaklah diamalkan dalam kehidupan seharian.

340 patah perkataan

145
SET 3

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA


[35 markah]

Soalan 1: Morfologi

Kata kerja terbitan:


1. bersemuka
2. dilakukan
3. memastikan
4. berlangsung
5. diusahakan
6. berkenaan
7. mempunyai
8. melainkan
9. terpaksa
10. bergantung
11. digunakan
[ 6 markah ]

Soalan 2 : Sintaksis

Ayat songsang.

(i) Pelajar lain yang sedang memunggah barangan peribadi mereka aku lihat.
Aku lihat pelajar lain yang sedang memunggah barangan peribadi mereka

(ii) Barang-barang yang penting sahaja dibawa oleh mereka kerana yakin akan kembali
semula ke universiti.

(iii) Ucapan selamat tinggal kami ucapkan antara satu sama lain supaya tidak lupa
untuk menjaga kesihatan dan keselamatan masing-masing.

[ 6 markah ]

146
Soalan 3 : Penyuntingan

Bahan 1
1. terpikat - tertarik
2. saspens -suspens
3. bagi - kerana
4. pemusnahan - kemusnahan
5. penerbitan - penerbit
6. berniaga - perniagaan
7. Sehubungan itu – Sehubungan dengan itu
[7 markah]
Bahan 2
1. Berintegrasi - berkomunikasi
2. menitik-beratkan - menitikberatkan
3. sayangkan – sayang akan
4. pengurus - pengurusan
5. tidak - bukan
6. tanggung jawab - tanggungjawab
[6 markah]

Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard

Setelah hari pun siang maka orang kaya- Apabila hari pun siang lalu orang kaya-kaya
kaya itu pun datang menghadap raja pun datang berjumpa dengan raja untuk
mengadukan halnya kecurian semalam itu. mengadukan hal tentang kecurian semalam.

Maka baginda pun hairan serta Baginda pun berasa hairan lalu
bertitah pada Temenggung, “ Hai bertitah kepada Temenggung, “Wahai
Temenggung , tiadakah menyuruhkan Temenggung, tidakah kamu mengarahkan
orangnya berkawal tadi? orang berkawal malam tadi?

Maka sembah Temenggung, “ Daulat Sembah Temenggung, “Daulat


tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang tuanku Syah Alam, saya mengarahkan orang
berkawal semalam tadi, seorang pun tak untuk berkawal malam tadi, tetapi tiada
bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan seorang pun yang bertemu dengan pencuri
penjurit itu.” tersebut. Saya berasa hairan terhadap
pencuri tersebut.”

[6 markah]

147
Soalan 5 : Peribahasa

Peribahasa hampir sama maksud :

1. mencurah air ke daun keladi – masuk telinga kiri, keluar telinga kanan
2. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna – nasi sudah menjadi bubur
/ sudah terhantuk baru tengadah.
3. berlurah di balik pendakian – ada udang di sebalik batu

Soalan 6 : Petikan umum

(i) Maksud rangkai kata fasa perubahan

- tahap / peringkat peralihan 2


- tahap / peringkat perubahan 1
- fasa peralihan 1
[Maksimum : 2 markah]

(ii) Cabaran tugas :

Bahan 1
P1 berhadapan dengan pelbagai kerenah dan ragam para pesakit 1
P2 terdedah dengan cabaran untuk disaman melalui undang-undang 1
P3 berisiko ditempatkan di bahagian atau jabatan yang kurang diminati 1

Bahan 2
P1 berisiko mendapat jangkitan virus COVID-19 daripada pesakit 1
P2 memakai Personal Protective Equipment (PPE) berjam-jam 1
P3 berhadapan dengan pesakit dan pihak keluarga pesakit 1

[Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]
(iii) Ciri-ciri yang diperlukan

P1 berdisiplin tinggi 1
P2 sanggup berkorban masa dan tenaga 1
P3 tahap kesabaran yang tinggi 1
P4 berbudi pekerti tinggi / berbudi bahasa 1
P5 keterampilan diri yang menarik 1
P6 tahap kecergasan yang baik 1
P7 bersifat kemanusiaan yang tinggi 1
P8 berani menghadapi cabaran 1
P9 bersedia untuk belajar 1
[Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]

148
(iv) Tindakan -tindakan:

P1 memberi nasihat supaya dia berusaha lebih gigih 1


P2 menyuruh rakan untuk mengulang kaji pelajaran / latih tubi 1
P3 menggalakkan rakan supaya sentiasa berkeyakinan 1
P4 menyuruh rakan mendapatkan bimbingan kaunseling 1
P5 mengajaknya belajar secara berkumpulan 1
P6 meminjamkan / membelikan buku rujukan kepada rakan 1
P7 selalu bertanya kepada guru 1
P8 mengajak rakan menyertai kelas tambahan / tuisyen 1
P9 menyertai webinar / teknik menjawab / motivasi/ kecemerlangan 1
[Maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 3 isi]

Soalan 7 : Petikan Sastera

(i) Maksud bersemadi di naluri

Terpahat / terpendam / tersemat di dalam hati / jiwa 2


Bersemadi di dalam hati / jiwa 1
Terpahat / terpendam/ tersemat di naluri 1
[2 markah]

(ii) Kesan-kesan positif hidup

P1 gemilang sepanjang zaman 1

P2 menjadi catatan sejarah kebanggaan 1

P3 negara dan rakyat negara ini hidup aman dan damai 1


Semua suku kaum hidup dalam harmoni sebagai satu bangsa
P4 1
yang merdeka dan berjaya
P5 membina bangsa yang padu 1

P6 Kebudayaan nasional mereka banggai 1


[Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 3 isi]

149
(iii) Sebab-sebab kita perlu bersatu padu

P1 mengelakkan pertelingkahan antara kaum 1

P2 mewujudkan masyarakat yang harmoni/ toleransi 1

P3 mewujudkan sebuah negara yang kuat/aman/makmur/stabil 1

P4 dapat memajukan ekonomi negara 1

P5 berupaya menghadapi ancaman musuh 1


[Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]

(iv) Langkah-langkah menyesuaikan diri di sekolah baharu

P1 menasihatinya supaya menyapa rakan-rakan berlainan kaum 1


menyarankannya supaya mengulang kaji pelajaran bersama-
P2 1
sama
P3 menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum 1
sentiasa memberikan kerjasama ketika aktiviti kumpulan
P4 1
dijalankan.
P5 mempelajari bahasa kaum lain 1

P6 menghormati budaya / agama kaum lain 1

P7 membantu rakan pelbagai kaum 1


[Maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 3 isi]

Soalan 8 : Novel

(i) Sebab Pak Saidi merahsiakan dirinya sebagai cucu kepada Datuk Siamang Gagap?

P1 Orang sekarang memandang harta kekayaan 1


P2 Datuknya tidak mahu dikenali ramai 1
P3 Ayahnya lebih gemar merahsiakan identiti dirinya 1
P4 Mereka yang menentang Inggeris dianggap penderhaka 1
[Maksimum : 4 markah]
[ Isi cukup : 3 isi ]

150
(ii) Peristiwa yang memaparkan perasaan gembira:

Novel Di Sebalik Dinara

1. P - Farisha berjaya menemui ibu kandungnya, Medina yang dicari sekian lama dengan
bantuan abang angkatnya.
H- Peristiwa ini menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca kerana melihat kejayaan
Farisha bertemu dengan Medina yang terpisah sekian lama.

2. P - Farisha dan rakan kongsinya, Rosman telah meluaskan syarikat mereka, iaitu Secured
Shell hingga mendapat tawaran RM1.5 juta daripada Soft Lab untuk menggodam sistem
Dinara.
H- Peristiwa ini menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca kerana melihat kejayaan
Farisha dalam kerjaya berkat kegigihannya.

3. P – Shida telah diminta untuk menulis satu rencana dan satu buku biografi tentang Karl.
Khairul Anwar telah menaikkan harga bayaran tersebut kepada RM40 ribu.
H- Peristiwa ini menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca kerana Shida seorang
yang sangat berbakat dalam penulisan dan boleh bekerja di tempat yang sama dengan
Farisha.

4. P - Azraai dapat menjejaki kedudukan kereta yang dinaiki oleh Farisha setelah Rosman
mengesan kedudukan Farisha menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam telefon.
Rosman memaklumkan kereta yang dinaiki oleh Farisha menuju ke Cyberjaya. Oleh itu,
Azraai dan Rosman segera menuju ke Softlab.
H - Peristiwa ini menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca kerana Farisha
berpotensi untuk diselamatkan.

5. P - peristiwa Farisha memanggil Karl dengan panggilan ayah semasa Farisha melawat Karl
untuk kali yang terakhir.
H - Peristiwa ini menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca kerana walaupun Karl
telah melakukan pelbagai perkara terhadap Farisha namun Farisha tetap memaafkan dan
tidak menyimpan sebarang dendam.

151
Novel Silir Daksina

1. P - Peristiwa kedatangan Haikal di Kampung Seri Purnama telah disambut baik oleh
penduduk kampung tersebut. Penduduk Kampung Seri Purnama memberi layanan yang
baik kepada Haikal sepanjang Haikal berada di kampung tersebut.
H - Peristiwa ini menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca kerana Walaupun
Haikal baru sahaja tiba di kampung tersebut namun kedatangannya sangat dialu-alukan
oleh penduduk kampung dan berharap Haikal akan terus tinggal di sana.

2. P - Peristiwa Haiqal yang telah berjaya mempersembahkan tarian zapin bersama dengan
Ong See Hwa dengan baik sekali. Persembahan Haiqal dan juga Ong See Hwa juga telah
mendapat tepukan gemuruh apabila mereka mengambil tempat di hadapan pentas.
H - Peristiwa ini menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca kerana Haikal telah
berjaya menghidupkan kembali tarian zapin jincat di kampung tersebut dan
mempersembahkan tarian zapin dengan jayanya walaupun sebelum ini Haikal tidak pernah
menari zapin.

3. P- Semasa Haikal sedang menerima zapin, Haiqal terlihat tiga susuk manusia yang sangat
dikenalinya. Mereka duduk di bahagian belakang Balai tempat duduk penonton sambil
tersenyum menyaksikan persembahan tarian zapin Haiqal. Haikal berasa terharu dan tidak
menyangka bahawa Umi, walid dan Nurul Asiah akan datang menyaksikan persembahan
tarian zapinnya.
H - Peristiwa ini menimbulkan perasaan gembira kepada baca kerana kedatangan umi
membuktikan bahawa Umi telah memaafkan Haiqal dan dendam Umi terhadap Abdullah
bin Kayan telah terpadam.

4. P - Peristiwa Ong semua bersetuju untuk menggantikan Lazim sebagai pasangan Haikal
untuk menari Zapin. Semasa penduduk kampung sedang sibuk bergotong-royong
membuat persiapan untuk persembahan Zapin mereka telah dikhabarkan bahawa Lazim
telah ditimpa kemalangan semasa pulang dari kerja. Oleh itu pakcik bakar telah
mencadangkan kepada Haikal supaya berjumpa dengan Ong see Hwa dan memujuknya
untuk menjadi pasangan Haikal menari Zapin.
H - Peristiwa ini menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca kerana persembahan
zapin tersebut dapat dijayakan.

5. P - Penduduk Kampung Seri purnama bergotong-royong di balai raya membuat persediaan


untuk malam persembahan Zapin. Sebahagian penduduk kampung mengemas kerusi dan
ada juga yang memasak makanan untuk dihidangkan kepada para tetamu.
H - Peristiwa ini menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca kerana usaha Haikal
untuk menghidupkan kembali tarian zapin jincat di Kampung Seri purnama disambut baik
oleh penduduk kampung.

152
Soalan 9 : Rumusan

Pendahuluan [2 markah]

Rumusan/petikan membincangkan langkah-langkah /cara-cara/ usaha-


P1 usaha mengamalkan diet seimbang dan kepentingan/faedah/ kebaikan/ 2
manfaat/ kelebihan/pengamalan diet kepada seseorang individu.
Rumusan membincangkan langkah-langakah /cara-cara/ usaha-usaha
P2 mengamalkan diet seimbang kepada seseorang individu /dalam kalangan 1
masyarakat
Rumusan/petikan membincangkan kepentingan/faedah/ kebaikan/ manfaat/
P3 1
kelebihan/pengamalan diet kepada seseorang individu
P4 Rumusan/petikan membincangkan pengambilan diet 0

Isi Tersurat [16 markah]


Isi bahan 1: Petikan
Fokus 1: (langkah-langkah /cara-cara/ usaha-usaha mengamalkan diet seimbang)
F1-1 seseorang itu diwajibkan mengikut diet yang disarankan oleh pengamal
2
perubatan
F1-2 setiap individu seharusnya menghindari diri daripada mengamalkan diet
yang 2
tidak tepat dan berbahaya kepada kesihatan
F1-3 seseorang individu itu boleh mempelbagaikan jenis makanan setiap hari
2
berpandukan piramid makanan

Isi Bahan 1 : Petikan


Fokus 2 : (kepentingan/ faedah/ kebaikan/ manfaat / kelebihan/pengamalan diet)
F2-1 mengekalkan bentuk badan yang ideal 2
F2-2 memberikan kecantikan yang diidamkan 2
F2-3 tubuh badan akan berada dalam keadaan sihat dan bebas dari sebarang 2
penyakit berbahaya
F2-4 membekalkan nutrien yang cukup kepada badan 2
F2-5 merangsang otak untuk menjadi lebih proaktif dalam melaksanakan kerja
2
seharian

Fokus 1: (langkah-langkah /cara-cara/ usaha-usaha mengamalkan diet seimbang)


Bahan 2 : Grafik
F1-4 Menyediakan sendiri bahan makanan 2
F1-5 Melakukan perubahan yang betul 2
F1-6 Mengamalkan sarapan pagi setiap hari 2
F1-7 Mengambil banyak sayur-sayuran setiap hari 2
F1-8 Minum banyak air putih setiap hari 2

[ Isi mesti diambil daripada semua bahan ]


Kesimpulan [2 markah]

Kesimpulannya, setiap/seseorang individu perlu mengamalkan diet yaang


K1 2
seimbang agar kesihatan diri terjamin/terjaga
K2 Kesimpulannya, amalan diet yang seimbang penting kepada kesihatan 1
153
Set 4

Bahagian A

Analisis Soalan
Tema Tawaran kerja sebagai guru
Tugasan / Fokus Menulis resume untuk memohon kerja
Siapa Pemohon
Format Resume

Karangan Contoh Peringkat Cemerlang


RESUME PERMOHONAN KERJA
Nama penuh : Kemahiran
AZIZAH BINTI BERAHIM Saya mempunyai kemahiran berbahasa
Melayu, Inggeris dan Cina. Saya boleh bertutur
Alamat Rumah : dengan fasih dan menulis dalam ketiga-tiga bahasa
NO 57, JALAN SRI AMAN, ini dengan cemerlang. Hal ini memberikan

TAMAN DAMANSARA JAYA, kelebihan kepada saya untuk berkomunikasi


47400 PETALING JAYA dengan pelanggan yang bukan penutur jati Bahasa
SELANGOR DARUL EHSAN. Melayu.

Nombor Telefon Bimbit Pencapaian


019-12345678 Semasa di sekolah menengah, saya
merupakan setiausaha Lembaga Disiplin SMK Dato
E-mel Darwis dan medapat keputusan 8A dalam Sijil
kucingjack@goomail.com Pelajaran Malaysia pada tahun 2015. Dalam bidang
kokurikulum pula, saya merupakan konduktor
Pendidikan pasukan biacara berirama Bahasa Inggeris dan
Saya mendapat pendidikan awal menjuarai Pertandingan Bicara Berirama Bahasa
di Sekolah Rendah Dato Darwis dan Inggeris peringkat daerah Ulu Langat pada tahun
menyambung pelajaran di Sekolah 2014.
Menengah Kebangsaan Tun Mamat. Di universiti, saya merupakan seorang graduan
Selepas menamatkan SPM dan kelas kedua atas dengan gred purata kumulatif 3.35.
STPM, saya melanjutkan pengajian Semasa di universiti, saya pernah mewakili Majlis
ke Universiti Putra Malaysia dalam Perwakilan Mahasiswa dan menggalas amanah
bidang Kesusasteraan Melayu. sebagai Eksekutif Biro Kebajikan.

Jawatan Yang Ingin Dipohon Pengalaman


Guru Ganti MyStep Saya pernah bekerja sambilan di Pusat Tuisyen
Sinaran Insentif di Bukit Maluri sebagai guru Bahasa
Melayu selama setahun. Selain itu, saya pernah
bekerja secara kontrak sebagai tutor di Universiti
Kebangsaan Malaysia selama dua tahun.

154
Rujukan
Sekiranya pihak tuan ingin mendapatkan
perakuan berkaitan diri saya, sila hubungi Profesor
Madya Dr. Abdul Rasid Jamian iaitu penasihat
akademik Fakulti Bahasa Moden Universiti Putra
Malaysia di talian 019999222.

200 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Kepujian

RESUME PERMOHONAN KERJA


Nama penuh : Kemahiran
AZIZAH BINTI BERAHIM Saya boleh berbahasa Melayu, Inggeris dan
Cina. Saya boleh bercakap dan menulis dalam
ketiga-tiga bahasa ini dengan cemerlang. Oleh itu,
Alamat Rumah : saya dapat berkomunikasi dengan pelanggan yang
NO 57, JALAN SRI AMAN, bukan penutur jati Bahasa Melayu.

TAMAN DAMANSARA JAYA,


47400 PETALING JAYA
Pencapaian
SELANGOR DARUL EHSAN.
Semasa di sekolah menengah, saya
merupakan setiausaha Lembaga Disiplin SMK Dato
Nombor Telefon Bimbit
Darwis dan penerima Anugerah Pelajar Terbaik
019-12345678 SPM kerana memperoleh keputusan 8A dalam Sijil
Pelajaran Malaysia pada tahun 2015. Selain itu,
saya pernah memenangi pertandingan syarahan
E-mel peringkat sekolah.
kucingjack@goomail.com
Di universiti, saya pernah mewakili Majlis
Perwakilan Mahasiswa dan menggalas amanah
sebagai Eksekutif Biro Kebajikan.
Pendidikan
Pengalaman
Saya bersekolah di Sekolah
Rendah Dato Darwis dan di Sekolah Saya pernah bekerja sambilan di Pusat Tuisyen
Menengah Kebangsaan Tun Mamat. Sinaran Insentif di Bukit Maluri sebagai guru Bahasa
Selepas menamatkan SPM dan Melayu selama setahun. Selain itu, saya pernah
STPM, saya melanjutkan pelajaran bekerja sebagai tutor di Universiti Kebangsaan
ke Universiti Putra Malaysia dalam Malaysia selama dua tahun.
bidang Kesusasteraan Melayu.
Rujukan
Sekiranya pihak tuan ingin mendapatkan
Jawatan Yang Ingin Dipohon perakuan berkaitan diri saya, sila hubungi Profesor
Madya Dr. Abdul Rasid Jamian iaitu penasihat

155
Guru Ganti MyStep akademik Fakulti Bahasa Moden, Universiti Putra
Malaysia di talian 019999222.

157 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Galus


RESUME PERMOHONAN KERJA
Nama penuh : Kemahiran
AZIZAH BINTI BERAHIM Saya boleh bercakap Melayu, Inggeris dan
Cina. Saya boleh bercakap dan menulis dalam
ketiga-tiga bahasa ini dengan baik. Oleh itu, saya
Alamat Rumah : dapat berkomunikasi dengan pelanggan negara
NO 57, JALAN SRI AMAN, asing.

TAMAN DAMANSARA JAYA,


47400 PETALING JAYA
Pencapaian
SELANGOR DARUL EHSAN.
Semasa di sekolah menengah, saya
merupakan seorang pengawas dan mendapat
Nombor Telefon Bimbit
keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran
019-12345678 Malaysia pada tahun 2015. Selain itu, saya pernah
menyertai pertandingan debat di sekolah.

E-mel Di universiti, saya juga aktif dalam Persatuan


Drama dan menjadi setiausaha persatuan.
kucingjack@goomail.com
Pengalaman
Saya pernah bekerja sambilan di Pusat Tuisyen
Pendidikan Sinaran Insentif di Bukit Maluri sebagai guru Bahasa
Saya bersekolah di Sekolah Melayu selama setahun. Selain itu, saya juga
Rendah Dato Darwis dan di Sekolah menjadi guru tuisyen di Rumah Kebajikan Kasih
Menengah Kebangsaan Tun Mamat. Insan.
Selepas menamatkan SPM dan Rujukan
STPM, saya melanjutkan pelajaran
ke Universiti Putra Malaysia dalam Sekiranya pihak tuan ingin mengetahui lebih
bidang Kesusasteraan Melayu. lanjt berkaitan diri saya, sila hubungi Profesor
Madya Dr. Abdul Rasid Jamian iaitu penasihat
akademik Fakulti Bahasa Moden, Universiti Putra
Jawatan Yang Ingin Dipohon Malaysia di talian 019999222.
Guru Ganti MyStep

157 patah perkataan

156
Bahagian B

1. Kepentingan amalan kitar semula


Tema Kitar Semila
Tugasan / Fokus Kepentingan Amalan Kitar Semula
Siapa Masyarakat / alam sekitar
Format Rencana

Karangan Contoh Peringkat Cemerlang

Kepentingan Amalan Kitar Semula


Oleh : Faiza binti Adeeb

Pernahkah anda terfikir ke manakah perginya sampah yang kita hasilkan? Tahukah
anda bahawa di seluruh negara, 230 tapak pelupusan sampah telah pun mencapai tahap 80
peratus penggunaannya dan kini mencapai tahap kritikal. Kitar semula ialah satu proses
melibatkan 3R, iaitu “Reduce, Reuse dan Recycle” (kurangkan, guna semula dan kitar
semula) ke atas barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas, barangan kaca, aluminium,
logam, plastik dan lain-lain. Oleh itu, kitar semula bahan buangan mendatangkan pelbagai
kebaikan kepada masyarakat dan negara.
Sebenarnya, kitar semula bahan buangan dapat menjimatkan kos. Apabila sistem
kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupuskan akan semakin berkurangan.Hal
ini seterusnya akan memanfaatkan masyarakat dan negara kita kerana caj untuk pelupusan
sampah akan dikurangkan. Walaupun aktiviti pengutipan sampah sekarang memberi peluang
pekerjaan kepada sesetengah orang, namun jika program kitar semula dilaksanakan, lima kali
lebih banyak peluang pekerjaan akan tersedia untuk warga Malaysia. Pendek kata, amalan
kitar semula lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan
sampah atau sistem yang lain.
Selain menjimatkan kos, faedah lain yang boleh diperoleh melalui program kitar semula
ialah kerajaan berupaya menangani masalah kekurangan kawasan pelupusan sampah.
Masalah kekurangan kawasan pelupusan sampah perlu ditangani oleh pihak kerajaan kerana
secara kasarnya, sebanyak 1.5 kilogram sampah dibuang setiap hari oleh pengguna dan 15
000 tan metrik sampah perlu dibuang dan dilupuskan dengan betul dan sistematik. Lantaran
itu, program kitar semula ini juga dapat menjamin persekitaran yang lebih sihat dan bersih.
Oleh itu, tidak syak lagi bahawa program kitar semula dapat menyelesaikan masalah sampah
yang banyak dan mengurangkan kawasan tapak pelupusan.
Faedah yang diperoleh daripada program kitar semula selain menjimatkan tenaga
adalah mengatasi masalah pencemaran alam yang semakin berleluasa di negara kita. Sisa
bahan buang yang terdiri daripada 27% kertas, 36.5% sisa buangan dari rumah, 3.9% besi,
3.7% kaca, 16.4% plastik dan 12.5% lain-lain ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Kini, masyarakat kita hanya perlu membuang bahan buangan yang boleh dikitar semula ke
dalam tong-tong yang telah disediakan oleh pohak kerajaan iaitu tong yang berwarna biru
untuk kertas, coklat untuk kaca dan oren untuk plastik, aluminium dan logam.

157
Justeru melalui amalan kitar semula, kita dapat menbantu untuk mengurangkan pencemaran
alam sekitar demi kesejahteraan hidup.
Faedah lain yang boleh diperoleh daripada Pogram Kitar Semula ialah kitar semula
dapat menjimatkan sumber alam. Program Kitar Semula dikatakan dapat menjimatkan
sumber alam kerana kita dapat menjimatkan kos import bahan mentah. Negara kita
mengimport lebih daripada 25 000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan
produk kertas bagi pengeluaran yang lain. Dengan mengitar semula kertas, bilangan pokok
yang perlu ditebang dapat diminimumkan. Oleh itu, bukan sahaja menjimatkan sumber alam
kita, tetapi juga menyelamatkan hutan dan bahan mineral negara kita yang semakin pupus.
Kesimpulannya, ungkapan “fikir dahulu sebelum buang” memberikan mesej yang jelas
kepada kita supaya berfikir terlebih dahulu sebelum sesuatu dibuang. Hal ini dikatakan
demikian kerana barang-barang yang dikitar semula menjentik komitmen dan kerjasama pihak
kerajaan dalam menjayakan program kitar semula. Mudah-mudahan dengan komitmen yang
kita berikan bukan sahaja menjimatkan wang rakyat dan negara, mengindahkan dan
membersihkan persekitaran di negara ini.

505 Patah Perkataan

Karangan Contoh Peringkat Kepujian

Kepentingan Amalan Kitar Semula


Oleh : Faiza binti Adeeb

Kitar semula ialah satu proses melibatkan 3R, iaitu “Reduce, Reuse dan Recycle”
(kurangkan, guna semula dan kitar semula) ke atas barangan yang boleh dikitar semula seperti
kertas, barangan kaca, aluminium, logam, plastik dan lain-lain. Oleh itu, kitar semula bahan
buangan mendatangkan pelbagai kebaikan kepada masyarakat dan negara.

Sebenarnya, kitar semula bahan buangan dapat menjimatkan kos. Hal ini seterusnya
akan memanfaatkan masyarakat dan negara kita kerana caj untuk pelupusan sampah akan
dikurangkan. Jika program kitar semula dilaksanakan, lima kali lebih banyak peluang pekerjaan
akan tersedia untuk warga Malaysia. Pendek kata, amalan kitar semula lebih menjimatkan
berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain.

Selain menjimatkan kos, faedah lain yang boleh diperoleh melalui program kitar semula
ialah kerajaan berupaya menangani masalah kekurangan kawasan pelupusan sampah.
Masalah kekurangan kawasan pelupusan sampah perlu ditangani oleh pihak kerajaan kerana
secara kasarnya, terlalu banyak sampah perlu dibuang dan dilupuskan dengan betul. Oleh itu,
bahawa program kitar semula dapat menyelesaikan masalah sampah yang banyak dan
mengurangkan kawasan tapak pelupusan.

Faedah yang diperoleh daripada program kitar semula adalah dapat mengatasi
masalah pencemaran alam. Kini, masyarakat kita hanya perlu membuang bahan buangan
yang boleh dikitar semula ke dalam tong-tong yang telah disediakan oleh pihak kerajaan iaitu
tong yang berwarna biru untuk kertas, coklat untuk kaca dan oren untuk plastik, aluminium

158
dan logam. Justeru melalui amalan kitar semula, kita dapat membantu untuk mengurangkan
pencemaran alam sekitar.

Faedah lain yang boleh diperoleh daripada Pogram Kitar Semula ialah kitar semula
dapat menjimatkan sumber alam. Program Kitar Semula dikatakan dapat menjimatkan
sumber alam kerana kita dapat menjimatkan kos import bahan mentah. Dengan mengitar
semula kertas, bilangan pokok yang perlu ditebang dapat diminimumkan. Oleh itu, bukan
sahaja menjimatkan sumber alam kita, tetapi juga menyelamatkan hutan negara kita yang
semakin pupus.

Kesimpulannya, ungkapan “fikir dahulu sebelum buang” memberikan mesej yang jelas
kepada kita supaya berfikir terlebih dahulu sebelum sesuatu dibuang. Hal ini dikatakan
demikian kerana barang-barang yang dikitar semula menjentik komitmen dan kerjasama pihak
kerajaan dalam menjayakan program kitar semula. Mudah-mudahan dengan komitmen yang
kita berikan mengindahkan dan membersihkan persekitaran di negara ini.

460 Patah Perkataan

Karangan Contoh Peringkat Galus

Kepentingan Amalan Kitar Semula


Oleh : Faiza binti Adeeb

Memang tidak dapat dinafikan kitar semula sangat penting. Persoalannya, apakah
kepentingan amalan kitar semula kepada masyarakat? Oleh itu, kepentingan amalan kitar
semula akan dibincangkan untuk kepentingan bersama.
Lontaran idea pertama, kitar semula bahan buangan dapat menjimatkan kos. Hal
ini dikatakan demikian kerana, kitar semula akan memanfaatkan masyarakat dan negara.
Amalan kitar semula menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan . Pendek kata, amalan
kitar semula lebih menjimatkan. Sebagai contoh amalan kitar semula ini, menyediakan
pekerjaan kepada pekerja pembersihan. Jelaslah amalan kitar semula bahan buangan dapat
menjimatkan kos.
Lontaran idea kedua melalui program kitar semula kerajaan menangani masalah
kekurangan kawasan pelupusan sampah. Hal ini dikatakan demikian kerana terlalu
banyak sampah perlu dibuang dan dilupuskan dengan betul. Sebagai contoh barangan
seperti surat khabar, botol minuman dan plastik makanan. Oleh itu, program kitar semula
dapat menyelesaikan masalah sampah yang banyak dan mengurangkan kawasan tapak
pelupusan.
Lontaran idea seterusnya program kitar semula dapat mengatasi masalah
pencemaran alam. Kini, masyarakat kita hanya perlu membuang bahan buangan yang boleh
dikitar semula ke dalam tong-tong yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Sebagai contoh
tong yang berwarna biru untuk kertas, coklat untuk kaca dan oren untuk plastik, aluminium
dan logam. Justeru melalui amalan kitar semula, kita dapat membantu untuk mengurangkan
pencemaran alam sekitar.

159
Lontaran idea terakhir ialah program kitar semula dapat menjimatkan sumber alam.
Hal ini dikatakan demikian kerana program kitar semula dikatakan dapat menjimatkan sumber
alam. Sebagai contoh penggunaan kertas dapat mengurangkan penebangan pokok. Oleh itu,
kepentingan program kitar semula dapat menjimatkan sumber alam.
Kesimpulannya, ungkapan “fikir dahulu sebelum buang” memberikan mesej yang jelas
kepada kita supaya berfikir terlebih dahulu sebelum sesuatu dibuang. Hal ini dikatakan
demikian kerana barang-barang yang dikitar semula sangat penting.

320 patah perkataan

2. Cara-cara menerapkan nilai intergriti dalam diri

Analisis Soalan

Tema Integriti
Tugasan / Fokus Cara-cara menerapkan nilai integriti dalam diri
Siapa Diri sendiri / individu
Format Tiada Format

Karangan contog peringkat cemerlang

Mauduk tentang integriti tidak pernah sunyi daripada menjadi topik perbincangan yang
hangat dalam pelbagai medium komunikasi di Malaysia kini. Integriti dapatlah ditakrifkan
bahawa seseorang individu itu bertingkah laku berdasarkan prinsip moral dan nilai etika, tanpa
mengambil kira, sama ada dilihat ataupun tidak. Integriti juga berkait rapat dengan kejujuran.
Persoalan yang telah menerjah dan menerawang dalam minda kita ialah apakah cara-cara
untuk menerapkan integriti? Oleh hal yang demikian, cara-cara untuk menerapkan integriti
dalam kehidupan remaja akan menjadi fokus perbincangan.
Suatu hakikat yang tidak dapat dikesampingkan ialah didikan agama yang
teguh amat penting untuk menerapkan nilai integriti. Hal ini dikatakan demikian kerana
hanya dengan didikan agama yang teguh, seseorang itu dapat membezakan antara kaca dan
permata. Sebagai contoh ketika mereka menjawab peperiksaan, mereka akan bersikap jujur,
dan tidak akan meniru. Sememangnya tidak dinafikan lagi didikan agama merupakan perisai
paling ampuh untuk menghindari seseorang daripada melakukan sesuatu kejahatan. Oleh itu,
jelaslah bahawa dengan didikan agama yang teguh dapat menerapkan integriti dalam sanubari
dan kehidupan seseorang insan supaya kita sentiasa berada pada landasan yang betul.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa, sebagai pelajar, kita perlulah
sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan berdisiplin. Hal ini dikatakan demikian kerana,
kita tidak boleh melanggar peraturan sekolah sesuka hati seperti ponteng sekolah, lewat ke
sekolah, meniru dalam peperiksaan, bergaduh dengan rakan. Dalam konteks ini, kita perlu
bertanggungjawab dan memegang amanah ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana
kita merupakan cerminan kepada ibu bapa kita. Tegasnya, sentiasa mematuhi peraturan
sekolah dan berdisiplin adalah cara dan asas untuk menerapkan integriti dalam kehidupan.

160
Seterusnya, perbincangan kita beralih pula pada tugas sebagai pelajar iaitu sentiasa
mempelajari, menghayati nilai-nilai murni yang diterapkan dalam pembelajaran
terutamanya dalam subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Sebagai contoh dalam
subjek Pendidikan Islam kita dididik sedari kecil bahawa Allah itu maha melihat, dan maha
mendengar. Oleh itu, sekiranya subjek-subjek ini diberikan fokus, sudah pasti kita dapat
mempraktikkan integriti dalam kehidupan kerana perkara ini telah dipasakkan dari usia
setahun jagung lagi. Izharlah, cara untuk menerapkan integriti adalah dengan mempelajari
subjek-subjek tersebut secara lebih mendalam ketika di dalam kelas.

Perbincangan kita telah sampai ke puncak, cara terakhir adalah dengan sentiasa
berketerampilan positif. Pemimpin tersohor Indonesia Soekarno pernah berkata “ berikan
aku sepuluh anak muda nescaya akan kugoncangkan dunia”. Begitulah kepentingan generasi
muda pada mata pemimpin dunia. Sebagai contoh jika dilantik menjadi pengawas sekolah,
remaja perlu amanah,jujur dan telus ketika bertugas. Kita tidak boleh bersifat berat sebelah
kepada rakan-rakan yang baik dengan bersikap membutakan mata dan memekakkan telinga
jika rakan baik melakukan kesalahan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa cara untuk
menerapkan integriti dalam kehidupan adalah dengan berketerampilan positif sebagai
pemimpin.

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan jelaslah bahawa integriti sangat
penting dan perlu diterapkan dalam diri setiap individu. Usaha ini memerlukan kerjasama
semua pihak untuk mengukuhkan kefahaman tentang integriti. Jika semua pihak berganding
bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, sudah pasti nilai integriti akan dapat
diterapkan dengan jayanya. Sewajarnya kita melakukan anjakan paradigma untuk
menerapkan dan memasakkan nilai integriti dalam sanubari tunas-tunas muda harapan
tanah air tercinta.
500 patah perkataan

Karangan contoh peringkat kepujian

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
penjuru dunia tentang isu integriti. Integriti bermaksud bahawa seseorang individu itu
bertingkah laku berdasarkan prinsip moral dan nilai etika. Pada hari ini nilai sebuah kejujuran
sudah semakin jarang ditemukan. Persoalannya kini, apakah cara-cara untuk menerapkan
integriti? Oleh hal yang demikian, cara-cara untuk menerapkan integriti dalam kehidupan akan
menjadi fokus perbincangan.
Umum mengetahui bahawa didikan agama yang teguh amat penting untuk
menerapkan nilai integriti. Hal ini dikatakan demikian kerana hanya dengan didikan agama
yang teguh, seseorang itu dapat membezakan antara kaca dan permata dan antara yang hak
dan yang batil. Sebagai contoh ketika mereka menjawab peperiksaan, mereka akan bersikap
jujur, dan tidak akan meniru walau dengan apa-apa cara sekalipun kerana sedar bahawa
perbuatan itu sesuatu yang salah dari segi agama. Sememangnya tidak dinafikan lagi didikan
agama merupakan perisai paling ampuh untuk menjamin intergriti seseorang. Jelaslah
bahawa dengan didikan agama yang teguh dapat menerapkan integriti dalam sanubari
seseorang insan.

161
. Pada masa yang sama, sebagai pelajar kita perlulah sentiasa mematuhi peraturan
sekolah dan berdisiplin. Hal ini dikatakan demikian kerana, sebagai pelajar kita tidak boleh
melanggar peraturan sekolah sesuka hati seperti ponteng sekolah, lewat ke sekolah dan
meniru dalam peperiksaan. Hal ini dikatakan demikian kerana sebagai pelajar kita perlu
bertanggungjawab kerana ibu bapa yang menghantar kita ke sekolah untuk menuntut ilmu.
Hal ini juga merupakan satu amanah yang perlu digalas oleh seseorang anak yang
bertanggungjawab.Tegasnya, sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan berdisiplin ialah cara
dan asas untuk menerapkan integriti seseorang.
Seterusnya, perbincangan kita beralih pula pada tugas sebagai pelajar iaitu sentiasa
mempelajari, menghayati nilai-nilai murni yang diterapkan dalam pembelajaran
terutamanya dalam subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bertitik tolak daripada itu,
sebagai pelajar kita perlu fokus semasa sesi pembelajaran. Oleh itu, sekiranya subjek-subjek
ini diberikan fokus, sudah pasti kita dapat mempraktikkan integriti dalam kehidupan kita.
Izharlah, cara untuk menerapkan integriti adalah dengan mempelajari subjek-subjek tersebut
dengan lebih mendalam ketika di dalam kelas.

Perbincangan kita telah sampai ke puncak, cara terakhir adalah dengan sentiasa
berketerampilan positif. Oleh itu, remaja perlu mempunyai keterampilan diri sebagai
pemimpin yang baik dan perkara ini perlu dipraktikkan dari awal. Sebagai contoh jika dilantik
menjadi pengawas sekolah, remaja perlu amanah,jujur dan telus ketika bertugas. Hal ini
dikatakan demikian kerana jika mereka berintegriti, pasti semua itu akan dilakukan dengan
penuh keikhlasan.Sudah terang lagi bersuluh bahawa cara untuk menerapkan integriti dalam
kehidupan adalah dengan berketerampilan positif.

Akhirulkalam , intergriti perlulah diterapkan dalam diri setiap individu kerana nilai ini
akan semakin berkubur jika tidak dipraktikkan secara berterusan, Usaha ini memerlukan
kerjasama semua pihak. Jika semua pihak berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni, sudah pasti nilai integriti akan dapat diterapkan. Sebelum nasi menjadi
bubur, sebelum visi dan misi menjadi kabur, sewajarnya kita melakukan anjakan paradigma
untuk menerapkan nilai integriti dalam diri masing-masing.

465 patah perkataan

162
Karangan contoh peringkat Galus

Memang tidak dapat dinafikan bahawa integriti amat penting diterapkan dalam
kehidupan kita pada hari ini. Persoalannya ialah apakah cara untuk menerapkan nilai ini dalam
kehidupan kita terutamanya sebagai remaja? Oleh itu, cara untuk menerapkan nilai ini akan
dikaji untuk kepentingan bersama.
Lontaran idea pertama, cara untuk menerapkan nilai integriti dalam diri adalah dengan
didikan agama yang teguh. Hal ini dikatakan demikian kerana hanya dengan didikan agama
yang teguh seseorang itu dapat membezakan perkara yang baik dan perkara yang buruk.
Sebagai contoh mereka akan bersikap jujur dalam peperiksaan dan tidak akan meniru.
Jelaslah bahawa dengan didikan agama yang teguh dapat menerapkan intergriti dalam
kehidupan.
Lontaran idea kedua, sebagai pelajar kita perlulah sentiasa mematuhi peraturan
sekolah dan berdisiplin. Hal ini dikatakan demikian kerana, sebagai pelajar kita tidak boleh
melanggar peraturan sekolah sesuka hati seperti ponteng sekolah dan lewat ke sekolah. Pada
masa yang sama, kita perlu berdisiplin dan juga menjaga tingkah laku. Perkara ini merupakan
satu amanah yang perlu dilakukan oleh seorang pelajar. Tegasnya, sentiasa mematuhi
peraturan sekolah dan berdisiplin adalah cara untuk menerapkan intergriti dalam kehidupan.

Lontaran idea seterusnya, sentiasa mempelajari, menghayati nilai-nilai murni


yang diterapkan dalam pembelajaran terutamanya dalam subjek Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral. Bertitik tolak daripada itu, sebagai pelajar kita perlu fokus semasa sesi
pembelajaran. Sebagai contoh dalam subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral kita
diajar tentang bahaya rasuah, ancaman dan kesan pada negara. Izharlah, cara untuk
menerapkan intergriti adalah dengan mempelajari subjek-subjek tersebut secara mendalam.

Konklusinya, cara untuk menerapkan integriti dalam kehidupan memerlukan


kesungguhan remaja itu sendiri, Mereka perlu sedar bahawa integriti penting pada masa
sekarang dan juga apabila mereka dewasa kelak kerana nilai ini amat penting dalam semua
perkara terutamanya dalam alam pekerjaan kelak.

278 patah perkataan

163
3. Cara-cara pihak sekolah untuk memupuk minat murid dalam bidang pertanian

Analisis Soalan

Tema Bidang pertanian


Tugasan / Fokus Cara-cara memupuk minat remaja dalam bidang pertanian
Siapa Pihak sekolah
Format Tiada format

Karangan contog peringkat cemerlang

Pada era globalisasi ini, sektor pertanian merupakan salah satu sektor yang penting
dan mendapat tumpuan dalam perdagangan dunia kerana sektor ini merupakan pembekal
makanan dan sumber bahan mentah kepada penduduk di dunia. Di Malaysia, sektor pertanian
amat penting dan meyumbang lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Ramai dalam kalangan masyarakat kita masih tidak peduli tentang sektor pertanian ini, wahal
sektor ini mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan. Oleh itu, pelbagai langkah awal
sewajarnya diambil bermula di alam persekolahan lagi kerana kalua hendak melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Murid-murid perlu diberi pendedahan dan didikan tentang aktiviti
pertanian supaya dapat membuka mata mereka tentang kepentingannya. Persoalannya,
apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan murid-
murid meminati aktiviti pertanian?

Antara usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah adalah menerusi aktiviti
kokurikulum. Pihak sekolah boleh mewujudkan Kelab Sains Pertanian sebagai salah satu
persatuan dalam unit kokurikulum. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui kewujudan
persatuan ini dapat membuka peluang murid-murid mengenali bidang pertanian dengan lebih
dekat. Bukan itu sahaja, mereka berpeluang melakukan sendiri pelbagai aktiviti yang berkaitan
bidang pertanian ini. Misalnya, melakukan proses penanaman secara hidroponik, berpeluang
membersihkan kolam ikan di kawasan sekolah, dan menguruskan taman pertanian di kawasan
sekolah. Hal ini sudah pasti akan meningkatkan minat mereka dalam bidang pertanian. Sudah
terang lagi bersuluh bahawa kewujudan Kelab Sains Pertanian di sekolah merupakan inisiatif
yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menarik minat murid dalam bidang pertanian.

Selain itu, pihak sekolah juga perlu mewujudkan subjek Sains Pertanian sebagai
subjek elektif di sekolah. Hal ini dapat menyemai minat generasi muda dalam bidang
pertanian. Subjek ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang pertanian moden secara
teori malahan memberi peluang murid-murid melaksanakan latihan amali. Pemupukan minat
yang bermula dari sekolah secara tidak langsung menarik minat murid untuk menjadikan
bidang pertanian sebagai kerjaya mereka pada masa akan datang. Bidang pertanian pada hari
ini dilihat sebagai satu kerjaya yang sangat penting dan diperlukan oleh negara bagi
mengurangkan kebergantungan negara kepada pengimportan sumber makanan dari negara
luar. Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa subjek Sains Pertanian wajar
diwujudkan di sekolah sebagai langkah menarik minat murid meminati bidang pertanian.

Di samping itu, usaha lain yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah adalah dengan
mengadakan lawatan ke tempat yang berkaitan dengan bidang pertanian. Pihak sekolah

164
boleh menjalinkan kerjasama dengan pihak yang berkaitan dengan bidang pertanian seperti
Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat mereka. Antara aktiviti yang boleh
dijalankan sepanjang lawatan ialah simulasi penanaman organik yang tidak menggunakan
baja dan racun kimia, lawatan ke kolam ikan, kebun sayur dan sebagainya. Lawatan ini secara
tidak langsung dapat mengubah persepsi mereka bahawa pertanian itu bukanlah hanya kerja
orang kampung atau golongan bawahan tetapi pertanian itu telah dikomersialkan. Situasi ini
sudah pasti dapat menerbitkan minat murid dengan lebih mendalam terhadap bidang pertanian
seperti peribahasa tak kenal maka tak cinta.

Tuntasnya, pelbagai usaha perlu dilakukan sejak dari awal lagi untuk memupuk minat
murid-murid terhadap bidang pertanian. Murid-murid inilah yang akan menjadi penerus kepada
perkembangan sektor pertanian negara pada masa hadapan. Kita hendaklah mengambil
cakna tentang isu ini dan bekerjasama bagai aur dengan tebing agar bidang pertanian terus
menjadi pilihan generasi muda pada masa hadapan. Sekiranya usaha-usaha ini dilaksanakan,
saya yakin hasrat kerajaan untuk meningkatkan sumber pertanian negara akan tercapai.

517 patah perkataan

Karangan contoh peringkat kepujian

Pada era globalisasi ini, aktiviti pertanian dikatakan semakin menjadi pilihan
masyarakat. Pertanian dilihat sebagai satu aktiviti yang dapat menjadi sumber pendapatan
terutamanya bagi golongan yang terjejas dan hilang punca pendapatan akibat dibuang kerja.
Bidang pertanian sewajarnya diterapkan dalam diri generasi muda sejak dari peringkat
sekolah lagi. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah
untuk menggalakkan murid-murid meminati aktiviti pertanian?
Usaha pertama yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan murid-
murid meminati aktiviti pertanian adalah menerusi aktiviti kokurikulum. Hal ini disebabkan oleh
aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang wajib disertai murid sekolah. Pihak sekolah
sewajarnya memberi banyak pilihan kelab dan persatuan yang perlu disertai oleh mereka.
Misalnya, pihak sekolah boleh mewujudkan Kelab Sains Pertanian di sekolah. Pelbagai aktiviti
boleh dijalankan seperti aktiviti bercucuk tanam, mengecat pasu di kawasan sekolah untuk
projek keceriaan sekolah, membersihkan kolam ikan dan banyak lagi. Kesannya, minat
terhadap aktiviti pertanian dapat dipupuk bermula daripada aktiviti berpersatuan. Jelaslah
bahawa aktiviti kokurikulum boleh memupuk minat murid terhadap bidang pertanian.

Selain itu, pihak sekolah juga boleh mewujudkan subjek Sains Pertanian di sekolah
sebagai salah satu subjek tambahan. Pengajaran dan pembelajaran subjek ini penting untuk
membolehkan generasi muda menceburi sektor pertanian sekali gus mencapai hasrat
kerajaan untuk meningkatkan bidang pertanian. Murid-murid mendapat banyak pendedahan
berkaitan pertanian melalui proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Bukan sahaja
secara teori, malahan secara praktikalnya mereka dapat melakukan sendiri aktiviti pertanian.
Misalnya, projek menanam pokok, membela haiwan ternakan dan sebagainya. Keadaan ini

165
dapat menarik minat mereka terhadap bidang pertanian kerana mereka dapat merasa sendiri
keseronokan menjalankan aktiviti pertanian. Situasi ini bersesuaian dengan peribahasa tak
kenal maka tak cinta. Tegasnya, subjek elektif yang ditawarkan oleh pihak sekolah merupakan
inisiatif yang mampu memupuk minat murid dalam bidang pertanian.

Seterusnya, pihak sekolah juga boleh mengadakan lawatan ke tempat yang berkaitan
dengan bidang pertanian. Misalnya, pihak sekolah menganjurkan lawatan ke Universiti Putra
Malaysia dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) yang mempunyai ladang
dan kawasan pertanian yang luas. Murid-murid boleh menambah pengetahuan dan
pengalaman yang lebih luas berkaitan dengan bidang pertanian di samping dapat berseronok
menikmati alam yang menghijau tanpa pencemaran. Mereka berpeluang melihat sendiri
proses penanaman pokok, penjagaan haiwan peliharaan dan teknologi moden berkaitan
bidang pertanian. Pendedahan ini dapat mengubah persepsi mereka bahawa bidang pertanian
ini luas dan semakin moden seterusnya menerbitkan rasa minat dalam sanubari mereka untuk
menceburi bidang pertanian. Jelaslah bahawa lawatan sambil belajar merupakan usaha yang
baik untuk menarik murid dalam bidang pertanian.

Kesimpulannya, pelbagai usaha perlu dilakukan sejak dari awal lagi untuk memupuk
minat murid-murid terhadap bidang pertanian. Murid-murid inilah yang akan menjadi penerus
kepada perkembangan sektor pertanian negara pada masa hadapan. Kita hendaklah
mengambil cakna tentang isu ini dan bekerjasama bagai aur dengan tebing agar bidang
pertanian terus menjadi pilihan generasi muda pada masa hadapan. Sekiranya usaha-usaha
ini dilaksanakan, saya yakin 166asrat kerajaan untuk meningkatkan sumber pertanian negara
akan tercapai.

466 patah perkataan

Karangan contoh peringkat Galus

Pada era globalisasi ini, aktiviti pertanian dikatakan semakin berkembang di peringkat
sekolah. Pertanian dilihat sebagai satu aktiviti yang dapat melestarikan alam sekitar.
Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk
menggalakkan murid-murid meminati aktiviti pertanian?
Usaha pertama yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan murid-
murid meminati aktiviti pertanian adalah menerusi aktiviti kokurikulum. Misalnya, pihak sekolah
boleh mewujudkan Kelab Sains Pertanian di sekolah. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti
aktiviti bercucuk tanam,mengecat pasu di Kawasan sekolah untuk projek keceriaan sekolah,
membersihkan kolam ikan dan banyak lagi. Jelaslah bahawa aktiviti kokurikulum boleh
memupuk minat murid dalam bidang pertanian.

Selain itu, pihak sekolah juga boleh menawarkan subjek Sains Pertanian di sekolah
sebagai subjek tambahan. Murid-murid mendapat banyak pendedahan berkaitan pertanian
melalui proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Bukan sahaja secara teori, malahan
secara praktikalnya mereka dapat melakukan sendiri aktiviti pertanian. Misalnya, projek
menanam pokok, membela haiwan ternakan dan sebagainya. Keadaan ini dapat menarik
minat mereka terhadap bidang pertanian kerana murid dapat belajar sesuatu kemahiran.

166
Jelaslah bahawa mata pelajaran tambahan dapat menarik minat murid dalam bidang
pertanian.

Seterusnya, pihak sekolah juga boleh mengadakan lawatan ke tempat yang berkaitan
dengan bidang pertanian. Misalnya, lawatan ke Universiti Putra Malaysia dan MARDI yang
mempunyai ladang dan 167awasan pertanian yang luas. Murid-murid boleh menambah
pengetahuan dan pengalaman yang lebih luas berkaitan dengan bidang pertanian di samping
dapat berseronok menikmati alam yang menghijau tanpa pencemaran. Jelaslah bahawa
lawatan ke Universiti Pertanian Malaysia dan MARDI dapat menarik minat murid dalam bidang
pertanian.
Kesimpulannya, usaha yang dilakukan secara berterusan mampu menarik minat murid
terhadap bidang pertanian. Murid-murid inilah yang akan menjadi penerus kepada
perkembangan sektor pertanian negara pada masa hadapan. Oleh itu, kita haruslah menanam
minat dalam bidang pertanian agar kita mendapat bekalan makanan yang cukup.

305 patah perkataan

4. Persediaan yang dilakukan untuk melahirkan atlet berprestasi tinggi

Analisis soalan

Tema Sukan
Tugasan / Fokus Persediaan untuk melahirkan atlet berprestasi tinggi
Siapa Pelbagai pihak (atlet, kerajaan)
Format Tiada format

Karangan contoh peringkat cemerlang

Peribahasa ada menyatakan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan yang
bermaksud bahawa jika seseorang memiliki azam dan kesungguhan untuk melakukan
sesuatu, dia pasti boleh melakukannya dengan cemerlang. Demikian juga dengan isu atlet
bertaraf dunia. Atlet bertaraf dunia dianggap sebagai atlet yang telah mengharungi perlawanan
peringkat antarabangsa dan mencatatkan nama antara atlet pilihan dalam pertandingan
berprestij. Antara contoh atlet bertaraf dunia ialah Datuk Lee Chong Wei dalam sukan
badminton, Datuk Azizulhasni Awang dalam sukan lumba basikal dan Pandalela Rinong dalam
sukan akuatik. Mereka bukan sahaja cemerlang membawa pingat untuk negara malah terkenal
dalam saingan antarabangsa. Persoalannya, apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh
seseorang untuk menjadi atlet bertaraf dunia?

Sebagai lontaran idea saya yang pertama, persediaan yang perlu dilakukan untuk
menjadi atlet bertaraf dunia adalah dengan menjalani latihan secara intensif dan konsisten.
Hal ini dikatakan demikian kerana latihan yang bersungguh-sungguh sudah tentu akan
menjadikan atlet bertambah mantap serta berkualiti tinggi. Dalam hal ini, atlet biasa perlu
menjalani pelbagai bentuk latihan secara konsisten melalui jurulatih yang telah dipilih. Antara
contoh latihan intensif termasuklah tempoh latihan yang perlu dipanjangkan di samping

167
mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan yang setanding atau lebih kuat.
Impaknya, kualiti atlet akan dapat dipertingkat di samping atlet lebih bersedia untuk
menghadapi cabaran peringkat antarabangsa.

Dilihat dari perspektif berbeza, persediaan seterusnya bagi menjadi atlet bertaraf dunia
adalah dengan persediaan infrastruktur sukan bertaraf dunia. Hal ini dianggap demikian kerana
latihan yang dijalankan dengan infrastruktur terkini serta peralatan yang maju akan mampu
membentuk atlet yang boleh bersaing di peringkat dunia. Dalam situasi ini, pihak kerajaan
hendaklah menyediakan peralatan sukan yang terkini di samping kemudahan sukan yang
diiktiraf oleh dunia. Sebagai contoh, gelanggang velodrome di Nilai dan Kompleks Sukan Bukit
Jalil. Bukan sahaja lokasi latihan ini dianggap bertaraf dunia, malah peralatan yang disediakan
juga tidak kurang hebatnya dengan negara-negara lain. Atlet yang menggunakan kemudahan
sedemikian pastilah dapat melonjakkan nama negara.

Ditinjau dari sudut yang lain, persediaan berikutnya yang perlu dilakukan untuk menjadi
atlet bertaraf dunia adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini dikatakan demikian
kerana gaya hidup sihat bakal menjadi penentu prestasi atlet di persada antarabangsa. Bagi
mencapai matlamat ini, seseorang atlet perlu konsisten mengamalkan gaya hidup sihat agar
dapat mengekalkan momentum dan prestasi pada tahap terbaik. Sebagai contoh, atlet
hendaklah mengamalkan pemakanan seimbang di samping menjalani pemeriksaan kesihatan
secara berkala dan bersenam setiap hari sama ada pagi atau petang. Natijahnya, atlet tersebut
akan dapat mempamerkan persembahan terbaik sekali gus mampu menandingi atlet luar
negara dan mencapai status atlet bertaraf dunia.

Sebagai konklusinya, sudah terang lagikan bersuluh terdapat pelbagai persediaan


yang perlu dilakukan oleh atlet agar dapat dinobatkan sebagai atlet bertaraf dunia. Oleh hal
yang demikian, atlet negara hendaklah berusaha gigih tanpa mengenal erti lelah dalam
mencapai tahap terbaik dalam kerjaya mereka agar dapat bersaing dengan atlet luar negara.
Pada masa yang sama, pihak kerajaan wajarlah menyokong atlet negara dengan
menyediakan infrastruktur serta prasarana sukan yang berupaya melonjakkan prestasi mereka
di pentas antarabangsa. Jika perkara ini dapat dijayakan dengan sebaik-baiknya, sudah tentu
hasrat negara melahirkan barisan atlet sukan bertaraf dunia dan digeruni akan menjadi realiti,
bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

496 patah perkataan

168
Karangan contoh peringkat kepujian

Atlet bertaraf dunia dianggap sebagai atlet yang berjaya mendapatkan tempat dalam
mana-mana acara sukan di peringkat antarabangsa. Antara contoh atlet bertaraf dunia ialah
Datuk Lee Chong Wei dalam sukan badminton, Datuk Azizulhasni Awang dalam sukan lumba
basikal dan Pandalela Rinong dalam sukan akuatik. Nama-nama atlet ini sememangnya tidak
perlu diperkenalkan lagi di negara kita. Persoalannya, apakah persediaan yang perlu dilakukan
oleh seseorang untuk menjadi atlet bertaraf dunia?

Sudah terang lagi bersuluh, persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk
menjadi atlet bertaraf dunia ialah atlet perlu menjalani latihan yang konsisten . Hal ini
dikatakan demikian kerana latihan yang bersungguh-sungguh dapat menjadikan atlet tersebut
lebih mahir dalam acara sukan tersebut.. Atlet di negara kita perlu mendapatkan bimbingan
daripada jurulatih yang pakar supaya mereka dapat memberikan tunjuk ajar kepada atlet yang
berpotensi. Antara contoh latihan yang perlu dilakukan termasuklah latihan kecergasan pada
setiap hari di samping mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan lain. Maka,
jelaslah bahawa latihan yang konsisten dapat menjadikan atlet lebih bersedia untuk menyertai
acara sukan di peringkat antarabangsa.

Seterusnya, persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk menjadi atlet
bertaraf dunia ialah atlet perlu diberikan kemudahan sukan bertaraf dunia. Hal ini dikatakan
demikian kerana atlet perlu berlatih menggunakan kemudahan sukan terkini supaya mereka
tidak ketinggalan berbanding atlet di negara lain. Tambahan pula, pihak kerajaan perlu
memainkan peranan untuk menyediakan kemudahan sukan yang bertaraf antarabangsa.
Sebagai contoh, Kompleks Sukan Bukit Jalil perlu dilengkapi dengan kemudahan sukan yang
moden. Kesannya, atlet akan lebih bersemangat dan berlatih dengan bersungguh-sungguh
untuk menyumbangkan pingat kepada negara.

Di samping itu, atlet bertaraf dunia perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini
dikatakan demikian kerana amalan ini dapat meningkatkan kecergasan fizikal atlet. Tambahan
pula, atlet perlu sedar bahawa kesihatan yang baik dapat memastikan mereka sentiasa
bertenaga dan bersedia untuk menyertai acara sukan bertaraf dunia. Sebagai contoh, atlet
hendaklah mengamalkan pemakanan seimbang, rajin bersenam dan menjauhi tabiat merokok
atau pengambilan dadah. Impaknya, kesihatan fizikal dan mental atlet negara kita lebih
terjamin jika mereka mengamalkan gaya hidup sihat. Oleh itu, jelaslah bahawa amalan gaya
hidup sihat merupakan satu daripada persediaan untuk menjadi atlet bertaraf dunia.

Kesimpulannya, atlet negara hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mewakili


negara dalam acara sukan di peringkat antarabangsa. Pihak kerajaan juga wajar memberikan
sokongan kepada para atlet negara dengan menyediakan kemudahan yang sesuai untuk
mereka menjalani latihan. Jika atlet di negara kita dapat membuat persediaan secukupnya
sudah tentu mereka akan dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

400 patah perkataan

169
Karangan contoh peringkat Galus

Dewasa ini, isu atlet bertaraf dunia semakin hangat diperkatakan di surat khabar dan
televisyen. Perkara berkaitan dengan atlet bertaraf dunia turut menjadi buah mulut dan
perbincangan setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Persoalan yang berlegar-legar dalam
pemikiran saya ialah apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk menjadi
atlet bertaraf dunia? Oleh itu, persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk menjadi
atlet bertaraf dunia akan diteliti sehingga ke akar umbi.
Sebagai lontaran isi yang pertama, persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk
menjadi atlet bertaraf dunia ialah atlet perlu berlatih pada setiap hari. Hal ini dikatakan demikian
kerana 170atihan yang bersungguh-sungguh dapat menjadikan atlet tersebut lebih mahir.
Sebagai contoh, atlet perlu 170atihan kecergasan pada setiap hari dengan bimbingan jurulatih.
Kesannya, atlet tersebut mampu bersaing dengan atlet dari negara lain kerana telah berlatih
setiap hari. Maka, jelaslah bahawa atlet perlu berlatih pada setiap hari merupakan satu
daripada persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk menjadi atlet bertaraf dunia

Seterusnya, persediaan untuk menjadi atlet bertaraf dunia ialah atlet perlu diberikan
kemudahan sukan bertaraf dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana atlet perlu berlatih
menggunakan kemudahan sukan terkini supaya mereka setaraf dengan atlet di negara lain.
Sebagai contoh, Kompleks Sukan Bukit Jalil perlu dilengkapi dengan kemudahan sukan yang
canggih. Kesannya, atlet akan lebih bersemangat untuk berlatih menggunakan kemudahan
sukan yang terkini. Oleh itu, jelaslah bahawa atlet perlu diberikan kemudahan sukan bertaraf
dunia merupakan satu daripada persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk
menjadi atlet bertaraf dunia.

Di samping itu, persediaan untuk menjadi atlet bertaraf dunia ialah atlet perlu
mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana amalan ini dapat
memastikan atlet sentiasa bertenaga dan cergas. Sebagai contoh, atlet hendaklah
mengamalkan pemakanan seimbang, rajin bersenam dan menjauhi tabiat merokok.
Kesannya, pencapaian atlet akan dapat ditingkatkan jika mereka mempunyai tubuh badan
yang sihat. Oleh itu, jelaslah bahawa amalan gaya hidup sihat merupakan satu daripada
persediaan untuk menjadi atlet bertaraf dunia.

Konklusinya, kemelut bersangkut-paut dengan atlet sukan bertaraf dunia telah


dikupas dengan mendalam. Namun, perkara ini tidak akan menemui kejayaan jika tiada
sokongan padu daripada pelbagai pihak untuk menghadapi isu ini bak peribahasa hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kejayaan atlet negara dalam acara sukan di peringkat
antarabangsa akan meningkatkan imej negara kita.

371 patah perkataan

170
SET 4

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA


[35 markah]

Soalan 1: Morfologi
Kata tugas :
1. yang
2. perlu
3. oleh
4. kerana
5. pelbagai
6. dan
7. kurang
8. ketika
9. bukan
10. tidak
11. juga
12. untuk
13. ialah
[ 6 markah ]

Soalan 2 : Sintaksis

Ayat aktif kepada ayat pasif :

1. Cecair dan garam berlebihan yang tidak diperlukan oleh tubuh dikukuhkan ( oleh ) buah pinggang.
2. Beberepa jenis hormon dirembeskan ( oleh ) buah pinggang untuk mengawal atur tekanan darh
3. Kerosakan pada struktur salur darah dialami ( oleh ) golongan ini.
[ 6 markah ]

Soalan 3 : Penyuntingan
1. adalah - ialah
2. berabad - berabad-abad
3. ekploitasi - eksploitasi
4. kehambaan - perhambaan
5. paling malang sekali - paling malang / malang sekali
6. bagi - sebagai
7. amalan - kegiatan
8. berhadapan – berhadapan dengan
9. oleh kerana - oleh sebab / kerana
10. kedudukkan - kedudukan
11. diyakini - meyakini
12. menyalahi akan - menyalahi
[ 11 markah ]

171
Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Seri Nara Diraja tidak bermuafakat dengan Paduka
Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa Raja, sentiasa bergaduh; beberapa kali Paduka Raja
kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka berjumpa dengan Seri Nara Diraja di kampung Seri
Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Nara Diraja.
Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal Sultan Muzaffar Syah pun mengetahui perkara itu
itu maka terlalulah dukacita baginda melihat lalu baginda terlalu dukacita apabila melihat
kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. kelakuan Paduka Raja dan Seri Nara Diraja itu.
Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian Lalu terfikir dalam hati baginda, “Jikalau demikian
binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak binasa negeri ini, kerana para pembesarnya tidak
muafakat sama orang besar.” bermuafakat.”

[6 markah]
Soalan 5 : Peribahasa

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong
dalam petikan tersebut.
1. biar mati anak jangan mati adat / adat bersendi syarak, syarak bersendi adat
2. kacang lupakan kulit / ulat lupakan daun
3. sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan
[ 6 markah ]

Soalan 6 : Petikan Umum

(i) Maksud sangat menyeronokkan.

- Amat / sungguh menggembirakan 2


- Sangat menggembirakan 1
- Amat menyeronokkan 1

[Maksimum : 2 markah]
(ii) Persamaan kepentingan Sukan Air dan Sukan Rekreasi

P1 Menjadikan tubuh badan kekal sihat 1


P2 Memupuk nilai-nilai murni dalam diri 1
P3 Meningkatkan disiplin diri 1
[Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) Punca-punca masyarakat kurang minat untuk bersukan

P1 Terlalu sibuk bekerja / aktiviti harian yang padat 1


P2 Kemudahan ruang / tempat bersukan yang terhad 1
P3 Kurang kesedaran tentang kebaikan bersukan 1
P4 Pengaruh gajet / peranti dalam kalangan golongan muda 1
P5 bersukan dianggap sebagai aktiviti yang membuang masa / ganggu pelajaran 1
[Maksimum : 3 markah]
172
[Isi cukup : 2 isi]

173
(iv) Cara-cara menarik minat rakan untuk bersukan

P1 Mengajaknya menyertai aktiviti sukan yang mudah dan menyeronokkan 1


P2 Membelikan/menghadiahkannya buku2 / alatan sukan 1
P3 Membawanya menonton / menyaksikan perlawanan sukan yang diminatinya. 1
P4 Sentiasa menasihati rakan akan kepentingan bersukan kepada diri 1
[Maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 3 isi]

Soalan 7 : Petikan Sastera

(i) maksud sentiasa harmoni.


Selalu / tenang / aman / damai / sejatera 2
sentiasa tenang / aman / damai / sejatera 1
Selalu harmoni 1
[Maksimum : 2 markah]
(ii) kesan-kesan pencemaran alam
P1 Mengancam nyawa 1
P2 Air kotor menyebabkan banyak penyakit 1
P3 Udara yang tercemar menganggu sistem pernafasan
P4 Kera dan monyet melompat lalu bergayutan dan lari meninggalkan habitatnya 1
[Maksimum : 3 markah]
[isi cukup : 2 isi]

(iii) Kepentingan memelihara hutan


P1 sebagai tadahan hujan 1
P2 membekalkan oksigen kepada hidupan 1
P3 mengelakkan bencana alam 1
P4 menarik pelancong asing 1
P5 melindungi flora dan fauna 1
P6 menyeimbangkan suhu bumi 1
P7 menyeimbangkan ekosistem 1
P8 membekalkan sumber hutan 1
[Maksimum : 3 markah]
[isi cukup : 2 isi]

(iv) Peranan untuk mengtasi masalah pencemaran sungai daripada terus berlaku
P1 melaporkan kepada pihak berkuasa 1
P2 menularkan masalah tersebut di laman sosial 1
P3 menjalinkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan 1
P4 berhubung dengan ketua masyarakat / ketua kampung 1
P5 menghasilkan rencana 1
P6 melaporkan kepada media / wartawan 1
P7 mengajak rakan-rakan bergotong-royong 1
[Maksimum : 4 markah]
[isi cukup : 3 isi]

174
Soalan 8 : Novel

(i) Bidang tugas Nurul Hafsa yang berkaitan dengan aktiviti falak.

P1 mengesahkan arah kiblat 1


P2 cerapan hilal rasmi dan bulanan 1
P3 program latihan dan juga praktikal falak 1
P4 mengadakan program promosi dan publisiti balai cerap 1
[ Maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 3 isi]

(ii) Peristiwa yang menggambarkan kepincangan masyarakat

Di Sebalik Dinara

1. Karl telah menanam pelbagai implan dalam tubuh badan Farisha tanpa menggunagakan ubat
pelali. Tujuan Karl berbuat demikian kerana ingin meningkatkan tahap IQ Farisha. Perbuatan
Karl tersebut telah mendapat tentangan daripada ibu Farisha, Medina sehingga Medina ingin
membunuh Farisha kerana tidak sanggup melihat anaknya diperlakukan begitu.

2. Karl dan Medina bukan pasangan suami isteri sehingga Farisha dilahirkan. Farisha merupakan
anak tidak sah taraf kepada Karl dan juga Medina.

3. Karl telah mendera isterinya Rusmina kerana keengganannya untuk bertukar agama. Karl
merupakan seorang ateis manakala Rusmina pula merupakan seorang yang berama Islam. Hal
ini telah menyebabkan Karl mendera Rusmina sehingga Rusmina menjadi cacat dan Karl telah
menukarkan identiti Rusmina menjadi cyborg dengan identity baharu bernama Alia.

4. Karl telah mensabotaj kajian yang dijalankan ke atas Medina dengan tidak memadamkan
ingatan seorang banduan yang telag dipindahkan ke dalam minda Medina. Tujuan Karl berbuat
demikian kerana Karl tidak mahu Medina menandingi kepintarannya dalam bidang saintis. Karl
dengan segala tidak memadamkan ingatan banduan wanita yang telah dipindahkan ke dalam
minda Medina. Hal ini telah menyebabkan Medina menjadi separuh gila.

5. Dr Maxi enggan memadamkan ingatan Karl yang telah dipindahkan ke dalam minda Shida
walaupun Aqram telah mengingatkan Dr Maxi akan kesan perbuatan tersebut. Hal ini telah
menyebabkan Tindakan Shida menjadi seperti kucing liar.

6. Medina telah mengupah Farid dan Amin semata-mata ingin berjumpa dengan Farisha. Farisha
telah diculik oleh orang suruhan Medina semasa Azraai memberhentikan kenderaannya di
hentian Pagoh.

Silir Daksina

1. Penceraian antara Rafiqah dengan Abdullah Bin Kayan telah menyebabkan Haiqal tidak pernah
bertemu dan mendapat kasih sayang daripada bapa kandungnya. Hal ini telah mendorong Haiqal
untuk pergi ke kampung bapa kandungnya di Batu Pahat, Johor untuk menjejaki
peninggalan bapa kandungnya selepas menerima manuskrip daripada seorang pengirim yang
bernama Ong See Hwa.

2. Tauke Lim terpaksa berhijrah ke tempat lain bersama keluarganya kerana harta peninggalan
ayahnya habis dijual oleh abangnya yang suka berjudi untuk membayar pinjaman daripada ceti
haram.

175
3. Golongan muda lebih gemar melepak dan membuang masa daripada menyertai aktiviti yang
dijalankan di balai raya kampung. Hal ini telah menyebabkan kumpulan zapin D’purnama tidak
mempunyai pelapis.

4. Umi Haiqal tidak bersetuju apabila Haiqal memilih aliran sastera dan ini akan menimbulkan konflik
antara mereka setiap kali Haiqal menyatakan minatnya terhadap aliran sastera. Malah, umi juga
tidak pernah memberi penghargaan setiap kali Haiqal memenengani pertandingan dalam bidang
sastera. Sebenarnya umi mahu Haiqal mewarisi empayar perniagaannya.

5. Rafiqah menafikan hak Abdullah bin Kayan sebagai ayah kepada Haiqal sehingga Abdullah bin
Kayan tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah. Hal ini telah
menyebabkan Abdullah bin Kayan menanggung derita emosi kerana merindui Haiqal, anaknya.

6. Haiqal memberitahu umi bahawa dia ingin ke kampung ayahnya di Batu Pahat, Johor. Namun,
umi bertegas tidak membenarkan Haiqal pergi ke Kampung Sri Purnama untuk menjejak warisan
bapanya. Haiqal berdegil dan berkeras untuk pergi walaupun dilarang oleh uminya sehingga
berlaku pertelingkahan antara mereka.

Soalan 9 : Rumusan
Pendahuluan [ 2 markah ]
Rumusan ini tentang langkah-langkah dan kelebihan memajukan industri kraf
P1 2
tangan
P2 Rumusan ini tentang langkah-langkah memajukan industri kraf tangan 1
P3 Rumusan ini tentang kelebihan memajukan industri kraf tangan 1

Isi [ 16 markah]

Bahan 1 : Petikan
Fokus 1 ( langkah-langkah memajukan industri kraf tangan)
F1-1 pihak kerajaan menyediakan landasan pemasaran yang lebih meluas 2
Kerajaan berusaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kualiti dan
F1-2 2
kreativiti seni kraf tangan tradisional
pengusaha kraf tangan tempatan perlu menghasilkan kraf tangan yang lebih unik,
F1-3 2
kreatif dan mengekalkan keaslian
platform e-dagang menjadi medium usahawan kraf tempatan untuk berkongsi
F1-4 2
pengalaman mengenai kraf dan budaya
Perbadanan Kraf tangan Malaysia membantu mengkomersialkan produk seni kraf
F1-5 2
tangan
F1-6 Para belia yang berminat dalam industri kraf tangan perlu diberikan pendedahan 2

Bahan 1 : Petikan
Fokus 2 ( kelebihan memajukan industri kraf tangan)
F2-1 mampu menarik minat pelancong untuk bertandang ke negara kita 2
F2-2 mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan belia di negara kita 2
F2-3 mampu melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif 2

176
Bahan 2 : Lirik lagu
Fokus 2 ( kelebihan memajukan industri kraf tangan)
F1-1 Ekonomi kita pun turut berkembang 2
F1-2 Nilai seni tinggi tiada bandingan 2
F1-3 Lambang jati diri bangsa 2
[ Isi mesti diambil daripada semua bahan ]

Kesimpulan [2 markah]

Kesimpulannya, semua pihak perlu berusaha untuk memajukan industri kraf tangan
K1 2
agar dapat mengekalkan warisan dan budaya dalam kalangan masyarakat.
K2 Kesimpulannya, semua pihak perlu berusaha memajukan industri kraf tangan 1

177
SET 5

Bahagian A
Analisis Soalan
Tema Pengawas sekolah
Tugasan / Fokus Ciri-ciri pengawas sekolah dan tanggungjawab pengawas
Siapa Pengawas
Format Tidak berformat

Karangan Contoh Aras Cemerlang

Tugas membentuk pelajar bersahsiah dan berdisiplin tinggi amat mencabar minda
pentadbiran sekolah. Oleh itu, peranan pengawas sekolah memang diperlukan untuk
membantu pihak sekolah dalam membanteras salah laku disiplin pelajar di sekolah.
Persoalannya, apakah peranan pemimpin sekolah atau pengawas di sekolah masa ini?
Pengawas sekolah kebiasaanya dilantik oleh guru-guru dalam kalangan pelajar yang
berdedikasi dan bertanggungjawab. Oleh itu, pengawas sekolah memiliki sikap amanah untuk
memikul tanggungjawab. Sikap amanah dalam menjalankan tanggungjawab sangat penting
bagi memastikan sesuatu program sekolah berjalan lancar.
Selain itu, sikap berani menghadapi cabaran serta risiko dalam melaksanakan
tanggungjawab juga perlu ada dalam diri seorang pengawas. Hal ini dikatakan demikian
remaja sekolah kini masih leka dalam dunia modenisasi sehingga mengabaikan nilai moral
yang positif dengan melakukan vandalisme dalam kehidupan mereka.
Seterusnya, tidak dapat disangkalkan lagi peranan pengawas sekolah dalam
membantu guru-guru menguatkuasakan undang-undang sekolah amat penting dalam
memastikan disiplin mahupun keceriaan sekolah terkawal. Barisan pengawas sekolah juga
melaksanakan setiap arahan sekolah agar keadaan sekolah sentiasa kondusif dan terkawal
untuk pembelajaran.
Kesimpulannya, peranan pengawas sangat penting untuk membantu pihak sekolah
menguatkuasakan peraturan seterusnya membantu sekolah untuk membina kemenjadian
murid-murid dari semasa ke semasa.
182 patah perkataan

178
Karangan Contoh Aras Sederhana
Pengawas sekolah merupakan pemimpin pelajar yang tertinggi di sekolah. Pengawas
sekolah ini dilantik oleh pihak sekolah berdasarkan pelbagai aspek yang memenuhi ciri-ciri
seorang pemimpin pelajar. Persoalannya,apakah ciri-ciri seorang pengawas sekolah dan juga
tanggungjawab yang harus dilaksanakan?
Antara ciri yang perlu ada bagi seorang pemimpin pelajar terutama pengawas sekolah
termasuklah amanah untuk memikul tanggungjawab yang diberi. Hal ini dikatakan demikian
kerana sikap amanah dalam menjalankan tanggungjawab sangat penting bagi memastikan
sesuatu program sekolah berjalan lancar.

Selain itu, pengawas sekolah juga harus berani dan sanggup menghadapi masalah,
cabaran serta risiko dalam melaksanakan tanggungjawab. Hal ini dikatakan demikian kerana
membanteras tingkah laku negatif segelintir rakan sebaya yang melakukan perbuatan
vandalisme.
Seterusnya, peranan pengawas sekolah dalam membantu pihak sekolah serta guru-
guru memantau dan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sekolah dapat
memastikan sekolah sentiasa dalam keadaan yang terkawal sama ada dari segi disiplin
mahupun keceriaan sekolah. Barisan pengawas sekolah juga dapat memastikan keceriaan
sekolah dalam keadaan baik.

Kesimpulannya, peranan pengawas sekolah amat penting dalam membantu pihak


sekolah menangani masalah disiplin dan memastikan sekolah dalam keadaan ceria. Oleh itu,
sebagai warga sekolah kita seharusnya saling bekerjasama dalam menjaga nama baik
sekolah.

191 patah perkataan

179
Karangan Contoh Aras Galus
Setiap sekolah mempunyai pemimpin pelajar atau pengawas sekolah. Seorang
pengawas mestilah seorang yang amanah sehingga dapat memikul tanggungjawab.
Pengawas mesti berani dan sanggup menghadapi masalah, cabaran serta risiko. Di samping
itu, seorang itu haruslah bersikap positif dan terbuka dalam sebarang Tindakan.
Antara fungsi pengawas di sekolah termasuklah membantu pihak sekolah serta guru
memantau dan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sekolah. Hal ini dikatakan
demikian kerana untuk memastikan sekolah sentiasa dalam keadaan terkawal.
Selain itu, pengawas sekolah juga membantu pihak pihak sekolah mengurangkan
masalah disiplin. Hal ini dikatakan demikian kerana pengawas dilantik oleh guru-guru dalam
kalangan pelajar yang berdedikasi dan dihormati.

Kesimpulannya, pengawas sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk


membantu guru-guru di sekolah. Kita perlu menghormati dan memberikan kerjasama yang
baik kepada pengawas sekolah demi menjaga keadaan baik di sekolah.
130 patah perkataan

Bahagian B
1. Peranan pelbagai pihak untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat
Analisis soalan
Tema Amalan Membaca
Tugasan / Fokus Peranan Pelbagai Pihak Untuk Memupuk Amalan Membaca
Siapa Pelbagai Pihak (Ibu bapa, sekolah, media massa)
Format Tidak berformat

Karangan Contoh Peringkat Cemerlang

Abad ke-21 telah menyaksikan negara Malaysia berjaya duduk sama rendah, berdiri
sama tinggi dengan negara-negara maju di serata dunia. Pada realitinya, tabiat atau budaya
membaca dalam kalangan masyarakat masih berada pada takuk lama. Oleh hal yang
demikian, seluruh strata masyarakat harus memerah otak dan keringat untuk merungkai
kemelut ini. Memang tidak disangkal bahawa pelbagai pihak berperanan vital untuk
menjadikan membaca sebagai amalan hidup seseorang. Persoalannya, apakah peranan
yang harus digalas oleh pelbagai pihak untuk memupuk amalan membaca?
Norman Vince Pale pernah mengatakan bahawa masalah itu tanda kehidupan. Kata-
kata hikmat tersebut menunjukkan bahawa setiap kemelut tentu mempunyai jalan
penyelesaiannya. Kupasan dominan akan ditinjau dari kaca mata penyertaan dalam
Program NILAM. Pihak Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia telah
berusaha untuk menanam minat membaca dalam kalangan pelajar melalui Program nadi Ilmu
Amalan Membaca (NILAM. Sejajar dengan itu, untuk mencapai kecemerlangan dalam

180
program NILAM, setiap individu perlu menyemai minat membaca untuk mendalami ilmu dan
meluaskan horizon pemikiran.

Sebelum retak menanti belah, sebelum bisul menjadi nanah, jika kita bersedia
memerah minda dan keringat tentu ada formula penyelesaian. Huraian di atas akan
dibugarkan dari perspektif penyediaan sudut bacaan di rumah atau bilik sendiri. Demi
memupuk budaya membaca dalam sanubari seseorang, ibu bapa perlu menyediakan sudut
bacaan atau perpustakaan mini di rumah. Sementelahan itu, ibu bapa perlu membeli
pelbagai buku yang mempunyai judul bervariasi dan sesuai untuk dibaca di samping
mengamalkan budaya ”bed story. Sudah terang lai bersuluh, ibu bapa perlu memupuk amalan
membaca dalam diri setiap anak sekali gus menjadi uswah hasanah kepada anak-anak
mereka.
”Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka. Memetik kata-kata mutiara Andelucia
Longbotton, seorang ahli sains dan matematik Barat, terdapat pelbagai cara yang berkesan
dan ampuh dalam mengatasi kemelut kekurangan minat membaca dalam kalangan
masyarakat. Sebagai kesinambungan perbincangan segenap masyarakat seharusnya
memanfaatkan setiap detik dengan amalan membaca bahan ilmiah. Membaca bahan-
bahan ilmiah perlu dijadikan satu hobi tanpa ada batas masa dan lokasi. Secara tidak
langsung, budaya membaca akan sebati dalam diri setiap masyarakat. Deduksinya,
mengamalkan pembacaan bahan ilmiah setiap hari merupakan cara yang terbaik untuk
menyemai subur amalan membaca dalam kalangan masyarakat.
Memang tidak dapat disangkalkan bahawa negara kita sedang menongkah arus
globalisasi yang melanda seantero dunia. Oleh hal yang demikian, untuk merealisasikan
hasrat membentuk ”negara pembaca teras negara maju’, media massa juga berperanan
penting dalam menyahut cabaran negara supaya menjadi wahana merangsang minat
membaca. Pada dasarnya, media massa sebagai medium dominan sama ada media cetak
atau media elektronik mengadakan pertandingan atau aktiviti malahan kempen kesedaran.
Oleh hal yang demikian, media massa perlu merencanakan aktiviti seperti sayembara,
menulis esei, dan syarahan untuk menanam tabiat membaca. Hal ini dapat mewujudkan
situasi serampang dua mata kerana dapat menjalinkan hubungan silaturahim serta
mendapat info terkini.
Perbincangan saya tentang mauduk di atas sudah meniti ke puncaknya maka sebagai
akhir kalam, amalan membaca mendatangkan pelbagai faedah dan kemaslahatan kepada
seseorang. Sekiranya usaha-usaha yang pragmatik dilakukan oleh semua pihak untuk
menjadikan membaca sebagai amalan hidup, pasti Malaysia terus terbilang di persada dunia.
Deduksinya, segenap lapisan masyarakat perlu menjayakan dan merealisasikan hasrat
kerajaan untuk mengamalkan budaya membaca kerana golongan intelektual merupakan
tulang belakang sesebuah negara.

507 patah perkataan

180
Karangan Contoh Peringkat Kepujian

Pada realitinya, tabiat atau budaya membaca dalam kalangan masyarakat masih
berada pada takuk lama. Hal ini dikatakan demikian kerana, saya berpendapat bahawa seluruh
strata masyarakat harus memerah otak dan keringat untuk merungkai kemelut ini. Memang
tidak disangkal bahawa pelbagai pihak berperanan vital untuk menjadikan membaca sebagai
amalan hidup saya. Persoalannya, apakah peranan yang harus saya galas untuk memupuk
amalan membaca.
Norman Vince Pale pernah mengatakan bahawa masalah itu tanda kehidupan,
semakin banyak masalah anda, semakin hidup jiwa anda. Sebagai melabuh tirai
perbincangan, saya akan mengupas perisai yang efektif dalam usaha menjadikan membaca
sebagai amalan hidup. Isu dan fakta yang dihuraikan di atas akan ditinjau dan dilihat dari kaca
mata penyertaan dalam Program NILAM. Oleh hal yang demikian, sebagai anak watan
Malaysia setiap individu perlu rajin bersengkang mata untuk membaca dan menuntut ilmu.
Sebelum retak menanti belah, sebelum bisul menjadi nanah, tentu ada formula
penyelesaian masalah ini. Huraian di atas akan dibugarkan dari perspektif penyediaan sudut
bacaan di bilik sendiri. Demi memupuk budaya membaca dalam jiwa saya, ibu bapa perlu
menyediakan sudut bacaan atau perpustakaan mini di rumah. Sementelahan itu, ibu
bapa perlu membeli pelbagai buku yang mempunyai judul bervariasi dan sesuai untuk dibaca.
Ibu bapa atau kakak dan abang merupakan teladan yang berkesan dan berpengaruh kepada
anak-anak kecil. Ibu bapa perlu memupuk amalan membaca dalam diri setiap anak sekali gus
menjadi uswah hasanah kepada anak-anak mereka.
Memetik kata-kata mutiara Andelucia Longbotton, seorang ahli sains dan matematik
Barat, terdapat pelbagai cara yang berkesan dan ampuh dalam mengatasi kemelut ini.
Sebagai kesinambungan perbincangan segenap masyarakat seharusnya memanfaatkan
setiap detik dengan amalan membaca bahan ilmiah. Membaca bahan-bahan ilmiah perlu
dijadikan satu hobi tanpa ada batas masa dan lokasi. Secara tidak langsung, budaya
membaca akan sebati dalam diri setiap masyarakat. Deduksinya, kekerapan mengunjungi
pameran buku dan mengamalkan pembacaan bahan ilmiah setiap hari merupakan cara yang
terbaik untuk menyemai subur amalan membaca.
Memang tidak dapat disangkalkan bahawa negara kita sedang mengecapi
perkembangan dan kemajuan dengan menongkah arus globalisasi. Oleh hal yang demikian,
untuk meneruskan perjuangan kita merealisasikan hasrat membentuk ”negara pembaca teras
negara maju’. Media massa juga berperanan penting dalam menyahut cabaran negara
supaya menjadi wahana merangsang minat membaca. Pada dasarnya, media massa
sebagai medium dominan sama ada media cetak atau media elektronik. Oleh hal yang
demikian, media massa perlu merencanakan aktiviti seperti sayembara, menulis esei,
syarahan. Hal ini dapat mewujudkan situasi sambil menyelam minum air dan serampang
dua mata kerana dapat menjalinkan hubungan silaturahim serta mendapat info terkini serta
dapat memupuk amalan membaca.
Perbincangan mauduk di atas sudah meniti ke puncaknya, sebagai akhir kalam, saya
ingin membuat konklusi bahawa amalan membaca mendatangkan pelbagai faedah dan
kemaslahatan kepada seseorang. Sekiranya usaha-usaha yang pragmatik dilakukan oleh
segenap lapisan masyarakat, pasti budaya membaca dapat ditingkatkan. Deduksinya,
segenap lapisan masyarakat perlu menjayakan dan merealisasikan hasrat kerajaan untuk
mengamalkan budaya membaca.
462 patah perkataan

181
Karangan Contoh Peringkat Galus

Memang tidak dapat dinafikan, amalan membaca sangat penting. Persoalannnya


terdapat pelbagai pihak yang memainkan peranan untuk memupuk amalan membaca. Oleh
itu, peranan pelbagai pihak untuk memupuk amalan membaca akan dibincangkan untuk
kepentingan bersama.
Lontaran idea yang pertama peranan individu itu sendiri untuk memupuk minat
membaca. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap individu perlu sentiasa membaca buku.
Amalan membaca buku dapat memberi pelbagai faedah. Sebagai contohnya setiap murid
terlibat dalam Program NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca). Jelaslah peranan individu
sangat penting dalam memupuk amalan membaca.
Lontaran idea yang kedua dalam memupuk amalan membaca dengan menyediakan
sudut bacaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu bapa perlu menyediakan sudut
bacaan di rumah. Ibu bapa perlu membeli pelbagai buku dan sesuai untuk dibaca. Sebagai
contoh ibu bapa membelikan buku cerita sebagai hadiah. Jelaslah bahawa ibu bapa perlu
menyediakan sudut bacaan di rumah.
Lontaran idea seterusnya, peranan setiap masyarakat mengamalkan amalan
membaca tanpa mengira tempat. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap masyarakat
menjadikan amalan membaca di mana- mana juga mereka berada. Membaca bahan-bahan
ilmiah perlu dijadikan satu hobi. Sebagai contoh ketika berada di dalam bas atau kereta,
mereka boleh membaca apa-apa sahaja. Tuntasnya, peranan masyarakat yang sentiasa
membaca tanpa mengira tempat dapat memupuk amalan membaca.
Lontaran idea yang terakhir ialah peranan media massa memupuk minat mambaca.
Hal ini dikatakan demikian kerana, media massa dapat memaparkan pelbagai pertandingan.
Melalui pertandingan-pertandingan yang diadakan setiap peserta perlu banyak membaca.
Sebagai contoh, pertandingan menulis esei dan puisi. Setiap orang perlu melibatkan diri
dalam pertandingan tersebut. Jelaslah peranan media massa dapat memupuk minat
membaca.
Sebagai akhir kalam, saya ingin membuat konklusi bahawa amalan membaca
mendatangkan pelbagai faedah. Sekiranya usaha-usaha dilakukan oleh semua masyarakat,
pasti budaya membaca dapat ditingkatkan. Deduksinya, lapisan masyarakat perlu
menjayakan hasrat kerajaan untuk mengamalkan budaya membaca.

300 patah perkataan

182
2. Tanggungjawab belia untuk membangunkan dan memajukan negara

Analisis soalan

Tema Peranan belia


Tugasan / Fokus Peranan belia untuk memajukan dan membangunkan negara
Siapa Saya / kita
Format Tidak berformat

Karangan Contoh Peringkat Cemerlang

Dasar Pembangunan Belia Negara mentakrifkan bahawa belia ialah orang yang
berumur dalam lingkungan 15 tahun hingga 40 tahun. Hal ini membuktikan bahawa golongan
belia merupakan penduduk majoriti yang menjadi aset negara untuk menggalas cabaran yang
bakal dipikul oleh negara pada masa akan datang. Persoalan yang berlegar-legar dalam
benak pemikiran saya ialah apakah peranan golongan belia untuk membangunkan dan
memajukan negara kita? Oleh itu, sumbangan saya untuk membentuk sebuah negara bangsa
yang utuh dalam menghadapi cabaran globalisasi akan menjadi fokus dominan perbincangan
ini.
Sebagai cetusan minda yang pertama, peranan signifikan sebagai seorang belia ialah
saya perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan akademik.
Kecemerlangan intektual merupakan salah satu elemen yang penting untuk melahirkan
pemimpin negara yang berkualiti demi menjamin masa hadapan negara yang cerah.
Sehubungan dengan itu, saya perlu proaktif menimba ilmu melalui pelbagai wahana, seperti
membaca buku dan melayari maklumat di dunia maya. Peribahasa ikut hati mati, ikut rasa
binasa akan sentiasa tersemat di sanubari saya untuk mengekang anasir negatif. Selain itu,
saya juga akan melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan serta bersiap siaga
menghadapi cabaran globalisasi. Lantaran itu Malaysia akan menjadi sebuah negara yang
tersohor di dunia kerana keterlibatan belia dalam penyelidikan.

Namun demikian, kecemerlangan akademik semata-mata tidak dapat menjamin


pembangunan negara jika generasi muda seperti saya tidak memiliki kesihatan fizikal dan
mental yang seimbang. Generasi muda yang ingin membangunkan negara perlu memiliki
kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan. Pada alaf baharu yang
penuh dengan kompetitif, muda-mudi negara perlu memiliki kecergasan fizikal dan
bersemangat waja diri. Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, saya patut mengamalkan
pemakanan seimbang, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, beriadah dan tidak terlibat
dalam pelbagai angkara sosial seperti minum arak, merokok, kegiatan maksiat, najis dadah
kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku buruk padahnya. Hal ini sangat bertepatan
dengan slogan rakyat sihat, negara maju. Jadi, muda-mudi yang sihat dari segi mental dan
fizikal sangat penting untuk menjayakan misi dan visi negara.

Jika ditinjau dari perspektif yang lain pula, etika dan keluhuran personaliti sebagai belia
yang berkualiti juga menjadi asas kemajuan sesebuah negara. Golongan muda harus
disuntik ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Hal ini dikatakan demikian kerana pemimpin yang baik wajar bersikap terbuka
dan dapat menerima teguran demi kemaslahatan negara. Sebagai contohnya, saya mestilah
sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan taat setia kepada negara tercinta agar semua

183
rakyat hidup bersatu padu di bawah satu bumbung. Sifat keterbukaan golongan muda yang
belum keras ubun-ubunnya dapat memudahkan mereka menjadi pemimpin yang mampu
membangunkan negaranya. Dengan kata lain, golongan belia haruslah bersahsiah mulia dan
berbudi bahasa supaya negara bangsa yang utuh dapat dibentuk.

Sebagai penutup wacana, semua belia termasuklah saya perlu memikul obligasi
masing-masing untuk membangunkan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara. Hanya remaja dan belia yang berkualiti akan berupaya memangkinkan
kecemerlangan negara. Jika mereka tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan didikan yang
sempurna, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan
tidak dapat menjadi realiti. Oleh itu, sebagai belia tunggak negara, sumbanglah walau sebesar
zarah sekalipun asalkan sumbangan itu dapat memberi manfaat kepada pembangunan ibu
pertiwi yang disayangi kerana di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalannya.
520 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Kepujian

Sering diungkapkan bahawa golongan belia merupakan penentu masa depan


sesebuah masyarakat dan negara. Sejak kemerdekaan, belia negara kita telah turut sama
berperanan dan menyumbang kepada proses pembinaan dan pembangunan negara.
Sumbangan ini meliputi segala aspek baik dari segi politik, ekonomi, sosial, budaya atau
pendidikan. Oleh itu, peranan belia untuk membentuk sebuah negara bangsa yang kuat dalam
menghadapi cabaran globalisasi akan dikaji dengan teliti sehingga ke akar umbi.

Sebagai cetusan minda yang pertama, sebagai seorang belia saya perlu belajar
bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan akademik. Hal ini dikatakan demikian
kerana tanpa ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi adalah agak sukar bagi belia untuk
mengharungi kesulitan kehidupan pada masa hadapan. Sebagai contoh, saya akan memberi
tumpuan sepenuhnya semasa guru sedang mengajar di dalam kelas supaya saya dapat
menimba ilmu pengetahuan yang secukupnya. Implikasinya, dengan ilmu pengetahuan yang
ada, saya tidak akan sekali-kali berasa gentar untuk menghadapi segala cabaran yang datang.
Oleh itu, saya perlu menguasai segala ilmu dan kemahiran untuk menjamin masa hadapan
negara ini.

Selain itu, belia juga bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan fizikal dan mental
mereka berada dalam keadaan yang baik supaya mereka dapat memberi sumbangan kepada
pembangunan negara. Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, saya perlu
mengamalkan pemakanan seimbang, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, bersenam,
bersukan, beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial seperti minum arak,
merokok, kegiatan maksiat dan najis dadah. Hal ini sangat bertepatan dengan slogan rakyat
sihat, negara maju. Maka, jelaslah bahawa belia yang sihat fizikal dan mental merupakan
elemen yang penting untuk membentuk sebuah negara bangsa yang kuat dan utuh dalam
menghadapi cabaran globalisasi.
Sudah terang lagi bersuluh, golongan belia yang berperanan membentuk negara yang
maju perlulah mempunyai personaliti yang luhur. Dalam hal ini, belia wajar dididik dengan
ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Saya juga dapat memainkan peranan saya untuk membangunkan negara dengan memiliki
sikap keterbukaan. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila kita mempunyai sifat

184
sedemikian, kita bersedia menerima pandangan dan kritikan. Sebagai contohnya, saya
mestilah sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur untuk mencapai misi dan
visi negara. Hal ini bermakna saya perlu mengamalkan sifat persefahaman di sekolah atau di
tempat kediaman. Dengan ini, keharmonian negara dapat dipelihara dan pembangunan
negara dapat dijalankan dengan lancar dalam suasana negara yang aman harmoni.

Tuntasnya, golongan belia merupakan pewaris kemerdekaan dan penerus kemajuan


negara pada masa hadapan. Mereka perlu memajukan diri, bersikap proaktif dan bersatu
tenaga dalam membangunkan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara. Tanggungjawab yang besar perlu dipikul oleh belia untuk memastikan negara kita
dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.

430 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Galus

Pada era globalisasi ini golongan belia memainkan peranan yang paling penting untuk
membangunkan dan memajukan negara. Dalam hal ini media cetak mahupun media elektronik
berperanan penting untuk menyedarkan masyarakat. Oleh itu, tanggungjawab belia untuk
membangunkan dan memajukan negara kita akan dikaji dengan teliti sehingga ke akar umbi.
Pada pendapat saya, golongan belia perlu belajar bersungguh-sungguh demi masa
hadapan mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana kejayaan belia dalam pelajaran akan
membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang baik. Sebagai contoh, belia yang belajar
bersungguh-sungguh boleh mencapai cita-cita mereka untuk menjadi seorang doktor, guru
dan arkitek. Kesannya, golongan belia ini akan menyumbangkan ilmu yang ada untuk
membangunkan negara kita.
Seterusnya, belia juga perlu memastikan mereka sentiasa sihat dan terhindar daripada
sebarang penyakit yang berbahaya. Sebagai contoh, belia perlu mengamalkan gaya hidup
yang sihat dan menjauhi rokok atau najis dadah. Hal ini bertepatan dengan slogan rakyat
sihat, negara maju. Oleh itu, jelaslah bahawa kesihatan fizikal dan mental yang baik boleh
membantu golongan belia menjadi warganegara yang memberi sumbangan kepada negara.
Sudah terang lagi bersuluh, golongan belia juga perlu mempunyai sikap yang positif.
Sebagai contoh bertoleransi, rela berkorban dan setia kepada negara. Hal ini dikatakan
demikian kerana golongan belia akan memacu pembangunan negara dengan lebih
bersemangat. Kesannya, belia yang mengamalkan nilai-nilai murni akan menjalankan tugas
mereka sebagai pemimpin yang berdedikasi pada masa hadapan. Maka, jelaslah bahawa
belia yang mempunyai sikap yang baik akan dapat memajukan negara kita.
Konklusinya, isu ini berkaitan dengan tanggungjawab belia untuk membangunkan dan
memajukan negara kita telah dikupas dengan mendalam. Namun, perkara ini tidak akan
menemui kejayaan jika tiada sokongan padu daripada pelbagai pihak untuk menghadapi isu
ini bak peribahasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

275 patah perkataan

185
3. Kelebihan mempelajari bidang teknik dan vokasional
Analisis soalan
Tema Bidang teknik dan vokasional
Tugasan / Fokus Kelebihan mempelajari bidang teknik dan vokasional
Siapa Murid
Format Tidak berformat

Karangan contoh peringkat cemerlang


Peribahasa ada menyatakan bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya yang bermaksud bahawa usaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat dan
lelah akhirnya akan membuahkan hasil yang berharga dalam kehidupan. Demikian juga
dengan ilmu dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional atau dikenali sebagai
TVET. Bidang yang sering kali dipandang enteng dan dianggap kelas kedua ini hakikatnya
mempunyai pelbagai kelebihan standing dengan ilmu akademik yang lain. Antara contoh ilmu
dalam bidang TVET termasuklah Reka Bentuk Teknologi, Perakaunan dan Sains Pertanian.
Dahulu, bidang TVET sering dianggap sebagai kurang popular berbanding bidang Sains dan
Matematik. Namun kini, bidang TVET semakin digemari seiring dengan Revolusi Industri 4.0
yang sedang mendominasi dunia. Persoalannya, apakah kelebihan mempelajari bidang
Teknik dan Vokasional?

Sebagai lontaran idea saya yang pertama, kelebihan mempelajari bidang Teknik dan
Vokasional ialah mewujudkan budaya berfikiran inovatif serta kreatif. Hal ini dikatakan
demikian kerana bidang TVET dipenuhi pelbagai topik dan aktiviti yang memerlukan
kebolehan berfikir secara kreatif di samping keupayaan mencipta produk. Sebagai contoh,
mata pelajaran RBT menekankan aspek menghasilkan produk inovatif yang mampu
menyelesaikan masalah dengan kos yang rendah manakala subjek seperti Sains Rumah
Tangga menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kreatif dalam urusan hidup seharian.
Pelajar yang mempelajari bidang ini sudah tentu akan membudayakan pemikiran kreatif dan
inovatif di samping cekap menyelesaikan masalah. Tegasnya, mempelajari bidang TVET
membantu usaha mewujudkan budaya berfikiran inovatif serta kreatif.

Dilihat dari perspektif berbeza, bidang TVET juga membantu seseorang untuk menjana
pendapatan melalui perkhidmatan kemahiran. Umum mengetahui bahawa aliran pendidikan
yang lain seperti Sains dan Matematik atau bidang Bahasa menjanjikan laluan kerjaya yang
berbeza dan berada dalam kelas tertentu. Namun, individu yang mempelajari bidang TVET
bukan sahaja boleh bekerja dengan menerima gaji daripada orang lain malah mereka juga
boleh menjana pendapatan sendiri melalui perkhidmatan yang ditawarkan. Sebagai contoh,
seseorang pelajar yang menguasai bidang kemahiran Elektrik dan Elektronik boleh
menawarkan perkhidmatan memasang wayar di rumah kediaman atau premis perniagaan. Hal
ini sudah tentu boleh menjana pendapatan tambahan kerana kemahiran tersebut tidak dimiliki
oleh orang lain. Jelaslah bahawa menjana pendapatan tambahan merupakan salah satu
kelebihan bidang TVET.

Peribahasa ada menyatakan bahawa ‘di mana ada gula, di situ ada semut’ yang
bermaksud ramai pekerja akan datang dan bekerja di lokasi-lokasi yang menawarkan pelbagai
peluang pekerjaan. Demikian juga dengan pekerja asing yang datang ke negara kita

186
untuk bekerja dalam pelbagai sektor seperti pembuatan dan perindustrian. Sekiranya
Pendidikan TVET dijadikan keutamaan pelajar, sudah tentu pergantungan terhadap pekerja
asing boleh dikurangkan. Hal ini kerana Pendidikan TVET mampu membantu melahirkan
tenaga kerja berkemahiran tinggi yang diperlukan oleh negara. Contohnya, sektor pembuatan
yang didominasi oleh pekerja asing boleh dipenuhi oleh warga kerja tempatan yang
mempunyai tahap kemahiran yang sama hasil daripada Pendidikan TVET. Bukankah hal ini
lebih menguntungkan negara?

Sebagai konklusinya, sudah terang lagikan bersuluh terdapat pelbagai kelebihan


mempelajari bidang Teknik dan Vokasional. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan wajar
terus memperkasa bidang TVET seiring dengan bidang-bidang akademik yang lain agar
dipandang tinggi oleh masyarakat. Pada masa yang sama, para pelajar dan ibu bapa
seharusnya membuang tanggapan negatif terhadap bidang TVET dengan melihat potensinya
pada masa hadapan . Sekiranya perkara ini dapat dijayakan dengan baik, sudah tentu hasrat
melahirkan warganegara yang menguasai pelbagai kemahiran dan berinovasi tinggi akan
dapat direalisasi, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

496 patah perkataan

Karangan contoh peringkat kepujian

Pada era globalisasi ini, bidang ilmu Pendidikan Teknik dan Vokasional atau dikenali
sebagai TVET bukanlah sesuatu yang asing kepada pelajar. Namun begitu bidang ini sering
kali dipandang enteng dan dianggap kelas kedua. Antara contoh ilmu dalam bidang TVET
termasuklah Reka Bentuk Teknologi (RBT), Perakaunan dan Sains Pertanian. Dahulu, bidang
TVET sering dianggap sebagai kurang popular berbanding bidang Sains dan Matematik.
Namun kini, bidang TVET semakin digemari seiring dengan Revolusi Industri 4.0 yang sedang
mendominasi dunia. Persoalannya, apakah kelebihan mempelajari bidang Teknik dan
Vokasional?

Sebagaimana yang kita sedia maklum, antara kelebihan mempelajari bidang Teknik
dan Vokasional ialah ialah mewujudkan budaya berfikiran inovatif serta kreatif. Hal ini
dikatakan demikian kerana bidang TVET dipenuhi pelbagai topik dan aktiviti yang memerlukan
pelajar berfikir secara kreatif di samping keupayaan mencipta produk. Sebagai contoh, mata
pelajaran RBT menekankan aspek menghasilkan produk yang inovatif manakala subjek
seperti Sains Rumah Tangga mengajar pelajar untuk berfikir secara kreatif dalam urusan hidup
seharian. Kesannya, pelajar akan lebih kreatif dan inovatif di samping cekap menyelesaikan
masalah. Jelaslah bahawa, mewujudkan budaya berfikiran inovatif serta kreatif merupakan
kelebihan mempelajari bidang TVET.

Selain itu, bidang TVET juga membantu seseorang untuk menjana pendapatan melalui
perkhidmatan kemahiran. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar yang mempelajari bidang
TVET bukan sahaja boleh bekerja dengan menerima gaji daripada orang lain malah mereka
juga boleh menjana pendapatan sendiri melalui perkhidmatan yang ditawarkan. Sebagai
contoh, seseorang pelajar yang menguasai bidang kemahiran Elektrik dan Elektronik boleh
menawarkan perkhidmatan memasang wayar di rumah kediaman atau premis perniagaan.
Hal ini sudah tentu boleh menjana pendapatan tambahan kerana kemahiran

187
tersebut tidak dimiliki oleh orang lain. Jelaslah bahawa menjana pendapatan tambahan
merupakan salah satu kelebihan bidang TVET.

Akhir sekali, kelebihan mempelajari bidang TVET ini ialah dapat melahirkan pelajar ke
peringkat yang lebih tinggi dalam pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan
dalam bidang TVET bukanlah hanya berada ditakuk pendidikan yang rendah sahaja, malah
bidang pendidikan TVET menawarkan peringkat pendidikan yang tinggi. Sebagai analoginya,
pelajar di sekolah menengah teknik atau kolej vokasional berjaya melanjutkan pelajaran
mereka ke peringkat universiti mahupun politeknik sekiranya berpegang pada peribahasa
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Hal ini menjadikan bidang TVET dapat
melahirkan pelajar yang berpendidikan tinggi. Oleh itu, melalui pendidikan bidang TVET dapat
melahirkan pelajar ke peringkat yang lebih tinggi dalam pendidikan.

Dapatlah disimpulkan bahawa terdapat banyak kelebihan mempelajari bidang


Pendidikan Teknik dan Vokasional. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan wajar menjadikan
bidang TVET diminati seiring dengan bidang-bidang akademik yang lain agar dipandang tinggi
oleh masyarakat. Pada masa yang sama, para pelajar dan ibu bapa seharusnya membuang
tanggapan negatif terhadap bidang TVET dengan melihat potensinya pada masa hadapan.
Di samping itu, para pelajar jentera negara akan memperkasakan bidang ini agar negara kita
setanding dengan negara-negara perindustrian yang lain ibarat duduk sama rendah berdiri
sama tinggi.

455 patah perkataan

Karangan contoh peringkat Galus

Memang tidak dapat dinafikan bahawa, isu bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional
(TVET) telah menjadi topik perbincangan setiap lapisan masyarakat. Antara contoh mata
pelajaran dalam bidang TVET ialah Reka Bentuk Teknologi (RBT), Perakaunan dan Sains
Pertanian. Persoalannya, apakah kelebihan mempelajari bidang TVET? Perkara ini akan saya
bincangkan di bawah.

Antara kelebihan mempelajari bidang TVET ialah mewujudkan budaya berfikiran


inovatif serta kreatif. Hal ini dikatakan demikian kerana mewujudkan budaya berfikiran inovatif
serta kreatif dalam menghasilkan produk yang berkualiti. Sebagai contoh, pelajar akan
menghasilkan produk yang kreatif dan inovatif dalam mata pelajaran RBT. Kesannya, dapat
melahirkan pelajar yang kreatif. Pendek kata, melahirkan murid yang kreatif dan inovatif
merupakan kelebihan mempelajari bidang TVET.

Selain itu, kelebihan mempelajari bidang TVET ialah menjana pendapatan melalui
perkhidmatan kemahiran. Hal ini dikatakan demikian kerana menjana pendapatan melalui
perkhidmatan kemahiran yang dipelajari dalam bidang TVET. Sebagai contoh, pelajar
mengambil upah memasang wayar di rumah atau bangunan kedai. Kesannya, pelajar boleh
menambah wang saku mereka. Pendek kata, menjana pendapatan melalui perkhidmatan
kemahiran merupakan kelebihan mempelajari bidang TVET.

Seterusnya, kelebihan mempelajari bidang TVET ialah melahirkan pelajar ke peringkat


yang lebih tinggi dalam pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kerana melahirkan pelajar ke
peringkat yang lebih tinggi dalam pendidikan merupakan matlamat seseorang pelajar.

188
Sebagai contoh, pelajar pelajar di sekolah menengah teknik berjaya melanjutkan pelajaran
mereka ke peringkat universiti. Kesannya, pelajar akan belajar bersungguh-sungguh untuk
berjaya. Pendek kata,melahirkan pelajar ke peringkat yang lebih tinggi dalam pendidikan
merupakan kelebihan mempelajari bidang TVET.

Akhir sekali, kelebihan mempelajari bidang TVET ialah membantu negara memenuhi
keperluan tenaga kerja mahir. Hal ini dikatakan demikian kerana membantu negara memenuhi
keperluan tenaga kerja mahir yang diperlukan untuk membangunkan ekonomi negara.
Sebagai contoh, pelajar bidang TVET boleh ditawarkan pekerjaan dalam sektor pembuatan
dan perindustrian melalui kemahiran yang ada. Kesannya, pekerja mahir dapat dilahirkan.
Pendek kata, membantu negara memenuhi keperluan tenaga kerja mahir merupakan
kelebihan mempelajari bidang TVET.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh pelajar perlulah mengetahui kelebihan


mempelajari bidang TVET seperti mewujudkan budaya berfikiran inovatif serta kreatif, menjana
pendapatan melalui perkhidmatan kemahiran dan membantu negara memenuhi keperluan
tenaga kerja mahir. Sesungguhnya bidang TVET memberikan kebaikan kepada pelajar. Oleh
itu, kepentingan mempelajari bidang TVET hendaklah diamalkan dalam kehidupan seharian.

356 patah perkataan

4. Kepentingan industri kreatif

Analisis soalan
Tema Industri kreatif negara
Tugasan / Fokus Kepentingan industri kreatif
Siapa Tiada
Format Tidak berformat

Karangan contoh peringkat cemerlang

Seiring dengan peredaran zaman mendepani era teknologi yang disulami Revolusi
Industri 4.0, perkembangan industri kreatif turut bertambah rancak di samping industri lain.
Industri kreatif ialah industri-industri yang melibatkan kreativiti individu, keterampilan dan bakat
yang mempunyai potensi menjana pendapatan. Antara contoh bidang kerjaya dalam industri
kreatif termasuklah pengarah filem, juruanimasi serta pereka grafik visual. Jika kita
mengimbas kembali sekitar era 90-an, industri ini tidaklah begitu berkembang pesat. Namun
kini, kita boleh berbangga dengan produk tempatan yang turut mengetengahkan kecanggihan
seperti filem animasi Upin dan Ipin, Boboiboy dan filem Paskal. Persoalannya, apakah
kepentingan industri kreatif kepada masyarakat dan negara? Benarkah industri ini membawa
pelbagai manfaat?
Kepentingan prima industri kreatif ini adalah mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan.
Lazimnya, sesuatu industri memiliki sejumlah produk yang dikeluarkan secara besar-besaran
bagi memenuhi permintaan dan keperluan manusia. Demikian juga dengan industri kreatif,
produk yang dikeluarkan walaupun hanya berbentuk karya filem atau animasi, namun tugas
menghasilkannya memerlukan sejumlah pekerja yang kreatif dan inovatif. Oleh hal yang
demikian, di sebalik tabir, ramai orang diperlukan untuk memastikan sesuatu karya berkualiti
dapat dihidangkan kepada khalayak ramai. Sebagai contoh, syarikat animasi Les Copaque

189
yang mengeluarkan animasi Upin dan Ipin menggajikan kira-kira 120 orang pekerja untuk
menghasilkan pelbagai produk kreatif mereka. Hal ini jelas menunjukkan bahawa industri
kreatif amat penting dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan.
Sebagai lontaran idea saya yang kedua, industri kreatif juga penting dalam usaha
membudayakan kreativiti dan inovasi. Hal ini dikatakan demikian kerana elemen kreatif dan
inovatif menjadi keperluan utama dalam menggerakkan industri ini. Dalam hal ini, individu yang
terlibat dalam industri ini perlu memiliki kreativiti yang tinggi serta mampu mencipta idea- idea
baharu dan segar demi memenuhi permintaan masyarakat. Sebagai contoh, animasi Boboiboy
memaparkan seorang kanak-kanak sebagai penyelamat negara dengan kecanggihan tertentu.
Animasi ini tidak boleh diwujudkan tanpa daya kreativiti yang tinggi. Hal ini sudah tentu akan
menyuburkan budaya berfikir secara kreatif dan inovatif kerana dilihat berpotensi
menyumbangkan pendapatan yang tinggi pada masa hadapan.
Dilihat dari perspektif berbeza, industri kreatif turut memainkan peranan penting dalam
meningkatkan imej negara. Hal ini dianggap sedemikian kerana kehebatan idustri kreatif di
sesebuah negara turut memberikan gambaran budaya hebat di negara tersebut. Dalam hal
ini, kewujudan karya kreatif yang moden dan canggih bukan sahaja menarik minat masyarakat
tempatan, malah juga masyarakat antarabangsa. Sebagai contoh, filem Ola Bola keluaran
tempatan pernah ditayangkan di Korea Selatan, Kemboja dan Singapura. Hasilnya, imej
negara di peringkat antarabangsa semakin baik dan dikenali ramai. Hal ini memberikan
gambaran bahawa kualiti karya tempatan boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara-negara dunia yang lain serta boleh bersaing untuk pelbagai anugerah.
Konklusinya, sudah terang lagikan bersuluh terdapat pelbagai kepentingan industri
kreatif kepada masyarakat dan negara. Industri ini berpotensi untuk menjana pendapatan
tinggi kepada negara. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan melalui pelbagai agensinya
hendaklah merangka dasar-dasar yang boleh memajukan industri kreatif ke tahap terbaik dan
dinamik. Pada masa yang sama, penggiat industri ini hendaklah konsisten melahirkan karya
yang bermutu tinggi untuk tatapan penonton di samping meraih pujian di peringkat
antarabangsa. Jika usaha ini dapat dijayakan, sudah tentu hasrat negara melihat kemajuan
industri kreatif pada masa hadapan akan menjadi realiti, bukan sekadar melepaskan batuk di
tangga

Karangan contoh peringkat kepujian

Sejak belakangan ini, industri kreatif semakin popular dan mula menjadi antara dunia
pekerjaan yang diminati. Industri kreatif ialah industri-industri yang melibatkan kreativiti
individu, keterampilan dan bakat yang mempunyai potensi menjana pendapatan. Antara
contoh bidang kerjaya dalam industri kreatif termasuklah pengarah filem, juruanimasi serta
pereka grafik visual. Jika kita mengimbas kembali sekitar era 90-an, industri ini tidaklah begitu
dikenali. Namun kini, pelbagai produk karya kreatif tempatan seperti filem animasi Upin dan
Ipin, Boboiboy dan filem Paskal semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.
Persoalannya, apakah kepentingan industri kreatif kepada masyarakat dan negara?
Antara kepentingan industri kreatif ini adalah mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan.
Hal ini dikatakan demikian kerana ramai tenaga kerja diperlukan untuk menghasilkan sesuatu
karya kreatif. Dalam hal ini, produk yang dikeluarkan walaupun hanya berbentuk karya filem
atau animasi, namun tugas menghasilkannya memerlukan sejumlah pekerja yang kreatif dan
inovatif. Sebagai contoh, syarikat produksi filem perlu memiliki sejumlah krew untuk
meguruskan set penggambaran serta hal-hal teknikal yang lain. Oleh itu,

190
pelbagai peluang pekerjaan akan dapat diwujudkan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
industri kreatif amat penting dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan.
Selain itu, industri kreatif juga penting dalam usaha membudayakan kreativiti dan
inovasi. Hal ini dikatakan demikian kerana industri kreatif sememangnya bergerak atas daya
kreativiti manusia. Dalam hal ini, individu yang terlibat dalam industri ini perlu memiliki kreativiti
yang tinggi serta mampu mencipta idea-idea baharu dan segar demi memenuhi permintaan
masyarakat. Sebagai contoh, karya animasi tempatan seperti Boboiboy mempamerkan jalan
cerita yang menarik di samping teknologi yang canggih. Hal ini sudah tentu akan menyuburkan
budaya berfikir secara kreatif dan inovatif kerana dilihat berpotensi menyumbangkan
pendapatan yang tinggi pada masa hadapan.
Di samping itu, industri kreatif turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan
imej negara. Hal ini dianggap sedemikian kerana kehebatan idustri kreatif di sesebuah negara
turut memberikan gambaran bahawa masyarakat tempatan memiliki bakat seni yang hebat.
Dalam hal ini, produk kreatif tempatan adakalanya boleh menembusi pasaran antarabangsa
dan menjadi sebahagian ikon yang disukai ramai. Sebagai contoh, filem Hang Tuah yang turut
ditayangkan di negara jiran mendapat penghormatan mereka kerana bermutu tinggi.. Hasilnya,
imej negara di peringkat antarabangsa semakin baik dan dikenali ramai.

Konklusinya, sudah terang lagikan bersuluh terdapat pelbagai kepentingan industri


kreatif kepada masyarakat dan negara. Industri ini berpotensi untuk menjana pendapatan
tinggi kepada negara. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan melalui pelbagai agensinya
hendaklah membantu dan menyokong usaha menjadikan industri kreatif terus maju. Pada
masa yang sama, penggiat industri ini hendaklah konsisten melahirkan karya yang bermutu
tinggi untuk tatapan penonton di samping meraih pujian di peringkat antarabangsa. Jika usaha
ini dapat dijayakan, sudah tentu hasrat negara melihat kemajuan industri kreatif pada masa
hadapan akan menjadi realiti, bukan sekadar ibarat melepaskan batuk di tangga.
439 patah perkataan

Karangan contoh peringkat Galus

Dewasa ini, isu industri kreatif semakin hangat diperkatakan di surat khabar dan
televisyen. Perkara berkaitan dengan industri kreatif turut menjadi buah mulut dan
perbincangan setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Persoalan yang berlegar-legar dalam
pemikiran saya ialah apakah kepentingan industri kreatif kepada masyarakat dan negara?
Oleh itu, kepentingan industri kreatif kepada masyarakat dan negara akan dikupas dengan
teliti sehingga ke akar umbi.
Kepentingan industri kreatif yang pertama adalah mewujudkan peluang pekerjaan. Hal
ini dikatakan demikian kerana ramai tenaga kerja diperlukan untuk menghasilkan sesuatu
karya yang kreatif. Sebagai contoh, syarikat pengeluar filem memerlukan ramai tenaga kerja
yang kreatif untuk menguruskan set penggambaran dan hal-hal teknikal yang lain. Kesannya,
pelbagai peluang pekerjaan akan dapat diwujudkan. Masalah pengangguran dalam kalangan
masyarakat juga dapat dikurangkan. Oleh itu, jelaslah bahawa mewujudkan peluang pekerjaan
merupakan salah satu kepentingan industri kreatif.
Selain itu, kepentingan industri kreatif adalah membudayakan kreativiti dan inovasi.
Hal ini dikatakan demikian kerana kreativiti dan inovasi merupakan perkara yang penting
dalam menggerakkan dan menjayakan industri kreatif. Individu yang terlibat dalam industri ini
perlu memiliki kreativiti yang tinggi serta mampu mencipta idea-idea baharu. Sebagai contoh,

191
karya animasi seperti Boboiboy telah dihasilkan dengan kreatif melalui penggunaan teknologi
yang baharu dan canggih. Kesannya, budaya berfikir secara kreatif dan inovatif dapat
disuburkan dalam kalangan masyarakat. Hal ini dilihat berpotensi menyumbangkan
pendapatan yang tinggi pada masa hadapan. Oleh itu, jelaslah bahawa membudayakan
kreativiti dan inovasi merupakan satu daripada kepentingan industri kreatif.
Di samping itu, kepentingan industri kreatif adalah meningkatkan imej negara di
peringkat antarabangsa. Hal ini dikatakan demikian kerana sesebuah negara akan lebih
dikenali jika memiliki kehebatan dalam industri kreatif. Sebagai contoh, filem Hang Tuah turut
mendapat sambutan dan ditayangkan di negara jiran kerana bermutu tinggi. Kesannya, imej
negara di peringkat antarabangsa menjadi semakin baik dan negara akan dikenali ramai.
Negara kita juga akan dapat bersaing dengan negara maju yang lain dalam industri ini. Oleh
itu, jelaslah bahawa meningkatkan imej negara merupakan kepentingan industri kreatif.
Konklusinya, kemelut yang bersangkut-paut dengan kepentingan industri kreatif telah
dikupas dengan mendalam. Namun, perkara ini tidak akan menemui kejayaan jika tiada
sokongan padu daripada pelbagai pihak untuk menghadapi isu ini bak peribahasa hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih. Sesungguhnya, kejayaan yang dicapai dalam bidang
industri kreatif ini pasti akan menjana pembangunan dan kemajuan negara.

370 patah perkataan

192
SET 5
SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
Soalan 1: Morfologi

Kata majmuk :

1. bahasa Inggeris
2. jabatan kerajaan negeri
3. warga asing
4. bahasa kebangsaan
5. bahasa Melayu.
[8 markah]

Soalan 2: Sintaksis
Ayat Tunggal

1. Darurat telah banyak memberikan impak negatif terhadap perkembangan ekonomi di Malaysia
Keganasan komunis telah banyak memberikan impak negatif terhadap perkembangan ekonomi di
Malaysia

2. Beribu-ribu penduduk terpaksa berpindah ke kawasan tertentu.


Keselamatan rakyat terjamin daripada ancaman pengganas komunis
3. Ramai perajurit negara gugur.
Ramai perajurit negara mempertahankan tanah air tercinta.
[6 markah]

Soalan 3: Penyuntingan
1. acapkali - acap kali
2. Antara kelebihan-kelebihan – Antara kelebihan / kelebihan-kelebihan
3. adalah – ialah
4. bandingan - berbanding
5. meningkat - meningkatkan
6. Berdasarkan pada - Berdasarkan
7. makin kian – makin / kian
8. kami - kita
9. keenakkan – keenakan
10. majlis – kempen
11. dari masa ke semasa - dari masa ke masa / dari semasa ke semasa

[9 markah]

193
Soalan 4: Bahasa Melayu Standard
Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya Seorang lagi datang bersama kepala yang dikerat
kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya, dibawa untuk menghadap raja lalu dia berkata, “
“Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada Inilah bukti bahawa patik membunuh penjahat pada
malam tadi.” malam tadi”.

Dengan demikian habislah kaki tangan Dengan itu, segala kaki tangan Kertala Sari dikerat
Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada raja. dan dibawa kepada raja. Baginda pun kehairanan.
Maka, baginda pun menjadi hairan.

Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo, Baginda bertitah kepada Bendahara, “Ayo, Tuan
mamak Bendahara, kita pun hairan kelakuan ini. Bendahara, kita pun hairan. Siapakah sebenarnya
Siapakah juga yang sungguh ini?” ini?”

[6 markah]

Soalan 5: Peribahasa
(i) malang tidak berbau
(ii) di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung / masuk kandang kambing mengembek, masuk
kandang kerbau menguak
(iii) jauh perjalanan luas pemandangan
[6 markah]

Soalan 6 : Petikan Umum

(i) Maksud kelestarian alam

- Mengekalkan dunia / bumi 2


- Mengekalkan alam 1
- Kelestarian dunia/bumi 1

[Maksimum : 2 markah]
(ii) Persamaan kesan pencemaran alam sekitar :

P1 mengakibatkan kemusnahan alam sekitar 1


P2 meningkatkan penghasilan karbon dioksida 1
P3 peningkatan pemanasan global lebih pantas. 1
[Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]

194
(iii) Punca yang menyebabkan manusia melakukan pencemaran alam sekitar

P1 Sikap tidak bertanggungjawab individu dan organisasi 1


P2 Ibu bapa kurang mendidik anak-anak sejak kecil 1
P3 Sikap sesetengah usahawan yang mengejar pembangunan / keuntungan 1
P4 Penguatkuasaan undang-undang yang lemah 1
P5 Sikap masyarakat yang tidak mempedulikan pencemaran alam sekitar 1
[Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]

(iv) Langkah-langkah:

P1 Melaporkan kepada pihak berkuasa tentang perbuatan pihak kilang 1


P2 Mengambil gambar atau bukti untuk membuat laporan bertulis. 1
P3 Menularkan maklumat dalam media sosial 1
P4 Melaporkan perkara tersebut kepada badan bukan kerajaan 1
P5 Mencadangkan kepada pihak pengurusan kilang tentang teknologi mesra 1

Soalan 7 : Petikan Sastera

(i) Maksud menentang kekejaman

- melawan/membanteras/membasmi/kezaliman/ketidakadilan 2
/keganasan/kekerasan/kejahatan/kedurjanaan
- menentang kezaliman 1
- melawan kekejaman 1
[Maksimum : 2 markah]

(ii) Sifat-sifat yang perlu ada dalam diri setiap rakyat di negara yang merdeka.

Bahan 1
P1 mencurahkan bakti dan jasa kepada negara 1
P2 membalas jasa dan pengorbanan pejuang kemerdekaan 1
Bahan 2
P3 mengikis semua tabiat buruk bangsa 1
P4 mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa 1
Bahan 3
P5 bersatu hati merungkai masalah 1
P6 Bertolak ansur sesama kita 1
[Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup 2 isi]

195
(iii) Sebab kemerdekaan perlu dikekalkan

P1 menjaga kedaulatan / maruah / nama baik negara 1


P2 mempertahankan / menghargai hasil perjuangan nenek moyang 1
P3 mengelakkan negara daripada dijajah sekali lagi oleh kuasa luar 1
P4 mengekalkan identiti bangsa / negara 1
P5 rakyat dapat hidup dalam suasana aman dan damai / keharmonian negara 1
terpelihara / menjamin keselamatan nagara / rakyat berasa selamat

P6 pemimpin bebas untuk memimpin / mentadbir / mengurus negara 1


[Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup 2 isi]
Isi lain yang sesuai boleh diterima

(iv) Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah vandalisme kemudahan awam

P1 melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa 1


P2 mengambil gambar atau video sebagai bukti 1
P3 menularkan isu tersebut dalam media sosial 1
P4 meminta bantuan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menasihati mereka 1
P5 Menjalinkan kerjasama dengan agensi lain untuk mengadakan kem motivasi / 1
jati diri / patriotik
[Maksimum : 4 markah]
[Isi cukup 3 isi]
Isi lain yang sesuai boleh diterima

Soalan 8 : Novel

(i) kata-kata semangat yang diberikan oleh Raidah setiap kali Waheeda meluahkan hasratnya
hatinya

P1 Tapi Eda punya kebolehan lain 1


P2 Eda kan graduan perhotelan dan pelancongan yang tahu menguruskan 1
syarikat
P3 Kecantikan wajah hanya luaran nak 1
P4 Tetapi Eda memang cantik segala-galanya bagi mak 1
[4 markah]
[Isi cukup : 3 isi]

(ii) Peristiwa yang mempunyai sifat terpuji yang boleh diteladani:

Novel Di Sebalik Dinara

1. H - Sifat terpuji yang boleh diteladani ialah sifat bijak dalam mengambil sesuatu tindakan dan
membuat keputusan.

P - Contohnya, dalam membuat tindakan dengan memasukkan implan ke tubuh Farisha yang masih
bayi, Karl bijak untuk menjadikan Farisha seorang yang genius atau bijak. Kesan dari penanaman

196
implan tersebut menjadikan Farisha seorang yang bijak dalam teknologi dan dapat membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam sistem Dinara.
2. H - Sifat terpuji yang boleh diteladani ialah sifat amanah dalam menyimpan rahsia.

P - Contohnya, Azraai telah menyimpan rahsia bahawa Farisha hanya merupakan anak angkat
sahaja dalam keluarganya dengan baik seperti yang diamanahkan oleh ibu bapanya. Rahsia ini
hanya diberitahu kepada Farisha apabila Azraai menghadapi masalah jantung dan bimbang akan
berlaku sesuatu perkara yang tidak dijangka.

3. H - Sifat terpuji yang boleh diteladani ialah sifat kegigihan yang membawa kepada sebuah kejayaan.

P - Contohnya, Farisha dan Rosman ialah pakar komputer. Mereka berganding bahu menjadi rakan
sekerja dalam satu syarikat yang sama iaitu secured Shell Sdn. Bhd. Mereka bersama- sama
berusaha untuk mendapatkan kontrak dalam bidang komputer. Farisha dan Rosman bersatu hati
untuk menerima tawaran projek mini daripada Soft Lab yang terletak di Cyberjaya. Mereka sanggup
menanggung risiko dngan halangan yang akan dihadapi.

4. H - Sifat terpuji yang boleh diteladani ialah tidak terburu-buru dalam membuat keputusan

P - Farisha tidak terus menerima tawaran berjumlah 1.5 juta daripada Dr Maxi untuk menggodam
tiga kelompok komputer demi menyelamatkan sistem Dinara sebaliknya meminta masa untuk
memikirkan tawaran tersebut. Farisha berasa ragu-ragu kerana tawaran yang diberikan terlalu tinggi.
Oleh itu, Farisha telah meminta pendapat abangnya Azraai yang juga merupakan penasihat Syarikat
Secured shell.
5. H - Sikap terpuji yang boleh diteladani ialah sikap prihatin terhadap orang lain.
P - Semasa sedang menunggu ketibaan monorel di stesen Bukit Nanas Farisha telah menegur
seorang wanita yang memakai gelang berwarna ungu. Gelang tersebut menandakan bahawa wanita
tersebut merupakan penghidap kanser tahap 4. Farisha bersimpati dengan nasib wanita tersebut.

Novel Silir Daksina

1. H - Sifat terpuji yang boleh diteladani iaitu sifat berani dalam menyatakan kebenaran. P - Contohnya,
Umi yang berterus terang kepada Haiqal yang ketika itu baru berumur tujuh tahun bahawa Abdul
Fatah (Walid) bukan bapanya yang sebenar. Bapanya yang sebenar ialah Abdullah bin Kayan.

2. H - Sifat terpuji yang boleh diteladani iaitu sifat tegas dalam membuat keputusan.

P - Contohnya, Haiqal tegas dengan keputusannya untuk pergi ke Kampung Seri Purnama untuk
menjejaki kisah hidup ayahnya Abdullah bin Kayan. Walaupun dia dilarang oleh Uminya dan diugut
untuk tidak diberi sebarang wang perbelanjaan.

3. H – Sifat terpuji yang boleh diteladani iaitu sifat membantu meringankan kesusahan orang lain.

P - Pada suatu pagi, Tauke Lim meminta Amirulnizam untuk menunpangkan anaknya ke sekolah
kerana bater keretanya tidak berfungsi Amirulnizam mencadangkan Ai Ling menumpang dia sahaja
ke sekolah setiap hari. Setelah membantu Tauke Lim menggantikan bateri kereta, ke pekan untuk

197
belanjanya minum. Semasa berbual-bual, Tauke Lim menyatakan persetujuannya untuk
membenarkan A Ling menumpangnya ke sekolah setiap hari.
4. H - Sikap terpuji yang harus diteladani ialah sikap amanah dalam menguruskan harta pusaka orang
lain

P – Peristiwa Tauke Ong telah menyerahkan semua hasil kebun dan buku bank yang ditinggalkan
oleh Abdullah bin kayan kepada Haiqal apabila Haiqal pulang ke kampung Seri Purnama. Tauke Ong
memberikan semua harta peninggalan Abdullah Bin Kayan kepada Haiqal semasa mereka keluar
makan tengah hari di pekan Parit Raja.
5. H – Sikap terpuji yang harus diteladani ialah sikap bijak untuk menyelesaikan masalah

P – Setelah mengetahui hasrat bapanya tentang penubuhan aksara, Haiqal telah meminta bantuan
daripada Pak Cik Bakar untuk menghidupkan kembali kumpulan zapin jincat di Kampung Seri
Purnama. Perkara tersebut telah dipanjangkan oleh Pak Cik Bakar kepada Ketua Kampung dan
mereka telah bersetuju untuk menganjurkan malam kebudayaan di kampung.

Soalan 9 : Rumusan
Pendahuluan [ 2 markah ]
Rumusan ini tentang langkah untuk membangunkan sukan negara dan punca yang
P1 2
menghalang kemajuan sukan negara
P2 Rumusan ini tentang langkah untuk membangunkan sukan negara 1
P3 Rumusan ini tentang punca yang menghalang kemajuan sukan negara 1

Isi [ 16 markah]
Isi bahan 1: Petikan
Fokus 1 (langkah untuk membangunkan sukan negara)
F1-1 atlet sukan perlu sentiasa siap siaga menjalani latihan yang giat dan berterusan 2
F1-2 kerajaan telah membina sekolah sukan di setiap negeri 2
F1-3 pembangunan sukan pada peringkat daerah dan negeri perlu dijalankan secara
2
berterusan

Isi Bahan 1 : Petikan


Fokus 2 (langkah untuk membangunkan sukan negara)
F2-1 tumpuan atlet remaja yang lebih mementingkan bidang akademik 2
sistem persekolahan harian biasa yang tidak begitu memartabatkan kepentingan
F2-2 2
sukan
F2-3 masyarakat beranggapan bahawa bidang sukan tidak menjamin masa depan 2
F2-4 kekurangan kemudahan sukan 2
masih terdapat ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak terlalu fokus dalam
F2-5 2
bidang sukan

Isi Bahan 2 : Grafik


Fokus 1 (langkah untuk membangunkan sukan negara)
F1-1 Program pembangunan atlet 2
F1-2 Pendedahan atlet ke pertandingan di peringkat antarabangsa 2

198
F1-3 Memperkasa peranan persatuan sukan 2
F1-4 Memastikan kebajikan atlet terjamin 2
[ Isi mesti diambil daripada semua bahan ]

Kesimpulan [2 markah]

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu untuk meningkatkan mutu


K1 2
sukan negara agar setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu untuk meningkatkan mutu
K2 1
sukan negara.

199
SET 6

Bahagian A

Analisis Soalan
Tema Hari Bumi
Tugasan / Fokus Permohonan untuk kelulusan sambutan program Hari Bumi
peringkat sekolah daripada pengetua
Siapa Setiausaha kelab
Format Surat Kiriman Rasmi

Karangan Contoh Peringkat Cemerlang

Kelab Alam Sekitar,


SMK Dato Darwis,
Jalan Abdul Samad,
80100 Johor Bahru.

Pengetua,
SMK Dato Darwis,
Jalan Abdul Samad,
80100 Johor Bahru. 1 APRIL 2021

Tuan,

Permohonan Kebenaran Penganjuran Program Sambutan Hari Bumi

Merujuk perkara di atas, Kelab Alam Sekitar SMK Dato Darwis berhasrat untuk mengadakan
Program Sambutan Hari Bumi peringkat SMK Dato Darwis pada 22 April 2021. Program ini
telah diterima sebulat suara dalam mesyuarat ahli jawatankuasa Kelab Alam Sekitar.
2. Untuk makluman pihak tuan, program ini dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran
dalam kalangan warga sekolah untuk melindungi bumi. Hal ini dikatakan demikian kerana
masalah pencemaran alam sekitar seakan-akan tidak menemukan titik noktah. Oleh itu, Kelab
Alam Sekitar berharap agar usaha kecil ini mampu menyemai semangat cinta akan alam
sekitar dalam kalangan warga SMK Dato Darwis pada peringkat awal.
3. Berdasarkan keputusan mesyuarat, kami telah sebulat suara untuk melaksanakan
program 10 minit tanpa elektrik serentak di 193 buah negara tepat jam 10.00 pagi. Aktiviti ini
sebagai tanda sokongan kepada penggunaan teknologi hijau. Selain itu, pertandingan kraf
tangan daripada bahan terbuang dan pertandingan video bertemakan alam sekitar turut
diadakan. Usaha ini dapat meningkatkan kesedaran terhadap amalan kitar semula dan
mengasah kreativiti murid.
Akhir kata, kami berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya
daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Harun
(Harun Bin Hassan)

200
Setiausaha Kelab Alam Sekitar
SMK Dato Darwis Johor Bahru

172 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Kepujian

Kelab Alam Sekitar,


SMK Dato Darwis,
Jalan Abdul Samad,
80100 Johor Bahru.

Pengetua,
SMK Dato Darwis,
Jalan Abdul Samad,
80100 Johor Bahru. 1 APRIL 2021

Tuan,
Permohonan Kebenaran Penganjuran Program Sambutan Hari Bumi

Merujuk perkara di atas, Kelab Alam Sekitar SMK Dato Darwis berhasrat untuk mengadakan
Program Sambutan Hari Bumi peringkat SMK Dato Darwis pada 22 April 2021.
2. Untuk makluman pihak tuan, program ini dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran
dalam kalangan warga sekolah untuk melindungi bumi. Hal ini dikatakan demikian kerana
masalah pencemaran alam sekitar kerap berlaku . Aktiviti ini dapat menyemai semangat cinta
akan alam sekitar dalam kalangan warga SMK Dato Darwis pada peringkat awal.
3. Program yang akan dilaksanakan ialah program 10 minit tanpa elektrik serentak di 193
buah negara tepat jam 10.00 pagi. Aktiviti ini sebagai tanda sokongan kepada penggunaan
teknologi hijau. Selain itu, pertandingan video bertemakan alam sekitar turut diadakan. Usaha
ini dapat meningkatkan kesedaran terhadap amalan kitar semula dan mengasah kreativiti
murid.
4. Program Sambutan Hari Bumi ini juga telah mendapat tajaan daripada Kilang Kitar
Semula Wei Sing. Tajaan ini dapat melancarkan perjalanan program. Oleh itu, besarlah
harapan kami agar tuan dapat meluluskan program ini pada tarikh tersebut. Akhir kata, kami
berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Harun
(Harun Bin Hassan)
Setiausaha Kelab Alam Sekitar
SMK Dato Darwis Johor Bahru

201
167 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Galus

Kelab Alam Sekitar,


SMK Dato Darwis,
Jalan Abdul Samad,
80100 Johor Bahru.

Pengetua,
SMK Dato Darwis,
Jalan Abdul Samad,
80100 Johor Bahru. 1 APRIL 2021

Tuan,

Permohonan Kebenaran Penganjuran Program Sambutan Hari Bumi

Merujuk perkara di atas, Kelab Alam Sekitar SMK Dato Darwis akan mengadakan Program
Sambutan Hari Bumi peringkat SMK Dato Darwis pada 22 April 2021.
2. Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga
sekolah untuk melindungi bumi kerana masalah pencemaran alam sekitar selalu berlaku .
Aktiviti ini dapat memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan warga SMK Dato
Darwis..
3. Program yang akan dilaksanakan ialah program 10 minit tanpa elektrik serentak di 193
buah negara tepat jam 10.00 pagi. Aktiviti ini sebagai tanda sokongan kepada penggunaan
teknologi hijau. Selain itu, pertandingan video bertemakan alam sekitar turut diadakan. Usaha
ini dapat meningkatkan kesedaran terhadap amalan kitar semula dan mengasah kreativiti
murid.
4. Program Sambutan Hari Bumi ini juga telah mendapat tajaan daripada Jabatan Alam
Sekitar. untuk melancarkan program. Oleh itu, kami berharap agar tuan dapat meluluskan
program ini. Akhir kata, kami berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang
sewajarnya daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Harun
(Harun Bin Hassan)
Setiausaha Kelab Alam Sekitar
SMK Dato Darwis Johor Bahru

147 patah perkataan

202
Bahagian B

1. Usaha-usaha memupuk perpaduan


Analisis Soalan
Tema Perpaduan
Tugasan / Fokus Usaha-usaha mempupuk perpaduan
Siapa Pelbagai pihak (Ibu bapa, sekolah, kerajaan)
Format Rencana

Karangan Contoh Peringkat Cemerlang

Usaha-usaha memupuk perpaduan kaum


Oleh : Zaleha bt Amin

Dalam mengharungi arus globalisasi, kita seyogia memperkasakan perpaduan kaum


di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya rusuhan kaum. Justeru, variasi kaum haruslah
bergerak sederap bagai aur dengan tebing sebagai satu sinergi menuju negara maju. Selain
itu, sinergi daripada semua pihak berganding bahu melakukan usaha-usaha yang proaktif dan
efektif amat diharapkan dalam merealisasikan aspirasi rakyat seantero Malaysia.
Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagi mempererat perpaduan
rakyat di Malaysia?
Usaha yang efisien dilaksanakan kerajaan dalam merealisasikan perpaduan kaum
adalah mengadakan majlis rumah terbuka peringkat kebangsaan. Hal ini bertujuan untuk
menyambut perayaan kaum utama Malaysia. Menurut Perdana Menteri, konsep Satu Malaysia
dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka,
sarwajagat negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban,
Bidayuh dan sebagainya memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan dapat
memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya, konsep yang diterapkan
dalam rumah terbuka dapat menzahirkan hasrat mengeratkan perpaduan kaum kerana
‘bersatu teguh, bercerai roboh’.
Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan seperti
gotong-royong yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian. Cara ini dapat memupuk
semangat saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap individualistik
dan materialistik yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. . Impaknya, hubungan erat
dalam kalangan masyarakat secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, gotong-royong
dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam
diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.
Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, pihak sekolah telah mewajibkan
semua murid menyertai aktiviti kokurikulum. Melalui aktiviti kokurikulum setiap murid perlu
melibatkan diri dalam aktiviti kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta unit beruniform.
Secara tidak langsung aktiviti kokurikulum mampu menyemai semangat kerjasama dalam
kalangan murid-murid dari peringkat sekolah rendah lagi. Penglibatan dalam aktiviti
kokurikulum ini sejajar dengan program yang diperkenalkan iaitu Rancangan Integrasi Murid
untuk Perpaduan (RIMUP) yang sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat
perpaduan dalam sanubari murid. Sebagai contoh, murid berbilang kaum berpeluang untuk
bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam aktiviti perkhemahan tahunan. Sesungguhnya,
tidak dapat disangkal bahawa aktiviti kokurikulum dapat membentuk perpaduan kaum di
peringkat akar umbi lagi..

203
Sejajar dengan konteks perbincangan seterusnya, nilai murni menjadi tunjang
dalam mempererat perpaduan rakyat Malaysia. Sikap saling menghormati sesama
masyarakat mewujudkan suasana yang aman dan tenang dalam jiwa warga Malaysia. Hal ini
dikatakan demikian kerana sikap hormat-menghormati melahirkan individu yang bersopan
santun, baik hati dan berhemah tinggi. Dalam hal ini kita akan menghormati budaya, adat, dan
agama kaum lain terutamanya. Rentetan itu persefahaman akan wujud sehingga membawa
kepada kerjasama yang erat antara kaum sesuai dengan peribahasa Melayu sepakat
membawa berkat.
Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah
negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum
merupakan medium agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan
negara bangsa dan menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara-negara maju. Rakyat ialah aset negara yang paling bernilai dalam
pembinaan negara demi kelangsungan sebuah negara bangsa.

502 Patah Perkataan

Karangan Contoh Peringkat Kepujian

Usaha-usaha memupuk perpaduan kaum


Oleh : Zaleha bt Amin

Dalam mengharungi arus globalisasi, kita seyogia memperkasakan perpaduan kaum


di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya rusuhan kaum. Justeru, variasi kaum haruslah
bergerak sederap. Selain itu, sinergi daripada semua pihak berganding bahu melakukan
usaha-usaha yang proaktif. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagi
mempererat perpaduan rakyat di Malaysia?
Usaha yang efisien dilaksanakan kerajaan dalam merealisasikan perpaduan kaum
adalah mengadakan majlis rumah terbuka peringkat kebangsaan. Hal ini bertujuan untuk
menyambut perayaan kaum utama Malaysia. Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah
terbuka, masyarakat di negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina,
India, memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan dapat memperkasakan
hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya, konsep yang diterapkan dalam rumah terbuka
dapat mengeratkan perpaduan kaum.
Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-
royong yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian. Cara ini dapat memupuk
semangat saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap individualistik
dan materialistik yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Impaknya, hubungan erat
dalam kalangan masyarakat secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, gotong-royong
dapat memupuk semangat perpaduan seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu.
Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, pihak sekolah telah mewajibkan semua
murid menyertai aktiviti kokurikulum. Melalui aktiviti kokurikulum setiap murid perlu
melibatkan diri dalam aktiviti kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta unit beruniform.
Secara tidak langsung aktiviti kokurikulum mampu menyemai semangat kerjasama dalam
kalangan murid-murid dari peringkat sekolah rendah lagi. Penglibatan dalam aktiviti
kokurikulum ini sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam
sanubari murid. Sebagai contoh, murid berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai
aur dengan tebing. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa aktiviti kokurikulum dapat
membentuk perpaduan kaum.
204
Sejajar dengan konteks perbicaraan, nilai murni menjadi tunjang dalam
mempererat perpaduan rakyat Malaysia. Sikap saling menghormati sesama masyarakat
mewujudkan suasana yang aman dan tenang dalam jiwa seantero warga Malaysia. Hal ini
demikian kerana sikap hormat-menghormati melahirkan individu yang bersopan santun, baik
hati dan berhemah tinggi. Dalam hal ini kita akan menghormati budaya, adat, dan agama kaum
lain terutamanya. Rentetan itu persefahaman akan wujud sehingga membawa kepada
kerjasama yang erat antara kaum sesuai dengan peribahasa Melayu sepakat membawa
berkat.
Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah
negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak harus
bergerak sederap, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dengan iltizam mencapai
hasrat keharmonian dan perpaduan negara kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat. Perpaduan kaum merupakan medium agar Malaysia dapat mengorak
langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara yang
mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Rakyat ialah
aset negara yang paling bernilai dalam pembinaan negara demi kelangsungan sebuah negara
bangsa.

490 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Galus

Usaha memupuk perpaduan


Oleh : Zaleha bt Amin

Memang tidak dapat dinafikan perpaduan kaum di Malaysia sangat penting.


Persoalannya apakah usaha-usaha yang berkesan untuk memupuk perpaduan kaum di
Malaysia? Oleh itu usaha-usaha yang berkesan untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia
akan dibincangkan untuk kepentingan bersama.
Lontaran idea yang pertama untuk memupuk perpaduan kaum adalah mengadakan
majlis rumah terbuka peringkat kebangsaan. Hal ini dikatakan demikian kerana majlis
rumah terbuka diadakan pada hari perayaan. Contohnya Rumah Terbuka Aidilfitri bertujuan
untuk meraikan perayaan kaum Melayu. Semasa majlis rumah terbuka semua kaum berbual
sambil makan makanan yang disediakan. Tuntasnya, konsep yang diterapkan dalam rumah
terbuka dapat mengeratkan perpaduan kaum.
Lontaran idea kedua ialah perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti
kemasyarakatan. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap masyarakat dapat saling
membantu antara satu sama lain. Impaknya, hubungan masyarakat menjadi erat. Sebagai
contoh ketika gotong-royong membersihkan kawasan taman perumahan. Jelaslah gotong-
royong dapat memupuk semangat perpaduan dalam diri setiap rakyat.
Lontaran idea seterusnya adalah pihak sekolah mengadakan aktiviti kokurikulum.
Hal ini dikatakan demikian kerana semua murid diwajibkan terlibat dalam aktiviti kokurikulum.
Murid-murid berbilang bangsa terlibat dalam aktiviti persatuan dan unit berunform. Sebagai
contoh aktiviti perkhemahan setiap tahun. Oleh itu, aktiviti kokurikulum di sekolah dapat
memupuk semangat perpaduan kaum.
Lontaran idea terakhir usaha untuk memupuk perpaduan adalah mengamalkan
nilai-nilai murni. Hal ini dikatakan demikian kerana nilai murni seperti saling menghormati
sangat penting. Masyarakat perlu menghormati budaya dan agama kaum yang berbeza.
Sebagai contoh kita perlu menegur jiran apabila bertemu. Jelaslah sentiasa mengamalkan
nilai-nilai murni untuk memupuk perpaduan.

205
Sebagai intiha, perpaduan kaum di Malaysia amat penting dan perlu dijaga. Pelbagai
pihak harus memastikan perpaduan negara berkekalan. Perpaduan perlu diutamakan kerana
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Jika rakyat bersatu padu,
negara akan maju.

284 patah perkataan

2. Cara anda mempamerkan semangat patriotism

Analisis Soalan
Tema Patriotik
Tugasan / Fokus Cara mempamerkan semangat patriotik
Siapa Saya / diri sendiri
Format Tiada format

Karangan Contoh Peringat Cemerlang

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta.

Lirik lagu "Negaraku" di atas mempunyai maksud yang jelas bahawa rakyat Malaysia
perlu membuktikan perasaan cinta akan negara. Malaysia pernah dijajah oleh penjajah namun
sebab kebijaksanaan dan semangat cinta akan negara serta berbekalkan jiwa yang kental
akhirnya negara kita bebas daripada belenggu penjajahan. Nama-nama pejuang negara
terdahulu seperti Tok Janggut , Mat Kilau, Mat Salleh, Rentap, Dato’ Maharaja Lela dan Dol
Said amat saya sanjungi. Mereka telah mengorbankan jiwa raga atas dasar sayang akan
negara dan bersinergi untuk melihat negara Malaysia merdeka. Oleh sebab itu, sebagai
warganegara Malaysia, saya perlu menunjukkan rasa bangga akan negara tercinta.
Persoalannya, apakah cara yang boleh saya lakukan untuk menunjukkan rasa bangga akan
negara tercinta?
Sebagaimana yang kita sedia maklum pada tanggal 31 Ogos setiap tahun, ketibaan
tarikh berkenaan dengan mengadakan sambutan hari kemerdekaan negara. Situasi ini
menuntut diri saya untuk turut serta memeriahkan dan menyambut hari istimewa ini.
Contohnya, setiap tahun warga sekolah diwajibkan mengadakan program hari kemerdekaan
negara dan saya tidak akan ketinggalan untuk memeriahkan sambutan hari
kemerdekaan berkenaan walaupun kini menerusi medium dalam talian. Saya boleh
membantu menceriakan kelas dengan mengibarkan bendera Malaysia, melukis poster
bertemakan hari kemerdekaan dan terlibat dengan pertandingan mendeklamasi sajak
kemerdekaan. Saya akan membantu pihak sekolah menjayakan program hari kemerdekaan.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa sebagai seorang warganegara, saya akan turut serta
memeriahkan sambutan tersebut.

Secara realiti, saya perlu menunjukkan perasaan cinta terhadap negara dengan
menuntut ilmu yang bermanfaat untuk memacu kemajuan negara tercinta. Saya akan
206
memastikan diri saya mempunyai ilmu yang cukup untuk meneruskan kepemimpinan negara.
Oleh sebab itu, saya bertekad agar negara yang saya cintai ini mampu duduk sama rendah
dan berdiri sama tinggi seperti negara-negara maju. Saya akan belajar bersungguh-sungguh
dan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan seterusnya dapat melanjutkan pengajian
ke menara gading. Tiada yang mustahil jika saya berusaha bersungguh-sungguh kerana
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian. Tegasnya, saya akan sentiasa menuntut ilmu dan menjadi pelajar berminda kelas
pertama sebagai wahana untuk memacu kemajuan negara tercinta.
Seterusnya, sebagai seorang warganegara yang bersahsiah terpuji, saya perlu akur
dan mematuhi undang-undang negara. Sebagai contoh, di negara kita terdapat pelbagai
undang-undang yang perlu saya patuhi seperti undang-undang jalan raya, undang-
undang beragama, undang-undang berkait dengan tanah, undang-undang berpolitik, dan
sebagainya. Sebagai seorang warganegara yang tinggal di negara yang menjalankan sistem
perundangan demokrasi dan raja berperlembagaan saya perlu akur dengan sistem
perundangan kerajaan semasa. Sudah terang lagi bersuluh bahawa sebagai seorang
warganegara yang bersahsiah terpuji saya perlu akur dan mengikuti undang-undang negara
yang digubal oleh pemimpin kerajaan semasa untuk menunjukkan saya cinta akan negara.
Kesimpulannya, sebagai anak watan yang akan menerajui pucuk kepemimpinan
negara pada masa hadapan, saya perlu sehati sejiwa dan sederap melangkah dengan
semangat patriotik yang tinggi. Kini tibalah masanya untuk saya berbakti kepada negara
tercinta bagi memastikan kemerdekaan negara terus berkekalan dan kedaulatan negara tidak
terjejas. Saya tidak akan sama sekali menanyakan sumbangan negara kepada saya
sebaliknya saya akan memikirkan sumbangan saya terhadap tanah air tercinta iaitu Malaysia.

502 patah perkataan

Karangan contoh peringkat kepujian

Patriotisme merujuk kepada perasaan cinta akan negara yang mendalam yang perlu
ada dalam setiap individu sebagai bukti menunjukkan kesetiaan kepada negara. Namun.
semangat patriotisme pada hari ini semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Hal ini
demikian kerana masyarakat didakwa memandang enteng perkara ini sedangkan semangat
ini sepatutnya diterapkan dalam diri sebagaimana peribahasa dimana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung. Kita seharusnya memainkan peranan bagi memastikan semangat ini sentiasa
menebal dalam sanubari dan mampu mempengaruhi masyarakat mengutamakan kepentingan
negara berbanding kepentingan diri. Persoalannya, apakah tindakan yang ada dalam diri
setiap warganegara untuk mempamerkan semangat patriotisme?

Terdapat beberapa tindakan yang boleh dilakukan oleh seseorang individu untuk
mempamerkan semangat patriotism, antaranya bangga menjadi rakyat Malaysia. Hal ini
dikatakan demikian kerana, seseorang individu seharusnya bangga dilahirkan dan dibesarkan
di Malaysia dengan menonjolkan nilai patriotisme yang tinggi semasa Hari Kebangsaan.
Contohnya setiap individu boleh mengibarkan jalur gemilang sepanjang bulan kemerdekaan
di rumah, premis-premis perniagaan mahupun di kenderaan. Setiap individu juga boleh
mempamerkan perasaan cinta akan negara dengan berdiri tegak semasa nyanyian lagu
Negaraku dan lagu-lagu patriotik sebagai tanda cinta akan negara. Kesannya, akan timbul
rasa cinta akan negara dalam diri setiap individu dan membuktikan bahawa dalam diri
mempunyai semangat patriotisme. Oleh itu, seseorang harus bangga menjadi rakyat Malaysia
sebagai bukti kepada kepatuhan dan cinta akan negara..

207
Selain itu, seseorang juga boleh mendalami dan memahami sejarah negara untuk
mempamerkan semangat patriotisme yang ada pada diri. Hal ini berlaku apabila seseorang
individu dapat mengenali dan menceritakan tentang tokoh-tokoh pejuang negara dalam
mempertahankan negara. Sebagai contoh. nama-nama seperti Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj, Dol Said mahupun Datuk Maharajalela masih diingati dan disebut-sebut hingga ke hari
ini. Malahan, bagi membuktikan tindakan tersebut seseorang individu boleh melawat tempat
bersejarah, tugu negara dan sebagainya untuk mendapatkan kesedaran. Impaknya, semangat
patriotisme semakin kuat dan berusaha untuk mengekalkan keamanan negara tercinta.Jelas
bahawa, mendalami dan mengingati sejarah amat perlu untuk menunjukkan perasaan cinta
kepada negara dalam diri seseorang.

Seterusnya,. seseorang individu juga boleh melaksanakan tanggungjawab sebagai


warga yang patriotik. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam melaksanakan tanggungjawab
ini, seseorang individu mempamerkan sikap bekerjasama dalam setiap urusan tanpa mengira
kaum dan agama. Malahan, tindakan ini juga dapat memupuk nilai toleransi dalam diri.
Sebagai contoh, seseorang individu boleh mengharumkan negara dalam pelbagai aktiviti yang
berfaedah seperti aktiviti kesukarelawanan. Setiap individu juga boleh melibatkan diri dalam
persembahan semasa Hari Kebangsaan untuk menghayati dan menampilkan semangat
patriotisme. Implikasinya, seseorang dapat menyemai nilai murni dalam diri agar menjadi
warga yang terpuji Jelasnya, melaksanakan tanggungjawab sebagai warga yang patriotik
adalah satu tindakan yang menunjukkan bahawa dalam diri seseorang mempunyai semangat
patriotisme..

Kesimpulannya, semangat cinta akan negara yang ada dalam diri seseorang amat
penting bagi menunjukkan bahawa seseorang individu mempunyai semangat patriotisme..
Semangat ini dapat dipupuk dengan kerjasama semua pihak agar bertanggungjawab untuk
memastikan semangat ini terus membara dalam diri. Sebenarnya tindakan yang diambil masa
ini adalah cerminan pada masa akan datang agar semangat nasionalisme terus subur dalam
sanubari individu.Jadi, sedarlah wahai semua bahawa kerjasama yang padu amat penting
untuk memupuk semangat patriotisme agar kehidupan bermasyarakat bertepatan dengan
peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai.

503 patah perkataan

Karangan contoh peringkat Galus

Dewasa ini, masalah semangat patriotisme merupakan isu yang sering mendapat
perhatian oleh pelbagai pihak. Hal ini dikatakan demikian kerana masalah semangat
patriotisme ini sering dipaparkan dalam media massa seperti surat khabar dan televisyen di
negara kita. Terdapat beberapa tindakan boleh ditunjukkan dalam diri untuk mempamerkan
semangat patriotisme. Persoalannya, apakah tindakan yang boleh ditunjukkan dalam diri untuk
mempamerkan semangat patriotisme ?

Pada pendapat saya, tindakan pertama yang boleh ditunjukkan termasuklah bangga
menjadi rakyat Malaysia yang dilahirkan di Malaysia. Dengan itu, setiap warganegara perlu
menonjolkan tindakan ini melalui nilai patriotisme semasa menyambut Hari kebangsaan .
Sebagai contoh, setiap individu perlu mengibarkan Jalur Gemilang. Jelaslah bahawa, bangga
menjadi rakyat Malaysia merupakan tindakan yang ada dalam diri untuk menunjukkan
semangat patriotisme

208
Dari perspektif yang lain pula, tindakan yang boleh ditunjukkan termasuklah
mendalami dan memahami sejarah negara. Hal ini demikian kerana mendalami dan
memahami sejarah sangat penting. Misalnya , kita boleh mengingati jasa pejuang dan
menghargai pengorbanan mereka terhadap tanah air. Oleh itu, semangat patriotisme semakin
kuat dalam diri. Natijahnya, mendalami dan memahami sejarah boleh ditunjukkan melalui
semangat patrotisme yang ada pada diri kita.
Pada masa yang sama, tindakan seterusnya yang boleh ditunjukkan adalah
melaksanakan tanggungjawab sebagai warga yang patriotik. Sebagai rakyat, kita boleh
bekerjasama dalam setiap urusan tanpa mengira kaum dan agama. Contoh yang terdekat
adalah melibatkan diri dalam persediaan untuk menyambut sambutan Hari Perayaan seperti
Tahun Baharu Cina atau Hari raya Aidilfitri. Dengan itu,tindakan ini dapat memupuk nilai
toleransi dalam diri. Natijahnya, melaksanakan tanggungjawab sebagai warga yang patriotik
merupakan tindakan yang menunjukkan seseorang mempunyai semangat patriotisme
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat beberapa tindakan yang
boleh ditunjukkan untuk mempamerkan semangat patriotism dalam diri. Sehubungan dengan
itu, semua pihak perlu bertnggungjawab dalam memastikan semangat ini sentiasa membara
dalam diri dan perlu bekerjasama seperti peribahasa aur dengan tebing.

294 patah perkataan

3. Kepentingan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Analisis soalan

Tema Pendidikan Jasmani dan kesihatan


Tugasan / Fokus Kepentingan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Siapa Murid
Format Tiada format

Karangan Contoh Peringkat Cemerlang

Peribahasa ada menyatakan bahawa berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke


tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian yang bermaksud bahawa
usaha menuntut ilmu bersungguh-sungguh akhirnya akan membuahkan hasil yang bernilai
pada masa depan. Demikian juga dengan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ilmu ini
amat penting dalam kehidupan seseorang murid lantaran pelbagai manfaat yang bakal
diperoleh. Antara contoh aktiviti PJPK ialah bermain bola sepak, olahraga dan mempelajari
amalan pemakanan seimbang. Dahulu, mata pelajaran PJPK tidak begitu diberi perhatian
kecuali sebagai aktiviti bermain-main di padang. Namun kini, PJPK diberi nafas baharu dengan
tambahan pelbagai aktiviti yang kreatif dan penekanan terhadap kesihatan. Persoalannya,
apakah kepentingan mata pelajaran PJK kepada murid?

Kepentingan prima mata pelajaran PJK ialah meningkatkan kesihatan fizikal dan
mental. Hal ini dikatakan demikian kerana wujud pelbagai aktiviti berbentuk fizikal yang
menggalakkan kesihatan dan kecergasan dalam mata pelajaran PJK. Realiti ini boleh dilihat
dengan cara guru-guru PJPK menjalankan aktiviti berunsur fizikal serta berfokuskan
kecergasan dan senaman. Sebagai contoh, guru PJPK membawa pelajar untuk bermain
sepak takraw, badminton serta permainan hoki yang memerlukan kecergasan mental serta
fizikal. Impaknya, keupayaan mental dan fizikal murid dalam menghadapi pelbagai cabaran
209
akan dapat dipupuk serta diperkukuh seperti kata peribahasa alah bisa tegal biasa. Jelaslah
bahawa, meningkatkan kesihatan fizikal dan mental merupakan salah satu kepentingan
mempelajari ilmu PJPK.

Dilihat dari perspektif berbeza, PJPK juga membantu para pelajar memahami aspek
fisiologi tubuh badan dengan lebih baik. Dalam hal ini, topik khusus berkaitan aspek fisiologi
dimuatkan dalam silibus PJPK sebagai cara mendedahkan mereka tentang fungsi-fungsi
organ penting dan cara penjagaannya melalui pelbagai pendekatan. Sebagai contoh, murid
didedahkan dengan aliran darah, kekuatan jantung serta fungsi sendi-sendi dalam tubuh di
samping cara menjaganya agar kekal dalam keadaan terbaik sepanjang masa. Ilmu
sedemikian ini sudah tentu menyedarkan murid betapa pentingnya aspek kesihatan luaran dan
dalaman dijaga dengan cara bersenam dan pengambilan makanan yang seimbang. Secara
tidak langsung, murid akan lebih menghargai kurniaan Tuhan serta berusaha menjaganya
sepanjang usia mereka.

Selain kedua-dua kepentingan di atas, mata pelajaran PJPK turut berupaya membantu
menarik minat pelajar untuk bersukan. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat pelbagai
teknik bersukan dalam subjek ini yang akan didedahkan kepada murid sepanjang masa.
Dalam hal ini, murid diajar untuk mengenali sesuatu sukan secara mendalam, bukan setakat
teknik permainan malah aspek pengurusan gelanggang dan undang-undang yang mendukung
sesuatu permainan sukan. Sebagai contoh, murid diberi pendedahan tentang sukan bola
sepak, ukuran gelanggang dan peraturan yang mendasarinya. Murid bukan sekadar diberi
teori, malah diikuti oleh praktikal di padang. Implikasinya, murid akan lebih mengenali aspek
khusus sukan tersebut sekali gus menarik minat mereka untuk bersukan. Izharnya,
mempelajari PJPK penting untuk menarik minat murid bersukan.

Sebagai konklusinya, sudah terang lagikan bersuluh terdapat pelbagai kepentingan


mempelajari PJPK. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah dan guru-guru wajar meneruskan
agenda mendidik murid dengan elemen PJPK secara bersungguh-sungguh dan konsisten
tanpa diketepikan sebagai subjek tambahan semata-mata. Pada masa yang sama, murid-
murid dan ibu bapa seharusnya menguasai ilmu PJPK ini sebagai satu aspek yang dibawa
langsung dalam kehidupan sepanjang hayat. Sekiranya perkara ini dapat dijayakan dengan
baik, sudah tentu hasrat melahirkan murid-murid yang cergas fizikal serta cerdas mentalnya
akan dapat direalisasi, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

493 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Kepujian

Memang tidak dapat dinafikan bahawa mata pelajaran PJPK memainkan peranan penting
dalam kehidupan seseorang pelajar. Ilmu ini amat penting kerana membawa pelbagai manfaat
terutamanya dalam aspek kesihatan fizikal dan mental. Antara contoh aktiviti PJPK ialah
bermain bola sepak, olahraga dan mempelajari amalan pemakanan seimbang. Dahulu, mata
pelajaran PJPK sentiasa dipenuhi dengan aktiviti bermain bola sepak di padang atau
badminton. Namun kini, PJPK turut melibatkan pelbagai topik berkaitan kesihatan keluarga
dan masyarakat. Persoalannya, apakah kepentingan mata pelajaran PJK kepada murid?

Antara kepentingan mata pelajaran PJK ialah meningkatkan kesihatan fizikal dan mental. Hal
ini dikatakan demikian kerana wujud pelbagai aktiviti berbentuk fizikal yang menggalakkan
kesihatan dan kecergasan dalam mata pelajaran PJPK. Perkara ini biasanya dicapai dengan
cara guru PJPK menjalankan pelbagai aktiviti yang mendorong kesihatan murid. Sebagai

210
contoh, guru PJPK membawa pelajar untuk bermain sepak takraw, badminton serta
permainan hoki. Semua sukan ini memerlukan kekuatan tubuh dan kecerdasan akal.
Kesannya, murid akan dapat meningkatkan tahap kecergasan tubuh dan kecerdasan akal.
Jelaslah bahawa, meningkatkan kesihatan fizikal dan mental merupakan salah satu
kepentingan mempelajari ilmu PJPK.

Selain itu, PJPK juga membantu para pelajar memahami selok -belok kesihtan tubuh. Dalam
hal ini, topik khusus berkaitan aspek fisiologi dimuatkan dalam silibus PJPK sebagai cara
mendedahkan mereka tentang fungsi-fungsi organdalam tubuh. Sebagai contoh, murid
didedahkan dengan aliran darah, kekuatan jantung serta fungsi sendi-sendi dalam tubuh. Ilmu
sedemikian ini sudah tentu menyedarkan murid betapa pentingnya aspek kesihatan luaran dan
dalaman dijaga dengan cara bersenam dan pengambilan makanan yang seimbang. Secara
tidak langsung, murid akan lebih menghargai kurniaan Tuhan serta berusaha menjaganya
sepanjang usia mereka.

Selain kedua-dua kepentingan di atas, mata pelajaran PJPK turut berupaya membantu
menarik minat pelajar untuk bersukan. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat pelbagai
teknik bersukan yang diajarkan oleh guru kepada murid dalam mata pelajaran ini. Dalam hal
ini, murid dibimbing secara asas untuk bermain sukan asas seperti bola sepak, sepak takraw
dan bola baling. Kebaikannya, murid akan lebih tertarik untuk bermain permainan berkenaan
sebagai satu hobi sehingga dewasa. Jelaslah bahawa, membantu minat murid untuk bersukan
merupakan salah satu kepentingan mempelajari PJPK.

Sebagai konklusinya, sudah terang lagikan bersuluh terdapat pelbagai kepentingan


mempelajari PJPK. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah dan guru-guru wajar terus berusaha
menggalakkan murid-murid untuk mempelajari PJPK secara bersungguh-sungguh, bukan
sebagai subjek tambahan semata-mata. Pada masa yang sama, murid-murid perlu
menyokong segala usaha baik pihak sekolah menjadikan PJPK subjek yang penting.
Sekiranya perkara ini dapat dijayakan dengan baik, sudah tentu hasrat melahirkan murid-
murid yang cergas fizikal serta cerdas mentalnya akan dapat direalisasi, bukan sekadar
hangat-hangat tahi ayam.

414 patah perkataan

Karangan Contoh Peringkat Galus

Kebelakangan ini, mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) seringkali
dipandang sepi oleh pelajar dan menganggapnya sebagai mata pelajaran pelengkap jadual.
Hal ini dikatakan demikian kerana mata pelajaran ini hanya mendatangkan keseronokan
apabila belajar di padang bukan di dalam kelas sedangkan sekiranya diteliti secara lebih
mendalam, mata pelajaran ini mampu melahirkan seorang guru PJPK. Persoalannya,
siapakah yang bertanggungjawab untuk memberi kesedatan tentang kepentingan mata
pelajaran ini? Oleh yang demikian, terdapat pelbagai manfaat mata pelajaran PJPK akan
dibincangkan dalam wacana ini.
Umum mengetahui bahawa mata pelajaran PJPK dapat meningkatkan kesihatan fizikal
dan mental. Hal ini kerana, aktiviti yang dilakukan oleh pelajar seperti bermain bola,
berolahraga dan badminton mampu mengeluarkan peluh sekali gus mampu menjana minda
yang cerdas dan badan yang cergas. Tambahan lagi, aktiviti sedemikian dapat meningkatkan
antibodi dalam tubuh badan. Jelaslah bahawa, kepentingan mempelajari PJPK adalah dapat
meningkatkan kesihatan fizikal dan mental.

211
Selain itu, manfaat lainnya adalah dapat membantu para pelajar untuk memahami
aspek fisiologi badan. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila kita mempelajari subjek PJPK
banyak perkara tentang tubuh badan yang akan kita ketahui. Contohnya, pelajar akan
mengetahu tips penjagaan kesihatan melalui pemakanan seimbang dan pengaliran darah
dalam tubuh badan. Secara tidak langsung, mereka dapat menjaga kesihatan dengan baik
dan memastikan tubuh badan mereka dapat terhindar dari pelbagai penyakit berbahaya.
Tambahan lagi, menarik minat pelajar untuk bersukan juga merupakan manfaat
daripada subjek PJPK. Hal ini kerana, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai teknik
bersukan semasa proses pembelajaran berlangsung. Malah, pelajar akan lebih mahir dalam
sesuatu bidang sukan. Contohnya, apabila pelajar mempelajari teknik kawalan bola, maka
pelajar akan lebih mahir dalam mengendalikan bola ketika menyertai pertandingan bola sepak.
Tuntasnya, hal ini secara tidak langsung akan menarik minat pelajar untuk mempelajari mata
pelajaran PJPK ini.
Konklusinya, sudah terang lagikan bersuluh bahawa mata pelajaran PJPK memberi
banyak kepentingan kepada pelajar. Pihak sekolah sewajarnya menitik beratkan mata
pelajaran ini agar perkara ini membuka mata para ibu bapa dan pelajar akan manfaat daripada
mata pelajaran ini. Tambahan lagi, ilmu yang berguna jika dipelajari dan diamalkan pasti akan
membuahkan hasil yang menarik.

337 patah perkataan

4. Usaha untuk menarik minat golongan belia menceburi bidang pertanian

Analisis soalan

Tema Pertanian
Tugasan / Fokus Usaha menarik minat golongan belia
Siapa Pelbagai pihak
Format Tiada format

Karangan Contoh Peringat Cemerlang

Sektor pertanian merupakan salah satu sektor yang penting yang mendapat tumpuan
dalam perdagangan dunia kerana sektor ini merupakan pembekal makanan dan sumber
bahan mentah kepada penduduk di dunia. Di Malaysia, sektor pertanian amat penting dan
meyumbang lima peratus kapada pendapatan kasar negara. Hal ini dapat membantu
meningkatkan pendapatan negara dan secara tidak langsung dapat membantu ekonomi
negara kita. Namun begitu, dalam kalangan masyarakat kita terutama kalangan belia masih
tidak peduli tentang sektor pertanian ini, padahal sektor ini mempunyai potensi yang besar
untuk dimajukan.Pelbagai langkah boleh diusahakan untuk menarik minat golongan belia.
Salah satu langkah bagi menarik perhatian para remaja menceburkan diri dalam
bidang tersebut ialah ibu bapa perlulah mendedahkan anak-anak dengan bidang pertanian
sejak mereka di usia dini lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa perlulah
menunjukkan suri teladan dengan melakukan aktiviti pertanian bersama-sama di halaman
rumah masing-masing. Sikap cinta akan pertanian dalam diri anak-anak juga dapat disemai
dengan memberi pendedahan dengan tanaman dari rumah seperti tanaman hidroponik.
Tanaman ini mudah diaplikasikan di kawasan rumah yang sempit mahupun luas.Teknologi
212
fetigasi mampu dikendalikan oleh anak kecil dengan menanam sayur-sayuran yang mudah
disemai seperti sawi, salad dan kangkung. Konsekuensinya, anak-anak akan sedar betapa
menariknya bidang pertanian dan mereka akan berazam untuk menceburi bidang ini apabila
mereka dewasa kelak. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang amat ampuh bagi
melahirkan belia yang meneruskan legasi bidang pertanian di negara kita.
Dalam nada yang lain, pihak bank pertanian perlulah memberi pinjaman dan modal
kepada para belia yang baru memulakan projek pertanian mereka. Golongan belia pada
umumnya tidak mempunyai simpanan wang yang banyak kerana tidak mempunyai sumber
pendapatan yang tetap yang menjadi batu penghalang bagi mereka memulakan usaha
pertanian. Skim pinjaman berkadar faedah rendah perlulah ditawarkan kepada para siswazah.
Tamsilnya, bank Agrobank telah menawarkan Modal Usahawan 1 Malaysia kepada para
petani baru untuk mengusahakan industri kecil dan sederhana (IKS) berasaskan pertanian.
Natijahnya, ramai belia yang boleh mengusahakan bidang pertanian tanpa perlu rungsing
memikirkan jalan penyelesaian bagi membekalkan dana yang cukup untuk memulakan usaha
pertanian. Sesungguhnya, peranan pihak bank pertanian amat ampuh dalam membolehkan
generasi belia memulakan usaha pertanian sendiri.
Selain itu, pihak kerajaan perlulah membuat reformasi terhadap sektor pertanian agar
golongan belia tertarik untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian dengan mengadakan
kempen kepentingan sektor pertanian. Input mengenai maslahat-maslahat sektor pertanian
perlulah disebarkan melalui media massa dan media sosial. Rata-rata para belia mempunyai
akaun peribadi dalam aplikasi sosial seperti ‘Instagram’, ‘Whatsapp’ dan ‘Facebook’. Oleh itu,
maklumat-maklumat ini mudah untuk disebarkan ke seluruh negara hanya dengan mengklik
tombol perkongsian tanpa perlu mengeluarkan kos bagi mencetak edaran kempen .Antara
kempen yang diadakan Karnival Kerjaya Agrikomoditi yang memberi ruang majikan mencari
pekerja tempatan dan belia. Golongan belia akhirnya celik dengan peluang luas dalam bidang
pertanian dan boleh mengaplikasikan ilmu kemahiran mereka dengan sektor pertanian.
Sesungguhnya, kempen kepentingan sektor pertanian dapat mengubah persepsi golongan
belia untuk menceburi bidang pertanian ini.
Izharlah bawa semua golongan mempunyai peranan masing-masing dalam memupuk
minat para belia menceburkan diri dalam bidang pertanian. Kita haruslah meluaskan horizon
pemikiran kita dengan mengubah persepsi masyarakat terhadap pekerjaan dalam sektor
pertanian yang sebenarnya mempunya seribu satu maslahat kepada masyarakat kita.
Golongan belia perlu memulakan langkah pertama menginjak fasa kehidupan yang seterusnya
perlulah diberi peluang untuk meneruskan legasi sektor pertanian di negara kita supaya terus
berkembang maju.

500 patah perkataan

Karangan contoh peringkat kepujian

Saban hari, berita mengenai pertanian kerap bermain di dada-dada akhbar dan
menjadi bualan masyarakat. Hakikatnya, bidang pertanian sangat penting kepada negara.
Hal ini dikatakan demikian kerana pertanian dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.
Tambahan pula, bidang pertanian juga memberikan banyak kebaikan kepada masyarakat
terutama belia Persoalannya,apakah usaha-usaha yang dilakukan pelbagai pihak untuk
menarik golongan remaja agar menceburi bidang ini?
Satu daripada yang dilakukan pelbagai pihak untuk menarik golongan remaja agar
menceburi bidang ini ialah ibu bapa mendidik anak-anak sejak kecil. Hal ini disebabkan oleh
ibu bapa boleh mengajar anak-anak bercucuk tanam di kawasan rumah. Sebagai contoh,
ibu bapa menanam sayur-sayuran seperti lada, bendi dan daun kari di dalam pasu. Oleh itu,
ibu bapa boleh mengajak anak-anak bercucuk tanam dan menjaganya bersama-sama.
213
Kesannya, anak-anak akan terbiasa dan menaman minat untuk bertani. Jelaslah, ibu bapa
memainkan peranan untuk menarik minat remaja menceburi bidang ini.
Selain itu, pihak bank pertanian perlulah memberikan pinjaman dan modal kepada
belia. Umum mengetahui bahawa , kebanyakan golong belia masih belum mempunyai
simpanan yang banyak.Mereka memerlukan pinjaman untuk memulakan pekerjaan.
Misalnya, pihak bank boleh memberikan pinjaman yang mempunyai faedah yang rendah.
Tambahan pula, pinjaman ini juga perlulah dimudahkan tanpa terlalu banyak syarat.
Impaknya, Semakin ramai belia berani untuk memulakan pekerjaan dalam bidang pertanian.
Sudah terang lagi bersuluh, peranan pihak bank memainkan usaha yang penting untuk
menarik minat belia memulakan usaha dalam bidang pertanian.
Seterusnya, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen untuk menarik minat belia ke arah
permulaan alam kerjaya. Hal ini dikatakan demikian kerana, Kerajaan boleh memberikan jalan
kepada golongan belia untuk meminati bidang pertanian. Umpamanya,kerajaan mengadakan
kempen kerjaya dalam bidang pertanian di laman-laman sosial. Selanjutnya kerajaan boleh
berkongsikan setiap aktiviti seperti kempen pertanian di facebook dan twitter.
Natijahnya,Golongan belia akan mengambil peluang untuk mencuba kerjaya dalam bidang
pertanian. Tegasnya, kempen-kempen oleh kerajaan memberikan banyak kebaikan demi
memberi peluang golongan belia mendekati bidang pertanian.

Kesimpulannya, terdapat banyak usaha yang boleh dilakukan untuk menarik golongan
belia menyertai bidang pertanian.Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah berganding
bahu untuk melahirkan para petani yang berkualiti kerana berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. Sekiranya usaha ini dipandang enteng, kita kekurangan tenaga kerja yang berkualiti
dalam bidang pertanian.Semoga dengan usaha ini,negara kita dapat melahirkan ramai belia
yang berkualiti dari segi ilmu, emosi dan sahsiah.

440 patah perkataan

Karangan contoh perigkat Galus


Bidang pertanian merupakan bidang yang penting kepada negara. Banyak kebaikan
daripada bidang pertanian. Contohnya bidang pertanian merupakan sumber bekalan makanan
kepada negara. Namun, golongan belia kurang minat dengan pertanian. Persoalannya,
apakah usaha yang perlu dilakukan untuk menarik golongan belia menceburi bidang ini?
Antara usaha yang boleh dilakukan ibu bapa perlulah mengajak anak-anak berkebun
di rumah . Hal ini dikatakan demikian kerana Ibu bapa boleh menanam sayur-sayuran di
halaman rumah masing-masing Sebagai contoh ibu bapa boleh menanam sayur seperti
bayam, kangkung dan cili. Oleh itu ibu bapa perlu bertani dari rumah untuk mengajar anaknya
meminati bidang pertanian
Selain itu, pihak bank perlulah memberi pinjaman kepada golongan belia. Hal ini
dikatakan demikian kerana golongan belia tiada duit simpanan untuk memulakan pekerjaan
pertanian.Sebagai contoh, bank Agrobank telah menawarkan pinjaman berasaskan pertanian
dengan syarat yang mudah. Oleh itu, golongan remaja boleh memulakan pekerjaan dengan
pinjaman yang diberikan oleh pihak bank
Seterusnya pihak kerajaan perlulah membuat kempen secara menyeluruh. Hal ini
dikatakan demikian kerana kempen sangat penting untuk memberitahu kepada masyarakat
tentang peluang pekerjaan dalam bidang pertanian.Sebagai contoh, kerajaan boleh
berkempen di laman sosial seperti ‘Instagram’, ‘Whatsapp’ dan ‘Facebook’. Oleh itu,
maklumat-maklumat ini mudah untuk disebarkan ke seluruh negara terutamanya golongan
belia

214
Kesimpulannya, semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam memupuk
minat para belia menceburkan diri dalam bidang pertanian. Kita haruslah memberi peluang
golongan muda belia menceburi bidang ini supaya terus berkembang maju seiring dengan
perkembangan perindustrian negara kita.

253 patah perkataan

215
SET 6

Soalan 1 : Morfologi
Kata dasar

(i) kesihatan - sihat ( tidak sakit / segar / afiat)


(ii) kesejahteraan - sejahtera (aman /senang / tiada bencana)
(iii) kemakmuran - makmur (mewah / mempunyai hasil yang banyak)
(iv) keceriaan - ceria (bersih / cantik / gembira)
(v) kebaikan - baik (bagus / terpuji)

[8 markah]

Soalan 2 : Sintaksis

Ayat pasif kepada ayat aktif

(i) Kakitangan awam mengalu-alukan ketua jabatannya yang melaksanakan pemantauan


semasa bekerja dari rumah (BDR).
(ii) Kakitangan awam dapat melaporkan status pelaksanaan tugas yang dilakukan kepada
ketua jabatannya setiap kali dihubungi.
(iii) Semua kakitangan awam perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
kerajaan
[6 markah]

Soalan 3 : Penyuntingan

Petikan 1
(i) Di dalam - Dalam
(ii) tranformasi - transformasi
(iii) sebab – kerana
(iv) Seiring – Seiring dengan
(v) kerajaan Malaysia melaksanakan- dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia
(vi) akedemik - akademik

[5 markah]

Petikan 2
(i) mengabungkan - menggabungkan
(ii) sediakan - menyediakan
(iii) Sebahagian - Sebahagian daripada
(iv) sosial media - media sosial
(v) akan guru berikan - akan diberikan guru
(vi) sessi - sesi
(vii) atas - dalam
[6 markah]

216
Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard

Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil Laksamana pun membahagikan harta kepada
oleh Laksamana harta itu sebahagi. tiga bahagian, diambil oleh Laksamana
sebahagian harta itu.
Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu Sebahagian harta yang diambil Laksamana
dibahagi tiga ; yang sebahagi itu didermakan dibahagikan kepada tiga; sebahagiannya
pada segala fakir miskin dan sebahagi lagi didermakan kepada segala fakir miskin dan
diberikan pada segala pegawai yang tiada sebahagian lagi diberikan kepada semua
penguasaan dan sebahagi diberikan pada pegawai yang tiada jawatan manakala
segala orangnya. sebahagian lagi diberikan kepada pengikutnya.

Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun Semua harta itu habis, tiada satu pun yang
tiada diambil oleh Laksamana. diambil oleh Laksamana.

[6 markah]

Soalan 5 : Peribahasa

(i) sehari selembar benang, lama-kelamaan menjadi kain – berdikit-dikit, lama-kelamaan menjadi
bukit
(ii) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan – hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
(iii) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung – masuk kandang kambing mengembek, masuk
kandang kerbau menguak
[4 markah]
Soalan 6 : Petikan Umum
(i)Maksud simbol kemakmuran

- Lambang / identiti / kesejahteraan / kemewahan / kedamaian 2


- Lambang / identiti / kemakmuran 1

- simbol kesejahteraan / kemewahan / kedamaian 1

[Maksimum : 2 markah]
(ii) Kelebihan-kelebihan permainan tradisional dan seni budaya:

Bahan 1
P1 membantu membentuk sahsiah diri 1
P2 mematuhi setiap peraturan 1
P3 elemen nilai murni 1

Bahan 2
P1 elemen nilai murni 1
P2 turut dapat membentuk sahsiah diri . 1
P3 mematuhi setiap peraturan. 1
[Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]
217
(iii) Usaha-usaha yang boleh dilakukan:

P1 mengadakan lebih banyak pertandingan permainan tradisional 1


P2 mempromosi permainan tradisional melalui pelbagai media 1
P3 ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak bermain permainan tradisional 1
P4 mengiktiraf permainan tradisional dalam sukan negara 1
P5 NGO menjalankan program-program permainan tradisional 1
P6 Pihak swasta / korporat menaja hadiah lumayan/ program 1
P7 Pihak sekolah mengaktifkan kelab-kelab permainan tradisional 1

[maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]
(iv) Cara-cara mengatasi :

P1 Mendapatkan nasihat daripada guru penasihat 1


P2 Memohon sumbangan PIBG / Swasta / ahli parlimen 1
P3 Meminta sekolah membawa peralatan sendiri 1
P4 Menjalankan jualan amal bagi mendapatkan dana 1
P5 Mendapatkan tajaan hadiah daripada pihak swasta 1
[maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 3 isi]

Soalan 7 : Petikan Sastera

(i) Maksud rangkai kata akal kebijaksaan ialah

Fikiran yang cerdik / pandai / pintar 2

Akal yang cerdik / pandai / pintar 1

[Maksimum : 2 markah]
(ii) Nyatakan sebab-sebab masyarakat perlu memelihara kedudukan bahasa Melayu.

P1 bahasa Melayu merupakan maruah bangsa 1

P2 bahasa Melayu sahaja warisan kita yang tinggal / ada 1

P3 jika ingin terus dihormati dan disegani sebagai bangsa agung dan 1
bermaruah
P4 sebagai wadah penyatu warga semua bangsa 1

[Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi ]

218
(iii) Langkah-langkah memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan remaja

P1 Pelajar berkomunikasi dalam bahasa Melayu di rumah atau di sekolah 1

P2 Ibu bapa menjadi suri teladan / mengajar bahasa Melayu yang betul 1

Guru menerangkan keburukan-keburukan penggunaan bahasa yang


P3 1
bercampur aduk

P4 Pihak sekolah perlu memperkasa program seperti Minggu Bahasa 1

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka menjalankan kempen berkaitan


P5 1
penggunaan bahasa yang betul

Pihak kerajaan mengenakan tindakan undang-undang kepada pihak yang


P6 1
mencemarkan penggunaan bahasa dalam media sosial
[maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi ]

(iv) Cara membantu rakan pena anda supaya fasih berbahasa Melayu?

P1 berbual dengan menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam media sosial 1
/ mengajar menggunakan kosa kata yang mudah / asas
P2 membelikan kamus / buku-buku bahasa Melayu 1

P3 mencari guru bahasa Melayu di sana / menghadiri kelas 1


P4 menyertai program / seminar / bengkel bahasa Melayu secara dalam talian 1

P5 menggunakan aplikasi yang sesuai untuk menterjemah kosa kata bahasa 1


Melayu
P6 menonton filem-filem tempatan yang menggunakan bahasa Melayu 1

[maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 3 isi ]
Soalan 7 : Novel

(i) Tindakan yang ‘aku’ lakukan apabila melihat kelibat nenek meninggalkan petak sawah
P1 segera melompat dari pangkin bangsal 1

P2 menuju ke arah nenek 1

P3 mencari tangannya 1

P4 aku cium tangan tua nenek. Memandang nenek 1

[ 4 markah ]
[ Isi cukup : 3 isi ]

219
i. Peristiwa pada bahagian peleraian novel yang memberikan kepuasan kepada pembaca

Novel Di Sebalik Dinara

1. Peristiwa Medina menceritakan kepada Farisha perkara sebenar yang berlaku sebab dia ingin
membunuh Farisha. Medina telah membawa Farisha kea lam bawah sedar selepas Farid dan Amin
berjaya menculik Farisha di Hentian Pagoh.

Sebab: Farisha dapat mengetahui kebenaran tentang perkara yang berlaku dalam hidupnya.

2. Peristiwa Farisha dapat berjumpa dengan Karl buat kali terakhir sebelum Karl meninggal dunia. Hal
ini berlaku selepas Dr Haris meminta agar sesi komunikasi tersebut dihentikan dengan kadar segera
kerana keadaan kesihatan Karl yang semakin menurun.

Sebab : Farisha dapat berjumpa bapa kandungnya setelah mengetahui bahawa dia hanyalah
anak angkat kepada keluarga Azraai.

3. Peristiwa Farisha yang memanggil Karl dengan panggil ayah semasa Farisha berjumpa dengan Karl
untuk kali yang terakhir. Farisha juga memberitahu bahawa dia akan sentiasa mengingati Karl.

Sebab : Farisha memaafkan semua perbuatan yang dilakukakan oleh Karl dan tidak
menyimpan sebarang dendam terhadap ayah kandungnya.

4. Aqram telah menyempurnakan wasiat Karl yang terakhir iaitu meminta agar mayatnya dibakar dan
abunya ditabur di Selat Melaka. Semua pekerja Soft Lab yang hadir bercerita tentang kenangan
berkerja dengan Karl dan jasa-jasanya terhadap syarikat.

Sebab : Menceritakan kebaikan orang yang telah meninggal dunia

Silir Daksina

1. Peristiwa penduduk kampung Seri Purnama bekerjasama membuat persiapan untuk malam
persembahan zapin. Sebahagian penduduk kampung bergotong-royong memasak menu makanan
dan ada juga yang membuat persiapan di bahagian dalam depan. Ong See Hwa juga turut
mengemas bahagian dalam dewan agar Nampak kemas dan rapi.

Sebab : Kerjasama yang diberikan oleh penduduk kampung menunjukkan bahawa penduduk
kampung menyokong usaha Haiqal untuk menghidupkan Kembali tarian zapin jincat di
kampung Seri Purnama.

2. Peristiwa umi, walid dan Nurul Asiah datang ke kampung Seri Purnama dan menyaksikan
persembahan zapin yang ditarikan oleh Haiqal dan Ong See Hwa. Setelah Haiqal terlihat tiga susuk
tubuh yang sangat dirinduinya, Haiqal tidak sabar menunggu alunan muzik yang mengiringi tarian
zapinnya dihentikan.

Sebab : Kedatangan umi / Rafiqah ke kampung Seri Purnama membuktikan bahawa Umi juga
telah memaafkan Haiqal kerana

3. Peristiwa Haiqal dan Swee Hwa berjaya membuat persembahan tarian zapin jincat dan disaksikan
oleh YB Syaiful Azizi. Ong See Hwa telah menggantikan Lazim yang terlibat dalam kemalangan
220
semasa pulang dari kerja. Tarian zapin yang dipersembahkan oleh Haiqal dan Ong See Hwa
mendapat pujian dan tepukan gemuruh daripada penonton.

Sebab : Haiqal dapat membuktikan dia berjaya mengekalkan tarian tradidional spt yang
diperjuangkan oleh ayahnya.

4. Peristiwa Haiqal pulang kerana meneruskan pengajian dalam bidang perguruan di Sarawak. Haiqal
telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPMnya. Kini Haiqal dalapat
menjalani kehidupannya dengan matlamat yang jelas.

Sebab : Haiqal dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati.

5. Pengakhiran cerita ini menunjukkan dendam yang telah lama disimpan juga berakhir. Buktinya,Umi
iaitu ibu Haiqal akhirnya memadam api dendamnya terhadap Abdullah bin Kayan dan memaafkan
lelaki itu. Persengketaan di antara dia dan lelaki itu telah membuatkan anak mereka, Haiqal menjadi
mangsa keadaan dan kasih sayang tidak dapat dibina seterusnya menghancurkan rumah tangga
yang telah mereka bina bersama-sama. Oleh itu, kemaafan telah memberikan ketenangan dan
kesuburan semula ikatan antara keluarga.

Sebab : Umi telah memadam dendamnya terhadap Abdullah Bin Kayan dan mengaku akan
kesilapannya.

Soalan 9 : Rumusan
Pendahuluan [ 2 markah ]
Rumusan ini tentang kesan-kesan rasuah dan cara-cara mengatasi gejala
P1 2
rasuah
P2 Rumusan ini tentang kesan-kesan rasuah 1
P3 Rumusan ini tentang cara-cara mengatasi gejala rasuah. 1

Isi [ 16 markah]

Isi bahan 1: Petikan


Fokus 1 ( kesan-kesan rasuah)
F1-1 menjadi barah yang merosakkan negara 2
F1-2 memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara 2
F1-3 mencemarkan imej negara kerana 2
F1-4 Rasuah juga menyebabkan taraf hidup rakyat menjadi semakin rendah 2

Isi bahan 1: Petikan


Fokus 2 ( cara-cara mengatasi rasuah )
F2-1 kerajaan akan mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah rasuah 2
F2-2 anggota SPRM perlu turun padang dan perlu menyiasat aduan yang dilaporkan oleh
2
orang awam
F2-3 budaya kerja berintegriti perlu diamalkan 2
F2-4 Penjawat awam juga dinasihatkan agar menjauhi sifat tamak 2
F2-5 Penerapan didikan agama yang sempurna 2
F2-6 Kesedaran tentang bahaya rasuah perlu diterapkan kepada masyarakat sejak kecil 2
lagi

221
Isi bahan 2 : Lirik Lagu
Fokus 1 ( kesan-kesan rasuah)
F1-1 Pesalah tidak akan mungkin terlepas dari hukuman 2
F1-2 maruah keluarga akan tercemar 2
F1-3 ibu bapa terpaksa menanggung malu yang berpanjang 2
[ Isi mesti diambil daripada semua bahan ]

Kesimpulan [2 markah]
Kesimpulannya, semua pihak perlu mengelakkan diri daripada rasuah agar nama baik
K1 2
dan integriti sentiasa terpelihara
K2 Kesimpulannya, semua pihak perlu mengelakkan diri daripada rasua 1

222

You might also like